Panduan Membuat Wasiat Yang Terbaik Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Siapa yang harus menyimpan surat wasiat supaya tidak hilang dan dimusnahkan oleh waris yang dengki?

Artikel ini menyediakan panduan membuat wasiat supaya ianya sah dikuatkuasakan nanti/.
Adalah mustahak membuat wasiat yang boleh dipercayai dan berkesan

Overview Masalah Harta Pusaka Hari Ini – Wajib Dengar Dahulu

Anda sedang mencari panduan membuat wasiat yang terbaik dan boleh dipercayai?

Membuat wasiat memanglah mudah.

Bagaimanapun, pewasiat hendaklah yakin wasiat yang ditulis sah di sisi hukum syarak dan undang-undang terutama jika pewasiat mewasiatkan satu pertiga hartanya kepada bukan waris.

Wasiat yang ditulis bukan sahaja betul tetapi sah dan boleh dipakai.

Wasiat hendaklah melantik orang dipercayai samada individu-individu atau syarikat amanah sebagai pemegang amanah dan pentadbir harta pusaka.

Keberkesanan wasiat juga bergantung kepada keselamatan menyimpan wasiat asal. Wasiat yang hilang dan dimusnahkan oleh waris yang dengki boleh menghalang niat pewasiat.

Siapa Yang Berhak Membuat Wasiat dan Menerima Harta Yang Diwasiatkan?

Pewasiat boleh membuat wasiat tunai atau bangunan atau tanah bagi pembenaan dan pembesaran sekolah tahfiq quran.
Sekolah tahfiq Quran sentiasa memerlukan sumbangan anda!

Siapa pun berhak dan layak membuat wasiat asalkan ada harta, hutang atau pesanan.

Wasiat harta wajib jika hendak membahagi harta kepada bukan waris dan pewaris mahu bersedekah.

Bukan waris termasuklah anak angkat, anak tiri dan bukan waris utama. Sedekah termasuklah pewasiat hendak memberikan harta kepada jalan Allah seperti tanah atau tunai untuk membina masjid, sekolah tahfiq Quran dan perpustakaan.

Bagaimanapun, jumlah yang diwasiatkan kepada bukan waris dan sedekah tidak melebihi 1/3 daripada harta setelah ditolak semua hutang si mati, dunia dan akhirat

Ada juga pewasiat yang mewariskan harta kepada waris-waris mereka. Dalam hal ini, ia lebih berupa pesanan pewasiat kerana dalam hukum faraid tiada wasiat untuk waris. Sekiranya semua waris bersetuju dengan pesanan pewasiat, maka ia tidak menjadi isu pewarisan.

Wasiat yang berkesan hendaklah melantik wasi yang akan menjadi pemegang amanah dan mentadbir harta pusaka secara jujur. Melantik individu sebagai wasi ada risikonya jika wasi itu meninggal dunia sebelum melaksanakan tugasnya.

Oleh itu, adalah dicadangkan melantik syarikat amanah sebagai pihak yang berkecuali sebagai wasi. Dan lebih baik syarikat amanah itu amat mahir dengan pengurusan harta pusaka dan ilmu hukum faraid.

Panduan Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Sesiapa yang mahu membuat wasiat boleh berhubung dengan mana-mana perancang harta Islam dari pejabat as-Salihin Trustee berhad.

Pelanggan boleh mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk berjumpa. Berjumpa di pejabat as-Salihin pun boleh.

Berikut ialah asas panduan membuat wasiat yang wajib anda tahu…

Harta Yang Hendak Diwasiatkan

Rumah ialah antara harta yang boleh diwasiatkan
Rumah dan kenderaan yang diwasiatkan kepada anak angkat

Pelanggan hendaklah menentukan harta yang nak diwasiatkan kepada benefisiari.

Contohnya, rumah di Jalan Tomato, Shah Alam diwasiatkan kepada anak angkat. Pewasiat mewasiatkan sejumlah RM500,000 yang tersimpan di Maybank diwasiatkan kepada Majlis Ugama Islam bagi mendirikan pusat tahfid al-Quran.

Bagi memudahkan urusan pemberian harta pusaka kemudian hari, maka pewasiat hendaklah menyertakan dokumen hak milik harta itu dan akan dilampirkan dalam wasiatnya.

Permohonan Membuat Wasiat

As-Salihin ada menyediakan borang membuat wasiat.

Dalam zaman online ini, borang membuat wasiat diisikan oleh Perancang harta.

Perancang harta ialah wakil bertauliah as-Salihin yang menguruskan permohonan wasiat sehinggalah ia ditandatangani oleh pewasiat dengan dua saksi lelaki.

Dalam borang permohonan wasiat itu, dokumen asas yang diperlukan ialah kad pengenalan wasiat, kad pengenalan anak angkat dan salinan hak milik harta yang hendak diwasiatkan.

Perlantikan Wasi Bagi Mentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat bukan sekadar memberi arahan tetapi ia mesti ‘boleh betindak’ bagi melaksanakan wasiat.

Pewasiat boleh mewasiatkan pewaris atau orang lain untuk menjadi wasi yang menguruskan harta pusakanya.

Dalam wasiat memberikan sejumlah harta kepada anak angkat secara biasanya pewasiat akan melantik orang yang tidak ada kepentingan dengan harta pusaka iaitu as-Salihin Trustee Berhad.

Perlantikan as-Salihin ini bagi memastikan harta pusaka ditadbirkan dengan cekap dan menunaikan hajat pewasiat – dalam konteks ini bahagian harta pusaka anak angkat.

Penyediaan Deraf Wasiat

Apabila semua maklumat diterima daripada pewasiat, perunding akan menghantarnya ke pejabat as-Salihin.

Dalam masa seminggu, perunding harta akan menerima deraf wasiat. Perunding akan menyemak deraf wasiat dan forwardkan kepada klien. Sekiranya, ada kesilapan, deraf itu akan dikembalikan kepada as-Salihin.

Selepas dibetulkan, as-Salihin akan menyediakan dokumen wasiat untuk ditandatangani.

Menandatangani Wasiat Dengan Dua Saksi Lelaki Islam

Proses menandatangani wasiat melibatkan dua saksi
Pewasiat akan menandatangani wasiat dengan dua saksi

Pewasiat boleh menandatangani wasiat di pejabat as-Salihin atau di luar seperti di rumah dengan dua orang saksi.

Biasanya pewasiat akan menjelaskan caj yang dikenakan oleh as-Salihin pada masa wasiat ditandatangani.

Wasiat yang lengkap ditandangi akan dibawa balik ke pajabat as-Salihin untuk daftar dan rekod.

Penyerahan Dokumen Wasiat

As-Salihin akan memberi salinan pendua wasiat kepada pewasiat. Salinan asal wasiat akan disimpan oleh as-Salihin.

Semasa penyerahan wasiat kepada pewasiat, as-Salihin akan memberikan dua Kad Wasiat.

Kad Wasiat yang mengandungi butiran wasiat dan diberikan kepada waris bagi memudahkan berhubung dengan as-Salihin kemudian hari.

Pemindaan dan Pembatalan Wasiat

Pewasiat boleh dipinda, ditambah dan membatalkan wasiat pada bila-bila masa dengan memberi tahu as-Salihin Trustee Bhd.

Sekiranya anak angkat meninggal dahulu daripada pewasiat maka bahagian wasiat untuk anak angkat yang dinamakan itu akan terbatal dengan sendirinya.

Mengapa Patut Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan perancang harta, pewasian dan pentadbir harta pelanggannya.
  • Syarikat amanah telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • Ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara ialah pengerusi as-Salihin Trustee Bhd. Beliau seorang yang mahir dalam pengurusan harta pusaka, harta sepencarian, hibah dan lain-lain produk perancangan Islam.
  • as-Salihin mempunyai Lembaga Syariahnya sendiri bagi memastikan dasar dan produk selari dengan prinsip syariah.

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya tuan puan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara membuat wasiat, sila hubungi saya pada sebarang masa.

Abd Rahaman Rasid
Telefon: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 2,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat Ramai Tak Tahu

Mengapa Memilih as-Salihin Trustee Berhad Dalam Urusan Perancangan Harta Dan Harta Pusaka?

Enam Kebaikan Hibah Perniagaan Usahawan Patut Tahu

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Bayar Zakat Online – Ada Sedikit Kerugian Pembayar Zakat Tak Tahu

Bagi yang sibuk dan takut terlupa, bayar zakat online adalah pilihan terbaik

Bayar zakat online amat mudah, tetapi ada juga kekurangannya. Dengar kesah ini…

Tersentuh hati nak menulis apa yang aku dengar dari uztaz yang memberi ceramah di Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Moga-moga tulisan ini memberi manfaat kepada pembaca.

Banyak orang membayar zakar secara online pada masa ini bagi jimatkan masa.

Zaman yang sibuk ini ramai yang membayar zakar secara online seperti melalui Maybank2U, CIMB Click dan sebagainya. Selain dari perbankan internet, zakat online juga boleh dilakukan secara potongan gaji dan kad kredit Islamik.

Jika tidak sibuk, kata uztaz eloklah bayar sendiri zakat pada amil yang dilantik atau di pusat pungutan zakat, PPZ.

Takda isu halal haram membayar zakat secara online. Ini kerana syarat sah zakat hanyalah niat mengeluarkan zakat dan menyerahkan zakat kepada orang yang berhak menerima atau melalui wakilnya yang dipanggil amil.

Ruginya Bayar Zakat Online

Sekarang anda boleh bayar zakar secara online tanpa perlu pergi dan bawa wang zakat ke amil-amil
Anda sibuk? Zakar boleh dibayar secara online melalui portal bank-bank dan sebagainya.

Ceramah kali ini uztaz ada menyentuh bab zakat memandangkan setiap bulan Disember memang ramai orang membayar zakat sempena cukup setahun perniagaan.

Ustaz itu seorang pegawai dari PPZ Selangor kerap memberi ceramah bulanannya di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak.

Tapi aku tertarik mengenai kekurangan bayar zakat secara online di mana pembayar zakat tidak dapat menyerahkan secara fizikal kepada amil dan kita terlepas mendengar doa dari amil.

Dalil doa kepada pembayar zakat oleh amil jelas disebut dalam Al-Quran, berbunyi:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan mendoalah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

At-Taubah, 9:103

Mengikut Uztaz itu, ‘doakan mereka’ bermaksud amil yang mendoakan pembayar zakat semasa membayar zakat.

Aiskrim ialah bisnes yang lumayan tapi ramai tak tahu potensinya.
Buat aiskrim pun boleh buat duit

Apa Kata Kitab Tafsir Ibnu Katsir?

Saya juga merujuk kepada Kitab Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 4) mengenai ungkapan “dan mendoalah untuk mereka” dalam Ayat 103 di atas.

Mengikut Kitab Ibnu Katsir, maksud ayat tersebut ialah, doakanlah dan mohonkanlah ampunan bagi mereka.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, dari ‘Abdullah bin Abi Aufa, ia menceritakan:

“Jika Rasullullah s.a.w menerima zakat dari suatu kaum, maka beliau mendoakan mereka. Kemudian ayahku menyerahkan zakatnya kepada beliau, maka beliau s.a.w pun berdoa: ‘Ya, Allah, limpahkan rahmat kepada keluarga Abi Aufa.'” (HR.Muslim)

Dalam hadis lain disebutkan, bahawa ada seorang wanita yang mengatakan: “Ya Rasulullah, ini zakatku dan zakat suamiku.” Maka beliau s.a.w bertutur: “Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu dan kepada suamimu.”

Semoga tulisan saya yang ringkas ini dapat juga memberi menfaat kepada pembaca semua.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

[mc4wp_form id=”5278″]

Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan Kena Penjara

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Penama KWSP Hanyalah Sebagai Pemegang Amanah Simpanan Si Mati

Mengapa KWSP tidak menyalurkan terus simpanan si mati kepada waris?

Ramai tak tahu penama KWSP hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama bukannya pemilik wang caruman KWSP.

Kita pernah dengan cerita ibu yang menerima wang simpanan KWSP anaknya yang meninggal dunia dan tidak membahagikan kepada waris yang berhak lain seperti isteri dan anak-anak si mati.

Ada juga isteri yang menerima wang simpanan KWSP arwah suami tetapi tidak membahagikan kepada waris si mati iaitu ibu dan bapa.

Penama KWSP ialah pemegang amanah si mati. Simpanan KWSP ialah harta pusaka.

Penama KWSP Hanya Pemegang Amanah Bukan Pewaris

Yang lebih bermasalah ialah pencarum KWSP tidak membuat penama dan ini lagi menyusahkan waris-waris menuntut simpanan si mati.

Sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 % yang membuat penamaan akaun KWSP. Ini menunjukkan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membubuh penama dalam mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka si mati itu.

Ada yang berpendapat, apabila penyimpan KWSP meninggal, maka wangnya secara automatik akan diagihkan kepada waris terdekat seperti ibu bapa atau isteri. Tetapi, ia tidak benar.

Apabila sesorang meninggal semua hartanya termasuk simpanan KWSP akan terbeku.

Waris tidak boleh mengeluarkan simpanan si mati tanpa Surat Kuasa dan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Lantaran itu pencairan wang KWSP akan menyusahkan waris kerana ia akan mengambil masa untuk menuntutnya.

Pencarum Hendaklah Melantik Penama KWSP

Penama simpanan KWSP hanya sebagai pemegang amanah atau pentadbir simpanan si mati dan hendaklah dibahagi kepada waris ikut hukum Faraid.
Penama KWSP ialah pentadbir harta bukannya pemilik wang simpanan si mati

Mereka yang menyimpan dengan KWSP hendaklah melantik penama. Penama ialah pemegang amanah atau pentadbir harta.

Apabila penyimpan meninggal, KWSP akan menyalurkan simpanan si mati kepada penama. Cara ini akan mempercepatkan proses pembahagian simpanan si mati kepada waris faraid yang biasanya ibu, bapa, isteri dan anak-anak si mati.

Maka tanggungjawap penama menyalurkan simpanan kepada waris-waris termasuk diri penama sendiri jika ia waris yang berhak.

Waris faraid harta pusaka si mati amat jelas, iaitu ibu dan ayah si mati di mana masing akan menerima 1/6, isteri 1/8; dan baki diagihkan kepada anak lelaki dan perempuan dengan nisbah 2:1.

Harta pusaka itu diagihkan kepada waris setelah ditolak hutang dan tanggungan si mati seperti upah mengerjakan haji (jika belum), kad kredit dan cukai pendapatan tertunggak.

Pencarum Letaklah Penama KWSP Yang Sepatutnya

Pencarum boleh meletakkan sesiapa sebagai penama. Bagaimanapun, apabila meletakkan penama biarlah mereka yang dipercayai. Apabila sudah berkahwin, pencarum KWSP boleh menukar penama atau menambah penama jika mahu.

Simpanan KWSP Tertakluk Kepada Hukum Faraid

Simpanan KWSP akan menjadi harta pusaka apabila pencarum meninggal.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-49 pada 19 September 2000 memutuskan, jika penyimpan meninggal, wang KWSP ialah pusaka mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Fatwa itu turut memutuskan penama KWSP ialah wasi atau pentadbir harta dan bertanggungjawap membahagikan harta kepada waris faraid.

Misalnya jika ibu diletakkan sebagai penama, dia perlu memegang amanah untuk membahagikan simpanan KWSP itu mengikut pembahagian hukum faraid.

Janganlah Kita Memakan Harta Yang Haram

Janganlah penama memakan wang haram milik si mati. Duit KWSP mesti dibahagi ikut faraid.
Wang simpanan KWSP ialah harta pusaka dan penama hendaklah membahagi kepada waris mengikut hukum Faraid

“Wahai orang-orang beriman, jangnlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesamu kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya kecuali…”

Al-Quran, Surah An-Nissa (4:29)

Jadi hukumnya berdosa kepada orang yang mengambil harta milik individu lain seperti hak anak (anak yatim)dan isteri si mati tanpa membahagikan secara Faraid. Ini jelas disebut dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka. Dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”

Al-Quran, Surah An-Nissa (4:10)

Simpanan KWSP Bukanlah Harta Sepencarian

Apabila isteri sebagai penama, janganlah ia pula membolot simpanan KWSP arwah suaminya kerana beranggapan ia harta sepencarian. Wang tersebut ialah harta pusaka berdasarkan kepada Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 pada 22 Feb 2005 telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan ia sebagai harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Kuiz Rancang Harta

A atau B?

Penama KWSP orang Islam

Anda Mahu Membuat Wasiat dan Perjanjian Harta Sepencarian?

Jika anda mahu membuat wasiat dan Perjanjian Harta Sepencarian, sila hubungi saya:

Abd Rahaman A Rasid
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd


Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Tuntutan Harta Sepencarian Isteri Yang Tidak Bekerja Ramai Tak Tahu

Sungguhpun harta sepencarian boleh dituntut di Mahkamah, tetapi tidak semestinya isteri akan berjaya mendapatkannya…

Bolehkan isteri tidak bekerja membuat tuntutan harta sepencarian? Isteri kena tahu ini…

Penceraian suami isteri – tiada siapa yang menyukainya, baik pasangan atau kaum keluarga. Penceraian suami isteri menyebabkan ‘penceraian’ kepada anak-anak, mertua dan saudara mara di pihak pasangan.

Rumah ialah harta yang paling terbaik dijadikan harta sepencarian kerana nilainya terus meningkat setiap tahun
Isteri berhak menuntut harta sepencarian walaupun rumah itu atas nama suami dan isteri tidak bekerja pula.

Kesah Anita Yang Tidak Bekerja Menuntut Haknya

Perasaan itulah yang dialami oleh Anita (bukan nama sebenar) selepas bercerai dengan Najib (bukan nama sebenar).

Mereka sudah lama menyulam cinta sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2000. Namun, entah di mana silapnya, selepas 15 tahun hidup bersama, ikatan suci itu akhirnya terlerai dengan jatuh talak satu.

Perceraian tersebut dibuat di sebuah Mahkamah Syariah di pantai timur pada tahun 2013. Hasil perkahwinan itu, Anita dan Najib dikurniakan dua orang anak lelaki.

Sepanjang tempoh perkahwinan, Anita hanyalah suri rumah dan tidak pernah bekerja. Namun, suaminya mempunyai pekerjaan tetap yang baik dengan gaji yang tinggi.

Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak-anaknya membesar tanpa ayah. Selama ini, bekas suaminya menjadi tempat mereka bergantung harap.

Atas nasihat kawan rapat, Anita membuat tuntutan harta sepencarian terhadap bekas suaminya, antaranya sebuah rumah yang terletak di ibu kota dan harta lain seperti kereta, simpanan dan pendapatan sewa rumah.

Kemudiannya, wanita berusia 45 tahun itu memfailkan tuntutan harta sepencarian di sebuah Mahkamah Syariah di pantai timur. Mahkamah Tinggi Syariah kemudian memutuskan Anita layak mendapat 1/4 bahagian rumah berkenaan. Begitu juga bahagian untuk harta alih yang lain.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Maizura membuat rayuan dan memohon untuk mendapatkan 1/2 daripada nilai rumah berkenaan. Menurut Anita, jumlah itu berpatutan untuk mendapatkan hak yang sama dengan bekas suaminya.

Akhirnya, Mahkamah Rayuan Syariah memberikan nilaian rumah tersebut pada kadar 1/3 kepada Maizura. Ini kerana Maizura mengakui, semasa tempoh perkahwinan, beliau tidak memberikan sumbangan langsung kepada rumah berkenaan.

Tuntutan harta sepencarian - biasa mahkamah akan membahagi satu pertiga harta suami
Lazimnya, Mahkamah Syariah akan memberikan paling kurang 1/3 bahagian harta sepencarian kepada bekas isteri sekiranya mereka tidak menyumbang secara langsung kepada harta tersebut.

Wanita itu patuh dengan keputusan mahkamah dan menerimanya dengan berlapang dada.

Beliau sangat berterima kasih kepada rakan rapat yang menyedarkannya untuk menuntut harta sepencarian meskipun beliau hanyalah seorang suri rumah sepanjang perkahwinannya dengan bekas suaminya.

Harta Sepencarian – Apa Yang Perlu Difahami?

Bukan mudah nak menuntut harta sepencarian di mahkamah. Paling tinggi boleh dapat 1/3 sahaja.
Harta sepencarian boleh diperolehi dengan dua cara: membuat perjanjian harta sepencarian semasa tengah bahagia atau menuntut di mahkamah.

Mengenai harta sepencarian, isteri berhak menuntut harta sepencarian walaupun isteri tidak pernah bekerja atau memberikan sumbangan langsung kepada pemilikan harta sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Bagaimanapun tuntutan harta sepencarian tertakluk kepada terma dalam undang-undang dan hukum syarak.

Perlu diketahui, harta sepencarian ialah harta sama ada harta alih atau tidak alih yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan. Ianya diperolehi sama ada secara sumbangan langsung pihak suami atau sumbangan langsung suami isteri dalam tempoh perkahwinan.

Harta sepencarian juga termasuk harta yang dimiliki oleh mana-mana pasangan sebelum berkahwin dan semasa tempoh perkahwinan, yang mana harta tersebut telah bertambah nilai melalui sumbangan oleh pasangan.

Dalam hal ini, harta sepencarian bukan hanya boleh dituntut sekiranya berlaku perceraian sahaja, bahkan ia boleh dituntut apabila suami berpoligami dan berlaku kematian suami atau pasangan sebelum pembahagian harta pusaka kepada waris.

Penulis

Harta Sepencarian Ialah Satu Bentuk Penghargaan Kepada Isteri

Walaupun tidak ada peruntukan berkaitan harta sepencarian secara khusus dalam hukum syarak, namun konsep harta sepencarian ini lebih kepada amalan atau adat di negara ini yang mana datang dari Adat Temenggung mahupun Adat Perpatih.

Bagaimanapun, selagi ‘adat’ tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak, ia akan diiktiraf.

Dalam Enakmen Negeri Selangor misalnya, Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 mengiktiraf mengenai harta sepencarian sama ada sumbangan tunggal salah seorang pihak mahupun sumbangan bersama.

Dalam kes harta sepencarian, umumnya Mahkamah Syariah akan memberikan paling kurang 1/3 bahagian harta sepencarian kepada bekas isteri sekiranya mereka tidak menyumbang secara langsung kepada harta tersebut.

Ia termasuklah sama ada isteri tersebut bekerja ataupun suri rumah. Sekiranya ada sumbangan isteri semasa tempoh perkahwinan, bahagian harta sepencarian itu boleh jadi lebih lagi.

Perlu difahami, harta sepencarian ialah salah satu bentuk penghargaan atau hadiah kepada bekas isteri kerana telah bersama-sama membantu suami sepanjang tempoh perkahwinan.

Walaupun tiada sumbangan secara langsung, tanggungjawab isteri terhadap keluarga, memberikan sokongan kepada si suami sehingga mampu untuk membayar dan memiliki harta tersebut juga dianggap satu sumbangan tidak langsung daripada si isteri.

Cuba bayangkan, kalau tempoh perkahwinan sudah 30 tahun dan pasangan tersebut bercerai, tidakkah ada bahagian isteri sepanjang tempoh perkahwinan dalam membantu si suami dalam memiliki harta-harta sepanjang tempoh perkahwinan? Adil ataupun tidak? Begitu cantiknya adat tersebut untuk memelihara dan melindungi wanita-wanita selepas daripada perceraian.

Adakah anda ingin tahu cara mendapat harta sepencarian semua harta suami tanpa tuntutan mahkah?

Baca artikel ini: Cara Mudah Isteri Mendapat Harta Sepencarian Suami Tanpa Turun Naik Mahkamah

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

[mc4wp_form id=”5278″]

Artikel ini telah ditulis hasil adaptasi dari artikel asal:
SinarHarian: Bolehkah isteri tidak bekerja tuntut harta sepencarian?

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Buat Wasiat Anak Angkat – Dapatkan Panduan Yang Betul Dari Syarikat Amanah

Artikel mengenai panduan membuat wasiat anak angkat dengan syarikat amanah as-Salihin Trustee berhad
Wasiat terakhir untuk anak angkat

Anda sedang mencari panduan membuat wasiat untuk anak angkat?

Sebelum itu, elok juga tonton Video ini kenapa ibu bapa angkat kena membuat wasiat untuk anak angkat.

@lubukrezeki Anak angkat tersisih dan dihalau oleh waris bila kematian ibu-bapa angkat. Harta satu sen pun tak dapat. Sayangi anak angkat. Buat wasiat dan berikan harta untuk anak angkat. #anakangkat #hakanakangkat #buatwasiat #wasiat #hartapusaka ♬ original sound – rahaman

Membuat wasiat untuk anak angkat dengan as-Salihin Trustee Berhad bukanlah susah.

Yang susah, ibu bapa angkat tidak membuat wasiat sebelum mati.

Wasiat hanyalah satu dokumen yang menyatakan apa harta yang hendak diberikan oleh ibu bapa angkat kepada anak angkatnya.

Dokumen wasiat bukanlah persetujuan yang mutlak. Selagi pewasiat masih hidup, wasiat seperti juga insurans hayat – ia tidak ada nilainya di segi undang-undang. Wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian ibu bapa angkat sahaja.

Hak Anak Angkat Ke Atas Harta Pusaka Ibu Bapa Angkat

Anak angkat mempunyai hak ke atas harta pusaka ibu bapa kandung tetapi tidak ke atas harta ibu bapa angkatnya. Ini kerana anak angkat bukan waris kerana tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya.

Bagaimanapun, dengan wasiat, anak angkat berhak menerima maksimum 1/3 daripada ibu bapa angkatnya tanpa boleh ditentang oleh waris.

Wasiat harta melebihi 1/3 harta dibolehkan sekiranya semua waris bersetuju.

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Ibu bapa angkat yang mahu membuat wasiat untuk anak angkat boleh berhubung dengan perancang harta Islam dari pejabat as-Salihin Trustee berhad.

Ibu bapa boleh mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk berjumpa. Berjumpa di pejabat as-Salihin pun boleh.

Berikut ialah panduan asasnya:

Harta Yang Hendak Diwasiatkan

Ibu bapa hendaklah menentukan secara spesifik harta yang nak diwasiatkan kepada anak angkatnya.

Contohnya, rumah di Jalan Bayam di Petaling Jaya diwasiatkan kepada anak angkat. Atau, wang sejumlah RM100,000 diwasiatkan kepada anak angkat.

Bagi memudahkan urusan pemberian harta pusaka kemudian hari, maka pewasiat hendaklah menyertakan dokumen hak milik harta itu dan akan dilampirkan bersama dengan wasiat.

Permohonan Membuat Wasiat Anak Angkat

As-Salihin ada menyediakan borang membuat wasiat. Dalam zaman online ini, borang membuat wasiat diisikan oleh Perancang harta atau agen as-Salihin.

Dalam borang permohonan wasiat itu, dokumen penting yang diperlukan ialah kad pengenalan wasiat, kad pengenalan anak angkat dan salinan hak milik harta yang hendak diwasiatkan.

Perlantikan Wasi Bagi Mentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat bukan sekadar pewasiat memberi arahan tetapi mesti ‘boleh bertindak’ bagi melaksanakan wasiat itu.

Pewasiat boleh mewasiatkan pewaris atau orang lain untuk menjadi wasi yang menguruskan harta pusakanya.

Dalam wasiat memberikan harta kepada anak angkat biasanya pewasiat akan melantik orang yang tidak ada kepentingan dengan harta pusaka iaitu contohnya syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad.

Perlantikan syarikat amanah sebagai wasi bagi memastikan harta pusaka ditadbirkan dengan cekap dan menunaikan hajat pewasiat.

Penyediaan Deraf Wasiat Anak Angkat

Apabila semua maklumat diterima daripada pewasiat, Perancang harta akan menyerahkan semua maklumat pewasiat kepada pejabat as-Salihin untuk disediakan deraf wasiat.

Biasanya tidak lebih seminggu, perancang harta akan menerima email bagi menyemak deraf pertama wasiat.

Perancang harta akan menyemak deraf wasiat dari segi arahan pewasiat. Sekiranya, ada kesilapan, deraf itu akan dikembalikan kepada as-Salihin.

Apabila Perancang harta berpuas hati dengan deraf wasiat, Perancang harta akan memanjangkannya kepada pewasiat untuk menyemak dan memberi persetujuan. Jika ada pindaan, perancang harta akan berhubung dengan pejabat as-Salihin untuk pembetulan.

Selepas dibetulkan deraf wasiat, as-Salihin akan menyediakan dokumen wasiat untuk ditandatangani.

Menandatangani Wasiat Dengan Dua Saksi

Wasiat boleh ditandatangani di pejabat as-Salihin atau di luar seperti di rumah pewasiat asalkan ada dua saksi lelaki Islam.

Biasanya pewasiat akan menjelaskan caj yang dikenakan oleh as-Salihin pada masa wasiat ditandatangani.

Wasiat yang lengkap ditandangi akan dibawa balik ke pajabat as-Salihin untuk daftar dan rekod.

Penyerahan Dokumen Wasiat

As-Salihin akan membuat salinan wasiat untuk diberikan kepada pewasiat. Salinan asal wasiat akan disimpan oleh as-Salihin untuk kegunaan masa depan.

Semasa penyerahan wasiat kepada pewasiat, as-Salihin akan memberikan dua Kad Wasiat.

Kad Wasiat yang mengandungi butiran wasiat ini boleh diberikan kepada waris terdekat bagi memudahkan waris berhubung dengan as-Salihin bila tiba masanya.

Pemindaan dan Pembatalan Wasiat

Pewasiat boleh meminda dan membatalkan wasiat pada bila-bila masa dengan memberitahu as-Salihin.

Mengapa Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan perancang harta, pewasian dan pentadbir harta pelanggannya.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • Institusi ini dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara. Beliau sangat mahir dalam pengurusan harta pusaka, harta sepencarian, hibah dan lain-lain produk perancangan Islam.
  • as-Salihin mempunyai Lembaga Syariahnya sendiri bagi memastikan dasar dan produk selari dengan prinsip syariah.

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Sebab Orang Membuat Wasiat

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya tuan puan memerlukan maklumat lanjut mengenai wasiat anak angkat, sila hubungi saya pada sebarang masa.

Abd Rahaman Rasid
Telefon: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 2,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

KUIZ RANCANG HARTA -UJI KEFAHAMAN

Jawap A atau B

Ibu bapa angkat kena buat wasiat harta kepada anak angkat
Wasiat Anak Angkat

Pautan Berkaitan

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Ada 5 Pilihan Pemberian Harta Kepada Anak Angkat Ibu Bapa Wajib Tahu!

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Isteri Gembira Mendapat Harta Sepencarian Tanpa Turun Naik Mahkamah

Kenapa dah bercerai dan dimadukan baru nak tuntut harta sepencarian?

Selalu sangat kita baca kesah pertelingkahan harta sepencarian antara isteri dengan bekas suami…

Kerap kita baca di akhbar isteri yang diceraikan membawa tuntutan harta sepencarian ke mahkamah. Ada yang gagal, ada yang berjaya. Tapi lebih banyak gagal dari berjaya.

Isteri kerap kecewa apabila ditinggalkan  suami samada selepas penceraian, kematian suami atau dimadukan.
Jika tahu jalannya, tentu tidak bersedih…

Yang gagal mungkin kerana isteri tidak dapat membuktikan yang beliau ada hak ke atas harta bekas suaminya. Yang berjaya pula tidak semestinya mendapat 100% apa yang dituntutnya.

Bukan semua kes tuntutan harta milik bersama ini di bawa ke mahkamah. Sebab, ada isteri yang diceraikan tidak mampu membayar kos guaman peguam syariah, jadi tuntutan harta tinggal mimpi sahaja.

Kadang-kadang tak sempat nak buat tuntutan ke mahkamah apabila berlaku campur tangan ibu bapa pasangan ke atas harta kerana tamak dan dengki.

Jom kita lihat empat senario di bawah di mana isteri selalu teraniaya dalam mendapat sebahagian daripada harta atas nama suami.

1. Suami Menceraikan Isteri Tanpa Belas Kasihan

Hak harta pusaka isteri daripada suami terbatal selepas bercerai kerana isteri bukan lagi waris melalui perkahwinan.
hartPenceraian tidak semuanya akan gagal…

Penceraian hidup menyebabkan terputus hak perwarisan harta pusaka suami isteri.

Ini bermakna apabila berlaku kematian suami selepas penceraian, maka bekas isteri tidak ada hak ke atas harta pusaka bekas suami.

2. Berpoligami Boleh Merugikan Isteri Tua

Biarkan suami berpoligami asalkan isteri tua jangan bertambah rugi.
hartSuami berpoligami jangan sampai merugikan hak isteri tua…

Apabila suami berpoligami, isteri pertama selalunya akan teraniaya. Ini kerana ada harta yang dikumpul semasa bahagia semasa isteri tua mungkin terlepas kepada isteri kedua.

Isteri pertama mungkin mencuba menuntut di mahkamah tetapi sudah terlewat apabila rumah itu telah dipindah milik kepada isteri muda.

3. Hak Isteri 1/8 Apabila Suami Meninggal

Hak isteri ke atas harta pusakan suami ialah 1/8 jika ada anak. Tanpa anak harta pusaka yang isteri dapat ialah 1/4.
Di bawah Faraid, hak isteri 1/8 ke atas harta pusaka suami atau 1/4 jika tiada dikurniakan anak

Apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/8.

Jika diberi peluang, tentulah isteri mahu lebih 1/8. ini kerana selepas suami meninggal, isteri akan menjaga anak, menyediakan kediaman dan persekolahan anak.

4. Pasangan Tidak Dikurniakan Anak

Jika pasangan tiada anak, apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/4. Baki harta 3/4 akan difaraidkan kepada ibu bapa suami dan adik-beradik suami.

Jika mereka ada anak, tentulah sebahagian daripada harta pusaka suami akan dapat kepada anak-anak.

Jika diberi pilihan, tentulah isteri mahu lebih 1/4 kerana pasangan ini telah mengharungi susah-senang hidup secara bersama.

Alangkah Baiknya Harta Perolehan Bersama Itu Dibahagi Semasa Hidup Bahagia

Konsep harta sepencarian sebenarnya sudah ada dalam Islam.

Dalil Al-Quran berikut dipakai sebagai sumber mengenai konsep tersebut.

“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.”

Surah Al-Nisaa 4:32

Tip Cara Mudah Isteri Mendapat Sebahagian Harta Suami Tanpa Turun Naik Mahkamah...

Harta yang diperolehi oleh pasangan semasa mereka menjadi suami isteri
Semasa bahagia, suami sepatutnya membahagi sebahagian hartanya kepada isteri

Saya nak kongsi bagaimana pasangan suami isteri boleh menyelesaikan masalah pembahagian harta sepencarian semasa mereka aman bahagia – tanpa menunggu mati, bercerai atau berpoligami.

Semasa hidup bahagia, isteri boleh mendapat lebih harta sekiranya suami bersetuju membahagikan sejumlah aset melalui perjanjian harta suami-isteri.

Perjanjian Harta Sepencarian Suami Isteri Pilihan Terbaik

Perjanjian hart antara suami dengan isteri adalah cara terbaik menguruskan harta sepencarian
Perjanjian di mana suami bersetuju membahagi harta seperti rumah kepada isterinya

Dokumen Perjanjian aset perolehan bersama atau perjanjian harta sepencarian ialah perjanjian antara suami-isteri bagi menyerahkan sebahagian aset kepada pasangannya. Dari segi undang-undang, ia berkuatkuasa pada tarikh perjanjian.

Sebagai contoh, sebuah rumah milik suami dan dengan perjanjian harta sepencarian, suami bersetuju menyerahkan 50% hak milik rumah dua tingkat kepada isterinya.

Kesan Pemilikan Harta Selepas Perjanjian Harta Sepencarian Ditandatangi

1. Jika Berlaku Penceraian, Isteri Tak Rugi Besar

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri akan mendapat bahagian harta suami 50% atau lebih berbanding tanpa harta jika tidak membuat perjanjian tersebut..

2. Suami Berpoligami Jangan Rugikan Isteri Pertama

Dengan perjanjian, isteri akan tetap mendapat hak suami 50% walaupun sudah dimadukan. Bagaimanapun, perjanjian harta sepencarian dibuat sebelum suami berpoligami.

Jika selepas berpoligami, ia memerlukan persetujuan semua isteri – satu keadaan yang sukar kan?

3. Suami Meninggal, Isteri Dapat 50% Harta Sepencarian dan 1/8 Harta Faraid

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri mendapat 50% harta sepencarian kerana ia pembahagian semasa hidup.

Isteri akan mendapat lagi 1/8 lagi daripada baki 50% harta sebagai harta pusaka.

4. Kena Reda Jika Tidak Dikurniakan Cahaya Mata

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri akan mendapat 50% harta sepencarian dan 1/4 daripada baki 50% sebagai harta pusaka.

Perjanjian ini dapat mengurangkan bahagian harta yang terlepas kepada famili suami.

Tiga Kebaikan Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Yang Suami Isteri Patut Tahu!

Pertama, suami isteri akan berpuas hati dengan cara pembahagian harta kerana perjanjian dibuat atas kerelaan masing-masing.

Kedua, perjanjian ini dapat mempercepatkan proses pembahagian harta sepencarian kepada pasangan kerana ia melibatkan proses pengesahan mahkamah syariah tanpa turun naik mahkamah.

Ketiga, perjanjian harta sepencarian ini dapat mengelakkan perbalahan ahli keluarga jika berlaku kematian suami, penceraian dan suami berpoligami kerana ia pembahagian harta semasa suami hidup dan ia bukannya harta pusaka yang tertakluk kepada Hukum Faraid. 

Mengapa Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Dengan as-Salihin Trustee Berhad

as-Salihin Trustee Berhad ialah syarikat amanah yang pakar dalam pengurusan harta pusaka orang Islam.
as-Salihin Trustee Bhd – sebagai syarikat amanah Islam terbesar yang menyediakan produk perancangan harta

Perjanjian harta serpencarian dikenali dengan Deklarasi Harta Sepencarian atau Perjanjian Aset Perolehan Bersama.

Ada beberapa sebab pasangan boleh membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama dengan as-Salihin Trustee Berhad, iaitu:

  • as-Salihin Tristee Bhd menerima permohonan membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama walaupun properti itu masih dalam pembiayaan bank.
  • Ia sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perjanjian Aset Perolehan Bersama dan produk perancangan harta yang lain. 
  • as-Salihin telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.
  • as-Salihin dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Panduan Membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama Suami Isteri

Suami-isteri berunding dan bersetuju mengenai harta yang hendak dijadikan harta milik bersama. 

  • Suami atau isteri menghubungi Perunding as-Salihin untuk mengadakan perbincangan dan permohonan membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama.
  • Pasangan menyertakan salinan IC, sijil perkahwinan, geran atau S&P harta yang hendak dijadikan harta milik bersama.
  • As-Salihin akan menyediakan deraf Perjanjian dan diemailkan kepada pasangan untuk semakan dan persetujuan.
  • Pasangan akan menandatangi Perjanjian Aset Perolehan Bersama di pejabat as-Salihin Trustee Berhad.
  • Pasangan akan menyimpan satu salinan Perjanjian dan dokumen asal disimpan oleh as-Salihin Trustee Bhd. 

Hubungi Perunding Kewangan Anda

Hubungi saya Abd Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com untuk temujanji dan penjelasan kemudahan ini.

Kami mengalukan sebarang pertanyaan di ruangan komen, dan kami akan memberi maklum balas secepat mungkin.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

[mc4wp_form id=”5278″]

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Disclaimer: Artikel ini ditulis bagi memudahkan pemahaman produk perjanjian harta sepencarian kepada orang ramai. Perincian kemudahan ini akan diperjelaskan oleh wakil atau perunding as-Salihin Trustee Berhad sendiri semasa perbincangan.

Tuntutan Harta Sepencarian Isteri Tidak Bekerja

Ketahuilah Empat Sebab Isteri Patut Buat Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Contoh Headline Terbaik dan Berkesan Untuk Gandakan Jualan Online

Template headline yang wajib dimiliki oleh setiap penulis artikel dan iklan jualan.

Anda hendakkan contoh headline terbaik lagi power bagi gandakan jualan online?

Adakah anda ketahui, jika headline mengancam mampu menarik orang membaca tulisan anda? Jika anda seorang peniaga online, tentu anda gembira apabila ada orang membaca iklan, surat dan artikel jualan anda.

Anda percaya semakin ramai orang membaca tulisan anda, maka semakin cerah harapan orang akan membeli online produk anda.

Mari kita tengok headline ‘Restoran berahi’ dalam akhbar Metro di bawah. Konsep di sini bukan apa yang bisnes mereka buat, tetapi ialah pengaruh headline terbaik mampu menarik orang membaca.

Headline power mampu menarik pembaca baca artikel dan iklan hingga habis
Iklan power mampu menarik pembaca baca artikel hingga habis

Pening Nak Dapat Headline Terbaik?

Pernah anda pening kepala atau tidak ada idea nak tulis headline terbaik untuk iklan atau artikel anda?

Kadang-kadang surat jualan dah siap, tetapi berjam-jam nak tulis headline yang terbaik dan power.

‘Blogger Untung RM1 Juta’ -Menarik Tak Headlinenya?

Bagaimana headline artikel mampu mempengaruhi pembaca membaca artikel dan iklan hingga habis
Headline Power Sangat Kritikal Bagi Menarik Perhatian Pembaca

Jika headlinenya menarik dan mengancam, saya dan anda pun tertarik nak baca hingga habis bagaimana seorang blogger boleh dapat untung RM1 juta.

105 Template Headline Padu – Contoh Headline Power Wajib Dimiliki Untuk Tingkatkan Jualan Online

Saya nak syer satu ebook ‘105 Template Headline Padu.’ Saya telah memilikinya dan ia sebuah ebook yang praktikal dan boleh digunakan terus.

Ebook 105 template headline dengan contoh sekali untuk artikel dan iklan
105 Template Headline Boleh Menyelesaikan Memilih Headline atau Tajuk Artikel atau Iklan

Contoh Template Headline Padu

Sample headline dari ebook ‘105 Template Headline Padu’

Contoh di atas ialah Template Headline Nombor 6 pada muka surat 20.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mengisi ruangan kosong dengan ayat yang berkaitan dengan produk anda.

Setiap template headline akan ada dua contoh supaya anda faham menggunakannya.

Bayangkan ada 105 template dengan 210 contoh ayat memang berbaloi memiliki dan hilang sakit kepala nak buat headline power dan terrbaik.

Untuk dapatkan ebook ‘105 Template Headline Padu’ sila klik link berikut dan ikut arahannya.

105 Template Headline Padu

Cara Menjual Di Shopee – Apa Yang Anda Patut Tahu

Tak Tahu Buat Ayat Power – Baca Panduan Ini

Cara Menjana Pendapatan Pasif Secara Online dan Guna Telefon Bimbit

Bahagi Harta Kepada Anak Angkat – Ibu Bapa Angkat Ada Lima Pilihan

Pilihan hari ini akan menentukan masa depan anak angkat…

Ramai ibu bapa yang memiliki anak angkat tapi tak ada idea apakah pilihan terbaik cara nak bahagi harta kepada anak angkat. Nak bagi sekarang ke, nak buat wasiat ke atau nak buat hibah.

Di sini saya tunjukkan ada lima pilihan nak bahagi harta kepada anak angkat. Artikel ini dapat membantu ibu bapa membuat keputusan terbaik

Pilihan pemberian harta kepada anak angkat ibu bapa wajib tahu!
Ada lima pilihan nak bahagi harta kepada anak angkat

1. Bahagi Harta Terus Kepada Anak Angkat

Semasa hidup lagi ibu bapa membahagi harta kepada anak angkat. Ia juga dipanggil hibah mutlak.

Ibu bapa boleh pergi ke pejabat tanah dan memindahkan nama mereka kepada anak angkat.

Atau, pergi ke pejabat ASN atau bank memindahkan pelaburan dan simpanan kepada anak angkat mereka.

2. Buat Hibah Untuk Anak Angkat

Ibu bapa boleh memberikan harta kepada anak angkat dengan cara hibah. Hibah ini dipanggil hibah amanah.

Hibah dalam konteks artikel ini ialah satu dokumen perundangan yang menyatakan ibu bapa bersetuju memberi satu harta, contohnya rumah, kepada anak angkat apabila ibu bapa meninggal dunia.

Oleh kerana hibah ialah pemberian semasa hidup, maka ia tidak dikelaskan sebagai harta pusaka, jadi ia tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Oleh itu, waris-waris tidak boleh menghalang hibah ini kepada anak angkat.

Hibah ini ada fleksibilitinya. Sekiranya, anak angkat meninggal dahulu daripada ibu bapa angkatnya, maka harta itu boleh berpindah balik kepada ibu bapa angkatnya.

Tanpa klausa ini, harta yang dihibahkan itu akan menjadi harta pusaka anak angkat. Maka waris kepada anak angkat iaitu ibu bapa kandungnya berhak ke atas harta pusaka ini.

Hibah boleh juga dibatalkan dengan persetujuan ibu bapa dengan anak angkat itu, jika klausa ini dimasukkan ke dalam dokumen hibah.

3. Memberi Harta Kepada Anak Angkat Melalui Amanah Hayat (Living Trust)

cara memberi harta kepada anak angkat melalui amanah hayat
Syarikat amanah yang menguruskan pembahagian harta ibu bapa kepada anak angkatnya melalui surat ikatan amanah

Ibu bapa boleh membahagikan harta kepada anak angkat melalui Amanah Hayat. Bukan sahaja harta malah hasil-hasil yang diperolehi dari harta itu seperti sewaan dan keuntungan pelaburan pun boleh diberikan kepada anak angkat.

Konsep Amanah Hayat ialah bagaimana seseorang atau ibu bapa itu mengurus dan memindahkan harta dari satu generasi ke satu generasi dengan licin tanpa gangguan sebarang kematian pemilik harta atau waris-warisnya. Atau, Amanah Hayat ini dapat meminimumkan risiko perebutan harta pusaka ibu bapa.

Amanah Hayat biasanya melibatkan syarikat amanah selaku pemegang amanah kepada pemilik harta itu.

Dalam Amanah Hayat pemilik harta akan memindahkan secara legal sejumlah harta ibu bapa kepada syarikat amanah.

Dengan surat ikatan amanah (trust deed) antara ibu bapa dan syarikat amanah, ibu bapa menyatakan dengan jelas apa yang mereka mahu syarikat amanah itu lakukan.

Dalam konteks ini, melalui surat ikatan amanah, ibu bapa yang membuat Amanah Hayat boleh memindahkan sejumlah harta kepada anak angkatnya pada satu masa atau memberikan sebarang faedah kewangan daripada harta dan pelaburan.

4. Buat Wasiat Bahagi Harta Kepada Anak Angkat

wasiat bahagi harta untuk anak angkat
Dengan wasiat ibu bapa boleh membahagi 1/3 harta kepada anak angkat

Membuat wasiat ialah pilihan paling mudah nak bahagi harta kepada anak angkat.

Dengan berwasiat, hukum Islam membenarkan harta pusaka diberikan kepada bukan waris maksimum 1/3 daripada baki harta. Baki harta bermaksud ia harta setelah ditolak hutang-hutang si mati semasa hidup.

Oleh kerana anak angkat bukan waris, dengan wasiat ia berhak mendapat harta pusaka maksimum 1/3 yang tidak boleh ditentang oleh waris. Jika wasiat pembahagian harta melebih 1/3 ia memerlukan persetujuan semua waris.

1. Serahkan Kepada Takdir Bahagi Harta Kepada Anak Angkat

Ibu bapa angkat tidak membuat perancangan semasa hidup mengenai perancangan pembahagian harta kepada anak angkatnya – serahkan kepada takdir dan biarkan keadaan yang menentukan.

Apabila ibu bapa angkat meninggal, terpulanglah kepada waris nak bahagi harta atau tidak kepada adik angkatnya itu.

Apakah Pilihan Terbaik Ibu Bapa Untuk Anak Angkat?

Pilihan ibu bapa ialah bergantung kepada kehendaknya sendiri terhadap masa depan anak angkatnya. Ini kerana setiap pilihan di atas ada kekuatan dan kelemahannya setelah mengambil kira faktor waris yang ada dan jumlah aset yang ibu bapa ada.

Sekiranya ibu bapa atau anak angkat memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi saya:

Abd Rahaman Rasid
as-Salihin Trustee Berhad
Tel/wasap: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Mengapa Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perancangan harta Islam, pemegangan amanah dan pentadbir harta pelanggan.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.
  • Ia dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Video Penerangan Sebab Orang Buat Wasiat

Sebab Orang Buat Wasiat

Pautan berkaitan:

Cara Buat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat

Hak Anak Angkat Terhadap Harta Pusaka Melalui Wasiat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Menulis Artikel Perniagaan – Apa Yang Mr Google Suka Cari Di Internet?

Saya nak syer cara menulis artikel perniagaan yang Mr Google suka cari di internet. Tip ini berdasarkan pengalaman saya menulis blog.

Tip ini sesuai dibaca oleh mereka yang selalu menulis artikel mengenai jualan dan perniagaan.

Mengapa Menulis Artikel Perniagaan?

Pernah anda bertanya mengapa anda menulis? Cuba anda fikir…

Saya menulis artikel perniagaan kerana saya mahu menjual produk saya, mahu memperkenalkan perniagaan saya.

Bila saya menulis artikel perniagaan, perkara pertama yang saya kena tahu ialah apa yang Mr Google cari.

Siapa itu Mr Google?

Mr Google ialah sesiapa sahaja yang menggunakan Google Search untuk mencari sesuatu di internet.

Lebih tepat, ia kata kunci atau keyword yang paling banyak dicari oleh pelayar internet.

Saya akan gunakan keyword yang paling banyak dicari bagi sesuatu produk untuk dijadikan tajuk dan ayat-ayat dalam artkel.

Artikel ini saya fokuskan apa yang Mr Google cari berkenaan satu produk yang telah saya kenalpasti ada potensi jualan.

Saya telah memilih kitab Tafsir Ibnu Katsir untuk dijual dan saya perlu mendapatkan keyword yang selalu orang cari sebelum membuat artikel.

Tip menulis artikel berdasarkan apa yang Mr Google suka cari
Tafsir Ibnu Katsir – saya dah pilih untuk dijual, tunggu nak tulis artikel.

Apa Yang Mr Google Cari Di Internet?

Saya dah pilih produk yang nak dijual dan sekarang nak buat artikel jualan. Di sini saya buat dua kali search dengan meletakkan carian berkenaan produk itu. (biasa 4-5 kali)

Carian Pertama: keyword ‘kitab tafsir quran’

Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume

Carian ke-2 keyword ‘kitab tafsir ibnu katsir’

Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume

Bagaimana Saya Menggunakan Keyword popular Bagi Menulis Artikel

Pemilihan Keyword

Volume keyword yang paling top dari dua carian di atas ialah tafsir al Quran dengan jumlah carian 8,100 volume. Jadi saya gunakan keyword tersebut dalam menulis artikel saya.

Cara Meletakkan Keyword Dalam Artikel

Keyword tafsir al Quran diletakkan di tempat berikut:

Tajuk besar (heading -H1) – selitkan tafsir al Quran pada tajuk

Tajuk kecil (sub heading -H2). Jika ada 3-4 sub heading, maka selitkan 1 atau 2 keyword dalam H2. Yang lain tak perlu.

Kandungan artikel (body) – letakkan 3-6 keyword tafsir al Quran sekiranya panjang artikel 300-500 perkataan

Tulisan ini hanya memberi pendedahan awal bagaimana kita membuat artikel berdasarkan keyword.

Ingat saya kata, keyword ialah carian yang kerap dibuat oleh pelayar-pelayar Google.

Jika pandai menulis artikel boleh memberi pendapatan tambahan

Keberkesanan Menulis Artikel Perniagaan

Keberkesanan menulis artikel perniagaan boleh diukur dari jualan kita.

Jika anda seorang affiliate marketer, keberkesanan menulis boleh diukur berapa banyak anda mendapat komisen sebulan.

Jika anda menjual produk kesihatan dan jualan meningkat dari masa ke masa – bermakna artikel anda berkesan.

Kedudukan ranking artikel anda akan sentiasa tinggi kerana artikel ditulis berasaskan apa yang Mr Google suka cari.

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan Dengan Menulis

Rahsia Membuat Wasiat Terbongkar

Nasib Malang Anak Angkat Tanpa Wasiat Harta Dari Ibu Bapa Angkat

Anak angkat pun macam anak kandung. Itulah perasaan dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada bayi lagi.

Ramai ibu bapa yang memerlihara kanak-kanak ini sejak umur sehari lagi.

Tentulah kasih sayang yang dicurahkan kepada kanak-kanak ini sama seperti anak kandung juga, lebih-lebih pasangan yang tidak dikurniakan anak.

Tetapi, adakah kasih sayang terhadap anak peliharaan itu berterusan hingga ke syurga? Itu yang mereka harapkan!

Anak angkat berhak mendapat harta pusaka dengan adanya wasiat
Anak ini biasanya diambil sebaik sahaja selepas bersalin – foto hiasan

Sejak kecil, anak ini hingga dewasa diberikan didikan ugama, disekolahkan, diberikan pakaian dan makanan yang cukup. Setiap bulan ibu bapa menabung untuk budak ini demi masa depannya.

Dan dari masa dibawa anak ini berjumpa dengan saudara mara supaya nampak ini seperti kaum keluarga sendiri.

Kanak-kanak ini seperti anak kandung akan menyayangi ibu bapa angkat mereka. Jika beliau seorang anak perempuan tentu banyak membantu ibunya di dapur. Jika anak lelaki tentu banyak membantu bapanya ke ladang, ke sawah dan ke pasar.

Bila anak ini sudah bekerja, mereka pasti berjasa kepada kedua ibu bapanya – membeli hadiah hari jadi bapanya itu dan kasih sayang.

Adakah Ibu Bapa Telah Merancang Masa Depan Anak Angkat Ini?

Kebanyakan ibu bapa mempunyai harta, sekurang-kurangnya sebiji rumah, ada simpanan di bank, dan ibu pula mempunyai seutas rantai emas.

Jika pasangan tidak mempunyai anak, ada yang telah memberikan harta kepada anak angkat mereka siang-siang lagi.

Ramai juga kanak peliharaan ini ‘dapat habuk’ selepas kematian ibu-bapa mereka.

Harta pusaka akan direbut oleh waris. Ini kerana semasa hidup, ibu-bapa tidak memberikan harta kepada anak angkat atau tidak membuat wasiat.

Ini tentu satu kesedihan kepada anak yang dipelihara sejak bayi lagi!

Anak Angkat Tiada Hak Terhadap Harta Pusaka Ibu Bapa

Dari segi Faraid, anak ini memang tidak layak mendapat harta pusaka ibu bapa kerana beliau bukannya waris.

Sekiraya ibu bapa ini tidak membuat wasiat, semua harta akan menjadi hak waris – biasanya adik beradik kedua ibu bapa ini.

Dengan Wasiat, Anak Angkat Berhak Dapat 1/3 Harta Pusaka

contoh wasiat as-salihin trustee berhad
Anak ini layak mendapat 1/3 harta pusaka jika ada wasiat

Ramai ibu bapa tak sedar mereka boleh membahagikan harta pusaka kepada anak angkat dengan syarat membuat wasiat.

Ikut Hukum Faraid, ibu bapa ini boleh membahagikan harta maksimum 1/3 kepada bukan waris – khususnya anak angkat dalam kes ini.

Malah, dari segi susunan, anak ini akan dapat dahulu 1/3 harta pusaka. Baki 2/3 akan dibahagikan waris ibu bapa, biasanya adik-beradik.

Wasiat Berkuatkuasa Selepas Kematian

Ada ibu bapa takut membuat wasiat kerana seolah-olah wasiat akan mengikat mereka.

Wasiat tidak ada nilainya semasa hidup, dan ia hanya berkuatkuasa selepas kematian. Malah, semasa hidup wasiat itu boleh dipinda atau dibatalkan.

Cara Membuat Wasiat Untuk Anak Angkat

Ibu bapa boleh membuat wasiat dengan mana-mana badan atau syarikat amanah yang berpengalaman dalam perancangan harta orang Islam.

Sekiranya, ibu-bapa mahu membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee berhad, sila hubungi saya selaku wakil as-Salihin Turstee Bhd.

As-Salihin Trustee Berhad – Ada Sediakan Kemudahan Membuat Wasiat

as-Salihin Trustee Berhad ada menyediakan kemudahan membuat wasiat
as-Salihin Trustee Berhad Turut Menyediakan Khidmat Membuat Wasiat

As-Salihin Trustee Berhad ialah sebuah syarikat amanah Islam yang telah berada di pasaran selama 15 tahun. Ia berfungsi menyediakan perkhidmatan perancangan harta orang Islam seperti dokumen wasiat, perjanjian harta sepencarian, hibah dan amanah hayat.

Syarikat ini juga mengurus dan mentadbir harta pusaka termasuk pengagihan harta kepada kanak-kanak peliharaan ini, tidak lebih 1/3 daripada harta pusaka.

Selain menguruskan harta pusaka, as-Salihin juga badan pemegang amanah terutama menjaga harta anak-anak yang di bawah 18 tahun.

Hubungi Perancangan Kewangan Anda

Abd Rahaman Rasid
Telefon/Wasap 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Sebab-Sebab Orang Buat Wasiat

Pautan berkaitan:

Surat Wasiat Untuk Anak Angkat

Ada 5 Pilihan Pemberian Harta Kepada Anak Angkat Ibu Bapa Wajib Tahu

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com