Testimoni Produk Mampu Gandakan Jualan Online Ramai Tak Sedar

Biarkan testimoni pelanggan tolong menjual produk anda!

Ramai tak sedar testimoni produk mampu tingkatkan jualan online.

Sebahagian pengguna mahukan testimoni produk sebagai bukti sebelum membeli produk khususnya jualan online di mana mereka tidak berhadapan dengan penjual.

Tip jualan online mengguna testimoni pelanggan. Ini rahsia perniagaan online
Biarkan testimoni pelanggan membantu meningkatkan jualan online anda

Dapatkan Testimoni Produk Daripada Pelanggan Untuk Tingkatkan Jualan Onlie

Katakan anda seorang penjual, bila anda berjaya menjual satu barang, lepas seminggu atau sebulan cuba tanya pembeli itu apa kebaikan selepas menggunakan barangan tersebut.

Jika anda berjaya dapat tiga maklum balas pelanggan, ia sudah cukup bagus. Testimoni produk boleh berbentuk screenshot, video atau email.

Untuk dapatkan screenshot, suruh dia wasap kepada anda. Anda hanya hendak dua perkara sahaja:

  1. Keadaan sebelum menggunakan produk anda
  2. Kesan selepas menggunakan produk anda.

Lepas itu, anda boleh buat screeshot respon pelanggan dan jadikan testimoni produk. Anda boleh tambah nombor telefon anda pada screenshot bagi memudahkan prospek hubungi anda.

Anda juga boleh berjumpa pelanggan dan merekodkan testimoni produk dengan merakam video.

Screenshot dan video itu boleh dimuat naik dalam surat jualan, artikel, Facebook, Twitter dan Youtube untuk ditunjukkan kepada prospek.

IsyaAllah jualan online anda akan meningkat…

cara menjual di lazada
cara buat bisnes di lazada

Di bawah ini saya tunjukkan contoh testimoni pelanggan berbentuk screenshot dan video.

Bentuk Testimoni Dari Pelanggan

Anda boleh berkongsi testimoni pelanggan dalam bentuk video dan screenshot.

1. Testimoni Screenshot Produk Ozpure

Di sini saya tunjuk screenshot wasap dari pelanggan yang membeli produk Ozpure. Ozpure ialah krim minyak zaitun bagi menghilangkan gatal kulit samada kena ekzema, gatal-gatal pada kemaluan dan kurap.

Tentu testimoni di bawah ada kesan ke atas jualan online Ozpure kan?

2. Testimoni Screenshot Produk Xgene Royale

Saya tunjuk satu lagi screenshot wasap pelanggan yang membeli produk Xgene Royale. Ia membantu meningkatkan jualan online saya.

Xgene Royale ialah krim belaian zakar bagi menjaga kesihatan dan prestasi zakar. Satu-satu krim yang tidak ada pesaing di pasaran. Keunikan Xgene Royale ialah ia hasil formula Dr Ismail Tambi, pakar sakit tuan. Dah 5 tahun di pasaran.

Pada awalnya saya gunakan banyak testimoni pelanggan kerana ia produk baru. Jika anda baca testimoni, anda pun mungkin telefon saya lepas ni macam mana nak beli!

Testimoni pelanggan produk xgene yang dijual secara online.
Testimoni produk Xgene Royale…

3. Testimoni Video

Testimoni Pelanggan Dari Video atau Youtube

Testimoni yang berbentuk video adalah mengenai produk Doxtecream. Doxtecream ialah krim yang disapu pada lutut atau bahagian lain yang sakit.

Testimoni video ini menceritakan pengalaman makcik di atas yang krim Doxtecream ini telah membaiki masalah yang beliau hadapi selama ini.

Testimoni berbentuk video mampu meningkatkan jualan online anda juga.

Cubalah Dua Tip Di Atas Untuk Tingkat Jualan Online

Jadi bila anda menulis artikel anda mesti masukkan skrin shot wasap testimoni pelanggan dan tulis sikit ringkasan testimoni ini pada artikel itu.

Tawaran Istimewa Bagi Peminat Bisnes Affiliate!

Anda nak blog ready made dengan 20 artikel affiliate?

Ya, dengan pelaburan RM140 anda akan terima blog yang sudah siap dengan lebih 20 artikel yang sedia untuk dipromotekan.

20 artikel ini mengandungi link affiliate dan anda boleh terus promote di Facebook. Apabila ada jualan anda terima 40% komisyen dan terus masuk ke akaun anda.

Klik Sini: Jana Pendapatan Melalui Blog

Cara Menjual Di Shopee – Apa Yang Anda Patut Tahu

Menulis Artikel Perniagaan – Apa Yang Mr Google Suka Cari Di Internet?

Saya nak syer cara menulis artikel perniagaan yang Mr Google suka cari di internet. Tip ini berdasarkan pengalaman saya menulis blog.

Tip ini sesuai dibaca oleh mereka yang selalu menulis artikel mengenai jualan dan perniagaan.

Mengapa Menulis Artikel Perniagaan?

Pernah anda bertanya mengapa anda menulis? Cuba anda fikir…

Saya menulis artikel perniagaan kerana saya mahu menjual produk saya, mahu memperkenalkan perniagaan saya.

Bila saya menulis artikel perniagaan, perkara pertama yang saya kena tahu ialah apa yang Mr Google cari.

Siapa itu Mr Google?

Mr Google ialah sesiapa sahaja yang menggunakan Google Search untuk mencari sesuatu di internet.

Lebih tepat, ia kata kunci atau keyword yang paling banyak dicari oleh pelayar internet.

Saya akan gunakan keyword yang paling banyak dicari bagi sesuatu produk untuk dijadikan tajuk dan ayat-ayat dalam artkel.

Artikel ini saya fokuskan apa yang Mr Google cari berkenaan satu produk yang telah saya kenalpasti ada potensi jualan.

Saya telah memilih kitab Tafsir Ibnu Katsir untuk dijual dan saya perlu mendapatkan keyword yang selalu orang cari sebelum membuat artikel.

Tip menulis artikel berdasarkan apa yang Mr Google suka cari
Tafsir Ibnu Katsir – saya dah pilih untuk dijual, tunggu nak tulis artikel.

Apa Yang Mr Google Cari Di Internet?

Saya dah pilih produk yang nak dijual dan sekarang nak buat artikel jualan. Di sini saya buat dua kali search dengan meletakkan carian berkenaan produk itu. (biasa 4-5 kali)

Carian Pertama: keyword ‘kitab tafsir quran’

Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume

Carian ke-2 keyword ‘kitab tafsir ibnu katsir’

Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume

Bagaimana Saya Menggunakan Keyword popular Bagi Menulis Artikel

Pemilihan Keyword

Volume keyword yang paling top dari dua carian di atas ialah tafsir al Quran dengan jumlah carian 8,100 volume. Jadi saya gunakan keyword tersebut dalam menulis artikel saya.

Cara Meletakkan Keyword Dalam Artikel

Keyword tafsir al Quran diletakkan di tempat berikut:

Tajuk besar (heading -H1) – selitkan tafsir al Quran pada tajuk

Tajuk kecil (sub heading -H2). Jika ada 3-4 sub heading, maka selitkan 1 atau 2 keyword dalam H2. Yang lain tak perlu.

Kandungan artikel (body) – letakkan 3-6 keyword tafsir al Quran sekiranya panjang artikel 300-500 perkataan

Tulisan ini hanya memberi pendedahan awal bagaimana kita membuat artikel berdasarkan keyword.

Ingat saya kata, keyword ialah carian yang kerap dibuat oleh pelayar-pelayar Google.

Jika pandai menulis artikel boleh memberi pendapatan tambahan

Keberkesanan Menulis Artikel Perniagaan

Keberkesanan menulis artikel perniagaan boleh diukur dari jualan kita.

Jika anda seorang affiliate marketer, keberkesanan menulis boleh diukur berapa banyak anda mendapat komisen sebulan.

Jika anda menjual produk kesihatan dan jualan meningkat dari masa ke masa – bermakna artikel anda berkesan.

Kedudukan ranking artikel anda akan sentiasa tinggi kerana artikel ditulis berasaskan apa yang Mr Google suka cari.

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan Dengan Menulis