Kebaikan Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Isteri Wajib Tahu

Kesah Sedih Mengenai Harta Sepencarian

Sebelum bercerita pasal perjanjian harta sepencarian, elok juga kita meninjau isu-isu yang berkaitan dengan harta sepencarian.

Selalu terbaca kesah pertelingkahan harta sepencarian antara isteri dengan bekas suami…

Kerap kita baca di akhbar isteri yang diceraikan membawa tuntutan harta sepencarian ke mahkamah. Ada yang gagal, ada yang berjaya. Tapi lebih banyak gagal dari berjaya.

Yang gagal mungkin kerana isteri tidak dapat membuktikan yang beliau ada hak ke atas harta bekas suaminya. Yang berjaya pula tidak semestinya mendapat 100% apa yang dituntutnya.

Bukan semua kes tuntutan harta milik bersama ini di bawa ke mahkamah. Sebab, ada isteri yang diceraikan tidak mampu membayar kos guaman peguam syariah, jadi tuntutan harta tinggal mimpi sahaja.

Kadang-kadang tak sempat nak buat tuntutan ke mahkamah apabila berlaku campur tangan ibu bapa pasangan ke atas harta kerana tamak dan dengki.

Jom kita lihat empat senario di bawah di mana isteri selalu teraniaya dalam mendapat sebahagian daripada harta atas nama suami.

Senario 1 – Suami Menceraikan Isteri Tanpa Belas Kasihan

Penceraian hidup menyebabkan terputus hak perwarisan harta pusaka suami isteri.

Ini bermakna apabila berlaku kematian suami selepas penceraian, maka bekas isteri tidak ada hak ke atas harta pusaka bekas suami.

Senario 2 – Berpoligami Boleh Merugikan Isteri Tua

Biarkan suami berpoligami asalkan isteri tua jangan bertambah rugi.
hartSuami berpoligami jangan sampai merugikan hak isteri tua…

Apabila suami berpoligami, isteri pertama selalunya akan teraniaya. Ini kerana ada harta yang dikumpul semasa bahagia semasa isteri tua mungkin terlepas kepada isteri kedua.

Isteri pertama mungkin mencuba menuntut di mahkamah tetapi sudah terlewat apabila rumah itu telah dipindah milik kepada isteri muda.

Senario 3 – Hak Isteri 1/8 Apabila Suami Meninggal

Apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/8.

Jika diberi peluang, tentulah isteri mahu lebih 1/8. ini kerana selepas suami meninggal, isteri akan menjaga anak, menyediakan kediaman dan persekolahan anak.

Senario 4- Pasangan Tidak Dikurniakan Anak

Jika pasangan tiada anak, apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/4. Baki harta 3/4 akan difaraidkan kepada ibu bapa suami dan adik-beradik suami.

Jika mereka ada anak, tentulah sebahagian daripada harta pusaka suami akan dapat kepada anak-anak.

Jika diberi pilihan, tentulah isteri mahu lebih 1/4 kerana pasangan ini telah mengharungi susah-senang hidup secara bersama.

Konsep Harta Sepencarian Sudah Ada Dalam Islam

Konsep harta sepencarian sebenarnya sudah ada dalam Islam.

Dalil Al-Quran berikut dipakai sebagai sumber mengenai konsep tersebut.

“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.”

Surah Al-Nisaa 4:32

Tip Isteri Mendapat Harta Sepencarian Suami Tanpa Turun Naik Mahkamah

Harta yang diperolehi oleh pasangan semasa mereka menjadi suami isteri
Semasa bahagia, suami sepatutnya membahagi sebahagian hartanya kepada isteri

Saya nak kongsi bagaimana pasangan suami isteri boleh menyelesaikan masalah pembahagian harta sepencarian semasa mereka aman bahagia – tanpa menunggu mati, bercerai atau berpoligami.

Semasa hidup bahagia, isteri boleh mendapat lebih harta sekiranya suami bersetuju membahagikan sejumlah aset melalui perjanjian harta suami-isteri.

Perjanjian Harta Sepencarian Suami Isteri Pilihan Terbaik

Perjanjian hart antara suami dengan isteri adalah cara terbaik menguruskan harta sepencarian
Perjanjian di mana suami bersetuju membahagi harta seperti rumah kepada isterinya

Dokumen Perjanjian aset perolehan bersama atau perjanjian harta sepencarian ialah perjanjian antara suami-isteri bagi menyerahkan sebahagian aset kepada pasangannya. Dari segi undang-undang, ia berkuatkuasa pada tarikh perjanjian.

Sebagai contoh, sebuah rumah milik suami dan dengan perjanjian harta sepencarian, suami bersetuju menyerahkan 50% hak milik rumah dua tingkat kepada isterinya.

Kebaikan Perjanjian Harta Sepencarian Kepada Isteri

1. Jika Berlaku Penceraian, Isteri Tak Rugi Besar

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri akan mendapat bahagian harta suami 50% atau lebih berbanding tanpa harta jika tidak membuat perjanjian tersebut..

2. Suami Berpoligami Jangan Rugikan Isteri Pertama

Dengan perjanjian, isteri akan tetap mendapat hak suami 50% walaupun sudah dimadukan. Bagaimanapun, perjanjian harta sepencarian dibuat sebelum suami berpoligami.

Jika selepas berpoligami, ia memerlukan persetujuan semua isteri – satu keadaan yang sukar kan?

3. Suami Meninggal, Isteri Dapat 50% Harta Sepencarian dan 1/8 Harta Faraid

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri mendapat 50% harta sepencarian kerana ia pembahagian semasa hidup.

Isteri akan mendapat lagi 1/8 lagi daripada baki 50% harta sebagai harta pusaka.

4. Kena Reda Jika Tidak Dikurniakan Cahaya Mata

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri akan mendapat 50% harta sepencarian dan 1/4 daripada baki 50% sebagai harta pusaka.

Perjanjian ini dapat mengurangkan bahagian harta yang terlepas kepada famili suami.

Tiga Kebaikan Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Yang Suami Isteri Patut Tahu!

Pertama, suami isteri akan berpuas hati dengan cara pembahagian harta kerana perjanjian dibuat atas kerelaan masing-masing.

Kedua, perjanjian ini dapat mempercepatkan proses pembahagian harta sepencarian kepada pasangan kerana ia melibatkan proses pengesahan mahkamah syariah tanpa turun naik mahkamah.

Ketiga, perjanjian harta sepencarian ini dapat mengelakkan perbalahan ahli keluarga jika berlaku kematian suami, penceraian dan suami berpoligami kerana ia pembahagian harta semasa suami hidup dan ia bukannya harta pusaka yang tertakluk kepada Hukum Faraid. 

Mengapa Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Dengan Syarikat Amanah

Perjanjian harta serpencarian dikenali dengan Deklarasi Harta Sepencarian atau Perjanjian Aset Perolehan Bersama.

Ada beberapa sebab pasangan boleh membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama dengan as-Salihin Trustee Berhad, iaitu:

as-Salihin Tristee Bhd menerima permohonan membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama walaupun properti itu masih dalam pembiayaan bank.

Ia sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perjanjian Aset Perolehan Bersama dan produk perancangan harta yang lain. 

as-Salihin telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.

as-Salihin dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Panduan Membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama Suami Isteri

Suami-isteri berunding dan bersetuju mengenai harta yang hendak dijadikan harta milik bersama. 

Suami atau isteri menghubungi Perunding as-Salihin untuk mengadakan perbincangan dan permohonan membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama.

Pasangan menyertakan salinan IC, sijil perkahwinan, geran atau S&P harta yang hendak dijadikan harta milik bersama.

As-Salihin akan menyediakan deraf Perjanjian dan diemailkan kepada pasangan untuk semakan dan persetujuan.

Pasangan akan menandatangi Perjanjian Aset Perolehan Bersama di pejabat as-Salihin Trustee Berhad.

Pasangan akan menyimpan satu salinan Perjanjian dan dokumen asal disimpan oleh as-Salihin Trustee Bhd. 

Hubungi Perunding Kewangan Anda

Sekiranya tuan ada pertanyaan mengenai artikel ini sila join group Telegram saya di sini Abd Rahaman Rasid

Disclaimer: Artikel ini ditulis bagi memudahkan pemahaman produk perjanjian harta sepencarian kepada orang ramai. Perincian kemudahan ini akan diperjelaskan oleh wakil atau perunding as-Salihin Trustee Berhad sendiri semasa perbincangan.

Tuntutan Harta Sepencarian Isteri Tidak Bekerja

Ketahuilah Empat Sebab Isteri Patut Buat Perjanjian Aset Perolehan Bersama

Isteri Gembira Mendapat Harta Sepencarian Tanpa Turun Naik Mahkamah

Kenapa dah bercerai dan dimadukan baru nak tuntut harta sepencarian?

Selalu sangat kita baca kesah pertelingkahan harta sepencarian antara isteri dengan bekas suami…

Kerap kita baca di akhbar isteri yang diceraikan membawa tuntutan harta sepencarian ke mahkamah. Ada yang gagal, ada yang berjaya. Tapi lebih banyak gagal dari berjaya.

Isteri kerap kecewa apabila ditinggalkan  suami samada selepas penceraian, kematian suami atau dimadukan.
Jika tahu jalannya, tentu tidak bersedih…

Yang gagal mungkin kerana isteri tidak dapat membuktikan yang beliau ada hak ke atas harta bekas suaminya. Yang berjaya pula tidak semestinya mendapat 100% apa yang dituntutnya.

Bukan semua kes tuntutan harta milik bersama ini di bawa ke mahkamah. Sebab, ada isteri yang diceraikan tidak mampu membayar kos guaman peguam syariah, jadi tuntutan harta tinggal mimpi sahaja.

Kadang-kadang tak sempat nak buat tuntutan ke mahkamah apabila berlaku campur tangan ibu bapa pasangan ke atas harta kerana tamak dan dengki.

Jom kita lihat empat senario di bawah di mana isteri selalu teraniaya dalam mendapat sebahagian daripada harta atas nama suami.

1. Suami Menceraikan Isteri Tanpa Belas Kasihan

Hak harta pusaka isteri daripada suami terbatal selepas bercerai kerana isteri bukan lagi waris melalui perkahwinan.
hartPenceraian tidak semuanya akan gagal…

Penceraian hidup menyebabkan terputus hak perwarisan harta pusaka suami isteri.

Ini bermakna apabila berlaku kematian suami selepas penceraian, maka bekas isteri tidak ada hak ke atas harta pusaka bekas suami.

2. Berpoligami Boleh Merugikan Isteri Tua

Biarkan suami berpoligami asalkan isteri tua jangan bertambah rugi.
hartSuami berpoligami jangan sampai merugikan hak isteri tua…

Apabila suami berpoligami, isteri pertama selalunya akan teraniaya. Ini kerana ada harta yang dikumpul semasa bahagia semasa isteri tua mungkin terlepas kepada isteri kedua.

Isteri pertama mungkin mencuba menuntut di mahkamah tetapi sudah terlewat apabila rumah itu telah dipindah milik kepada isteri muda.

3. Hak Isteri 1/8 Apabila Suami Meninggal

Hak isteri ke atas harta pusakan suami ialah 1/8 jika ada anak. Tanpa anak harta pusaka yang isteri dapat ialah 1/4.
Di bawah Faraid, hak isteri 1/8 ke atas harta pusaka suami atau 1/4 jika tiada dikurniakan anak

Apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/8.

Jika diberi peluang, tentulah isteri mahu lebih 1/8. ini kerana selepas suami meninggal, isteri akan menjaga anak, menyediakan kediaman dan persekolahan anak.

4. Pasangan Tidak Dikurniakan Anak

Jika pasangan tiada anak, apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/4. Baki harta 3/4 akan difaraidkan kepada ibu bapa suami dan adik-beradik suami.

Jika mereka ada anak, tentulah sebahagian daripada harta pusaka suami akan dapat kepada anak-anak.

Jika diberi pilihan, tentulah isteri mahu lebih 1/4 kerana pasangan ini telah mengharungi susah-senang hidup secara bersama.

Alangkah Baiknya Harta Perolehan Bersama Itu Dibahagi Semasa Hidup Bahagia

Konsep harta sepencarian sebenarnya sudah ada dalam Islam.

Dalil Al-Quran berikut dipakai sebagai sumber mengenai konsep tersebut.

“Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.”

Surah Al-Nisaa 4:32

Tip Cara Mudah Isteri Mendapat Sebahagian Harta Suami Tanpa Turun Naik Mahkamah...

Harta yang diperolehi oleh pasangan semasa mereka menjadi suami isteri
Semasa bahagia, suami sepatutnya membahagi sebahagian hartanya kepada isteri

Saya nak kongsi bagaimana pasangan suami isteri boleh menyelesaikan masalah pembahagian harta sepencarian semasa mereka aman bahagia – tanpa menunggu mati, bercerai atau berpoligami.

Semasa hidup bahagia, isteri boleh mendapat lebih harta sekiranya suami bersetuju membahagikan sejumlah aset melalui perjanjian harta suami-isteri.

Perjanjian Harta Sepencarian Suami Isteri Pilihan Terbaik

Perjanjian hart antara suami dengan isteri adalah cara terbaik menguruskan harta sepencarian
Perjanjian di mana suami bersetuju membahagi harta seperti rumah kepada isterinya

Dokumen Perjanjian aset perolehan bersama atau perjanjian harta sepencarian ialah perjanjian antara suami-isteri bagi menyerahkan sebahagian aset kepada pasangannya. Dari segi undang-undang, ia berkuatkuasa pada tarikh perjanjian.

Sebagai contoh, sebuah rumah milik suami dan dengan perjanjian harta sepencarian, suami bersetuju menyerahkan 50% hak milik rumah dua tingkat kepada isterinya.

Kesan Pemilikan Harta Selepas Perjanjian Harta Sepencarian Ditandatangi

1. Jika Berlaku Penceraian, Isteri Tak Rugi Besar

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri akan mendapat bahagian harta suami 50% atau lebih berbanding tanpa harta jika tidak membuat perjanjian tersebut..

2. Suami Berpoligami Jangan Rugikan Isteri Pertama

Dengan perjanjian, isteri akan tetap mendapat hak suami 50% walaupun sudah dimadukan. Bagaimanapun, perjanjian harta sepencarian dibuat sebelum suami berpoligami.

Jika selepas berpoligami, ia memerlukan persetujuan semua isteri – satu keadaan yang sukar kan?

3. Suami Meninggal, Isteri Dapat 50% Harta Sepencarian dan 1/8 Harta Faraid

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri mendapat 50% harta sepencarian kerana ia pembahagian semasa hidup.

Isteri akan mendapat lagi 1/8 lagi daripada baki 50% harta sebagai harta pusaka.

4. Kena Reda Jika Tidak Dikurniakan Cahaya Mata

Dengan perjanjian harta sepencarian, isteri akan mendapat 50% harta sepencarian dan 1/4 daripada baki 50% sebagai harta pusaka.

Perjanjian ini dapat mengurangkan bahagian harta yang terlepas kepada famili suami.

Tiga Kebaikan Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Yang Suami Isteri Patut Tahu!

Pertama, suami isteri akan berpuas hati dengan cara pembahagian harta kerana perjanjian dibuat atas kerelaan masing-masing.

Kedua, perjanjian ini dapat mempercepatkan proses pembahagian harta sepencarian kepada pasangan kerana ia melibatkan proses pengesahan mahkamah syariah tanpa turun naik mahkamah.

Ketiga, perjanjian harta sepencarian ini dapat mengelakkan perbalahan ahli keluarga jika berlaku kematian suami, penceraian dan suami berpoligami kerana ia pembahagian harta semasa suami hidup dan ia bukannya harta pusaka yang tertakluk kepada Hukum Faraid. 

Mengapa Membuat Perjanjian Harta Sepencarian Dengan as-Salihin Trustee Berhad

as-Salihin Trustee Berhad ialah syarikat amanah yang pakar dalam pengurusan harta pusaka orang Islam.
as-Salihin Trustee Bhd – sebagai syarikat amanah Islam terbesar yang menyediakan produk perancangan harta

Perjanjian harta serpencarian dikenali dengan Deklarasi Harta Sepencarian atau Perjanjian Aset Perolehan Bersama.

Ada beberapa sebab pasangan boleh membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama dengan as-Salihin Trustee Berhad, iaitu:

  • as-Salihin Tristee Bhd menerima permohonan membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama walaupun properti itu masih dalam pembiayaan bank.
  • Ia sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perjanjian Aset Perolehan Bersama dan produk perancangan harta yang lain. 
  • as-Salihin telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.
  • as-Salihin dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Panduan Membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama Suami Isteri

Suami-isteri berunding dan bersetuju mengenai harta yang hendak dijadikan harta milik bersama. 

  • Suami atau isteri menghubungi Perunding as-Salihin untuk mengadakan perbincangan dan permohonan membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama.
  • Pasangan menyertakan salinan IC, sijil perkahwinan, geran atau S&P harta yang hendak dijadikan harta milik bersama.
  • As-Salihin akan menyediakan deraf Perjanjian dan diemailkan kepada pasangan untuk semakan dan persetujuan.
  • Pasangan akan menandatangi Perjanjian Aset Perolehan Bersama di pejabat as-Salihin Trustee Berhad.
  • Pasangan akan menyimpan satu salinan Perjanjian dan dokumen asal disimpan oleh as-Salihin Trustee Bhd. 

Hubungi Perunding Kewangan Anda

Hubungi saya Abd Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com untuk temujanji dan penjelasan kemudahan ini.

Kami mengalukan sebarang pertanyaan di ruangan komen, dan kami akan memberi maklum balas secepat mungkin.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com