Penama KWSP Hanyalah Sebagai Pemegang Amanah Simpanan Si Mati

Mengapa KWSP tidak menyalurkan terus simpanan si mati kepada waris?

Ramai tak tahu penama KWSP hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama bukannya pemilik wang caruman KWSP.

Kita pernah dengan cerita ibu yang menerima wang simpanan KWSP anaknya yang meninggal dunia dan tidak membahagikan kepada waris yang berhak lain seperti isteri dan anak-anak si mati.

Ada juga isteri yang menerima wang simpanan KWSP arwah suami tetapi tidak membahagikan kepada waris si mati iaitu ibu dan bapa.

Penama KWSP ialah pemegang amanah si mati. Simpanan KWSP ialah harta pusaka.

Penama KWSP Hanya Pemegang Amanah Bukan Pewaris

Yang lebih bermasalah ialah pencarum KWSP tidak membuat penama dan ini lagi menyusahkan waris-waris menuntut simpanan si mati.

Sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 % yang membuat penamaan akaun KWSP. Ini menunjukkan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membubuh penama dalam mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka si mati itu.

Ada yang berpendapat, apabila penyimpan KWSP meninggal, maka wangnya secara automatik akan diagihkan kepada waris terdekat seperti ibu bapa atau isteri. Tetapi, ia tidak benar.

Apabila sesorang meninggal semua hartanya termasuk simpanan KWSP akan terbeku.

Waris tidak boleh mengeluarkan simpanan si mati tanpa Surat Kuasa dan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Lantaran itu pencairan wang KWSP akan menyusahkan waris kerana ia akan mengambil masa untuk menuntutnya.

Pencarum Hendaklah Melantik Penama KWSP

Penama simpanan KWSP hanya sebagai pemegang amanah atau pentadbir simpanan si mati dan hendaklah dibahagi kepada waris ikut hukum Faraid.
Penama KWSP ialah pentadbir harta bukannya pemilik wang simpanan si mati

Mereka yang menyimpan dengan KWSP hendaklah melantik penama. Penama ialah pemegang amanah atau pentadbir harta.

Apabila penyimpan meninggal, KWSP akan menyalurkan simpanan si mati kepada penama. Cara ini akan mempercepatkan proses pembahagian simpanan si mati kepada waris faraid yang biasanya ibu, bapa, isteri dan anak-anak si mati.

Maka tanggungjawap penama menyalurkan simpanan kepada waris-waris termasuk diri penama sendiri jika ia waris yang berhak.

Waris faraid harta pusaka si mati amat jelas, iaitu ibu dan ayah si mati di mana masing akan menerima 1/6, isteri 1/8; dan baki diagihkan kepada anak lelaki dan perempuan dengan nisbah 2:1.

Harta pusaka itu diagihkan kepada waris setelah ditolak hutang dan tanggungan si mati seperti upah mengerjakan haji (jika belum), kad kredit dan cukai pendapatan tertunggak.

Pencarum Letaklah Penama KWSP Yang Sepatutnya

Pencarum boleh meletakkan sesiapa sebagai penama. Bagaimanapun, apabila meletakkan penama biarlah mereka yang dipercayai. Apabila sudah berkahwin, pencarum KWSP boleh menukar penama atau menambah penama jika mahu.

Simpanan KWSP Tertakluk Kepada Hukum Faraid

Simpanan KWSP akan menjadi harta pusaka apabila pencarum meninggal.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-49 pada 19 September 2000 memutuskan, jika penyimpan meninggal, wang KWSP ialah pusaka mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Fatwa itu turut memutuskan penama KWSP ialah wasi atau pentadbir harta dan bertanggungjawap membahagikan harta kepada waris faraid.

Misalnya jika ibu diletakkan sebagai penama, dia perlu memegang amanah untuk membahagikan simpanan KWSP itu mengikut pembahagian hukum faraid.

Janganlah Kita Memakan Harta Yang Haram

Janganlah penama memakan wang haram milik si mati. Duit KWSP mesti dibahagi ikut faraid.
Wang simpanan KWSP ialah harta pusaka dan penama hendaklah membahagi kepada waris mengikut hukum Faraid

“Wahai orang-orang beriman, jangnlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesamu kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya kecuali…”

Al-Quran, Surah An-Nissa (4:29)

Jadi hukumnya berdosa kepada orang yang mengambil harta milik individu lain seperti hak anak (anak yatim)dan isteri si mati tanpa membahagikan secara Faraid. Ini jelas disebut dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka. Dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”

Al-Quran, Surah An-Nissa (4:10)

Simpanan KWSP Bukanlah Harta Sepencarian

Apabila isteri sebagai penama, janganlah ia pula membolot simpanan KWSP arwah suaminya kerana beranggapan ia harta sepencarian. Wang tersebut ialah harta pusaka berdasarkan kepada Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 pada 22 Feb 2005 telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan ia sebagai harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.

Anda Mahu Membuat Wasiat dan Perjanjian Harta Sepencarian?

Jika anda mahu membuat wasiat dan Perjanjian Harta Sepencarian, sila hubungi saya:

Abd Rahaman A Rasid
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd


Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.