Satu Pengalaman Buat Blog Tanpa Pergi Berkursus Dan Membazir Wang

Buat Blog di Blogspot dan WordPress

Buat blog, satu pengalaman tanpa pergi kursus – itu yang saya nak dikongsi dalam blog ini.

Kira-kira 10 tahu dahulu saya buat blog di Blogspot. Dan saya belajar sendiri dan pengalaman datang sendiri.

Bagaimana pun satu tahun lepas saya mula buat dan menulis blog dengan gunakan pelantar WordPress. WordPress lebih mudah dan mesra menggunakannya.

Artikel saya ini sangat sesuai dibaca oleh mereka yang tidak ada pengalaman langsung dalam membuat dan menulis blog.

Tip-tip membuat blog dalam artikel ini hanya asas sahaja.

Bagi mereka yang mahukan blogging sebagai satu kerjaya, atau menggunakan blog untuk perniagaan, sangat sesuai menghadiri kursus yang bersesuaian.

Continue reading “Satu Pengalaman Buat Blog Tanpa Pergi Berkursus Dan Membazir Wang”

Menulis Artikel Perniagaan – Apa Yang Mr Google Suka Cari Di Internet?

Saya nak syer cara menulis artikel perniagaan yang Mr Google suka cari di internet. Tip ini berdasarkan pengalaman saya menulis blog.

Tip ini sesuai dibaca oleh mereka yang selalu menulis artikel mengenai jualan dan perniagaan.

Mengapa Menulis Artikel Perniagaan?

Pernah anda bertanya mengapa anda menulis? Cuba anda fikir…

Saya menulis artikel perniagaan kerana saya mahu menjual produk saya, mahu memperkenalkan perniagaan saya.

Bila saya menulis artikel perniagaan, perkara pertama yang saya kena tahu ialah apa yang Mr Google cari.

Siapa itu Mr Google?

Mr Google ialah sesiapa sahaja yang menggunakan Google Search untuk mencari sesuatu di internet.

Lebih tepat, ia kata kunci atau keyword yang paling banyak dicari oleh pelayar internet.

Saya akan gunakan keyword yang paling banyak dicari bagi sesuatu produk untuk dijadikan tajuk dan ayat-ayat dalam artkel.

Artikel ini saya fokuskan apa yang Mr Google cari berkenaan satu produk yang telah saya kenalpasti ada potensi jualan.

Saya telah memilih kitab Tafsir Ibnu Katsir untuk dijual dan saya perlu mendapatkan keyword yang selalu orang cari sebelum membuat artikel.

Tip menulis artikel berdasarkan apa yang Mr Google suka cari
Tafsir Ibnu Katsir – saya dah pilih untuk dijual, tunggu nak tulis artikel.

Apa Yang Mr Google Cari Di Internet?

Saya dah pilih produk yang nak dijual dan sekarang nak buat artikel jualan. Di sini saya buat dua kali search dengan meletakkan carian berkenaan produk itu. (biasa 4-5 kali)

Carian Pertama: keyword ‘kitab tafsir quran’

Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume

Carian ke-2 keyword ‘kitab tafsir ibnu katsir’

Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume

Bagaimana Saya Menggunakan Keyword popular Bagi Menulis Artikel

Pemilihan Keyword

Volume keyword yang paling top dari dua carian di atas ialah tafsir al Quran dengan jumlah carian 8,100 volume. Jadi saya gunakan keyword tersebut dalam menulis artikel saya.

Cara Meletakkan Keyword Dalam Artikel

Keyword tafsir al Quran diletakkan di tempat berikut:

Tajuk besar (heading -H1) – selitkan tafsir al Quran pada tajuk

Tajuk kecil (sub heading -H2). Jika ada 3-4 sub heading, maka selitkan 1 atau 2 keyword dalam H2. Yang lain tak perlu.

Kandungan artikel (body) – letakkan 3-6 keyword tafsir al Quran sekiranya panjang artikel 300-500 perkataan

Tulisan ini hanya memberi pendedahan awal bagaimana kita membuat artikel berdasarkan keyword.

Ingat saya kata, keyword ialah carian yang kerap dibuat oleh pelayar-pelayar Google.

Jika pandai menulis artikel boleh memberi pendapatan tambahan

Keberkesanan Menulis Artikel Perniagaan

Keberkesanan menulis artikel perniagaan boleh diukur dari jualan kita.

Jika anda seorang affiliate marketer, keberkesanan menulis boleh diukur berapa banyak anda mendapat komisen sebulan.

Jika anda menjual produk kesihatan dan jualan meningkat dari masa ke masa – bermakna artikel anda berkesan.

Kedudukan ranking artikel anda akan sentiasa tinggi kerana artikel ditulis berasaskan apa yang Mr Google suka cari.

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan Dengan Menulis

Rahsia Membuat Wasiat Terbongkar

Pening Kepala Nak Tulis Headline Power – Hanya Copy Paste dan Edit

Dah penat tulis artikel cantik, tapi rasa tak sedap baca, rasa takda uuuum, rasa tak mengancam, rasa tawar atau headline tak cukup power!

headline iklan pening kepala menulisnya
Pening nak tulis headline power

Nak Tulis Headline Power Memang Pening Kepala

Nak tulis tajuk iklan power memang peningkan kepala.

Maka jalan senang selalu search Google, tengok contoh macam mana orang tulis headline power. Tapi kalau semua guna headline yang sama tentu ia tak power pula…

Kenapa nak kan sangat tajuk ayat yang power? Ikut kajian pakar penulisan, penulis ada lima saat untuk orang baca tulisan. Jadi tentu orang akan baca headline tajuk dulu sebelum baca isi kandungan.

Jadi takda makna menulis panjang pasal kebaikan produk tetapi tidak ada orang tak baca. Betul tak?

Jika anda buat bisnes online, tentulah akan kepala pening bila takda jualan. Ia mungkin berpunca dari ayat iklan tidak menarik atau headline tidak cukup power dan mengancam.

Anda tentu teruja jika orang baca iklan atau artikel hingga habis!

Masa itu emas, setiap saat adalah duit. Ada usahawan sanggup mengeluarkan beratus ringgit upah copywriter tolong tulis headline bagi power. Tapi itu pun belum tentu anda rasa puas hati.

Contoh Headline Sudah Ada – Tak Perlu Pening Kepala

Banyak orang takda sale online. Satu puncanya ialah tak belajar nak buat headline power
Tajuk artikel yang memukau penting bagi tarik minat membaca

Dalam dunia ini tidak semua manusia pakar dalam semua bidang. Tapi Allah menjadikan manusia ada yang pakar dalam sesuatu bidang dan kita memerlukan kepakaran mereka.

Kini anda tidak perlu pening kepala nak tulis tajuk yang power…

Malah, anda tidak perlu pening kepala cara membuat ayat jualan atau ayat iklan yang panjang kerana ada copywriter yang telah mencurahkan ilmunya.

Jika anda bukan seorang profesional dalam penulisan, anda tak perlu buang duit dan buang masa upah copywriter minta tuliskan ayat power iklan atau artikel.

Anda boleh dapat banyak contoh headline iklan untuk tulisan anda.

Hanya copy paste dan edit sahaja dari contoh ayat tajuk iklan…

Anda boleh mendapat maklumat lebih di sini:

Anda boleh dapatkan bonos 18 Skrip Headline apabila mendapat set lengkap belajar ilmu copywriting

Apabila anda memiliki ilmu menulis ayat headline yang power, anda juga mendapat ilmu menulis atau copywriting.

Jika anda gagal menguasai ilmu copywriting secara sistematik, anda akan gagal menulis secara berkesan bagi menawan pembaca. Jika anda gagal menawan pembaca, tentu anda gagal memasarkan produk dan perkhidmatan anda.

Cara Menjual Di Shopee – Apa Yang Anda Patut Tahu