Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan Kena Penjara

Adakah anda tahu LHDN akan kenakan penalti 200% atas amaun terkurang lapur pendapatan sebenar?

Advertisements

Denda dan Penjara – Akibat Tidak Membayar Cukai Pendapatan

Akibat tidak bayar cukai pendapatan anda boleh masuk penjara dan bankrap.

Ada seorang kawan saya menjalankan gerai makanan lebih 10 tahun tetapi tidak pernah membayar cukai.

Tiba-tiba beliau menerima notis dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya bayar cukai RM250,000 akibat tidak membayar cukai pendapatan.

Akibat tidak membayar cukai pendapatan seseorang boleh didenda dan dipenjarakan.

Macam mana nak settle tu?

Kalau didakwa memang terpaksa bayar cukai RM250,000 tinggi tu. Kalau takut bayar RM250,000 kena tunjuklah resit pendapatan dan perbelanjaan selama 10 tahun itu. Ada simpan ke? Kalau simpan, lepas kira mungkin tak kena bayar banyak tu!

Habis macam mana LHDN dapat angka RM250,000 tu? Apa susah? Tentu ada orang yang sakit hati report yang si anu tu tak bayar cukai pendapatan.

Apa susah, tentu ada pegawai LHDN duduk kat gerai tu – gi breakfast, gi lunch, gi minum petang. Mana kita kenal pegawai LHDN kan?

Pegawai LHDN pun boleh agak berapa bisnes satu hari dengan tengok orang keluar masuk gerai. Apa susah nak anggar jualan sehari -secara purata orang breakfast RM6.00, lunch RM10.00 dan minum petang RM4.00

Kewajipan Membayar Cukai Pendapatan Perniagaan

Mengikut Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan – ia menetapkan setiap syarikat, badan amanah atau koperasi supaya menghantar borang cukai dalam tempoh tujuh bulan selepas penutupan tempoh perakaunan.

Tahniah kepada mereka yang patuh hantar borang setiap tahun. Kepada yang tak patuh, harap anda tidak terkantoi dengan kehadiran pegawai LHDN. Penaltinya cukup tinggi dan tak berbaloi membayarnya..

Cara Syarikat Di Malaysia Lari Cukai Perniagaan – Harus Tahu Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan

Hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan di firma audit, ada beberapa trick yang diamal oleh syarikat Malaysia untuk kurangkan cukai pendapatan. Mereka ni jenis yang hantar borang cukai tetapi ‘berusaha’ untuk kurangkan bayaran cukai.

1. Buat Banyak Syarikat

Sekarang kita dah kembali ke zaman SST menggantikan GST. Bagi cukai SST, ia cukai yang dikenakan ke atas harga pengeluaran dari kilang.

Syarikat yang makin membesar biasanya sengaja buat tax planning dengan menubuhkan beberapa anak syarikat (subsidiari) dengan niat untuk kurangkan bayar cukai.

Syarikat pengilang akan berusaha kurangkan kos di peringkat awal supaya cukai SST yang dibayar jadi rendah.

Tetapi dalam masa sama, ia mempunyai syarikat-syarikat lain yang berkaitan antara satu sama lain dan mengambil kesempatan dengan menaikkan kembali harga barang. Contohnya : Apabila produk telah dikeluarkan, syarikat pengilang A jual kepada syarikat pemasaran B (subsidiari) dengan harga RM20,000.

Kemudiannya, produk tadi akan dijual ke dalam pasaran dengan harga yang lebih tinggi, katakan RM70,000. Jadi, cukai SST yang dikenakan adalah atas RM20,000 bukannya RM70,000.

Syarikat pengilangan A akan dikenakan cukai pendapatan syarikat 18% ke 24% (mengikut modal berbayar syarikat) ke atas kadar untung bersih yang lebih kecil. Yalah, dah dia jual murah-murah je dekat syarikat pemasaran B, sah-sah untung pun lebih kecil.

Syarikat pemasaran B yang ditubuhkan oleh pengilang A tu pula untung dah jadi tinggi . Tapi dia boleh kurangkan cukai dengan tinggikan belanja. Itu kalau dia buat satu syarikat pemasaran. Kalau 10? Akhirnya taukeh kilang A juga yang untung besar.

2. Kaedah-Kaedah Klasik (illegal)

Kaedah klasik yang masih diamalkan adalah seperti :

  • Palsukan perbelanjaan (Contoh: tuntut kos renovasi opis, padahal  itu resit-resit kerja renovasi rumah pengarah)
  • Palsukan pembelian (Contoh : reka invois pembelian palsu dan duit akhirnya masuk ke akaun pengarah syarikat)
  • Beli aset atas nama syarikat (sebenarnya untuk kegunaan peribadi)
  • Aset syarikat dah jual tetapi masih tuntut Elaun Modal

3. Beli Barang atau Stok Dari Luar Negara

Ini pun kategori palsuka belian tetapi advance sikit. Kononnya syarikat beli barang dari luar negara tetapi itu pun syarikat dia juga. Jenis ni memang confident pihak LHDN takkan check entiti luar negara.

4. Buat Dua Set Akaun Perniagaan

Cara ni agak agresif. Syarikat akan buat satu set akaun yang betul dan satu  lagi set akaun yang tipu.

Yang akan dilapor kepada pihak LHDN sudah tentu set akaun yang tipu tadi. Di zaman yang serba moden ni kita tak akan terkejut kalau ada perisian perakaunan yang mampu buat benda ni secara automatik.

Sampai Bila Nak Tipu LHDN Income Tax – Harus Tahu Akibat Tidak Membayar Cukai Pendapatan

Soal income tax ini tak boleh main-main terutama yang menjalankan perniagaan yang melebihi RM50,000 atau RM100,000 dan lebih.

Jika anda mati pun kena dapat surat pelepasan LHDN sebelum harta anda tunai dan properti nak diagihkan kepada waris-waris. Jadi macam mana nak lari?

Berita baik untuk pembayar cukai terutama yang menjalankan perniagaan. Baca artikel ini:

Tip Mengurangkan Cukai Pendapatan Ramai Tak Tahu

Tukarkan akibat tidak membayar cukai kepada akibat menjimatkan cukai

Artikel ini telah diadaptasi dari artikel asal:  Cara Syarikat Di Malaysia Lari Cukai

Tidak Bayar Cukai Pendapatan – Bahaya Padahnya!

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.