Enam Kebaikan Hibah Perniagaan Usahawan Patut Tahu

kebaikan hibah perniagaan untuk usahawan
Hibah Syarikat Perniagaan

Pelan Penggantian Perniagaan – Buatlah Hibah Perniagaan

Usahawan patut tahu akan kebaikan hibah perniagaan sebagai pelan bagi menjamin pewarisan perniagaan berjalan dengan lancar dan sistematik.

Tanpa hibah, ada kemungkinan perniagaan yang telah dibena bertahun-tahun akan terbengkalai kerana usahawan gagal merancang kesinambungan perniagaannya.

Apa itu Hibah Perniagaan?

Hibah perniagaan ialah cara pemberian harta atau pemilikan perniagaan daripada seorang usahawan kepada usahawan lain.

Hibah ini boleh berbentuk pemilikan aset usahawan atau perpindahan hak milik saham kepada pengganti.

Dari segi syariah hibah ini berkuatkuasa pada tarikh hibah ini ditandatangani oleh usahawan, pengganti dan syarikat amanah.

Dari segi pentadbiran, urusan pindah milik dilakukan selepas kematian usahawan. Ia diuruskan oleh syarikat amanah berdasarkan surat kuasa yang diberikan oleh usahawan.

Kebaikan Hibah Perniagaan Kepada Usahawan

Di bawah ini diterangkan empat kebaikan hibah perniagaan yang usahawan patut tahu.

1. Pengganti Usahawan Sudah Ditentukan Semasa Hidup

Apabila hibah perniagaan dibuat ia bermakna usahawan sudah ada pelan penggantian perniagaan (succession planning). Sudah ada penggantinya jika usahawan meninggal.

Bayangkan jika usahawan tidak membuat hibah perniagaan. Semua ahli waris akan berebut-rebut untuk menguasai syarikat atau cuba menguasai pegangan saham. Ia boleh menjejaskan kelancaran perniagaan dan kehilangan pelanggan.

2. Elakkan Waris Berkelahi Kerana Berebut Harta Pusaka

Hibah perniagaan boleh mengelakkan perkelahian di kalangan ahli keluarga usahawan bagi mendapatkan aset syarikat.

Ini kerana siapa yang akan mendapat harta syarikat sudah ditentukan semasa usahawan masih hidup.

Tanpa hibah, apabila usahawan meninggal, harta syarikat akan menjadi harta pusaka. Ikut hukum faraid, harta pusaka adalah milik semua waris terutamanya adik beradik.

Dengki dan perkelahian adalah perkara biasa dalam pembahagian pusaka kerana kekurangan iman.

3. Proses Perpindahan Cara Hibah Lebih Cepat Berbanding Proses Pusaka

Proses perpindahan hak milik harta melalui hibah mengambil masa 1-4 bulan berbanding 2-3 tiga tahun secara proses harta pusaka.

Proses hibah lebih cepat kerana pihak yang terlibat hanyalah penerima hibah, pemegang amanah dan SSM sahaja.

Dengan kuasa yang diberikan oleh usahawan kepada pemegang amanah, pindah milik harta hibah atau pegangan saham kepada penerima hibah berjalan tanpa birokrasi.

Bayangkan tanpa hibah, harta syarikat milik usahawan akan menjadi harta pusaka.

Proses pembahagian kuasa akan diputuskan samada oleh unit pusaka kechil atau Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi. Itu belum masa diambil bagi mendapatkan sijil faraid daripada mahkamah syariah.

4. Hibah Dikembalikan Kepada Usahawan Sekiranya Pengganti Meninggal Dunia Dahulu

Kebaikan hibah amanah ialah harta yang dihibahkan akan dikembalikan kepada usahawan sekiranya penganti hibah meninggal dahulu dari usahawan.

Jadi ia tidak ada risiko kepada pemberi hibah.

5. Usahawan Boleh Membatalkan Hibah Sekiranya Ia Pemberian Ibu Bapa Kepada Anak

Ibu bapa berhak membatalkan hibah kepada anak-anak tanpa syarat. Ini kelebihan hibah daripada ibu ayah kepada anak.

Bagi hibah yang bukan ibu bapa kepada anak, ia memerlukan persetujuan penerima hibah.

6. Urusan Hibah Perniagaan Lebih Senang Berbanding Hibah Harta Individu

Hibah perniagaan hanya memerlukan beberapa borang SSM yang boleh di download daripada portal SSM.

Syarikat sendirian berhad paling mudah membuat hibah. Apa yang dihibahkan ialah pemilikan atau shareholding sahaja. Hibah pemilikan secara tak langsung hibah harta berdasarkan peratus shareholding.

Jadi usahawan tak perlu tahu samada syarikat ada hutang atau tidak.

Usahawan pun tidak perlu melampirkan butiran hak milik tanah yang dimiliki oleh syarikat dan penyata simpanan atau pelaburan syarikat.

Kesimpulan Kebaikan Hibah Perniagaan

Enam kebaikan hibah perniagaan usahawan patut tahu.

Pertama – Pengganti usahawan sudah ditentukan semasa hidup.

Kedua – Elakkan waris berkelahi kerana berebut harta pusaka

Ketiga – Proses perpindahan cara hibah lebih cepat berbanding proses pusaka

Keempat – Hibah dikembalikan kepada usahawan sekiranya pengganti meninggal dunia dahulu.

Kelima – Usahawan boleh membatalkan hibah sekiranya ia pemberian daripada ibu bapa kepada anak.

Keenam – Urusan hibah perniagaan lebih senang berbanding hibah harta individu.

Hubungi Perancang Harta Anda

Usahawan yang mahu membuat hibah perniagaan, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Cara Hibahkan Syarikat Sendirian Berhad Dengan Khidmat Syarikat Amanah

Elakkan Perniagaan Musnah Dengan Hibah Syarikat

hibah syarikat perniagaan
Hibah Syarikat Perniagaan

Perniagaan Boleh Musnah Tanpa Perancangan

Ramai ibu bapa yang merupakan pemilik perniagaan tidak tahu hibah syarikat ialah satu cara bagi mengelakkan perniagaan musnah apabila mereka meninggal.

Banyak syarikat sendirian berhad tidak dapat diteruskan oleh anak-anak selepas kematian pemiliknya.

Anak-anak pula lebih berminat berebut harta syarikat daripada mahu meneruskan perniagaan syarikat.

Akibatnya, anak berkelahi kerana berebut harta pusaka harta syarikat perniagaan.

Lepas itu, ia bukan satu proses yang mudah bagi membahagi harta pusaka aset sesebuah syarikat terutama syarikat sendirian berhad.

Ada kemungkinan syarikat terpaksa dibubarkan dan diletakkan di bawah syarikat receivership bagi membahagikan harta pusaka kepada waris.

Hibah Syarikat Ialah Perancangan Penerusan Lagenda Perniagaan

Hibah syarikat perniagaan ialah satu cara merancang bagaimana perniagaan ibu bapa dapat diteruskan selepas kematian pemiliknya.

Bagi syarikatt sendirian berhad, perkara yang dihibahkan ialah saham syarikat di mana ia secara tidak langsung menghibahkan aset syarikat kepada pemilik saham baru.

Hibah saham syarikat sangat kritikal jika ibu bapa itu pemegang majoriti saham syarikat. Tentu mereka mahukan lagenda perniagaan diteruskan anak-anak.

Tanpa hibah, saham syarikat akan menjadi harta pusaka dan proses pencairannya akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan persetujuan waris melantik pentadbir bagi mengurus dan mencairkan harta pusaka.

Bagaimana pun, dengan bantuan syarikat amanah, ibu bapa pemilik boleh membuat hibah kepada anak yang boleh meneruskan perniagaan.

Dalam hibah amanah, syarikat amanah akan bertindak sebagai pemegang amanah syarikat sekiranya pemilik iaitu meninggal dunia.

Dengan surat kuasa yang diberikan oleh pemilik syarikat, syarikat amanah akan memindahkan saham kepada pemilik baru syarikat.

Kesimpulan: Kebaikan Membuat Hibah Perniagaan

Kebaikan pertama ialah hibah amanah syarikat ialah satu cara bagi menjamin kelancaran perniagaan di mana pengganti yang layak ditentukan semasa ibu bapa masih hidup.

Kedua, dengan hibah amanah perkelahian anak beranak dapat dielakkan kerana harta syarikat bukan menjadi harta pusaka selepas kematian ibu bapa. Harta menjadi hak milik kepada anak semasa ibu bapa masih hidup.

Kebaikan ketiga ialah proses pembahagian syarikat kepada anak lebih cepat melalui hibah amanah berbanding proses pembahagian pusaka. Prosesnya mengambil masa satu hingga empat bulan berbanding dua atau tiga tahun melalui proses pusaka.

Keempat, sekiranya penerima hibah iaitu anak meninggal dunia lebih dahulu daripada ibu bapa, maka hibah itu terbatal. Maka pemilikan saham syarikat akan berpatah balik kepada ibu bapa mereka.

Jadi elakkan perniagaan musnah dengan hibah amanah.

Pemilik syarikat yang mahu membuat hibah perniagaan kepada waris, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Lindungi Masa Depan Anak Isteri Dengan Membuat Wasiat

Ramai Tak Tahu Syarikat Sendirian Berhad Boleh Dihibahkan Kepada Waris

hibah syarikat sendirian berhad
Hibah Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Sendirian Berhad Boleh Musnah Tanpa Perancangan

Ramai tidak tahu harta syarikat sendirian berhad boleh dihibahkan kepada waris atau bukan waris dengan mudah.

Banyak syarikat sendirian berhad ‘mati’ selepas kematian pemiliknya. Akibatnya waris-waris tidak dapat meneruskan lagenda kejayaan perniagaan yang telah dipelopori oleh ibu bapa mereka.

Yang membimbangkan ada kemungkinan syarikat sendirian berhad berpindah kepada rakan kongsi pemegang saham yang lain.

Akibat tidak merancang, aset yang ditinggalkan dalam syarikat sendirian akan menjadi harta pusaka. Dan kemungkinan lagenda perniagaan tidak dapat diteruskan kerana semua waris berminat mendapatkan bahagian faraid masing daripada terus menghidupkan syarikat.

Dan ia bukan satu proses yang mudah bagi memfaraidkan aset sesebuah syarikat sendirian bhd. kerana pemilik syarikat dan syarikat adalah dua entiti yang berlainan.

Ada kemungkinan syarikat terpaksa dibubarkan, hutang syarikat dan cukai pendapatan tertunggak dijelaskan sebelum mengetahui aset bersih (net worth).

Maka dari situ aset bersih yang ditinggalkan oleh setiap pemilik (pemegang saham) dibahagikan kepada waris faraid.

Maka dalam mencairkan aset ini, ada kemungkinan ia diletakkan di bawah receivership atas perintah mahkamah dan ini satu proses perundangan yang rumit dan melibatkan kos yang terpaksa dibayar dahulu oleh waris. Itu pun jika mereka mampu.

Hibah Syarikat Ialah Perancangan Penerusan Lagenda Perniagaan

Hibah syarikat sendirian berhad ialah satu cara merancang bagaimana perniagaan dapat diteruskan tanpa gangguan selepas kematian pemiliknya.

Dalam hibah syarikat sendirian berhad, perkara yang dihibahkan ialah pemilikan atau saham syarikat. Ia secara tidak langsung menghibahkan aset syarikat kepada pemilik saham baru.

Hibah saham syarikat sangat kritikal jika seseorang itu pemegang majoriti saham syarikat. Tentu pemilik asal mahukan lagenda perniagaan diteruskan oleh waris mereka terutama anak dan isteri.

Tanpa dibuat hibah, saham syarikat akan menjadi harta pusaka dan proses pencairannya akan mengambil masa kerana ia melibatkan persetujuan waris melantik pentadbir, melantik peguam bagi menguruskan pusaka, mendapat surat kuasa mentadbir dan seterusnya pencairan harta.

Dengan mendapatkan khidmat syarikat amanah, pemilik syarikat sendirian bhd. boleh membuat hibah kepada orang yang beliau mahu.

Dalam hibah amanah, syarikat amanah akan bertindak sebagai pemegang amanah syarikat sekiranya pemilik syarikat atau pemilik saham meninggal dunia.

Dengan surat kuasa yang diberikan oleh pemilik syarikat, syarikat amanah akan memindahkan saham kepada pemilik baru syarikat.

Jika pemilik ialah pemegang saham majoriti, syarikat amanah akan menasihatkan pegangan itu dikekalkan supaya tidak berlaku kehilangan majoriti jika dihibahkan kepada beberapa waris.

Kesimpulan: Hibah Boleh Elakkan Perkelahian Waris dan Bisnes Berjalan Dengan Lancar

Hibah amanah syarikat ialah satu cara bagi menjamin kelancaran perniagaan di mana pengganti pemilik telah ditentukan secara hibah.

Tanpa perancangan ini, aktiviti perniagaan akan terhenti kerana ketiadaan pemilik dan hartanya di dalam syarikat terpaksa difaraidkan.

Dengan hibah semasa hidup, perniagaan bukan sahaja dapat diteruskan tanpa gangguan malah ia dapat mengelakkan perkelahian waris selepas kematian pemilik.

Strategi ini sudah lama diamalkan oleh syarikat besar di bawah konsep ‘business continuty plan’ iaitu sebagai komponen kepada pengurusan risiko apabila pemilik syarikat perniagaan.

Pemilik syarikat sendirian berhad yang berhajat hendak membuat hibah ekuiti syarikat kepada waris, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Lindungi Masa Depan Anak Isteri Dengan Membuat Wasiat

Apa Itu Matawang Kripto?

Matawang Kripto Sebagai Alat Transaksi, Penyimpan Nilai dan Pelaburan

Ramai di antara kita yang tahu mengenai matawang kripto atau matawang digital sudah diterima dunia sebagai alat transeksi, penyimpan nilai dan pelaburan.

Sehingga ke hari ini ada yang mengistilahkan matawang kripto bukannya matawang tetapi aset digita.

Sungguh begitu, hanya El Savador yang menerima Bitcoin sebagai matawang resmi kedua mereka.

Tetapi masih ramai yang tak tahu mengenai kripto sedangkan sudah ramai mendapat faedah daripada penggunaan matawang kripto dalam ekonomi dunia sekarang ini.

Sebagai contoh, ramai yang menyimpan matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum sebagai aset dan disimpan di exchange seperti Binance, Luno dan Coinbase.

Dari Sistem Barter Kepada Matawang Kripto

Sejarah matawang dunia bermula dengan sistem barter atau pertukaran barangan bagi memiliki barangan itu. Oleh kerana kesukaran menggunakan sistem barter, dunia menggunakan matawang dollar atau euro bagi mengukur nilai dan menyempurnakan transeksi jual beli.

Bagi menjaga nilai wang, bank pusat dunia menggunakan emas dan perak sebagai pengukur dan sandaran.

Pada hari ini, bank pusat tidak lagi bercakap pasal simpanan emas dalam menjaga matawang masing-masing. Malah ada yang bersandarkan US dollar atau sebakul matawang terkenal dunia.

Bagaimanapun, bank pusat tetap menyimpan emas kerana jika sistem matawang dunia hancur, mereka tetap ada emas.

Dengan rizab yang ada, bank negara membeli dan menjual matawang asing dalam menjaga nilai matawang mereka.

apa itu matawang kripto
Evolusi matawang dunia daripada sistem barter kepada matawang digital

Bermula dengan matawang fizikal, dunia telah beralih kepada sistem matawang digital – yang dipanggil matawang kripto atau cryptocurrency.

Bitcoin adalah matawang kripto pertama di dunia, yang lahir pada 2009. Jika matawang berpegang kepada emas sebagai sandaran, tetapi bitcoin dan matawang digital lain berpegang kepada “teknologi IT” sebagai sandaran.

Bitcoin pada mulanya langsung tidak mendapat tempat di dunia.

Sekarang dah ramai orang memiliki bitcoin dan matawang digital lain untuk transeksi, menyimpan nilai atau melabur.

Dalam 2013, market capitalization matawang kripto hanyalah USD 1.5 bilion dan ada lapan cryptocurrency di mana bitcoin menguasai lebih 90% pasaran.

Pada hari ini ada beribu matawang digital dan bilangannya terus meningkat dari masa ke masa.

Kripto terus diterima setiap tahun. Sehingga Mei 2020 – market capitalization matawang digital dianggarkan USD 267 bilion dengan 392 matawang digital.

Bitcoin, pelopor matawang digital menguasai pasaran terbesar, hampir 45% pasaran.

Top 10 matawang kripto berdasarkan market capitalisation pada Jun 2021. Untuk detail anda boleh rujuk di The CoinDesk 20

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • XRP
  • Tether
  • Cardano
  • Stellar
  • Chainlink
  • Uniswap
  • Polkadot
  • USD Coin

Antara pengguna terbesar matawang digital ialah Amerika Syarikat dan China. Kerajaan China yang cuba menghalang penggunaan Bitcoin oleh rakyatnya – tetapi gagal.

Bagaimanapun, baru-baru ini China telah menghalang penggunaan Bitcoin di negara mereka dan menyebabkan harga Bitcoin jatuh sekejap.

Kini rakyat China dan dunia amnya bebas membeli aset di luar negara dengan menggunakan cryptocurrency.

Satu ketika, China mengenakan sekatan matawang Yuan kepada rakyatnya bagi menghalang pembelian properti di Johor Bahru.

Ciri-Ciri Matawang Kripto

Kelebihan matawang digital berbanding matawang biasa ialah ia tidak dimiliki oleh sebarang negara, bermakna ia tidak dikawal oleh mana-mana bank pusat.

Bagaimanapun, cryptocurrency mempunyai blockchain yang diistilahkan sebagai ‘bank pusat’ – yang membolehkan transeksi, sistem perakaunan dan penyimpanan data cryptocurrency wujud dengan penuh integriti.

Secara ringkas kelebihan matawang kripto ialah:

  • Kos transeksi yang rendah berbanding dengan kad kredit
  • Transeksi yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan
  • Bukti pemilik tidak diperlukan
  • Tiada had pembelian matawang ini
  • Sistem pembayaran global yang lebih cepat
  • Ia tidak dikawal oleh mana-mana bank pusat atau sebarang negara
  • Anda mengawal sepenuhnya pemilikan kripto (digital wallet)

Di Malaysia masih ramai yang berfikiran negatif, menganggap cryptocurreny haram kerana ia dikaitkan dengan perjudian – sama seperti permainan forex lain.

Padahal, di setengah negara, mereka telah mempunyai mesin ATM Bitcoin dan Dogecoin bagi mengeluarkan kripto dalam bentuk matawang USD atau matawang lain.

IMF menjangkakan dunia semakin menerima matawang digital khusus sebagai alat pertukaran dan penyimpan nilai. Malah ada yang meramalkan, Bitcoin khususnya akan menjadi sebahagian dari rizab bank pusat.

Matawang Digital Sebagai Perantaraan Pertukaran

Pada hari ini Bitcoin dan matawang kripto lain telah digunakan sebagai alat membayar seperti matawang Ringgit, dollar dan Yen.

Matawang Kripto Sebagai Tempat Penyimpan Nilai

Bitcoin dan kripto lain seperti emas dan perak adalah tempat menyimpai nilai. Jadi, tentulah nilai matawang kripto akan berubah mengikut harga pasaran matawang tersebut.

Berbanding emas dan logam lain, Bitcoin nilainya tidak stabil berbanding emas dan logam lain.

Kripto Sebagai Alat Pelaburan Kewangan

Bitcoin seperti emas, dollar dan saham juga sebagai pelaburan. Sebagai contoh, dahulu emas sebagai alat penyimpan nilai tetapi pada hari ini ia telah diperdagangkan seperti komoditi lain.

Dasar Bank Negara Terhadap Kripto

Bank Negara belum membuat kenyataan dasar mengenai penggunaan cryotocurrency, kerana ia tidak ada aset yang menyokong matawang ini dan ia sukar dikawal.

Saya amat yakin, Bank Negara tidak ada pilihan – terpaksa mengiktiraf penggunaan bitcoin dan matawang digital sebagai alat pertukaran dan penyimpan nilai. Orang ramai tetap boleh membeli cryptocurrency secara online dan menyimpan dalam wallet onlile.

Saya percaya sudah ramai jutawan senyap orang Malaysia. Bayangkan, satu unit Bitcoin hanya beberapa sen atau ringgit beberapa tahun lepas, kini bernilai RM40,000 satu unit.

Harga Bitcoin dijangka terus meningkat dan ada yang meramalkan harga satu bitcoin akan mencecah USD1 million.

Seperti matawang tradisional, emas dan perak sebagai sandaran dan mempunyai bekalan terhad. Bagi cryptocurrency, sandarannya ialah teknologi pengkomputeran (analogi paling mudah) dan mempunyai bekalan terhad.

Kripto Juga Sebagai Alat Pelaburan

Ada orang membeli Bitcoin sebagai penyimpan nilai seperti emas. Bila perlu mereka akan menjual Bitcoin dan menukarkannya kepada Ringgit atau mata wang asing lain.

Ada juga menggunakan Bitcoin sebagai pelaburan. Setiap pelaburan ada risikonya. Ini kerana mungkin Bitcoin anda akan hilang atau bertambah nilainya.

Jadi sebelum melabur Bitcoin anda kena tahap penerimaan risiko anda. Dan anda boleh melabur dalam Bitcoin mengikut kemampuan anda.

Anda boleh melayari laman web dan anda boleh buat keputusan. Tetapi saya tidak menyuruh melabur di situ kerana ada banyak syarikat pelaburan matawang digital.

Wallet Matawang Kripto

Mereka yang hendak berurus dengan matawang digital kena membuka wallet kripto. Wallet umpama nombor akaun bank kita. Ada banyak wallet di dunia digital ini.

Anda boleh membuka seberapa banyak akaun bank. Biasa satu bank buka satu akaun sahaja. Ada orang buka beberapa wallet kerana mereka punya banyak wang digital dan satu cara mengurangkan risiko kecurian wang walaupun menyimpan wang digital pada saya cukup selamat.

Anda boleh juga membeli, menjual dan memindahkan matawang digital dari akaun wallet anda. Anda boleh juga memindahkan kripto dari satu wallet ke wallet lain, termasuk wallet orang lain.

Wallet Matawang Kripto

Bitcoin Wallet ialah satu daripada 20 wallet matawang kriptal yang popular di dunia. Ianya friendly, senang digunakan dan citi keselamatan yang tinggi seperti face Id.

Saya sendiri menggunakan wallet di Binance untuk urusan matawang kripto. Dengan wallet di Binance atau exchange lain, anda boleh berurusniaga dengan hampir semua matawang, antaranya ialah,

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • Tether
  • Ripple
  • Litecoin
  • EOS
  • USD Coin
  • Bitcoin Cash
  • Binance Coin
  • Bitcoin SV
  • NEM
  • Maker
  • Paxos Standard
  • True USD
  • Tezos
  • Chainlink
  • Stellar
  • Cardano
  • Tron
  • Monero
  • Ethereum Classic
  • NEO
  • Cosmos
  • IOTA
  • Zcash
  • Dogecoin
  • Basic Attention Token
  • Dai

Mulakan Penyimpanan Matawang Digital

  1. LIKE Facebook saya https://www.facebook.com/bitcoinmatawang/
  2. PENDAFTARAN percuma untuk menyimpan matawang kripto di Binance

Rahsia Membuat Wasiat Terbongkar

Dropship Shopee – Upload 1,000 Barang Dari Kumoten

Cara Menjana Pendapatan Pasif Sambil Beriklan

Apa Yang Orang Tahu Pasal Matawang Digital Bank?

Matawang Digital Sebagai Alat Transaksi, Penyimpan Nilai dan Pelaburan

Ramai di antara kita yang tahu mengenai matawang digital atau matawang kripto sudah diterima dunia sebagai alat transeksi, penyimpan nilai dan pelaburan.

Tetapi masih ramai yang tak tahu sedangkan sudah ramai mendapat faedah daripada trend ekonomi dunia sekarang ini.

Dari Sistem Barter Kepada Kripto

Sejarah matawang dunia bermula dengan sistem barter atau pertukaran barangan bagi memiliki barangan itu. Oleh kerana kesukaran menggunakan sistem barter, dunia menggunakan matawang dollar atau euro bagi mengukur nilai dan menyempurnakan transeksi jual beli.

Bagi menjaga nilai wang, dunia menggunakan emas dan perak sebagai pengukur dan sandaran.

Pada hari ini, bank pusat tidak lagi bercakap pasal emas dalam menjaga matawang masing-masing. Malah ada yang bersandarkan US dollar atau sejumlah matawang terkenal dunia.

Dengan rizab yang ada, bank negara membeli dan menjual matawang asing dalam menjaga nilai matawang mereka.

matawang digital bitcoin adalah yang paling top di dunia sebagai alat transeksi, penyimpan nilai dan pelaburan.
Evolusi matawang dunia daripada sistem barter kepada matawang digital

Bermula dengan matawang fizikal, dunia telah beralih kepada sistem matawang digital – yang dipanggil matawang kripto atau cryptocurrency.

Bitcoin adalah matawang kripto pertama di dunia, yang lahir pada 2009. Jika matawang berpegang kepada emas sebagai sandaran, tetapi bitcoin dan matawang digital lain berpegang kepada “teknologi” sebagai sandaran.

Bitcoin pada mulanya langsung tidak mendapat tempat di dunia.

Sekarang dah ramai orang memiliki bitcoin dan matawang kripto lain untuk transeksi, menyimpan nilai atau melabur.

Dalam 2013, market capitalization matawang kripto hanyalah USD 1.5 bilion dan ada lapan cryptocurrency di mana bitcoin menguasai lebih 90% pasaran.

Matawang kripto terus diterima setiap tahun. Sehingga Mei 2020 – market capitalization matawang digital dianggarkan USD 267 bilion dengan 392 matawang digital.

Bitcoin, pelopor matawang digital menguasai pasaran terbesar, hampir 45% pasaran.

Top 10 matawang kripto berdasarkan market capitalisation pada April 2020

  • Bitcoin (BTC) $128b
  • Ethereum (ETH) $19.4b
  • XRP (XRP) $8.22b
  • Tether (USDT) $6.4bn.
  • Bitcoin Cash (BCH) $4.1b
  • Bitcoin SV (BSV) $3.4bn
  • Litecoin (LTC) $2.6b
  • EOS (EOS) $2.4b

Antara pengguna terbesar matawang kripto ialah Amerika Syarikat dan China. Kerajaan China yang cuba menghalang penggunaan Bitcoin oleh rakyatnya – tetapi gagal.

Kini rakyat China dan dunia amnya bebas membeli aset di luar negara dengan menggunakan cryptocurrency.

Satu ketika, China mengenakan sekatan matawang Yuan kepada rakyatnya bagi menghalang pembelian properti di Johor Bahru.

Ciri-Ciri Matawang Kripto

Kelebihan matawang digital berbanding matawang biasa ialah ia tidak dimiliki oleh sebarang negara, bermakna ia tidak dikawal oleh mana-mana bank pusat.

Bagaimanapun, cryptocurrency mempunyai blockchain yang diistilahkan sebagai ‘bank pusat’ – yang membolehkan transeksi, sistem perakaunan dan penyimpanan data cryptocurrency wujud dengan penuh integriti.

Secara ringkas kelebihan matawang kripto ialah:

  • Kos transeksi yang rendah berbanding dengan kad kredit
  • Transeksi yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan
  • Bukti pemilik tidak diperlukan
  • Tiada had pembelian matawang ini
  • Sistem pembayaran global yang lebih cepat
  • Ia tidak dikawal oleh mana-mana bank pusat atau sebarang negara
  • Anda mengawal sepenuhnya pemilikan kripto (digital wallet)

Di Malaysia masih ramai yang berfikiran negatif, menganggap cryptocurreny haram kerana ia dikaitkan dengan perjudian – sama seperti permainan forex lain.

Padahal, di setengah negara, mereka telah mempunyai mesin ATM Bitcoin dan Dogecoin bagi mengeluarkan kripto dalam bentuk matawang USD atau matawang lain.

IMF menjangkakan dunia semakin menerima matawang digital khusus sebagai alat pertukaran dan penyimpan nilai. Malah ada yang meramalkan, Bitcoin khususnya akan menjadi sebahagian dari rizab bank pusat.

Matawang Digital Sebagai Perantaraan Pertukaran

Pada hari ini Bitcoin dan matawang kripto lain telah digunakan sebagai alat membayar seperti matawang Ringgit, dollar dan Yen.

Matawang Kripto Sebagai Tempat Penyimpai Nilai

Seperti emas dan perak, Bitcoin dan yang lain ialah sebagai tempat menyimpai nilai. Jadi, tentulah nilai matawang kripto akan berubah mengikut harga pasaran matawang tersebut.

Berbanding emas dan logam lain, Bitcoin nilainya tidak stabil berbanding emas dan logam lain.

Matawang Kripto Sebagai Alat Pelaburan

Bitcoin seperti emas, dollar dan saham juga sebagai pelaburan. Sebagai contoh, dahulu emas sebagai alat penyimpan nilai tetapi pada hari ini ia telah diperdagangkan seperti komoditi lain.

Polisi Bank Negara Mengenai Matawang Kripto

Bank Negara belum membuat kenyataan dasar mengenai penggunaan cryotocurrency, kerana ia tidak ada aset yang menyokong matawang ini dan ia sukar dikawal.

Saya amat yakin, Bank Negara tidak ada pilihan – terpaksa mengiktiraf penggunaan bitcoin dan matawang digital sebagai alat pertukaran dan penyimpan nilai. Orang ramai tetap boleh membeli cryptocurrency secara online dan menyimpan dalam wallet onlile.

Saya percaya sudah ramai jutawan senyap orang Malaysia. Bayangkan, satu unit Bitcoin hanya beberapa sen atau ringgit beberapa tahun lepas, kini bernilai RM40,000 satu unit.

Harga Bitcoin dijangka terus meningkat dan ada yang meramalkan harga satu bitcoin akan mencecah USD1 million.

Seperti matawang tradisional, emas dan perak sebagai sandaran dan mempunyai bekalan terhad. Bagi cryptocurrency, sandarannya ialah teknologi pengkomputeran (analogi paling mudah) dan mempunyai bekalan terhad.

Pelaburan Dalam Matawang Digital

Ada orang membeli Bitcoin sebagai penyimpan nilai seperti emas. Bila perlu mereka akan menjual Bitcoin dan menukarkannya kepada Ringgit atau mata wang asing lain.

Ada juga menggunakan Bitcoin sebagai pelaburan. Setiap pelaburan ada risikonya. Ini kerana mungkin Bitcoin anda akan hilang atau bertambah nilainya.

Jadi sebelum melabur Bitcoin anda kena tahap penerimaan risiko anda. Dan anda boleh melabur dalam Bitcoin mengikut kemampuan anda.

Anda boleh melayari laman web dan anda boleh buat keputusan. Tetapi saya tidak menyuruh melabur di situ kerana ada banyak syarikat pelaburan matawang digital.

Wallet Matawang Kripto

Mereka yang hendak berurus dengan matawang digital kena membuka Wallet Matawang Digital. Sebenarnya ada banyak Wallet di dunia digital ini.

Wallet matawang digital umpama sebuah bank. Jadi anda boleh membuka akaun di bank atau wallet tersebut.

Anda boleh membuka seberapa banyak akaun bank. Biasa satu bank buka satu akaun sahaja. Ada orang buka beberapa wallet kerana mereka punya banyak wang digital dan satu cara mengurangkan risiko kecurian wang walaupun menyimpan wang digital pada saya cukup selamat.

Seperti bank, wallet digital ini ialah tempat anda menyimpan matawang digital seperti Bitcoin dan sebagainya.

Anda boleh juga membeli dan menjual matawang digital dari akaun wallet anda.

Wallet Matawang Kripto

Bitcoin Wallet ialah satu daripada 20 wallet matawang kriptal yang popular di dunia. Ianya friendly, senang digunakan dan citi keselamatan yang tinggi seperti face Id.

Saya sendiri menggunakan Wallet Bitcoin untuk urusan matawang kripto. Dengan Bitcoin Wallet, anda boleh berurusniaga dengan hampir semua matawang, antaranya ialah,

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • Tether
  • Ripple
  • Litecoin
  • EOS
  • USD Coin
  • Bitcoin Cash
  • Binance Coin
  • Bitcoin SV
  • NEM
  • Maker
  • Paxos Standard
  • True USD
  • Tezos
  • Chainlink
  • Stellar
  • Cardano
  • Tron
  • Monero
  • Ethereum Classic
  • NEO
  • Cosmos
  • IOTA
  • Zcash
  • Dogecoin
  • Basic Attention Token
  • Dai

Nak Mulakan Penyimpanan Matawang Digital

  1. LIKE Facebook saya https://www.facebook.com/bitcoinmatawang/
  2. PENDAFTARAN percuma untuk menyimpan matawang kripto di Binance

Semoga pembaca mendapat sedikit pendedahan mengenai matawang kripto dan boleh mencuba menyimpan atau melabur bagi mempelbagaikan penyimpanan dan pelaburan.

Cara Menjana Pendapatan Pasif Bagi Orang Malas

Menjana Pendapatan Dari Matawang Kripto Dengan Robot Royal Q

Dropship Shopee – Upload 1,000 Barang Dari Kumoten

Ekonomi Digital Bakal Peneraju Ekonomi Malaysia

Ekonomi digital semakin memberi impak besar kepada ekonomi dunia selari dengan perkembangan kecanggihan dalam ekonomi tanpa kertas.

Kehebatan ekonomi digital dapat dilihat dari sumbangannya kepada perdagangan dunia, iaitu 35% kepada dagangan dunia sebanyak US$17 trilion pada 2009.

Perolehan e-dagang global adijangka kan mencecah US$3.8 trilion menjelang 2020!

Adakah anda tahu ekonomi digital dijangka menyumbang 20% kepada KDNK pada tahun ini?

Ekonomi digital khasnya e-dagang akan menjadi penyumbang signifikan kepada KDNK
Ekonomi digital penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia

Dalam dua tahun kebelakangan ini, ekonomi digital telah berkembang dengan signifikan kepada penyumbang pendapatan negara kasar (KDNK).

Pada tahun 2018, nilai ekonomi digital ialah RM270 bilion atau bersamaan 18.5% daripada KDNK.

Komponen terbesar ekonomi digital ialah e-dagang (e-commerce) di mana nilainya dijangkakan RM170 bilion atau hampir 65% daripada nilai ekonomi digital.

Ekonomi digital bukan setakat e-dagang, malah ia meliputi operasi digital dan penyesesuaia teknologi canggih.

Akibat musim Covid-19, kebanyakan perniagaan telah berubah daripada perniagaan fizikal kepada perniagaan digital dan e-dagang.

Shopee – Peluang Perniagaan E-Dagang Yang Popular

Cara Berniaga E-Dagang di Shopee

Cara Menjana Pendapatan Pasif Di Zaman Ekonomi Meleset

Contoh Headline Terbaik dan Berkesan Untuk Gandakan Jualan Online

Menjana Pendapatan Dari Matawang Kripto Dengan Robot Royal Q

Doa sakit lutut dan sakit sendi diamalkan semasa sapu krim Doxtecream

Ini doa sakit lutut yang patut menjadi amalan mereka yang sakit lutut, sakit sendi, sakit betis dan sakit belakang.

Elok sangatlan dengar ceramah ustaz ini pasal doa untuk kurangkan sakit lutut dan sakit pinggang.

Doa ini diambil daripada Al Quran Surah 26 Asy-Syu’araa‘ ayat 130.

Mengikut ustaz di atas, baca di bawah ini sambil menepuk tiga kali di kawasan yang sakit dan sengal sambil mengurutnya ke bawah.

Terjemahan Ayat di atas ialah seperti berikut…

‘Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam dan bengis’

Doa sakit lutut dari surah Surah Asy-Syuaraa
Doa sakit lutut yang elok dijadikan amalan kita. Sumber Surah Asy-Syu’araa’, Ayat 130.

Ubat Sakit Lutut – Doxtecream

krim sakit lutut digunakan sambil berdoa supaya sakit lutut sendi hilang
krim sakit lutut ozpure

Di samping berdoa untuk hilangkan sakit lutut, kita boleh berusaha mengurangkan sakit lutut, sakit sendi, sakit betis dan sakit belakang dengan menyapu krim Doxte Cream.

Doxtecream ialah produk keluaran Malaysia dan ia selamat digunakan kerana ia dari bahan semula jadi dan mendapat kelulusan KKM.

Bahan utama ialah ekstrak daun ketumpang air dan rerama hijau – tumbuhan yang terkenal di kalangan orang Melayu sebagai ubat dan minuman mengurangkan sakit sendi dan lutut

Produk ini sudah empat tahun di pasaran. Ia ialah produk hasil penyelidikan syarikat tempatan dan sebuah institut pengajian tinggi tempatan.

Cara Mengguna Krim Sakit Lutut Sambil Membaca Doa AL-Quran Itu

cara menyapu krim sakit lutut doxtecream
cara mengguna atau menyampu krim sakit lutut

– Untuk mengeluarkan krim sakit lutut Doxtecream, tekan dan picit beberapa kali kepala botol Doxtecream.

– Letakkan cecair krim Doxtecream di atas tapak tangan yang bersih.

– Sapukan krim tersebut pada bahagian lutut, peha, betis dan pinggang yang sakit – sambil membaca doa yang diajarkan di atas tadi.

Video Tunjuk Cara Guna Krim Sakit Lutut Doxtecream

Cara Mendapatkan Krim Doxtecream

Untuk mendapatkan krim Doxtecream, boleh hubungi saya 013 366 1242 atau layari pautan di bawah untuk mendapat penjelasan lanjut produk ini.

Sakit Lutut Ketika Solat, Ada Ubat?

Cara Mengurang dan Menghilangkan Sakit Sendi dan Lutut Dengan Bahan Tradisonal

Rahsia Membuat Wasiat Terbongkar

Jump Starter Power Bank Untuk Bateri Kereta Komputer Dan Telefon

biasa guna kabel untuk start kereta kerana bateri dah habis
Cara popular guna jumper bateri untuk start kereta

Jump starter power bank adalah cara mudah dan terkini bagi menghidupkan injin kereta ketikabateri yang lemah.

Tapi sebelum bercerita panjang, elok kita tengok cara biasa untuk hidupkan kereta dengan guna kabel jumper bateri kereta.

Masalah Guna Jumper Bateri Kereta Cara Biasa

Bila kereta tak boleh start biasanya bateri lemah atau kong. Cara yang biasa dilakukan ialah dengan menggunakan kabel jump starter bateri.

Dua kabel jumper bateri dipasang antara bateri yang baik dari kereta lain kepada bateri pada bateri kereta yang lemah itu.

Aliran tenaga bateri yang baik itu dapat membantu menghidupkan injin kereta yang baterinya lemah.

Bagaimanapun guna jumper bateri ada kelemahan. Jika anda salah parking kereta terutama di shopping kompleks, kabel jumper yang tidak cukup panjang akan menyukarkan kawan anda menyambung kabel jumper kepada bateri anda.

Yang kedua, jika anda tidak bawa kabel jumper bateri, ia akan menyusahkan anda juga kerana bukan semua orang ada membawa jumper bateri.

Jika kereta anda tak boleh start di R&R kerana bateri terutama di waktu malam, bukan semua orang boleh bantu anda.

Jadi cara yang terbaik ialah anda membeli jumper bateri power bank di mana anda boleh start kereta tanpa menyusahkan orang lain.

Keperluan Jump Starter Power Bank

Ramai orang memiliki jumper start power bank. Ia bukan sahaja boleh digunakan bagi menghidupkan bateri kereta bahkan digunakan bagi memberi power kepada telefon bimbit dan komputer.

set jump starter power untuk kereta lengkap dengan kabel, bateri dan alat caj bateri telefon
Set Jump start power bank

Dulu orang menyimpan kabel jump start dalam kereta. Tapi itu sudah ketinggalan zaman. Ini kerana ia makan ruang bonet kereta terutama jika kita hendak balik kampung atau mengembara.

Jumper start power bank bukan sahaja dapat membantu bateri kita jika ia tiba-tiba kong, malah ia dapat membantu kawan-kawan atau orang ramai yang menghadapi masalah bateri. Ini terutama di kawasan R&R atau di kampung.

Cara Pasang Jump Starter Power Bank

set jump start power bank
Ada tiga alat penting di atas – powerbank, dua kabel bateri dan kabel untuk caj handphone.
jump start power bank - mudah dan praktikal
Pasangkan dua kabel hitam dan merah kepada power bank sebelum dilekatkan kepada bateri
Cara pasang kabel merah dan hitam kepada bateri power bank - hanya cucuk sahaja sebelum diguna untuk hidupkan injin
Cara pasang kabel merah dan hitam kepada bateri power bank – hanya cucuk sahaja sebelum diguna untuk hidupkan injin

Cara Mendapatkan Set Jumper Start Power Bank

Anda boleh mendapatkan jumper start power bank daripada kedai atau beli daripada Shopee. Klik sini

Klik: Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Bateri Kereta – 7 Tips Memanjangkan Jangka Hayat Bateri

Tips Terbaik Bagi Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Tip-tips bagi memanjangkan jangka hayat bateri yang boleh menjimatkan masa dan kos pemilik kereta.
Tips mudah penjagaan bateri kereta anda

Tips Penjagaan Bateri Kereta Yang Wajib Anda Tahu

Bateri ialah nyawa kepada kenderaan. Tanpa bateri kereta tidak boleh start dan lampu tak menyala.

Bayangkan, anda sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Alor Star dan singgah di R&R Tapah untuk minum-minum.

Apa perasaan anda, tiba-tiba kereta tidak boleh start? Dalam kereta anak isteri dan beg yang banyak kat bonet.

Anda tentu terfikir-fikir jika ada orang yang bawa jumper dan minta tolong start kereta anda.

Tapi, jika tiada siapa yang menolong, pilihan anda ialah pergi ke stesyen minyak di R&R dan bertanya samada mereka ada menjual bateri atau tidak.

Jika stesyen minyak tidak menjual, biasa stesyen minyak akan berikan nombor telefon kedai bateri yang berdekatan supaya anda hubungi.

Jika kedai bateri sedia menolong, anda sudah tentu kena potong leher. Harga bateri katakan RM200 dan upah RM250 – sebab alasan jauh dan sebagainya. Anda tentu kena setuju kan sebab keluarga dah kepanasan dan kepenatan duduk dalam kereta.

Itu nasib baik berlaku di siang hari. Kalau ia terjadi pada waktu 12 malam dan semua kedai tutup, tentu ia lebih sengsara lagi. Mungkin anda kena panggil bantuan PLUS. Tapi itu semua menyusahkan anda sendiri.

Harga sebuah bateri tidak mahal iaitu pun dalam dalam RM180-RM300. Masalahnya ialah apa yang berlaku kepada pengguna di R&R Tapah tadi – kos bateri mahal dan anak bini sengsara menunggu dalam kereta.

Jika kita pandai menjaganya, umur bateri boleh sampai dua setengah tahun. Kalau tak pandai jaga, setahun pun boleh kong dan kena ganti baru.

Oleh itu, anda boleh mengawal berapa lama bateri boleh tahan dan memaksimumkan jangka hayat bateri agar anda juga boleh kemana-mana tanpa rasa takut kereta tak boleh start bila bateri kong.

Purata Jangka Hayat Bateri Kereta

Berapa lama bateri boleh tahan? Secara purata, bateri boleh bertahan selama 2 hingga ke 5 tahun. Dapat bertahan dua tahun setengah pun dah kira OK.

Antara salah satu faktor yang boleh mempengaruhi jangka hayat bateri ialah cuaca.

Ketika kenderaan berjalan, enjin sudah menghasilkan haba yang tinggi. Haba yang terlampau panas pada bateri akan meningkatkan penyejatan air pada sel bateri walaupun bateri tertutup dan ini mampu memendekkan jangka hayat bateri.

Kenderaan yang selalu dibiarkan di bawah cahaya matahari terik boleh menyebabkan bateri kong.

Ia menjadi punca kereta tak boleh start jika anda tidak ambil langkah penjagaan bateri terutama dalam keadaan cuaca yang sangat panas di Malaysia.

Panduan lengkap penjagaan kereta yang setiap orang patut tahu.
Panduan Lengkap Penjagaan Kereta

Berikut ialah tujuh tips bagi memanjangkan jangka hayat bateri:

Tujuh Tips untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Tips #1: Hadkan Perjalanan Jarak Dekat

Memandu kereta anda dengan sekejap menghalang bateri daripada dicas sepenuhnya. Jadi, anda boleh mengekalkan kuasa bateri dengan memandu lebih kerap dan memandu untuk tempoh yang lebih lama.

Melalui cara ini, anda boleh meningkatkan ketahanan jangka hayat bateri dan mengelakkan bateri kong dengan cepat.

Namun begitu, jika anda jarang menggunakan kereta, anda boleh mempertimbangkan untuk melaburkan wang anda membeli pengecas bateri mudah alih.

Kelebihan pengecas mudah alih ini adalah ia boleh jump start bateri tanpa memerlukan kenderaan lain sekiranya kereta anda mati di tepi jalan. Hebat bukan?

Tips #2: Pastikan Bateri Dipasang Dengan Ketat

Cara pasang bateri yang betul memainkan peranan penting untuk memastikan bateri tahan lebih lama. Bateri yang tidak dipasang dengan betul dan ketat akan menyebabkan getaran.

Getaran pada bateri berpotensi untuk mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman bateri dan menyebabkan litar pintas, seterusnya dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

Adakah anda memeriksa terminal bateri anda dengan kerap?

Pastikan ianya diperiksa dengan kerap terutamanya jika anda sering memandu di jalan-jalan yang beralun untuk memastikan bateri dipasang dengan ketat dan ia berada di dalam pendakap pelekap dengan kedudukan yang betul.

Namun begitu, jangan melakukan kesilapan iaitu terlalu mengetatkan nat kekunci bateri kerana ia mungkin merosakkan bateri.

Terminal bateri yang dipasang dengan kemas dan ketat akan dapat mengekalkan ketahanan jangka hayat bateri kereta anda.

Tip #3: jangan Lupa Matikan Lampu Bila Keluar

Jika anda membiarkan lampu hadapan kereta dan lampu pintu kereta terpasang secara tidak sengaja boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada bateri dan memendekkan jangka hayat bateri.

Penggunaan lampu yang berpanjangan tanpa bateri dicas akan menyebabkan bateri kong.

Untuk mengelakkan anda lupa, tampal nota atau reminder pada papan pemuka kereta anda. Cara ini anda boleh menyedari apabila anda tidak mematikan lampu kenderaan.

Ingat, memasang lampu kereta dengan lama ketika kereta tidak hidup adalah antara penyebab bateri kong dan kereta tak boleh start. Ini penyebab jangka hayat bateri menjadi pendek.

Tips #4: Bersihkan Terminal Bateri Kereta

Terminal bateri akan terhakis dari masa ke semasa dan pastikan ianya sentiasa dibersihkan daripada pembentukan sisa-sisa dan karat. Ini langkah yang baik untuk panjangkan jangka hayat bateri.

Antara penjagaan bateri mudah ialah membersihkan terminal bateri dengan menggosok terminal dengan berus gigi yang dicelup dalam baking soda (serbuk penaik) bercampur dengan air.

Kemudian, bilas cucian tersebut dengan menggunakan semburan air sejuk dan kemudian mengelap permukaan terminal dengan kain bersih hingga kering.

Tips #5: Uji Bateri Dengan Kerap Untuk Mengetahui Jangka Hayat Bateri

Jika anda ingin memaksimumkan jangka hayat bateri anda, adalah penting untuk mengetahui keadaan bateri dan berapa lama bateri kereta boleh tahan.

Oleh itu, anda boleh menguji tahap voltan bateri output menggunakan penguji bateri untuk mengetahui bateri telah dijaga dengan baik ataupun telah tiba masa untuk ganti bateri baru.

Perkara ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali bagi setiap bateri untuk memastikan kereta tidak mati secara tiba-tiba kerana bateri kong.

Tips #6: Matikan Fungsi Alat Eletronik Ketika Kereta Tidak Berjalan

Ini adalah tips penjagaan bateri paling mudah untuk menjaga ketahanan jangka hayat bateri.

Matikan fungsi eletronik seperti radio dan penghawa dingin ketika kenderaan tidak berjalan. Ini dapat mengurangkan wear and tear pada kuasa bateri anda.

Selain itu dengan membiarkan enjin kereta hidup tanpa bergerak pada waktu yang lama boleh menyebabkan kereta tak boleh start dan bateri kong dengan lebih cepat.

Tips #7: Jaga Kereta Secara Menyeluruh

Kereta anda mempunyai komponen dan bahagian yang bekerja bersama-sama sedangkan kereta hanya ada satu bateri.

Oleh itu, penjagaan bateri yang betul sangat penting untuk memastikan jangka hayat bateri lebih panjang dan dapat mengekalkan prestasi kereta.

Jangan biarkan kereta anda tidak digunakan untuk tempoh yang panjang kerana ia akan mengurangkan jangka hayat bateri kerana bateri tidak dicas.

Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Sekarang ada power bank jump car starter yang boleh dari shopee.
CarCar jump starter power bank
Power bank jump starter harus ada bagi mengatasi kereta yang tidak boleh start.
Multifunction jump starter power bank

Car power bank charger yang terbaik di pasaran
Antara set car jumper power bank
Car jumper power bank sangat berguna jika kereta tak boleg start
Beg yang lengkap dengan set jump start battery

Menjadi satu trend sekarang orang membawa jump start power bank dalam kereta atau dalam beg anda – kata orang sediakan payung sebelum hujan.

Car jumper power bank bukan sahaja untuk kenderaan anda, malah boleh menolong orang ramai yang menunggu ketibaan anda membantu start kan kereta anda.

Anda boleh membelinya di shopee.

Klik: Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Sumber:

Artikel di atas telah diadaptasi dari artikel asal:
7 Tips Berguna untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten

Tentang Rezeki – 12 Jenis Rezeki Yang Dijanjikan Allah Kepada Makhluk

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat-sahabat ku semua. Sedikit pencerahan ilmu Allah tentang rezeki.

Tentang Rezeki Yang Telah Dijanjikan Allah
(12 Pintu-pintu Rezeki)

Ada 12 pintu rezeki walaupun pada hahikatnya semuanya dari Allah. Ini berdasarkan Al-Quran dan hadis sahih.
Ada 12 pintu rezeki yang patut kita tahu

1) Tentang Rezeki Yang Telah Dijamin

“Dan tidak ada sesuatu pun mahluk yang bergerak (bernyawa) di muka bumi melainkan semua nya dijamin rezekinya olih Allah…”
(Surah Hud 11 Ayat 6)

2) Tentang Rezeki Kerana Usaha

“Dan manusia hanya memperolihi apa yang dikerjakannya”
(Surah Al Najm 53 Ayat 39)

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
(Al-Jumu’ah 62 Ayat 10)

3) Tentang Rezeki Kerana Bersyukur

“…sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu…”
(Surah Ibrahim 14 Ayat)

4) Rezeki Yang Tidak Terduga

“…barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”.
(Surah At Thalaq 65 Ayat 2)

5) Rezeki Kerana Beristighfar

“maka aku katakan pada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’ (beristighfar) – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”.

“nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat”.
(Surah Nuh 71 Ayat 10 dan 11)

6) Rezeki Kerana Menikah

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia Nya. Dan Allah Maha luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An-Nur : 32)

7) Rezeki Kerana Anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada mu……….”
(Surah Al Israa’ 17 Ayat 31)

8) Tentang Rezeki Kerana Bersedekah

“Barangsiapa yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menginfakkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipat-gandakan pembayaran kepada nya dengan lipat-ganda yang banyaknya. Dan Allah yang menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada Nya lah kamu di kembali kan”
(Surah Al Baqarah 2 Ayat 245)

9) Rezeki Kerana Suka Menyambungkan Silaturrahim

10) Rezeki Kerana Iman Dan Takwa

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Al-Baqarah 2 Ayat 3)

11. Rezeki Kerana Pengorbanan Diri, Harta Dan Waktu Demi Urusan Keagamaan

12) Rezeki Kerana Istiqamah Membaca Al-Quran Dan Beramal Soleh (kerana Allah Semata-Mata)

Doa Ku

“Ya Allah, Ya Robb, yang Maha Kaya, izinkanlah kami mencari rezeki dengan keredaan Mu, lapangkanlah rezeki kami dari arah yg tidak disangka sangka dari rezeki yang halal dan penuh barakah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki. Izinkan dan permudahkan semua sahabat-sahabat kami mencari dan beroleh rezeki dengan izin Mu. Kayakan mereka, lapangkan pintu-pintu rezekinya dan Kau jaohilah segala dosa-dosa mereka yang dengan nya bolih memendikkan rezeki-rezeki mereka. Aamiin Ya Rabbal Alamein”

Wallahu’alam.
Awang Mohammed
Kuala Lumpur.
1hb January 2017.
11.45 malam.

Nota: Semasa saya membuat semakan rambang ke atas akaun Facebook rakan-rakan saya, rupanya ada 5 orang yang saya jumpa telah meninggal dunia.

Saya dan tuan-tuan jika sudi bacakan Al-Fatihah dan sedekahkan pahala kepada mereka itu.

Salah seorang yang meninggal itu ialah arwah Awang Mohamed. Saya membelek Facebook beliau, dan terjumpa sebuah artikel beliau yang saya tajukkan dengan Tentang Rezeki – 12 Jenis Rezeki Yang Dijanjikan Allah

Saya copy paste tulisan beliau dengan sedikit editan. Semoga kebaikan dan ilmu yang diperolehi oleh pembaca memberi pahala dan kebaikan kepada roh Allahyarham Abdullah Mohammed

23 Waris Faraid Orang Islam Wajib Tahu

senarai 23 waris faraid harta pusaka

Dapatkan ebook dan video penerangan dari pinned post pautan berikut

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten

Cara Buat Bisnes Deliveri Belajar Dari Orang Berpengalaman