Enam Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Ramai yang berfikir harta akan dibagi kepada waris semasa hidup, malangnya, ramai yang menemui ajal dahulu dan membiarkan waris bermusuh kerana berebut harta pusaka…

Overview Isu Harta Pusaka Hari Ini – Wajib Dengar

Kadang-kadang kita tanya kawan, ‘Engkau ada menulis wasiat?’

Jawapan yang kita biasa dengar ialah ‘Dah ada hukum faraid kenapa perlu nak buat wasiat.’

Lagi satu kita dengar, ‘mana boleh kita boleh menulis wasiat kepada ahli keluarga sebab mereka waris.’

Ada betul dan ada kurang tepat jawapan itu. Mari kita lihat dahulu kesah harta pusaka yang selalu baca di akhbar.

RM6o Bilion Harta Pusaka Terbeku – Antara Sebabnya Gagal Menulis Wasiat

harta pusaka terbeku
Harta terbeku kerana mungkin tidak membuat wasiat.

Adakah anda tahu harta seseorang itu akan terbeku secara automatik apabila beliau meninggal?

Pada 2016, harta orang Islam Malaysia terbeku dianggarkan RM60 bilion. Ini termasuk tanah dan properti yang masih ats nama si mati, simpanan di bawah Wang Tidak Dituntut atau simpanan yang tidak ada penama di institusi kewangan seperti KWSP atau Tabung Haji.

Nilai harta terbeku ini mungkin di sekitar RM85 bilion pada 2020 jika andaikan ia bertambah 10% setahun.

Antara sebab harta orang Islam terbeku ialah semasa hidup mereka tidak menulis wasiat.

Tanpa wasiat, pihak berkuasa tidak tahu siapa waris dan cara menghubungi mereka.

Orang Kaya Pun Terlupa Menulis Wasiat

Adakah anda ikuti kesah pertelingkahan harta pusaka di kalangan waris arwah Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik?

Pertelingkahan Harta Pusaka Kerana Tidak Melantik Pentadbir Harta Pusaka

cara membuat wasiat dengan as-salihin trustee bhd
Perebutan harta pusaka

Ketiga-tiga arwah Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik adalah kaya dan memiliki harta berpuluh juta ringgit.

Dalam semua kes di atas waris si mati samada ibu, anak dan isteri membawa kes pertelingkahan harta pusaka ke Mahkamah Tinggi.

Mereka bukan berebut harta pusaka tetapi berebut hendak menjadi pentadbir harta secara bersama.

Sebagai pentadbir harta, mereka ada kuasa mencairkah harta si mati untuk diagihkan kepada waris.

Jika kita ikuti perjalanan kes perbicaraan di atas, ketiga-tiga kes mempunyai satu isu yang serupa: semasa hidup arwah ini tidak membuat wasiat dan melantik pentadbir harta pusaka atau wasi.

Tanpa wasiat, waris sendiri yang menentukan siapa di kalangan mereka menjadi pentadbir harta pusaka. Mungkin ada yang tidak mempercayai satu sama lain.

Pengurusan Harta Pusaka Yang Melecehkan

Waris mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun dalam menguruskan harta pusaka – bemula dari perbincangan keluarga melantik pentadbir, menyenaraikan harta dan hutang si mati, membuat permohonan harta pusaka, perbicaraan harta pusaka hinggalah harta itu berpindah kepada waris.

Sebelum harta itu diagih kepada waris, maka hutang dunia dan akhirat si mati hendaklah diselesaikan dahulu.

Jika ada wasiat, hibah dan tuntutan harta sepencarian maka bahagian ini akan diselesaikan dahulu sebelum waris mendapat hak harta pusakanya.

Jika si mati banyak harta, proses pembahagian harta pusaka semakin rumit dan memakan masa! Bayangkan jika si mati ada banyak properti dan dibiayai dengan pinjaman bank, memang penatlah waris menguruskannya.

Ini belum kira si mati memiliki syarikat perniagaan, pemilikan saham di Bursa, pemilikan bon, simpanan emas, akaun pertukaran asing (forex), akaun perniagaan online dan insurans hayat. Tentu ia satu beban kepada waris menguruskannya.

Harta Pusaka Melebihi RM2 Juta Di Bawah Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi

Samada sesorang itu membuat wasiat atau tidak, waris tetap akan melantik peguam bagi menguruskan harta pusaka melebihi RM2 juta ke Mahkamah Tinggi. Sebuah kondo mewah dan banglo di Kuala Lumpur pun mungkin lebih RM2 juta.

Melantik peguam bagi kes Mahkamah Tinggi, antara ada isunya caj guaman yang tidak ada skala, peguam kurang kepakaran dan pengalaman dalam mengurus harta pusaka.

Ada juga kes harta pusaka terbiar apabila peguam meninggal dunia atau meninggalkan profesion guaman.

90% Rakyat Malaysia Yang Masih Belum Membuat Wasiat dan Hibah

menulis membuat wasiat
s

Masih ramai yang belum membuat wasiat atau hibah.

Ada beberapa sebab mengapa peratus di atas yang rendah. Ramai yang menganggap ia tidak penting kerana pemilik harta beranggapan mereka boleh uruskan sendiri sebelum meninggal dunia.

Kerajaan pun kurang memberi promosi akan pentingnya seseorang itu membuat wasiat atau hibah. Usaha mempromosikan produk perancangan harta banyak dilakukan sendiri oleh syarikat amanah persendirian dan swasta. Tentu skop pemasaran mereka terhad.

Insentif membuat wasiat dan hibah dari Kerajaan memang tidak ada. Contohnya, insentif membuat wasiat dan hibah tidak pernah dibentangkan dalam bajet tahunan kerajaan.

Ramai Sedar Pentingnya Menulis Wasiat Dan Melantik Pentadbir Harta Pusaka

Penulis wasiat profesional
Menulis wasiat melantik pentadbir menguruskan harta pusaka

Kesedaran orang ramai terutama golongan profesional semakin meningkat akan keperluan membuat wasiat bagi melantik pentadbir harta pusaka bagi membolehkan harta dan hutang diuruskan secara cekap apabila mereka meninggal.

Jika telah melantik pentadbir harta dalam wasiat, kehidupan isteri, ibu bapa dan anak-anak tidak akan terganggu hidup dan pelajaran anak-anak berjalan lancar sekiranya ketua keluarga atau suami meninggal.

Enam Sebab Menulis Wasiat

1. Percepatkan Proses Pembahagian Harta Pusaka Oleh Pengurus Profesional

cara menulis wasiat
Banyak syarikat amanah yang memberikan khidmat pentadbiran harta pusaka

Wasiat dapat mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka kepada waris apabila pewasiat melantik orang yang dipercayainya menguruskan harta pusaka selepas kematiannya.

Mereka yang dilantik ini dipanggil pentadbir harta atau wasi. Pentadbir ini boleh beberapa orang atau sebuah syarikat amanah.

Orang ramai lebih suka memilih syarikat amanah sebagai pentadbir harta atau wasi kerana mereka tiada kepentingan dalam pusaka si mati, mempunyai pengalaman, kemahiran dan lebih selamat, boleh dipercayai dan terus bertahan di pasaran. Ini kerana syarikat amanah ditubuhkan di bawah Akta Amanah yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

Tanpa perlantikan wasi, waris akan bermuafakat melantik pentadbir di kalangan mereka bagi menguruskan harta si mati dengan Unit Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi.

Ada kemungkinan proses pembahagian harta pusaka menjadi lambat kerana tidak ada persefahaman waris-waris melantik pentadbir. Sebab yang lain ialah waris-waris sibuk dan tidak ada pengalaman menguruskan harta pusaka.

2. Proses Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Syariahnya – Hukum Farid

Ustaz Hilmi, penceramah dan juga pengarang buku Faham Faraid

Jika melantik wasi syarikat amanah dan yang berpengalaman dalam pengurusan harta pusaka, proses pembahagian harta pusaka akan melalui proses syariah yang berasaskan Hukum Faraid tanpa ragu-ragu.

Hukum Faraid adalah asas pembahagian harta pusaka. Syarikah amanah akan memastikan semua waris hadir semasa membaca wasiat, menjelaskan hutang si mati, termasuk peruntukan upah mengerjakan haji, kafarat puasa dan nazar yang belum sempat ditunaikan.

Setelah itu, harta pusaka digunakan bagi menunaikan wasiat 1/3, melaksanakan hibah dan harta sepencarian. Baki baru dibahagi kepada waris yang berhak.

3. Sedekah Jariah Ke Jalan Allah

pesakit pun memerlukan pewasiat
Pengidap sakit buah pinggang -boleh bersedekah memberi mesin dialisis.

Tiga Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim).

Sekolah tahfiz Quran, perpustakaan, masjid, surau, hospital, pusat dialisis, pusat kanser menunggu sahaja sumbangan orang ramai untuk membina, membesar pusat tersebut atau melengkapkan peralatan.

Semasa hidup ramai yang berzakat dan bersedekah bagi merealisasikan kelebihan amalan di atas. Ada yang menangguhkannya ke satu masa yang sesuai, tetapi ajal tidak pernah memberi notis.

Cara yang berkesan ialah membuat wasiat. Wasiat membenarkan seseorang itu meninfak, mewakaf atau mensedekahkan 1/3 hartanya untuk berjasa selepas kematiannya.

4. Sedekah Harta Kepada Orang Tersayang

Wasiat membenarkan pewasiat kepada orang tersayang
Wasiat membolehkan pewasiat menghadiahkan kepada orang tersayang

Ada orang yang mahu sedekah kan harta kepada orang atau waris tersayang sekiranya ia meninggal awal atau penerima itu masih lagi kanak-kanak dan tak sesuai membahaginya dahulu. Oleh itu, wasiat boleh membantu hal ini.

Mereka ini contohnya ialah, adik beradik, sepupu, anak saudara dan cucu. Mereka ini waris tetapi bukan waris utama.

5. Memberi Sebahagian Harta Kepada Anak Angkat

Wasiat untuk bahagi 1/3 harta pusaka kepada anak angkat atau bapa angkat.
Anak angkat berhak mendapat 1/3 harta bapa angkatnya jika buat wasiat

Anak angkat atau bapa angkat walaupun bukan waris berhak menerima harta maksimum 1/3 harta bapa angkat atau anak angkat tetapi dengan berwasiat.

Biasa kita dengar anak angkat tidak mendapat satu sen pun harta bapa angkat walaupun dipelihara sejak umur sehari. Harta pusaka tersebut akan dibolot oleh waris iaitu ibu bapa dan adik beradik ayah angkatnya.

6. Melantik Penjaga Harta Anak Bawah Umur dan Anak Istimewa

hak menjaga harta anak bawah umur
Penjaga harta anak bawah umur dan istimewa

Tanpa wasiat, dan sekiranya suami meninggal dunia dan mempunyai anak bawah umur, maka hak menjaga harta itu diserahkan kepada datuk budak itu (bapa kepada bapa tadi).

Isteri, iaitu ibu kepada anak itu tiada hak menjaga harta anak itu. Jadi, mahkamah boleh memutuskan hak penjagaan harta anak itu diserahkan kepada Amanah Raya Berhad.

Bagaimanapun, isteri itu boleh menjadi penjaga harta anak tadi sekiranya semasa hidup, suami ini ada membuat wasiat. Dalam wasiat itu dinyatakan isteri ialah penjaga harta anak mereka di bawah umur atau 18 tahun.

Bagi pasangan yang mempunyai anak istimewa, kesnya sama seperti di atas. Yang beza, harta anak itu boleh dijaga oleh ibunya sampai bila-bila selagi anak itu masih berkeadaan macam itu.

Video Penerangan Matlamat dan Tujuan Orang Membuat Wasiat

Anda boleh juga mendengar video saya mengenai tujuan dan sebab orang membuat wasiat.

2 Tujuan dan 5 Sebab Orang Buat Wasiat

Siapa 23 Waris Faraid – Anda Wajib Tahu?

Dapatkan ebook percuma 23 waris faraid dari pinned post di sini Kelab Faraid Hibah Harta Pusaka

sebab menulis wasiat walaupun ada hukum faraid

Hubungi Perunding Untuk Menulis Wasiat

Anda boleh menghubungi perunding kewangan anda atau saya bagi buat wasiat atau penjelasan lanjut mengenai wasiat. Sila hubungi di Telegram saya ini…

Abd Rahaman Rasid 013-366-1242

Pautan Berguna:
Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan Berkesan

Ada Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah

Mengapa Memilih as-Salihin Trustee Berhad Dalam Urusan Perancangan Harta Dan Harta Pusaka?

Lindungi Masa Depan Anak dan Isteri Dengan Membuat Wasiat

Artikel ini ditulis oleh Abd Rahaman Rasid, Perunding as-Salihin Trustee Berhad. Beliau boleh dihubungi dengan 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Buku Faraid – Ilmu Pembahagian Harta Pusaka Yang Wajib Dipelajari

Terbaharu di pasaran, buku Faraid yang dicari-cari selama ini

Sedang Mencari Buku Faraid Yang Terbaik?

Anda sedang mencari buku ilmu faraid terbaik dan mudah difahami?

Adakah anda seorang pelajar, seorang peguam syariah, seorang perancang harta, seorang ustaz, seorang perunding harta, seorang pensyarah, seorang penceramah, seorang peminat ilmu Faraid?

Jika ya, anda teruskan membaca…

Buku Faraid - sumber ilmu faraid untuk masyarakat
Faham Faraidh – antara buku rujukan ilmu faraid yang terbaik di pasaran

Keperluan Rujukan Terbaik Ilmu Faraid

Banyak pergaduhan pasal harta pusaka disebabkan antaranya ialah kurangnya pengetahuan faraid – satu ilmu pembahagian harta pusaka berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Sekiranya setiap ahli keluarga mengetahui hak-hak mereka berdasarkan hukum Faraidh, maka InsyaAllah ia dapat mengurangkan masalah dalam pembahagian harta pusaka.

Saya telah mengikuti Bengkel Asas Faham Faraidh dan telah memilki buku Faham Faraid. Oleh itu, saya mendapati buku ini sangat baik dan saya mencadang untuk dimiliki.

Buku ini dikarang oleh Ustaz Hilmi Haniz Bin Muhammad yang memiliki Akademi Alif. Kesannya, teknik penerangan ilmu faraidnya mudah difaham kerana ia disusun secara sistematik dan teratur.

Beliau seorang mahir dalam ilmu Faraid kerana berdasarkan pengalaman saya dalam perancangan harta lebih 10 tahun.

Keunikan Buku Faraid

Faham Faraid maksud faraid nya jelas - sebuah buku ilmu faraid yang menyeluruh dan lengkap. Wajib dimiliki oleh setiap keluarg.
Buku Faham Faraid sebuah buku ilmu faraid yan lengkap

Buku ini bagus dimiliki kerana:

  • Isi kandungan buku faraid ini kandungan disusun dengan maksud faraid yang jelas, mengikut tertib dan berstruktur.
  • Penulisannya ringkas dan mengguna gaya bahasa yang mudah.
  • Kandungan buku faraid ini lengkap dan padat.
  • Kaedah pengiraan faraid yang praktikal dan mudah difahami
  • Faham Faraid adalah hasil pengumpulan maklumat daripada banyak kitab dan buku berkenaan ilmu Faraidh.
  • Buku dilengkapi dengan contoh, jadual, gambar rajah dan kaedah Faraid – ini membantu dalam menerangkan pembahagian faraid
  • Pengalaman penulis selama lebih 5 tahun dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu Faraidh.

Saya telah hadir kelas ilmu Faraid kendalian Ustaz Hilmi Haniz dan saya mengiktifaf kebolehan beliau dalam menyampaikan ilmu tersebut. Penilaian saya berdasarkan kepada 10 tahun pengalaman saya sebagai perunding harta.

Buku Faraid – Faham Faraidh

  • Judul Buku : Faham Faraidh
  • Penulis dan Penerbit : Hilmi Haniz bin Muhammad
  • Kategori : Pembahagian harta pusaka Islam
  • Tarikh terbit : 9 Ogos 2019
  • ISBN 978-967-17158-0-2

Spesifikasi buku

  • Saiz A5 (separuh A4)
  • Kemasan Kulit – UV Laminate
  • Jilidan : Perfect binding
  • Warna : Kulit (4 warna) dan Isi (hitam )
  • Tebal : 322 muka surat
  • Berat : 0.38 gram

Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh

Harga: RM30
Poslaju & Kendalian: RM9
Jumlah: RM39
Cara Order: Whatsapp 013 366 1242
atau klik Saya Nak Order Faham Faraid

Sinopsis Buku Faham Faraidh

Ilmu Faraidh ialah ilmu yang istimewa dan unik.

Masih kurang umat Islam yang memahami ilmu ini. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini – yang mungkin berpunca daripada kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan.

Bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku Faraid ini telah ditulis dengan gaya bahasa yang mudah dan teknik pengiraan faraid yang ringkas.

Faham Faraidh dihasilkan setelah penulis mengadakan banyak kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh sejak beberapa tahun lepas. Banyak maklumat tambahan yang telah dikongsikan.

Selain itu, penulis telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini.

Penulis juga telah membuat rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka  dan artikel dalam bidang ini.

Buku Faham Faraidh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, Pemahaman dan Pengiraan.

Dua bidang pengetahuan ini amat penting dalam menguasai ilmu Faraidh.  Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahami kandungan buku ini.

Isi Kandungan Buku Faham Faraid

BAHAGIAN PERTAMAPEMAHAMAN
1. Pengenalan

  • Definisi ilmu Faraidh
  • Peranan ilmu Faraidh
  • Tujuan ilmu Faraidh
  • Sejarah pewarisan harta pusaka
  • Hukum Faraidh
  • Kepentingan mempelajari ilmu Faraidh
  • Sahabat yang mahir ilmu Faraidh
  • Kepentingan dan keistimewaan ilmu Faraidh
  • Sumber hukum Faraidh

2. Rukun-rukun Pusaka

3. Harta Pusaka

4. Perkara wajib ditunaikan terhadap harta pusaka

5. Sebab-sebab Pusaka

6. Syarat-syarat Pusaka

7. Penegahan Pusaka

8. Ahli-ahli waris yang berhak

  • Kategori mengikut jantina
  • Kategori mengikut sebab
  • Peta pokok ahli waris yang berhak
  • Bukan ahli waris yang berhak
  • Ahli waris yang tersembunyi

9. Jenis-jenis Pembahagian Pusaka

  • Pembahagian Secara Fardhu
  • Pembahagian Secara ‘Asobah
  • Bahagian waris lelaki lebih banyak daripada perempuan
  • Turutan pembahagian harta pusaka
  • Kesimpulan

10. Penghalangan Pusaka

  • Definisi
  • Jenis-jenis Halangan Syakhsi
  • Kaedah-kaedah Halangan Sepenuhnya
  • Kategori Halangan Sepenuhnya
  • Perbezaan Penegahan dan Penghalangan

11. Contoh permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian

12. Dzawul Arham

  • Definisi
  • Dalil pewarisan Dzawil Arham
  • Syarat-syarat pewarisan Dzawil Arham
  • Ahli-ahli waris Dzawil Arham
  • Kaedah perwarisan Dzawil Arham
  • Contoh permasalahan dan langkah penyelesaian

BAHAGIAN KEDUAPENGIRAAN
1. Pendahuluan

2. Pecahan

  • Istilah-istilah pecahan

3. Langkah-langkah Pengiraan Pusaka

  • Melakar jadual
  • Asal Masalah
  • Ta’sil
  • Menentukan Saham
  • Mencari baki
  • Menyemak jawapan

4. Contoh-contoh Pengiraan Asas

  • Pengiraan ahli Fardhu sahaja
  • Pengiraan ahli ‘Asobah sahaja
  • Pengiraan ahli ‘Asobah bersama ahli Fardhu
  • Ahli ‘Asobah mendapat baki
  • Ahli ‘Asobah tidak mendapat baki
  • Saudara lelaki pembawa tuah dan pembawa malang
  • Cicit lelaki dan cucu perempuan

5. Pengiraan-pengiraan Tambahan

a. Tashih
i. Definisi
ii. Tashih tidak diperlukan
iii. Cara Tashih masalah

b.  ‘Aul
i. Definisi
ii. Cara mengatasi masalah ‘Aul
iii. Contoh-contoh Masalah ‘Aul
iv. Peristiwa ‘Aul yang pertama

c. Radd
i. Definisi
ii. Syarat-syarat Radd
iii. Kaedah Radd

6. Pengiraan – pengiraan Lanjutan

a. Munasakhat
i. Definisi
ii. Syarat kematian
iii. Munasakhat tidak diperlukan
iv. Langkah pengiraan Munasakhat
v. Satu individu dua ahli waris
vi. Contoh Munasakhat 3 lapis kematian

b. Takharuj 
i. Definisi
ii. Peristiwa Takharuj  yang pertama
iii. Syarat – syarat Takharuj
iv. Tujuan Takharuj
v. Keadaan mengundurkan diri

c. Datuk Bersama Saudara
i. Definisi
ii. Hukum
iii. Faktor Datuk mewarisi bersama Saudara
iv. Cara pembahagian Datuk Shahih
v. Makna Muqosamah
vi. Pengiraan
vii. Bilangan dihitung walaupun dihalang
viii. Saudara perempuan seibu sebapa bersama saudara lelaki sebapa

d. Pengiraan Dzawil Arham

7. Pengecualian daripada kaedah pengiraan biasa

a. Al-Umariyatain
i. Peristiwa pertama kali berlaku
ii. Dalil
iii. Pengiraan
iv. Gelaran

b. Al-Musytarakah
i. Masalah yang berlaku
ii. Cara mengatasi
iii. Kisah Al-Musytarakah yang pertama
iv. Gelaran

c. Al-Akdariah
i. Masalah yang berlaku
ii. Cara mengatasi
iii. Gelaran

8. Andaian dan penjagaan

a. Janin dalam kandungan
b. Anak zina dan anak li’an
c. Khuntsa
d. Orang yang hilang
e. Kematian serentak

Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh

Harga: RM30
Poslaju & Kendalian: RM9
Jumlah: RM39
Cara Order: Whatsapp 013 366 1242
atau klik Saya Nak Order Faham Faraid

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Sumber Rujukan buku Faham Faraidh

1. Al-Quran dan terjemahan
2. Asy-Syeikh Ahmad bin Muhammad, Hasyiyah As-Sowie ‘Ala Tafsir Al-Jalalain
3. Asy-Syeikh Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Tafsir Al-Azhar
4. Asy-Syeikh Imam Muhammad Ismail, Subul As-Salam Syarh Bulugh Al-Maraam
5. Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Terjemahan Kitab Bulugh Al-Maraam
6. Asy-Syeikh Sulaiman bin Muhammad, Al-Bujairimi a’la Al-Khatib
7. Asy-Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, Matla’ Al-Badrain
8. Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Khin, Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Bugho dan Asy-Syeikh Ali Asy-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji (Terjemahan)
9. Asy-Syeikh Al-‘Allamah Al-Baqori, Al-Rahabiyyah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh Bi Syarhi Wa Hasyiah
10. Asy-Syeikh Solih Al-Ja’fari, Al-Jawahir Al-Maknunah Fi Syarhi Al-Maisurah Fi ‘Ilmi Al-Mawarits
11. Asy-Syeikh Solih Ahmad Al-Tsami, Al-Faraidh Fiqhan Wa Hisaban
12. Asy-Syeikh Muhammad Khairi, Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiah Wa Al-Qanun As-Suri
13. Asy-Syeikh Wahid bin Abdul Salam Bali ( Terjemahan oleh Ustaz Mohammad Faiq bin Mohamad Sharin ), Al-Bidayah Fi ‘Ilmi Al-Muwarith Hak dan Milik Harta Warisan
14. Asy-Syeikh ‘Abduh bin Salim Al-Himsi, Al-Faraidh Al-Mubassat ( Terjemahan ) Asy-Syeikh Dr Muhammad Toha, Ahkamu Al-Mawarits
15. Asy-Syeikh ‘Abdul Fattah ‘Abdul Ghani Al-Qadi, Syarah Arjuzah Fi ‘Ilmi Al-Mirath
16. Asy-Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ad-Dimasyqi Al-Misri, Syarah Ar-Rahabiah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh
17. Asy-Syeikh Dr. Muhammad Baltaji, Fi Al-Mirats Wa Al-Wasiyah
18. Asy-Syeikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Al-Mawarits Fi Asy-Syariah  Al-Islamiyah Fi Dhau i  Al-Kitab Wa As-Sunnah
19. Asy-Syeikh Mansyawi Uthman, Al-Wajiz Fi Al-Mirats ‘ala Al-Madzahib Al-Arba’ah
20. Asy-Syeikh Muhammad bin Soleh, Tashil Al-Faraidh
21. Asy-Syeikh Dr. Rafiq Yunus Al-Misri, ‘Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Madkhal Tahlili
22. Asy-Syeikh Solahuddin ‘Athiyah, Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiyah
23. Al-Fadhil Ustaz H.M. Jabal Alamsyah Nasution, Akuntansi Al-Mawarits
24. Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya, Cahaya Mustika
25. Al-Fadhil Ustaz Dr. Nasri Naiimi, Pengurusan Pusaka Islam Di Malaysia Teori dan Pengiraan

Biodata Penulis Buku Faraid

Penulis Hilmi Haniz bin Muhammad berasal dari Negeri Sembilan.

Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh).

Kemudian ustaz ini ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran.

Di Mesir juga ustaz Hilmi berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku pertama  tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh.

Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya.

Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School.

Setelah berhenti mengajar, ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad menubuhkan Akademi Alif iaitu pusat pendidikan Al Quran, Fardhu Ain dan Faraidh di Kota Damansara.

Pernah mengadakan beberapa kali Bengkel Faham Faraidh kepada umum di akademi dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Selangor Bar, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.

Pengalaman Penulis Hilmi Haniz Dalam Pengajaran Ilmu Faraid

1. Kursus Faham Faraidh Masjid Jamek Tangkak, Johor 24 Feb 2016
2. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 17 Apr 2016
3. Seminar Celik Faraidh Hotel Ansar, Kota Bharu 20 Ogos 2016
4. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 16 Okt 2016
5. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 13 Dis 2016
6. Faham Faraidh – Asas Masjid LTSAAS, Subang 31 Dis 2016
7. Seminar Pengurusan Harta Faraidh   Kulim Hi-Tech Park 04 Feb 2017
8. Faham Faraidh – Asas Masjid LTSAAS, Subang 09 Apr 2017
9. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 30 Apr 2017
10. Faham Faraidh – Asas Wasiyyah Shoppe 30 Julai 2017
11. Kenali Faraidh dan Pengurusan H.P. Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh 12 Ogos 2017
12. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 17 Sep 2017
13. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 29 Okt 2017
14. Faham Faraidh – Asas Masjid Kota Damansara 21 Jan 2018
15. Faham Faraidh – Lanjutan Masjid Kota Damansara 28 Jan 2018
16. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 04 Feb 2018
17. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 11 Feb 2018
18. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 01 Apr 2018
19. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 29 Mei 2018
20. Seminar Faraidh Selangor Bar Committee 09 Ogos 2018
21. Celik Faraidh Masjid Puncak Alam 23 Sept 2018
22. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 07 Okt 2018
23. Faham Faraidh – Pertengahan Akademi Alif 14 Okt 2018
24. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 21 Okt 2018
25. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 28 Okt 2018

Cara Dapatkan Buku Faraid Faham Faraidh

Cara Order: Buku Faham Faraid
Harga: RM30
Poslaju & Kendalian: RM9
Jumlah: RM39
Cara Order: Whatsapp 013 366 1242
atau klik Saya Nak Order Faham Faraid

Apa Komen Pembeli Buku Faraid Ini

Klik Sini

Tujuh Dalil Anda Patut Membuat Wasiat

Maksud Faraid – Ramai Orang Tak Peduli Dan Jahil Ilmu Harta Pusaka

Bukan mudah mencari buku rujukan Ilmu Faraidh yang ditulis oleh orang yang mahir bab ini.

Sedang Mencari Sumber Yang Jelas Maksud Faraid?

Anda sedang mencari sumber rujukan buku terbaik mengenai hukum dan maksud faraid yang lengkap dan mudah difahami ?

Ya, tahniah! Anda boleh mendapatkan di sini. Teruskan membaca…

Ramai Yang Tak Tahu Maksud Faraid Yang Jelas Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Anda seorang pelajar, seorang peguam syariah, seorang perancang harta, seorang ustaz, seorang perunding harta, seorang pensyarah, seorang penceramah, seorang peminat ilmu Faraid?

Buku Faham Faraid - maksud faraid yang jelas kepada masyarakat
Faham Faraidh – antara buku rujukan ilmu harta pusaka yang terbaik di pasaran

Banyak pergaduhan pasal harta pusaka disebabkan antaranya ialah kurangnya ilmu faraid – satu ilmu pembahagian harta pusaka berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Maksud faraid pun tak jelas.

Sekiranya setiap ahli keluarga mengetahui hak-hak mereka berdasarkan hukum Faraidh, maka InsyaAllh ia dapat mengurangkan masalah dalam pembahagian harta pusaka.

Buku Faham Faraidh yang senang difahami harus dimiliki oleh setiap rumah.

Buku Faham Faraidh adalah antara buku yang terbaik di pasaran.

Saya telah mengikuti Bengkel Asas Faham Faraidh dan telah memilki buku Faham Faraid. Saya mendapati buku ini sangat bagus dan saya recommend untuk dimiliki.

Teknik penerangan ilmu faraidnya mudah difaham kerana ia disusun secara sistematik dan jelas.

Buku ini dikarang oleh Ustaz Hilmi Haniz Bin Muhammad yang memiliki Akademi Alif.

Saya anggap beliau amat mahir dalam ilmu Faraid kerana ia berdasarkan pengalaman saya dalam perancangan harta lebih 10 tahun.

Keunikan Buku Faham Faraidh – Jelas Maksud Faraid nya

Faham Faraid maksud faraid nya jelas - sebuah buku ilmu faraid yang menyeluruh dan lengkap. Wajib dimiliki oleh setiap keluarg.
Buku Faham Faraid sebuah buku ilmu faraid yang menyeluruh dan lengkap. Wajib dimiliki oleh setiap keluarga kerana ia boleh membantu dalam merancang harta semasa hidup.

Buku ini wajar dimiliki kerana:

  • Buku Faham Faraid isi kandungan disusun dengan maksud faraid yang jelas, mengikut tertib dan berstruktur.
  • Penerangannya ringkas dan menggunakan gaya bahasa yang mudah.
  • Buku ini mengandungi maklumat yang lengkap dan padat.
  • Kaedah pengiraan faraid yang praktikal dan mudah difahami – semakin jelas maksud faraidnya.
  • Faham Faraid adalah hasil pengumpulan banyak maklumat daripada kitab-kitab dan buku-buku berkenaan ilmu Faraidh.
  • Buku dilengkapi dengan banyak contoh, jadual, gambararajah dan kaedah Faraidh. – ini membantu dalam memberi maksud faraid yang jelas.
  • Pengalaman penulis selama lebih lima tahun dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu Faraidh.

Saya pernah hadir kelas ilmu Faraid kendalian Ustaz Hilmi Haniz dan saya mengiktifaf kebolehan beliau dalam ilmu ini termaksud memberi kefahaman yang jelas akan maksud faraid – ini berdasarkan 10 tahun pengalaman saya sebagai perunding harta.

Buku Faham Faraidh

  • Judul Buku : Faham Faraidh
  • Penulis dan Penerbit : Hilmi Haniz bin Muhammad
  • Kategori : Pembahagian harta pusaka Islam
  • Tarikh terbit : 9 Ogos 2019
  • ISBN 978-967-17158-0-2

Spesifikasi buku

  • Saiz A5 (separuh A4)
  • Kemasan Kulit – UV Laminate
  • Jilidan : Perfect binding
  • Warna : Kulit (4 warna) dan Isi (hitam )
  • Tebal : 322 muka surat
  • Berat : 0.38 gram

Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh – Maksud Faraid Jelas

Harga: RM30
Poslaju & Kendalian: RM9
Jumlah: RM39
Cara Order: Whatsapp 013 366 1242
atau klik Saya Nak Order Faham Faraid

Sumber faraid ramai yang keliru. Sebuah buku mengenai ilmu faraid yang sesuai dimiliki oleh keluarga.
Salah sebuah buku rujukan terbaik Ilmu Faraid yang ada di pasaran. Sangat sesuai kepada pencinta Ilmu Faraid

Sinopsis Buku Faham Faraidh

Ilmu Faraidh ialah ilmu yang istimewa dan unik. Tetapi masih kurang umat Islam yang boleh menguasai ilmu ini. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini, yang mungkin berpunca dari kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan, masyarakat sukar untuk memahami maksud faraid dan penguasaan ilmu matematik yang lemah.

Bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku Faham Faraidh ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan teknik pengiraan yang ringkas.

Faham Faraidh dihasilkan setelah penulis/penyususn mengadakan beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh selama beberapa tahun. Terdapat banyak maklumat tambahan yang bermanfaat ingin dikongsikan.

Selain itu penyusun telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini. Penyusun juga telah membuat beberapa rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka  dan artikel dalam bidang ini.

Buku Faham Faraidh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, Pemahaman dan Pengiraan.

Dua bidang pengetahuan ini amat penting dalam memahami dan menguasai ilmu Faraidh.  Maksud faraidnya jelas. Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahami kandungan buku ini.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Isi kandungan Buku Faham Faraidh

BAHAGIAN PERTAMAPEMAHAMAN
1. Pengenalan

  • Definisi ilmu Faraidh
  • Peranan ilmu Faraidh
  • Tujuan ilmu Faraidh
  • Sejarah pewarisan harta pusaka
  • Hukum Faraidh
  • Kepentingan mempelajari ilmu Faraidh
  • Sahabat yang mahir ilmu Faraidh
  • Kepentingan dan keistimewaan ilmu Faraidh
  • Sumber hukum Faraidh

2. Rukun-rukun Pusaka

3. Harta Pusaka

4. Perkara wajib ditunaikan terhadap harta pusaka

5. Sebab-sebab Pusaka

6. Syarat-syarat Pusaka

7. Penegahan Pusaka

8. Ahli-ahli waris yang berhak

  • Kategori mengikut jantina
  • Kategori mengikut sebab
  • Peta pokok ahli waris yang berhak
  • Bukan ahli waris yang berhak
  • Ahli waris yang tersembunyi

9. Jenis-jenis Pembahagian Pusaka

  • Pembahagian Secara Fardhu
  • Pembahagian Secara ‘Asobah
  • Bahagian waris lelaki lebih banyak daripada perempuan
  • Turutan pembahagian harta pusaka
  • Kesimpulan

10. Penghalangan Pusaka

  • Definisi
  • Jenis-jenis Halangan Syakhsi
  • Kaedah-kaedah Halangan Sepenuhnya
  • Kategori Halangan Sepenuhnya
  • Perbezaan Penegahan dan Penghalangan

11. Contoh permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian

12. Dzawul Arham

  • Definisi
  • Dalil pewarisan Dzawil Arham
  • Syarat-syarat pewarisan Dzawil Arham
  • Ahli-ahli waris Dzawil Arham
  • Kaedah perwarisan Dzawil Arham
  • Contoh permasalahan dan langkah penyelesaian

BAHAGIAN KEDUAPENGIRAAN
1. Pendahuluan

2. Pecahan

  • Istilah-istilah pecahan

3. Langkah-langkah Pengiraan Pusaka

  • Melakar jadual
  • Asal Masalah
  • Ta’sil
  • Menentukan Saham
  • Mencari baki
  • Menyemak jawapan

4. Contoh-contoh Pengiraan Asas

  • Pengiraan ahli Fardhu sahaja
  • Pengiraan ahli ‘Asobah sahaja
  • Pengiraan ahli ‘Asobah bersama ahli Fardhu
  • Ahli ‘Asobah mendapat baki
  • Ahli ‘Asobah tidak mendapat baki
  • Saudara lelaki pembawa tuah dan pembawa malang
  • Cicit lelaki dan cucu perempuan

5. Pengiraan-pengiraan Tambahan

a. Tashih
i. Definisi
ii. Tashih tidak diperlukan
iii. Cara Tashih masalah

b.  ‘Aul
i. Definisi
ii. Cara mengatasi masalah ‘Aul
iii. Contoh-contoh Masalah ‘Aul
iv. Peristiwa ‘Aul yang pertama

c. Radd
i. Definisi
ii. Syarat-syarat Radd
iii. Kaedah Radd

6. Pengiraan – pengiraan Lanjutan

a. Munasakhat
i. Definisi
ii. Syarat kematian
iii. Munasakhat tidak diperlukan
iv. Langkah pengiraan Munasakhat
v. Satu individu dua ahli waris
vi. Contoh Munasakhat 3 lapis kematian

b. Takharuj 
i. Definisi
ii. Peristiwa Takharuj  yang pertama
iii. Syarat – syarat Takharuj
iv. Tujuan Takharuj
v. Keadaan mengundurkan diri

c. Datuk Bersama Saudara
i. Definisi
ii. Hukum
iii. Faktor Datuk mewarisi bersama Saudara
iv. Cara pembahagian Datuk Shahih
v. Makna Muqosamah
vi. Pengiraan
vii. Bilangan dihitung walaupun dihalang
viii. Saudara perempuan seibu sebapa bersama saudara lelaki sebapa

d. Pengiraan Dzawil Arham

7. Pengecualian daripada kaedah pengiraan biasa

a. Al-Umariyatain
i. Peristiwa pertama kali berlaku
ii. Dalil
iii. Pengiraan
iv. Gelaran

b. Al-Musytarakah
i. Masalah yang berlaku
ii. Cara mengatasi
iii. Kisah Al-Musytarakah yang pertama
iv. Gelaran

c. Al-Akdariah
i. Masalah yang berlaku
ii. Cara mengatasi
iii. Gelaran

8. Andaian dan penjagaan

a. Janin dalam kandungan
b. Anak zina dan anak li’an
c. Khuntsa
d. Orang yang hilang
e. Kematian serentak

Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh

Harga: RM30
Poslaju & Kendalian: RM9
Jumlah: RM39
Cara Order: Whatsapp 013 366 1242
atau klik Saya Nak Order Faham Faraid

Sumber Rujukan buku Faham Faraidh

1. Al-Quran dan terjemahan
2. Asy-Syeikh Ahmad bin Muhammad, Hasyiyah As-Sowie ‘Ala Tafsir Al-Jalalain
3. Asy-Syeikh Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Tafsir Al-Azhar
4. Asy-Syeikh Imam Muhammad Ismail, Subul As-Salam Syarh Bulugh Al-Maraam
5. Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Terjemahan Kitab Bulugh Al-Maraam
6. Asy-Syeikh Sulaiman bin Muhammad, Al-Bujairimi a’la Al-Khatib
7. Asy-Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, Matla’ Al-Badrain
8. Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Khin, Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Bugho dan Asy-Syeikh Ali Asy-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji (Terjemahan)
9. Asy-Syeikh Al-‘Allamah Al-Baqori, Al-Rahabiyyah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh Bi Syarhi Wa Hasyiah
10. Asy-Syeikh Solih Al-Ja’fari, Al-Jawahir Al-Maknunah Fi Syarhi Al-Maisurah Fi ‘Ilmi Al-Mawarits
11. Asy-Syeikh Solih Ahmad Al-Tsami, Al-Faraidh Fiqhan Wa Hisaban
12. Asy-Syeikh Muhammad Khairi, Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiah Wa Al-Qanun As-Suri
13. Asy-Syeikh Wahid bin Abdul Salam Bali ( Terjemahan oleh Ustaz Mohammad Faiq bin Mohamad Sharin ), Al-Bidayah Fi ‘Ilmi Al-Muwarith Hak dan Milik Harta Warisan
14. Asy-Syeikh ‘Abduh bin Salim Al-Himsi, Al-Faraidh Al-Mubassat ( Terjemahan ) Asy-Syeikh Dr Muhammad Toha, Ahkamu Al-Mawarits
15. Asy-Syeikh ‘Abdul Fattah ‘Abdul Ghani Al-Qadi, Syarah Arjuzah Fi ‘Ilmi Al-Mirath
16. Asy-Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ad-Dimasyqi Al-Misri, Syarah Ar-Rahabiah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh
17. Asy-Syeikh Dr. Muhammad Baltaji, Fi Al-Mirats Wa Al-Wasiyah
18. Asy-Syeikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Al-Mawarits Fi Asy-Syariah  Al-Islamiyah Fi Dhau i  Al-Kitab Wa As-Sunnah
19. Asy-Syeikh Mansyawi Uthman, Al-Wajiz Fi Al-Mirats ‘ala Al-Madzahib Al-Arba’ah
20. Asy-Syeikh Muhammad bin Soleh, Tashil Al-Faraidh
21. Asy-Syeikh Dr. Rafiq Yunus Al-Misri, ‘Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Madkhal Tahlili
22. Asy-Syeikh Solahuddin ‘Athiyah, Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiyah
23. Al-Fadhil Ustaz H.M. Jabal Alamsyah Nasution, Akuntansi Al-Mawarits
24. Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya, Cahaya Mustika
25. Al-Fadhil Ustaz Dr. Nasri Naiimi, Pengurusan Pusaka Islam Di Malaysia Teori dan Pengiraan

Biodata Penulis Buku Faham Faraidh

Penulis Hilmi Haniz bin Muhammad berasal dari Negeri Sembilan. Anak sulong daripada 7 orang adik beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Menetap di Shah Alam, Selangor.

Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh).

Kemudian beliau ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran. Di Mesir juga ustaz Hilmi berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku pertama  tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh.

Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya.

Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School.

Setelah berhenti, ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad menubuhkan Akademi Alif iaitu pusat pendidikan Al Quran, Fardhu Ain dan Faraidh di Kota Damansara.

Pernah mengadakan beberapa Bengkel Faham Faraidh kepada umum di akademi dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Selangor Bar, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.

Pengalaman Penulis Hilmi Haniz Muhammad

1. Kursus Faham Faraidh Masjid Jamek Tangkak, Johor 24 Feb 2016
2. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 17 Apr 2016
3. Seminar Celik Faraidh Hotel Ansar, Kota Bharu 20 Ogos 2016
4. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 16 Okt 2016
5. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 13 Dis 2016
6. Faham Faraidh – Asas Masjid LTSAAS, Subang 31 Dis 2016
7. Seminar Pengurusan Harta Faraidh   Kulim Hi-Tech Park 04 Feb 2017
8. Faham Faraidh – Asas Masjid LTSAAS, Subang 09 Apr 2017
9. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 30 Apr 2017
10. Faham Faraidh – Asas Wasiyyah Shoppe 30 Julai 2017
11. Kenali Faraidh dan Pengurusan H.P. Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh 12 Ogos 2017
12. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 17 Sep 2017
13. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 29 Okt 2017
14. Faham Faraidh – Asas Masjid Kota Damansara 21 Jan 2018
15. Faham Faraidh – Lanjutan Masjid Kota Damansara 28 Jan 2018
16. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 04 Feb 2018
17. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 11 Feb 2018
18. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 01 Apr 2018
19. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 29 Mei 2018
20. Seminar Faraidh Selangor Bar Committee 09 Ogos 2018
21. Celik Faraidh Masjid Puncak Alam 23 Sept 2018
22. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 07 Okt 2018
23. Faham Faraidh – Pertengahan Akademi Alif 14 Okt 2018
24. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 21 Okt 2018
25. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 28 Okt 2018

Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh

Cara Order: Buku Faham Faraid
Harga: RM30
Poslaju & Kendalian: RM9
Jumlah: RM39
Cara Order: Whatsapp 013 366 1242
atau klik Saya Nak Order Faham Faraid

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Tujuh Dalil Anda Patut Membuat Wasiat

Penama KWSP Hanyalah Sebagai Pemegang Amanah Simpanan Si Mati

Mengapa KWSP tidak menyalurkan terus simpanan si mati kepada waris?

Ramai tak tahu penama KWSP hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama bukannya pemilik wang caruman KWSP.

Kita pernah dengan cerita ibu yang menerima wang simpanan KWSP anaknya yang meninggal dunia dan tidak membahagikan kepada waris yang berhak lain seperti isteri dan anak-anak si mati.

Ada juga isteri yang menerima wang simpanan KWSP arwah suami tetapi tidak membahagikan kepada waris si mati iaitu ibu dan bapa.

Penama KWSP ialah pemegang amanah si mati. Simpanan KWSP ialah harta pusaka.

Penama KWSP Hanya Pemegang Amanah Bukan Pewaris

Yang lebih bermasalah ialah pencarum KWSP tidak membuat penama dan ini lagi menyusahkan waris-waris menuntut simpanan si mati.

Sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 % yang membuat penamaan akaun KWSP. Ini menunjukkan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membubuh penama dalam mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka si mati itu.

Ada yang berpendapat, apabila penyimpan KWSP meninggal, maka wangnya secara automatik akan diagihkan kepada waris terdekat seperti ibu bapa atau isteri. Tetapi, ia tidak benar.

Apabila sesorang meninggal semua hartanya termasuk simpanan KWSP akan terbeku.

Waris tidak boleh mengeluarkan simpanan si mati tanpa Surat Kuasa dan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Lantaran itu pencairan wang KWSP akan menyusahkan waris kerana ia akan mengambil masa untuk menuntutnya.

Pencarum Hendaklah Melantik Penama KWSP

Penama simpanan KWSP hanya sebagai pemegang amanah atau pentadbir simpanan si mati dan hendaklah dibahagi kepada waris ikut hukum Faraid.
Penama KWSP ialah pentadbir harta bukannya pemilik wang simpanan si mati

Mereka yang menyimpan dengan KWSP hendaklah melantik penama. Penama ialah pemegang amanah atau pentadbir harta.

Apabila penyimpan meninggal, KWSP akan menyalurkan simpanan si mati kepada penama. Cara ini akan mempercepatkan proses pembahagian simpanan si mati kepada waris faraid yang biasanya ibu, bapa, isteri dan anak-anak si mati.

Maka tanggungjawap penama menyalurkan simpanan kepada waris-waris termasuk diri penama sendiri jika ia waris yang berhak.

Waris faraid harta pusaka si mati amat jelas, iaitu ibu dan ayah si mati di mana masing akan menerima 1/6, isteri 1/8; dan baki diagihkan kepada anak lelaki dan perempuan dengan nisbah 2:1.

Harta pusaka itu diagihkan kepada waris setelah ditolak hutang dan tanggungan si mati seperti upah mengerjakan haji (jika belum), kad kredit dan cukai pendapatan tertunggak.

Pencarum Letaklah Penama KWSP Yang Sepatutnya

Pencarum boleh meletakkan sesiapa sebagai penama. Bagaimanapun, apabila meletakkan penama biarlah mereka yang dipercayai. Apabila sudah berkahwin, pencarum KWSP boleh menukar penama atau menambah penama jika mahu.

Simpanan KWSP Tertakluk Kepada Hukum Faraid

Simpanan KWSP akan menjadi harta pusaka apabila pencarum meninggal.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-49 pada 19 September 2000 memutuskan, jika penyimpan meninggal, wang KWSP ialah pusaka mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Fatwa itu turut memutuskan penama KWSP ialah wasi atau pentadbir harta dan bertanggungjawap membahagikan harta kepada waris faraid.

Misalnya jika ibu diletakkan sebagai penama, dia perlu memegang amanah untuk membahagikan simpanan KWSP itu mengikut pembahagian hukum faraid.

Janganlah Kita Memakan Harta Yang Haram

Janganlah penama memakan wang haram milik si mati. Duit KWSP mesti dibahagi ikut faraid.
Wang simpanan KWSP ialah harta pusaka dan penama hendaklah membahagi kepada waris mengikut hukum Faraid

“Wahai orang-orang beriman, jangnlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesamu kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya kecuali…”

Al-Quran, Surah An-Nissa (4:29)

Jadi hukumnya berdosa kepada orang yang mengambil harta milik individu lain seperti hak anak (anak yatim)dan isteri si mati tanpa membahagikan secara Faraid. Ini jelas disebut dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka. Dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”

Al-Quran, Surah An-Nissa (4:10)

Simpanan KWSP Bukanlah Harta Sepencarian

Apabila isteri sebagai penama, janganlah ia pula membolot simpanan KWSP arwah suaminya kerana beranggapan ia harta sepencarian. Wang tersebut ialah harta pusaka berdasarkan kepada Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 pada 22 Feb 2005 telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan ia sebagai harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Kuiz Rancang Harta

A atau B?

Penama KWSP orang Islam

Anda Mahu Membuat Wasiat dan Perjanjian Harta Sepencarian?

Jika anda mahu membuat wasiat dan Perjanjian Harta Sepencarian, sila hubungi saya:

Abd Rahaman A Rasid
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd


Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com