Bayar Zakat Online – Ada Sedikit Kerugian Pembayar Zakat Tak Tahu

Bagi yang sibuk dan takut terlupa, bayar zakat online adalah pilihan terbaik

Bayar zakat online amat mudah, tetapi ada juga kekurangannya. Dengar kesah ini…

Tersentuh hati nak menulis apa yang aku dengar dari uztaz yang memberi ceramah di Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Moga-moga tulisan ini memberi manfaat kepada pembaca.

Banyak orang membayar zakar secara online pada masa ini bagi jimatkan masa.

Zaman yang sibuk ini ramai yang membayar zakar secara online seperti melalui Maybank2U, CIMB Click dan sebagainya. Selain dari perbankan internet, zakat online juga boleh dilakukan secara potongan gaji dan kad kredit Islamik.

Jika tidak sibuk, kata uztaz eloklah bayar sendiri zakat pada amil yang dilantik atau di pusat pungutan zakat, PPZ.

Takda isu halal haram membayar zakat secara online. Ini kerana syarat sah zakat hanyalah niat mengeluarkan zakat dan menyerahkan zakat kepada orang yang berhak menerima atau melalui wakilnya yang dipanggil amil.

Ruginya Bayar Zakat Online

Sekarang anda boleh bayar zakar secara online tanpa perlu pergi dan bawa wang zakat ke amil-amil
Anda sibuk? Zakar boleh dibayar secara online melalui portal bank-bank dan sebagainya.

Ceramah kali ini uztaz ada menyentuh bab zakat memandangkan setiap bulan Disember memang ramai orang membayar zakat sempena cukup setahun perniagaan.

Ustaz itu seorang pegawai dari PPZ Selangor kerap memberi ceramah bulanannya di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak.

Tapi aku tertarik mengenai kekurangan bayar zakat secara online di mana pembayar zakat tidak dapat menyerahkan secara fizikal kepada amil dan kita terlepas mendengar doa dari amil.

Dalil doa kepada pembayar zakat oleh amil jelas disebut dalam Al-Quran, berbunyi:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan mendoalah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

At-Taubah, 9:103

Mengikut Uztaz itu, ‘doakan mereka’ bermaksud amil yang mendoakan pembayar zakat semasa membayar zakat.

Aiskrim ialah bisnes yang lumayan tapi ramai tak tahu potensinya.
Buat aiskrim pun boleh buat duit

Apa Kata Kitab Tafsir Ibnu Katsir?

Saya juga merujuk kepada Kitab Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 4) mengenai ungkapan “dan mendoalah untuk mereka” dalam Ayat 103 di atas.

Mengikut Kitab Ibnu Katsir, maksud ayat tersebut ialah, doakanlah dan mohonkanlah ampunan bagi mereka.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, dari ‘Abdullah bin Abi Aufa, ia menceritakan:

“Jika Rasullullah s.a.w menerima zakat dari suatu kaum, maka beliau mendoakan mereka. Kemudian ayahku menyerahkan zakatnya kepada beliau, maka beliau s.a.w pun berdoa: ‘Ya, Allah, limpahkan rahmat kepada keluarga Abi Aufa.'” (HR.Muslim)

Dalam hadis lain disebutkan, bahawa ada seorang wanita yang mengatakan: “Ya Rasulullah, ini zakatku dan zakat suamiku.” Maka beliau s.a.w bertutur: “Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu dan kepada suamimu.”

Semoga tulisan saya yang ringkas ini dapat juga memberi menfaat kepada pembaca semua.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

[mc4wp_form id=”5278″]

Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan Kena Penjara

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: