Pembahagian Harta Pusaka Serahkan Kepada Takdir Allah

Jika kita merancang harta dengan baik semasa hidup tentulah masalah harta pusaka dapat dihindarkan
keluarga bahagia

Jika semasa hidup kita tidak merancang pembahagian harta pusaka bermakna kita menyerahkan kepada takdir Allah yang menentukannya.

Tidak ada salahnya, tetapi jangan salahkan Tuhan dan jangan salahkan hukum Faraid pula apabila sesuatu yang mengecewakan berlaku.

Kita ada terbaca dalam akhbar ada berpuluh bilion harta pusaka orang Islam terbeku dan gagal diusahakan. Ia satu kerugian kepada negara dan umat Islam. Tetapi ia tidak menyentuh hati kita kerana itu bukan masalah kita, itu masalah negara. Pandai-pandailah pemimpin negara menyelesaikannya.

Kita akan tersentuh apabila ia terkena pada diri sendiri. Ada harta ibu bapa kita yang terbiar dan tidak dibahagikan kepada waris-waris.

Jika ada sekeping tanah yang bernilai berjuta ringgit terbiar di tepi jalan dan tidak diusahakan – tentu ia satu kerugian kepada kaum keluarga. Paling kurang kalau dijual tentu hasil jualan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi keluarga.

Tetapi, tanah itu tidak dapat diusahakan kerana ia masih atas nama si mati. Ada ahli keluarga yang tidak tersentuh hati kerana bukan beliau yang mendapatkan harta itu, tetapi bapa atau ibunya. Jadi kalau kita fikir, apalah gunanya ibu bapa atau menyimpan harta itu?

Yang malang, dosa kering dikumpulkan oleh waris kerana berebut harta pusaka. Barang-barang kemas diagih-agihkan kepada adik beradik perempuan tanpa berbincang dengan adik beradik lelaki sedangkan mereka berhak ke atas harta itu. Mereka lupa atau tidak tahu hak waris-waris terhadap harta pusaka ibu bapa.

Apabila suami meninggal, hasil pendapatan sewa rumah arwah suami diambil oleh ibu bapa mereka atau adik beradiknya. Sedangkan, bekas isteri dan anak-anak kecil masih ada. Hak anak-anak yatim ini tidak dipedulikan.

Mereka tahu haram memakan harta anak yatim. Banyak surah dalam Al-Quran akan dosa memakan harta anak yatim.

Mengapa keadaan ini terus berlaku? Siapa nak dipersalahkan? Kalau begitu, tak payahlah ibu bapa mengumpul harta semasa hidup, jika mati membawa dosa kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. Tapi itu jawapan tidak bijak kan?

Penting Ke Merancang Pembahagian Harta Pusaka?

Jika diperhatikan isu kelewatan menguruskan harta pusaka, perbalahan keluarga, mengambil harta si mati tanpa mengikut proses faraid – ia adalah kesan dari si mati gagal merancang pembahagian harta semasa hidup.

Pepatah orang putih ‘if you fail to plan, you are planning to fail‘ ada benarnya dalam konsep harta pusaka.

Satu daripada bentuk perancangan pembahagian harta pusaka ialah membuat wasiat.

Apabila kita membuat wasiat dengan syarikat amanah, perkara pertama wasiat seseorang ialah melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka dan pemegang amanah.

Apabila meninggalnya seorang pewasiat, syarikat amanah akan memanggil semua waris dan membacakan wasiat si mati.

Matlamat dan Tujuan Membuat Wasiat

Sebab Buat Wasiat

Pertanyaan Mengenai Artikel Ini Produk Perancangan Harta

Sekiranya tuan ingin membuat pertanyaan di atas, sila join dan tanya daripada group Telegram saya Abd Rahaman Rasid

Atau pertanyaan ajukan kepada penulis 013 366 1242

Ebook Percuma Ketahuilah Formula Faraid

Dapatkan ebook percuma di atas dari pinned post Kelab Harta Pusaka dan Hibah

kadar pembahagian harta pusaka ikut faraid.

Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Buat Wasiat Boleh Cegah Permusuhan Keluarga Kerana Berebut Harta Pusaka

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Hibah Perniagaan – Cara Bisnes Diwariskan Kepada Waris Tanpa Ikut Faraid

Mengapa hibah tidak tertakluk kepada hukum faraid apabila pemilik meninggal secara tiba-tiba?

Adakah Ali Telah Membuat Hibah Perniagaan Kepada Anaknya?

Adakah Encik Ali yang sedang menjalankan bisnes dan bercadang mahu mewariskan perniagaannya kepada waris iaitu anaknya dengan memiliki hibah perniagaan?

KIta akan saksikan samada En. Ali berpandangan jauh mengenai perniagaannya, mahu mengembangkan perniagaan, dan menyayangi warisnya…

Sebagai permulaan, elok kita tengok apa akan terjadi jika En. Ali tidak membuat hibah.

Hibah ibrat sediakan payung sebelum hujan bagi penerusan perniagaan.
Hibah – ibarat sediakan payung sebelum hujan

Apa Terjadi Kepada Bisnes Ali Apabila Beliau Meninggal Tanpa Membuat Hibah?

Perniagaan En. Ali mungkin terbubar dengan kematian pemiliknya.

Antara sebabnya ialah tidak ada persefahaman keluarga mahu meneruskan perniagaan, akaun simpanan semasa perniagaan terbeku, ahli keluarga mahu tunai dan aset perniagaan diagihkan kepada waris berdasarkan faraid.

Harta perniagaan En. Ali akan menjadi harta pusaka. Pemilikan harta En. Ali secara akan berpindah kepada waris-waris kerana ia harta pusaka.

Lesen perniagaan En. Ali mungkin terbatal. Kontrek perniagaan mungkin ditamatkan kerana ketiadaan rakan kongsi

Jom tengok apa pilihan yang ada pada En. Ali.

Hibah Untuk Kesinambungan Bisnes

En. Ali ada beberapa pilihan agar perniagaannya diwarisi oleh kaum keluarganya. Satu daripada caranya ialah membuat hibah amanah perniagaan.

Hibah amanah perniagaan dibuat untuk pastikan bisnes En. Ali terus diwarisi oleh kaum keluarga selepas beliau meninggal. Tentu keluarga En. Ali merasa bangga dan beruntung terhadap keputusan yang dibuat oleh ketua keluarga itu.

Keputusan En. Ali menghibahkan perniagaan kepada pewaris perniagaan dapat mengelakkan perebutan perniagaan dan perpecahan tali ikatan kekeluargaan yang tidak ada masalah selama ini.

Dalam hibah, proses pemindahan perniagaan telah dilakukan semasa En. Ali hidup dengan syarikat amanah sebagai pemegang amanah bagi memastikan proses perpindahan aset dan liabiliti berjalan lancar.

Apabila En. Ali meninggal waris beliau yang dinamakan sebagai benefisiari akan meneruskan bisnes tanpa gangguan waris lain.

Konsep Asas Hibah Dalam Perniagaan

Hibah perniagaan ialah cara memindahkan perniagaan seseorang usahawan kepada waris yang ditetapkan.
Hibah ialah cara meminndahkan perniagaan seseorang usahawan kepada waris yang ditetapkan

Konsep hibah perniagaan berbeza antara perniagaan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (limited liability partnership, LLP) dan syarikat sendirian berhad.

Ini kerana ada entiti yang melibatkan hibah aset dan ada yang melibatkan hibah hak milik (shareholding).

Di sini diterangkan konsep asas hibah perniagaan sahaja. Kita gunakan perniagaan En. Ali tadi.

Semasa hidup En. Ali tentukan siapa ahli keluarga beliau yang akan mewarisi perniagaannya.

Katakan, En. Ali mahu mewariskan kepada Ahmad, anak sulungnya.

Apabila En. Ali membuat hibah – bermakna semasa hidup beliau mengistiharkan hasrat beliau untuk menyerahkan perniagaannya kepada Ahmad.

En. Ali ialah pemberi hibah dan anaknya penerima hibah atau benefisiari.

En. Ali masih sehat dan meneruskan perniagaan atas kapasiti pemegang amanah bagi pihak benefisiari Ahmad.

Dalam masa yang sama En. Ali melantik syarikat amanah sebagai pemegang amanah ganti.

Apabila En. Ali meninggal, maka syarikat amanah akan mengambil tanggungjawap En Ali sebagai pemegang amanah.

Pemegang amanah ganti maka dengan kuasa yang diberikan oleh En. Ali, akan memindahkan hak milik perniagaan itu kepada benefisiari, iaitu anak En. Ali.

Kini anak anda pemilik sah perniagaan yang anda warisi.

Jika anaknya meninggal dahulu daripada bapanya, maka perniagaan itu kembali kepada bapanya. Mungkin bapanya akan melantik benefisiari baru.

Hibah perniagaan ialah antara alternatif terbaik pindahkan perniagaan kepada waris tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka
Hibah ialah antara alternatif terbaik pindahkan aset bisnes kepada waris tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka

Ada Beberapa Kelebihan Hibah Perniagaan

  • Hibah amanah perniagaan mudah dibuat. Penyedia kemudahan ini (syarikat amanah) memerlukan sijil pendaftaran perniagaan atau dokumen mengenai hak milik pegangan saham syarikat dan butiran akaun semasa perniagaan.
  • Perniagaan harian tidak terganggu walaupun dengan kematian pemilik. Ini kerana syarikat amanah selaku pemegang amanah ganti akan memindahkan hak milik perniagaan kepada penerima hibah.
  • Perpindahan perniagaan kepada benefisiari tidak terganggu dengan proses pembahagian harta pusaka yang lain milik si mati. Ini kerana hibah dibuat semasa hidup, jadi ia bukan harta pusaka si mati.
  • Pembahagian dividen dan bonos yang telah distiharkan oleh syarikat tidak terbeku dengan kematian pemilik kerana ia bukannya harta pusaka.
  • Kontrek dan perolehan tender perniagaan tidak terganggu dengan kematian pemilik kerana perniagaan telah pun dihibahkan kepada benefisiari.
  • Hibah dapat mengelakkan perebutan hak milik perniagaan apabila pemilik meninggal dunia. Ini kerana dengan hibah, harta perniagaan ini tidak diketegorikan sebagai harta pusaka.

Anda Mahu Membuat Hibah Untuk Perniagaan?

Anda mempunyai perniagaan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (LLP), syarikat sendirian berhad dan syarikat berhad? Anda mahukan pelan pewarisan perniagaan yang disediakan oleh syarikat profesional?

Jika anda sayangkan perniagaan yang telah dibina bertahun dan mahukan ia terus berkembang semasa ketiadaan anda, sila hubungi saya, Abd Rahaman Rasid (Perunding as-Salihin Trustee Bhd) ditalian 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com untuk perbincangan.

Rujukan…Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah

Bagaimana Menyediakan Hibah Yang Berkesan?

Enam Kebaikan Membuat Hibah Perniagaan Usahawan Patut Tahu

Hibah Wasiat Faraid Harta Pusaka

Bahagi Harta Kepada Anak Angkat – Ibu Bapa Angkat Ada Lima Pilihan

Pilihan hari ini akan menentukan masa depan anak angkat…

Ramai ibu bapa yang memiliki anak angkat tapi tak ada idea apakah pilihan terbaik cara nak bahagi harta kepada anak angkat. Nak bagi sekarang ke, nak buat wasiat ke atau nak buat hibah.

Di sini saya tunjukkan ada lima pilihan nak bahagi harta kepada anak angkat. Artikel ini dapat membantu ibu bapa membuat keputusan terbaik

Pilihan pemberian harta kepada anak angkat ibu bapa wajib tahu!
Ada lima pilihan nak bahagi harta kepada anak angkat

1. Bahagi Harta Terus Kepada Anak Angkat

Semasa hidup lagi ibu bapa membahagi harta kepada anak angkat. Ia juga dipanggil hibah mutlak.

Ibu bapa boleh pergi ke pejabat tanah dan memindahkan nama mereka kepada anak angkat.

Atau, pergi ke pejabat ASN atau bank memindahkan pelaburan dan simpanan kepada anak angkat mereka.

2. Buat Hibah Untuk Anak Angkat

Ibu bapa boleh memberikan harta kepada anak angkat dengan cara hibah. Hibah ini dipanggil hibah amanah.

Hibah dalam konteks artikel ini ialah satu dokumen perundangan yang menyatakan ibu bapa bersetuju memberi satu harta, contohnya rumah, kepada anak angkat apabila ibu bapa meninggal dunia.

Oleh kerana hibah ialah pemberian semasa hidup, maka ia tidak dikelaskan sebagai harta pusaka, jadi ia tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Oleh itu, waris-waris tidak boleh menghalang hibah ini kepada anak angkat.

Hibah ini ada fleksibilitinya. Sekiranya, anak angkat meninggal dahulu daripada ibu bapa angkatnya, maka harta itu boleh berpindah balik kepada ibu bapa angkatnya.

Tanpa klausa ini, harta yang dihibahkan itu akan menjadi harta pusaka anak angkat. Maka waris kepada anak angkat iaitu ibu bapa kandungnya berhak ke atas harta pusaka ini.

Hibah boleh juga dibatalkan dengan persetujuan ibu bapa dengan anak angkat itu, jika klausa ini dimasukkan ke dalam dokumen hibah.

3. Memberi Harta Kepada Anak Angkat Melalui Amanah Hayat (Living Trust)

cara memberi harta kepada anak angkat melalui amanah hayat
Syarikat amanah yang menguruskan pembahagian harta ibu bapa kepada anak angkatnya melalui surat ikatan amanah

Ibu bapa boleh membahagikan harta kepada anak angkat melalui Amanah Hayat. Bukan sahaja harta malah hasil-hasil yang diperolehi dari harta itu seperti sewaan dan keuntungan pelaburan pun boleh diberikan kepada anak angkat.

Konsep Amanah Hayat ialah bagaimana seseorang atau ibu bapa itu mengurus dan memindahkan harta dari satu generasi ke satu generasi dengan licin tanpa gangguan sebarang kematian pemilik harta atau waris-warisnya. Atau, Amanah Hayat ini dapat meminimumkan risiko perebutan harta pusaka ibu bapa.

Amanah Hayat biasanya melibatkan syarikat amanah selaku pemegang amanah kepada pemilik harta itu.

Dalam Amanah Hayat pemilik harta akan memindahkan secara legal sejumlah harta ibu bapa kepada syarikat amanah.

Dengan surat ikatan amanah (trust deed) antara ibu bapa dan syarikat amanah, ibu bapa menyatakan dengan jelas apa yang mereka mahu syarikat amanah itu lakukan.

Dalam konteks ini, melalui surat ikatan amanah, ibu bapa yang membuat Amanah Hayat boleh memindahkan sejumlah harta kepada anak angkatnya pada satu masa atau memberikan sebarang faedah kewangan daripada harta dan pelaburan.

4. Buat Wasiat Bahagi Harta Kepada Anak Angkat

wasiat bahagi harta untuk anak angkat
Dengan wasiat ibu bapa boleh membahagi 1/3 harta kepada anak angkat

Membuat wasiat ialah pilihan paling mudah nak bahagi harta kepada anak angkat.

Dengan berwasiat, hukum Islam membenarkan harta pusaka diberikan kepada bukan waris maksimum 1/3 daripada baki harta. Baki harta bermaksud ia harta setelah ditolak hutang-hutang si mati semasa hidup.

Oleh kerana anak angkat bukan waris, dengan wasiat ia berhak mendapat harta pusaka maksimum 1/3 yang tidak boleh ditentang oleh waris. Jika wasiat pembahagian harta melebih 1/3 ia memerlukan persetujuan semua waris.

1. Serahkan Kepada Takdir Bahagi Harta Kepada Anak Angkat

Ibu bapa angkat tidak membuat perancangan semasa hidup mengenai perancangan pembahagian harta kepada anak angkatnya – serahkan kepada takdir dan biarkan keadaan yang menentukan.

Apabila ibu bapa angkat meninggal, terpulanglah kepada waris nak bahagi harta atau tidak kepada adik angkatnya itu.

Apakah Pilihan Terbaik Ibu Bapa Untuk Anak Angkat?

Pilihan ibu bapa ialah bergantung kepada kehendaknya sendiri terhadap masa depan anak angkatnya. Ini kerana setiap pilihan di atas ada kekuatan dan kelemahannya setelah mengambil kira faktor waris yang ada dan jumlah aset yang ibu bapa ada.

Sekiranya ibu bapa atau anak angkat memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi saya:

Abd Rahaman Rasid
as-Salihin Trustee Berhad
Tel/wasap: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Mengapa Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perancangan harta Islam, pemegangan amanah dan pentadbir harta pelanggan.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.
  • Ia dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Video Penerangan Sebab Orang Buat Wasiat

Sebab Orang Buat Wasiat

Pautan berkaitan:

Cara Buat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat

Hak Anak Angkat Terhadap Harta Pusaka Melalui Wasiat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com