Perancang Harta as-Salihin Trustee Bhd

Abd Rahaman Rasid ialah perunding harta pusaka as-Salihin Trustee Bhd.
Perancang Harta as-Salihin Trustee Bhd

Sila hubungi perancang harta bila tuan memerlukan perkhidmatan mengenai harta pusaka, hibah, wasiat, harta sepencarian dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Bhd.

Mengapa Perlu Merancang?

Adakah anda tahu merancang selari dengan kehendak Islam?

Ada terbaca kesah Nabi Yusuf mentaksir mimpi Raja Mesir? Dan bagaimana Nabi Yusof membantu Raja Mesir merancang ekonominya?

Mimpi Raja Mesir ialah mengenai tujuh ekor lembu kurus memakan tujuh ekor lembu gemuk, dan tujuh tangkai padi kering dengan tujuh tangkai padi basah.

Dalam tafsiran mimpi Nabi Yusuf, Mesir akan ditimpa kemarau selama tujuh tahun. Tetapi, sebelum kemarau tujuh tahun, Mesir akan mengalami tujuh tahun musim subur.

Jadi musim subur tujuh tahun tak lama lagi, rakyat Mesir hendaklah berjimat-jimat dengan tanaman padi.

Semasa tujuh tahun subur ini hendaklah merancang bagi menyimpan hasil tanaman padi kerana ia akan digunakan semasa musim kemarau.

Selepas tujuh tahun kemarau, akan datang balik musim Subur di Mesir.

Wasiat, Hibah, Perjanjian Harta Sepencarian Ialah Kaedah Orang Islam Merancang Pengagihan Hartanya Semasa Hidup

Wasiat – satu dokumen yang merancang siapa yang akan menguruskan harta pusakanya jika ia meninggal tanpa sempat membahagikan harta semasa hidup. Biasanya, pewasiat akan melantik syarikat amanah sebagai badan yang tidak ada kepentingan dalam harta pusaka.

Wasiat – satu dokumen bagi membolehkan sebahagian harta disedekah atau diwakafkan ke pihak luar bagi membolehkan ganjaran kebaikan terus mengalir selepas kematiannya.

Hibah – satu dokumen perancangan bagi membolehkan pemberi hibah mengistiharkan harta dibahagikan kepada seseorang semasa hidupnya bagi mengatasi masalah kelewatan pembahagian harta pusaka dan perebutan di kalangan waris.

Perjanjian Harta Sepencarian – satu kaedah pembahagian harta sepencarian kepada isteri mengikut jumlah yang suami mahu. Perancangan ini dapat mengelakkan proses tuntutan harta sepencarian samada kematian suami, penceraian dan bermadu.

Ia secara tak langsung bagaimana suami merancang masa depan isteri dan anak-anak dalam konteks sara hidup dan tempat tinggal.

Hubungi Perancang Harta

Jangan lupa menghubungi saya selaku perancang harta as-Salihin Trustee Bhd dengan cara mengisikan ruangan email diatas.


Membuat Wasiat – Tujuh Kebaikan Anda Patut Tahu

Rahsia Isteri Mendapatkan Harta Sepencarian Tanpa Turun Naik Mahkamah