Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Mengapa hibah tidak tertakluk kepada hukum faraid apabila pemilik meninggal secara tiba-tiba?

Advertisements

Adakah En. Ali Telah Membuat Hibah Amanah Perniagaan Kepada Anaknya?

Adakah Encik Ali yang sedang menjalankan perniagaan dan bercadang mahu mewariskan perniagaannya kepada anaknya dengan cara membuat hibah amanah?

Sebagai permulaan, elok kita tengok apa akan terjadi jika Encik Ali tidak membuat hibah perniagaan.

Hibah ibrat sediakan payung sebelum hujan bagi penerusan perniagaan.
Hibah amanah perniagaan ibarat sediakan payung sebelum hujan

Apa Terjadi Kepada Perniagaan En Ali Apabila Beliau Meninggal Tanpa Hibah?

– Tanpa dokumen hibah, harta En Ali secara automatik menjadi harta pusaka.

– Pemilikan harta En Ali secara automatik berpindah kepada waris-waris.

– Maka semua akaun bank En Ali terbeku

– Perniagaan beliau akan terbubar dengan sendirinya bagi kerana ia perniagaan tunggal. Jika perniagaan perkongsian pun sama keadaan macam perniagaan tunggal.

– Lesen perniagaan En Ali mungkin terbatal

– Kontrek perniagaan mungkin ditamatkan kerana ketiadaan rakan kongsi

– Aset perniagaan akan terbeku dan menjadi harta pusaka yang menjadi rebutan waris.

– Perniagaan akan mati kerana ahli keluarga En Ali mungkin tidak berminat meneruskan perniagaan arwah.

Hibah Untuk Kesinambungan Perniagaan En Ali

En Ali mungkin ada beberapa pilihan agar perniagaannya diwarisi oleh kaum keluarganya. Satu daripada caranya ialah membuat hibah perniagaan.

Hibah perniagaan atau hibah amanah yang bertujuan untuk pastikan perniagaan En Ali terus diwarisi oleh kaum keluarga selepas beliau meninggal.

Ini kerana proses pemindahan perniagaan telah dilakukan semasa En Ali hidup. Apabila En Ali meninggal waris beliau yang dinamakan sebagai benefisiari akan meneruskan perniagaan tanpa gangguan waris lain.

Konsep Asas Hibah Amanah Dalam Perniagaan

Hibah perniagaan ialah cara memindahkan perniagaan seseorang usahawan kepada waris yang ditetapkan.
Hibah perniagaan ialah cara meminndahkan perniagaan seseorang usahawan kepada waris yang ditetapkan

Konsep hibah perniagaan berbeza antara perniagaan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (limited liability partnership, LLP) dan syarikat sendirian berhad.

Ini kerana ada entiti yang melibatkan hibah aset dan ada yang melibatkan hibah hak milik (shareholding).

Di sini saya hanya terangkan konsep asas hibah perniagaan sahaja. Kita gunakan perniagaan En Ali tadi.

Semasa hidup En Ali tentukan siapa ahli keluarga beliau yang akan mewarisi perniagaannya.

Katakan, En Ali mahu mewariskan kepada Ahmad, anak sulungnya.

Apabila En Ali membuat hibah perniagaan – bermakna semasa hidup beliau mengistiharkan hasrat beliau untuk menyerahkan perniagaannya kepada Ahmad.

En Ali ialah pemberi hibah dan anaknya penerima hibah atau benefisiari.

En Ali masih sehat dan meneruskan perniagaan atas kapasiti pemegang amanah bagi pihak benefisiari Ahmad.

Dalam masa yang sama En Ali melantik syarikat amanah sebagai pemegang amanah ganti.

Apabila En. Ali meninggal, maka syarikat amanah akan mengambil tanggungjawap En Ali sebagai pemegang amanah.

Pemegang amanah ganti maka dengan kuasa yang diberikan oleh En Ali, akan memindahkan hak milik perniagaan itu kepada benefisiari, iaitu anak En. Ali.

Kini anak anda pemilik sah perniagaan yang anda warisi.

Hibah perniagaan ialah antara alternatif terbaik pindahkan perniagaan kepada waris tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka
Hibah perniagaan ialah antara alternatif terbaik pindahkan perniagaan kepada waris tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka

Ada Beberapa Kelebihan Hibah Perniagaan

  • Hibah perniagaan mudah dibuat. Penyedia kemudahan ini (syarikat amanah) memerlukan sijil pendaftaran perniagaan atau dokumen mengenai hak milik pegangan saham syarikat.
  • Perniagaan harian tidak terganggu walaupun dengan kematian pemilik. Ini kerana syarikat amanah selaku pemegang amanah ganti akan memindahkan hak milik perniagaan kepada penerima hibah perniagaan.
  • Perpindahan perniagaan kepada benefisiari tidak terganggu dengan proses pembahagian harta pusaka yang lain milik si mati. Ini kerana hibah perniagaan dibuat semasa hidup, jadi ia bukan harta pusaka si mati.
  • Pembahagian dividen dan bonos yang telah distiharkan oleh syarikat tidak terbeku dengan kematian pemilik kerana ia bukannya harta pusaka.
  • Kontrek dan perolehan tender perniagaan tidak terganggu dengan kematian pemilik kerana perniagaan telah pun dihibahkan kepada benefisiari.
  • Hibah perniagaan dapat mengelakkan perebutan hak milik perniagaan apabila pemilik meninggal dunia. Ini kerana dengan hibah, harta perniagaan ini bukan dikelaskan sebagai harta pusaka.

Anda Mahu Membuat Hibah Perniagaan?

Anda mempunyai perniagaan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (LLP), syarikat sendirian berhad dan syarikat berhad?

Hubungi saya, Abd Rahaman Rasid ditalian 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com untuk perbincangan.

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Bagaimana Menyediakan Hibah Yang Berkesan?

Maznah Hamid Tinggalkan Legasi Keusahawanan

Kicap Jalen milik Jalil Long Ramai Tak Tahu

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.