Cara Menjual Di Shopee – Apa Yang Anda Patut Tahu

Anda mungkin tak terfikir impian anda boleh tercapai dengan buat bisnes di Shopee!

Advertisements

Cara menjual di Shopee – itu soalan yang selalu ditanya oleh orang yang berhajat berniaga di Shopee.

Tetapi, sebelum anda tahu cara menjual di Shopee, anda mesti ada impian dahulu seperti memiliki kereta idaman BMW, rumah banglo, melancong dan mahukan anak berjaya hingga ke universiti. Dengan Shopee, InsyaAllah anda boleh mendapatnya. 

Saya bukakan satu jalannya…

Ramai ada impian miliki kereta BMW dan sebagainya. Berniaga di Shopee ialah caranya. Ebook Shopee menerangkan cara menjual di shopee.
Realiti memiliki sebuah kereta BMW bermula dengan impian. Jika anda tiada impian pasti anda tidak akan memiliki BMW

Jika anda tahu cara menjual di Shopee – anda boleh menjana pendapatan tanpa had – mahu RM1,000, RM10,000 sebulan atau lebih – semua bergantung kepada usaha anda.

Anda hanya duduk di rumah dan berkawan dengan komputer dan telefon bimbit.

Anda tidak ada modal besar berniaga, tiada ramai kawan, tiada pengalaman berniaga – tetapi dengan Shopee anda tidak memerlukan modal besar dan di Shopee ada berjuta pembeli.

Cara Menjual di Shopee – Bisnes Dari Rumah

Bila sebut berniaga, maka terbayang kena sewa pejabat, kena renovation pejabat, kena pasang aircond, bayar insuran pejabat, kena sediakan pekerja, kena bayar bil eletrik dan bil air.

Pejabat pula jauh dari rumah, jadi kena bayar duit minyak kereta dan parking.

Sekarang banyak orang shopping online seperti di Lazada dan Shopee. Jadi anda boleh menjalankan perniagaan online dengan Shopee dari rumah sahaja. Tak perlu fikir lagi pasal pejabat; bayar bil air letrik, petrol dan parking.

Cara Menjual di Shopee – Urusniga Selamat

Cara menjual di Shopee selamat.

Antara isu berniaga online ialah penipuan pengguna. Ada pengguna membayar wang tetapi barang tak dapat atau lewat diterima. Ada yang membeli barang tetapi tidak berkualiti, atau lain yang dibeli, lain yang sampai.

Pembeli yang setuju membeli akan membayar kepada Shopee dahulu sebagai pemegang amanah. Shopee akan memberi tahu penjual yang pembeli telah membayar dan Shopee akan memaklumkan penjual yang bayaran telah dibuat oleh pembeli.

Penjual menghantar barang dengan memasukkan tracking number ke dalam sistem Shopee. Pembeli menerima barang dan memaklumkan kepada Shopee. Shopee akan memasukkan hasil jualan ke wallet penjual.

Shopee – Pasar Online Terbesar Di Malaysia

Seperti MidValley, KLCC dan Sogo – pembeli dan penjualnya ramai. Orang suka berniaga tempat yang ramai orang.

Dalam bisnes online, Shopee ialah marketplace atau  tempat orang menjual dan membeli secara online antara yang terbesar di Malaysia.

Makin hari makin ramai yang mula tahu tentang Shopee dan membeli belah secara online di Shopee terutama generasi muda yang berumur 20-an dan 30-an.

Mulakan Perniagaan Dropship Di Shopee

Dropship adalah perniagaan popular, lumayan dan senang. Bayangkan anda senarai 50-100 produk dropship.

Tetapi bukan senang nak cari pembekal dropship yang boleh dipercayai. Mungkin barang tak dihantar kepada pembeli walaupun kos telah dibayar kepada dropshipper.

Tetapi di Shopee ada beberapa top dropshipper yang ada ikatan perniagaan dengan Shopee. Jadi anda lebih yakin berniaga dengan dropshipper ini.

Barangan dropshipper ada beratus dan mungkin beribu iaitu dari pakaian kanak-kanak, peralatan rumah, kesihatan, barang komputer, buku dan barang permainan.

Apa yang anda perlu buat ialah daftar dengan dropshipper, link kan akaun anda di Shopee dengan droshipper. Itu sahaja.

Bisnes Online di Shopee Percuma

Anda berpeluang hidup senang dengan berniaga di Shopee - market place terbesar di Malaysia.
Dengan telefon bimbit anda bukan sahaja boleh shopping di Shopee, malah berniaga di Shopee

Setengah tempat untuk berniaga dikenakan bayaran beratus ringgit untuk join. Lepas itu ada komisyen jualan yang dikenakan ke atas penjual. Bagi peniaga baru mereka tak suka. Belum berniaga dan belum untung dah kena keluar duit untuk join. 

Tetapi di Shopee, berniaga atau bisnes di situ tidak ada bayaran masuk atau membayar komisyen jualan. Baguskan? Lepas itu, berniaga tak perlu daftar SSM, maklumlah baru belajar nak niaga.

Tapi sekarang baru dikenakan caj perkhidmatan 1% atas jualan. Tapi ia masih rendah. Lagi pun kos ini biasa diserap pada harga jualan di Shopee.

Cara Menjual Di Shopee – Boleh Jual Banyak Barang

Di Shopee anda boleh menjual banyak barang yang anda suka. Lagi banyak barang anda, lagi banyak peluang anda buat duit di Shopee. Bestkan!

Cara menjual di shopee - dapatkan ebook panduan berniaga di Shopee hari ini juga.

Mudahnya Cara Menjual Online di Shopee

Sekarang zaman online, kebanyakan golongan muda lebih suka berniaga dan membeli online. Kebanyakan orang sibuk dan tidak punya masa nak ke pasaraya. Sambil duduk di rumah atau di opis pun boleh shopping. Semua di hujung jari.

Jika anda cekap gunakan telefon bimbit, anda tiada masalah berurusniaga di Shoppe. Anda boleh download aplikasi Shopee dari handphon. Semua ada di aplikasi – pendaftaran, listing barang, pembelian, jual produk, edit listing, mengurus order, melihat hasil jualan, dan memindahkan hasil jualan ke bank.

Bila anda berdaftar dengan Shopee sebagai pembeli anda boleh menjual. Jadi anda tidak perlu daftar dua kali.

Membina Nama Sebagai Penjual Terbaik

Setengah pembeli tak mahu membeli online kerana tidak mengenali penjual walaupun penjual itu jujur.

Tetapi di Shopee anda boleh menjadi penjual yang dipercayai. Ini kerana setiap pembeli kena membuat rating ke atas penjual selepas membeli barang.

Rating bermula dari satu bintang hingga lima bintang. 5 bintang menggambarkan anda penjual terbaik berbanding 4-3-2-1 bintang. Rating mungkin berdasarkan kecekapan anda mengepos barang, melayani pertanyaan pembeli dan produk berkualiti.

Mudahnya Menerima dan Membuat Pembayaran Bank

Bisnes biasa melibatkan pemindahan wang antara bank-bank. Ini boleh menyulitkan setengah orang dan mungkin ada caj pemindahan wang antara bank.

Hampir semua bank ada dalam Shopee. Jadi anda sebagai penjual atau pembeli boleh meletakkan bank dan nombor akaun anda dalam Shopee tanpa memikirkan bank pembeli atau bank penjual.

Khidmat Pelanggan 24 Jam Sehari di Shopee

Setiap perniagaan mesti berhadapan dengan pembekal, bekalan barang, pelanggan, pembayaran dan pengeposan. Sekiranya ada masalah, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Shopee yang akan membantu anda kurang dari tempoh 24 jam.

Hanya klik link support, anda boleh menghantar mesej melalui Shopee Apps, email atau anda bercakap dengan pegawai bertugas, talian hotline juga ada disertakan.

Cara Pemasaran Dan Iklan Yang Hebat di Shopee

Produk tidak akan laku tanpa sistem pemasaran dan pengiklanan yang berkesan. Shopee menyediakan ruang pemasaran dan pengiklanan yang hebat bagi membolehkan peniaga bersaing dengan pesaing dalam Shopee dan luar Shopee (Lazada dan 11 Street Malaysia).

Ada 4 bentuk pemasaran dan pengiklanan di Shopee:
– Iklan shopee – menyamai Google Ads dan Fbads. Ini tidak termasuk menyediakan ruang percuma 12-16 keyword bagi memudahkan carian di Google.

– Kemudahan pemberian diskaun- Membuat baucer di Shopee bagi meningkatkan jualan
– Sale atau jualan pada hari-hari tertentu yang ditetapkan oleh Shopee
– Peluang memberi penghantaran percuma kepada urusniaga yang layak

Carian Mesra Google

Sungguhpun dah berbulan kita membuat laman web produk, tetapi lambat tersenarai dalam carian Google atau tidak jumpa langsung.

Tetapi ada juga carian yang cepat keluar di Google dan boleh duduk di muka pertama Google tanpa kos iklan Facebook atau Google Ads. Ini dinamakan ‘mesra Google’ atau dalam bahasa internet dipanggil SEO (search engine Ootimization).

Jadi SEO amat penting untuk promote produk.

Jika tuan membuat penyenaraian (listing) produk di Shopee, seorang pembeli boleh jumpa produk anda dalam dua carian: carian di portal Shopee atau carian di Google. Baguskan?

Dalam skrinshot di atas, saya mencari “ubat gatal kulit” di Google, maka saya mendapati produk di atas boleh diperolehi di Shopee, dan link produk itu ialah:

https://shopee.com.my/Ubat-Gatal-Ekzema-Bayi-Kurap-Panau-Kayap-Gatal-Kulit-Badan-Kaki-Kemaluan-Faraj-i.23110933.1204850779

Download Ebook Percuma 13 Sebab Anda Perlu Menjual di Shopee

Sebelum anda merancang berniaga di Shopee saya syorkan anda download ebook ‘16 Sebab Anda Perlu Berniaga di Shopee’.

13 Sebab Anda Perlu Berniaga di Shopee

Artikel ditulis oleh Abd Rahaman Rasid@abdrahaman@gmail.com

Pautan:
Supplier dan Pembekal Dropship Market Place Shopee

Bagaimana Buat Headline Iklan dan Artikel Hingga Orang Baca Habis?

Advertisements

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

2 thoughts on “Cara Menjual Di Shopee – Apa Yang Anda Patut Tahu”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.