Apa Kerajaan Pakatan Harapan PH Buat Selama 5 Tahun Ini?

Apa yang kita buat lebih bermakna daripada apa yang kita cakap!

Pakatan Harapan PH menjadi Kerajaan selepas menumbangkan Barisan Nasional pada PRU-14 2018.

9 Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) mencipta sejarah baharu dalam politik negara apabila berjaya menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun mentadbir negara apabila parti itu tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Tun Mahathir Mohamad telah dipilih sebagai Perdana Menteri.

Artikel ini bertujuan mencatitkan pencapaian Kerajaan PH sehingga ke hari ini untuk penilaian rakyat amnya.

Jika anda suka artikel ini sila bagi komen diruangan komen.

Tabung Haji Menanggung Kos Visa Haji

Kerajaan Arab Saudi mengenakan caj visa 300 rial mulai tahun ini kepada semua jemaah haji satu dunia. TH akan membiayai kos visa itu melibatkan kos RM10 juta bagi tahun ini.
Kerajaan Arab Saudi mengenakan caj visa 300 rial mulai tahun ini kepada semua jemaah haji satu dunia.

Kerajaan Pakatan Harapan akan menanggung kos visa jemaah haji yang akan menunaikan haji mulai tahun ini, 2020. Kos yang dikenakan ialah 300 rial atau bersamaan RM326 bagi setiap jemaah.

Dengan anggaran 31,600 bakal haji tahun ini, TH dijangka membelanjakan RM10 juta bagi menanggung kos visa jemaah haji Malaysia.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Semakin Baik

Peningkatan Indeks Persepsi Rasuah negara atau CPI semakin baik di bawah Kerajaan Pakatan Harapan PH
Kedudukan persepsi rasuah di Malaysia semakin baik berbanding semasa pemerintahan sebelumnya.
Januari-2020.

Terdapat bukti penyakit rasuah negara berkurangan sejak pemerintahan Pakatan Harapan. Ini berdasarkan kepada laporan Transparency International Malaysia.

Kedudukan negara Malaysia melonjak 10 anak tangga kepada 51 daripada 180 negara dalam CPI TI untuk 2019 berbanding tangga ke-61 pada tahun 2018.

Malaysia berada di kedudukan ketiga terbaik di Asia dengan Singapura di kedudukan paling tinggi di Asia.

Sejarah: Kadar Tol PLUS Diturunkan 18% Tanpa Peningkatan Sehingga 2038

Langkah kerajaan PH itu akan membolehkan rakyat seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak menerima manfaat bernilai lebih RM26 bilion hasil penjimatan bayaran pampasan, dan pada masa sama, hak serta kepentingan pemegang saham syarikat PLUS - Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - tidak terjejas.
Kadar tol PLUS diturunkan 18% dan kekal sehingga 2038. Penurunan kadar tol menjimatkan perbelanjaan rakyat RM26 bilion dan ia suntikan tambahan kepada ekonomi.

Penurunan kos pengangkutan mampu mengurangkan kos pengangkutan dan secara tidak langsung boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Mulai 1 Februari 2020 semua tol PLUS akan dikurangkan 18% dan ini satu sejarah kerana ia tidak melibatkan pampasan Kerajaan PH..

Dengan kadar tol baru ini, ia satu penjimatan kepada rakyat sebanyak RM26 bilion dan penjimatan ini dibelanjakan oleh rakyat yang secara langsung mengembangkan ekonomi negara.

Pada zaman BN kadar tol akan meningkat sekurang-kurangnya 5% setiap tiga tahun mengikut perjanjian konsesi. Contohnya, pada 1999 tempoh konsesi PLUS dilanjutkan selama 12 tahun dari 2018 hingga 2030, dengan kenaikan kadar tol 26 peratus setiap tiga hingga lima tahun sehingga 2016.

Pada zaman BN, kerajaan terpaksa membayar pampasan lebih RM3 bilion kepada konsesi untuk membekukan kadar tol.

Tekonologi 5G Bakal Pelonjak Ekonomi Negara

Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima (5G) bakal menjadi komponen penting kepada Malaysia dalam mencapai status negara maju. Tun Dr Mahathir berkata 5G mampu memperkenal perkhidmatan baharu, pertingkatkan keberkesanan pengeluaran serta menggalak inovasi pada masa hadapan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melawat lokasi Projek Demonstrasi 5G di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Januari 2020.

Kerajaan Pakatan Harapan baharu sahaja memperkenalkan program perlaksanaan 5G di Malaysia.

5G atau generasi ke-5 adalah terma bagi menunjukkan teknologi rangkaian terkini. Buat masa ini teknologi 5G telah pun terpakai di negara maju contohnya Amerika Syarikat dan China.

5G dikaitkan dengan kelajuan internet – pantas drastik dari teknologi 4G yang ada sekarang.

5G diwujudkan untuk mengurangkan isu dan halangan yang ada pada rangkaian 4G sedia ada. Walaupun 4G mempunyai kadar kelajuan yang memadai, ia masih belum cukup untuk memenuhi permintaan teknologi baru.

Dari percubaan yang dibuat oleh beberapa telko tempatan, 5G mampu mencapai kelajuan melebihi 1 Gbps, berbanding kelajuan purata 4G yang mampu mencapai sekitar 100 Mbps.

Dengan negara semakin maju dalam ekonomi digital dan e-commerce yang semakin meningkat, maka usaha ke arah teknologi 5G adalah strategi yang tepat, dan secara tak langsung satu strategi mencapai status maju menjelang 2030.

Program E-Tunai

Program E-Tunai ialah satu program bagi meningkatkan sistem pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyatnya. Tahniah Kerajaan Pakatan Harapan
Program E-Tunai bagi mengglakkan transeksi tanpa tunai di kalangan rakyat. Berita pada 21 Januari 2020

Program E-Tunai ialah satu program bagi meningkatkan sistem pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyatnya.

Kebanyakan negara di dunia telah mengamalkan sistem pembayaran E-Dompet atau E-Wallet.

Dalam Bajet 2020, Kerajaan PH telah memperuntukan RM450 juta untuk disalurkan kepada sistem ekonomi bagi menggalakkan perbelanjaan langsung pengguna dengan pemberian RM30 seorang kepada pengguna yang layak.

Kerajaan telah melantik tiga syarikat E-Dompet bagi melaksanakan program E-Tunai ini iaitu: Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Mereka yang telah pun ada mana-mana e-dompet di atas bolehlah memohon secara online dari e-dompet itu dan tunggu Kerajaan mengkreditkan ke akaun pengguna.

Pengguna mempunyai tempoh lebih kurang dua bulan bagi membelanjakan RM30 itu. Selepas tarikh lupus, Kerajaan akan mengambil balik RM30 itu.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Murid Sekolah Rendah

Rancangan Makanan Tambahan ialah program kementerian pendidikan bagi memberi makanan tambahan kepada murid sekolah rendah dari luar bandar dan berpendapatan rendah. Tahniah Kerajaan PH.
Program makanan tambahan untuk murid sekolah rendah yang miskin bagi perbaiki kesihatan, fizikal dan amalan permakanan
– Januari 2020

Rancangan Makanan Tambahan ialah satu program menyediakan makanan kepada kanak-kanak sekolah yang miskin khususnya di kawasan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT).

Program ini dapat membantu kanak-kanak menambahkan makanan seimbang yang sangat penting dalam alam persekolahan khasnya.

Setakat ini Kerajaan Pakatan Harapan telah mensasarkan 100 buah sekolah dengan 4,000 murid di seluruh Malaysia.

Tip Jualan Online Hanya Guna Testimoni Pelanggan

Biarkan testimoni pelanggan tolong menjual produk anda!

Tip jualan online mengguna testimoni pelanggan
Biarkan testimoni pelanggan membantu meningkatkan jualan online anda

Susahnya Jualan Online

Jika anda menjual online, anda mahu orang membeli barangan anda dan kalau boleh tanpa keluar duit untuk iklan Google Ads atau Fbads.

Tip yang saya nak syer ini hanya untuk mereka yang baru menceburi bisnes online. Saya ada letakkan pautan bisnes saya dan anda boleh tengok.

Tip ini tidak sesuai bagi mereka yang telah berjaya dalam bisnes online dan telah menggunakan kebolehan dalam copywriting, mengguna iklan Google Ads dan Fbads.

Dapatkan Testimoni Pelanggan

Bila anda berjaya menjual satu barang, lepas seminggu atau sebulan cuba tanya pembeli itu apa kesannya selepas menggunakan barangan tersebut.

Jika anda berjaya dapat tiga maklum balas pelanggan, ia sudah cukup bagus.

Suruh dia wasap kepada anda. Anda hanya hendak dua perkara sahaja:

  • Keadaan sebelum menggunakan produk anda
  • Kesan selepas menggunakan produk anda.

Lepas itu, anda boleh skrin shot respon pelanggan dan jadikan testimoni. Elok edit skrin shot dan tambah nombor telefon anda.

Anda juga boleh berjumpa pelanggan dan merekodkan testimoni dengan merakam video. Video itu boleh diupload terus ke Facebook atau artikel anda.

Anda boleh juga upload video ke Youtube dan gunakan link itu di Facebook atau artikel anda.

Berkongsi Testimoni Dalam Facebook dan Artikel

Anda boleh berkongsi testimoni pelanggan dalam bentuk video dan screenshot.

1. Berkongsi Testimoni Video atau Youtube

Testimoni Pelanggan Dari Video atau Youtube

Testimoni yang berbentuk video adalah cara berkesan bagi membantu jualan online.

Anda boleh terus upload video dalam Facebook atau artikel, atau meletakkan link video dari Youtube.

2. Berkongsi Testimoni Screenshot

Anda boleh berkongsi testimoni pelanggan dalam posting Facebook atau artikel.

Anda boleh menulis artikel dalam blog percuma blogspot.com da

Anda boleh menulis artikel dalam blog percuma blogspot.com dan wordpress.com

Cubalah Dua Tip Di Atas

Jadi bila anda menulis artikel anda mesti masukkan skrin shot wasap testimoni pelanggan dan tulis sikit ringkasan testimoni ini pada artikel itu.

Tawaran Istimewa Bagi Peminat Bisnes Affiliate Sahaja!

Anda nak blog ready made dengan 20 artikel affiliate?

Ya, dengan pelaburan RM140 anda akan terima blog yang sudah siap dengan lebih 20 artikel yang sedia untuk dipromotekan.

20 artikel ini mengandungi link affiliate dan anda boleh terus promote di Facebook. Apabila ada jualan anda terima 40% komisyen dan terus masuk ke akaun anda.

Klik Sini: Jana Pendapatan Melalui Blog

Enam Dalil Anda Patut Buat Wasiat

Pesanan terakhir pewasiat mampu menyebabkan ahli keluarga menitiskan air mata dan insaf!

Adakah Anda Tahu Bila Seseorang itu Meninggal Dunia, Hartanya Akan Terbeku

Apabila terbeku waris rapat iaitu isteri, suami dan anak-anak akan gagal mengambil atau memindah milik harta.

Apabila waris-waris dapat surat kuasa dari kuasa dari Unit Pusaka Kechil, Amanah Raya Berhad (ARB) atau Mahkamah Tinggi barulah harta itu akan berpindah kepada pentadbir harta pusaka.

Bagi mereka yang membuat wasiat dan melantik individu atau syarikat amanah sebagai wasi (pentadbir harta), maka proses menguruskan harta pusaka lebih sistematik dan mudah.

Sebenarnya, ada sebab orang membuat wasiat di samping melantik sesiapa yang dipercayai bagi mengurus harta pusakanya.

Enam Dalil Kenapa Perlu Membuat Wasiat

Dalil Pertama: Anda Buat Wasiat Kerana Tidak Mahu Roh Tergantung Kerana Berhutang

Ini adalah dalil yang penting.

Dalam wasiat, anda senaraikan hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia dan mewasiatkan waris menjelaskannya dari harta pusaka sekiranya beliau meninggal.

Hutang wajib dilunaskan. Jiwa dan roh orang yang berhutang akan tergantung di langit sehinggalah hutangnya dijelaskan.

Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Abu Hurairah:

“Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”

Hadis riwayat at-Tirmidzi

Sekiranya tidak membuat wasiat, waris-waris tidak mengetahui hutang anda dan sudah tahu risikonya.

Dalil Ke-2: Anda Buat Wasiat kerana Mahu Percepatkan Pembahagian Harta Pusaka

Wasiat dapat mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka. Ini kerana semasa hidup anda telah melantik siapa yang akan menguruskan harta pusaka setelah anda pergi.

Tanpa wasiat, waris anda sendiri akan bermuafakat melantik siapa yang patut menjadi pentadbir.

Tentu anda mendengar kesah waris Syed Kechik, Raja Nong Chik dan Jamaludin Jarjis yang berbalah dalam memilih pentadbir harta hingga membawa kes ke Mahkamah Tinggi. Ini menyebabkan proses pembahagian harta pusaka tergendala.

Dalil Ke-3: Anda Buat Wasiat Kerana Mahu Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Kaedah Syariah

Sebagai seorang Islam anda mahu harta dibahagikan berasaskan hukum Faraid kerana caranya telah ditetapkan dalam al-Quran dan semua waris akan berpuas hati tanpa dosa.

Dengan wasiat, anda boleh melantik waris yang mahir dengan ilmu Faraid. Atau anda boleh melantik syarikat amanah yang berpengalaman dalam pembahagian harta berasaskan hukum Faraid.

Tanpa wasiat, waris mungkin telah mengambil harta pusaka tanpa mengikut kaedah syariah seperti tidak menjelaskan hutang si mati dengan Allah dan hutang dengan manusia. Sedih, jika ia berlaku.

Anda pernah terbaca dalam akhbar yang adik membunuh abang kerana berebut harta pusaka, isteri dan anak si mati disisihkan, dan perkelahian di kalangan waris.

Dalil Ke-4: Anda Buat Wasiat Kerana Mahu Membahagi Harta Ke Jalan Allah

Hidup di dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal. Anda mahu sebahagian harta anda di gunakan ke Jalan Allah supaya kebaikan terus diterima selepas meninggal. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w berikut:

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim).

Wasiat membenarkan seseorang itu meninfak, mewakaf atau mensedekahkan 1/3 hartanya untuk berjasa selepas kematiannya. Ini termasuklah wakaf harta bagi membina sekolah tahfiz Quran, perpustakaan, masjid, surau, hospital, pusat dialisis dan pusat kanser.

Tanpa wasiat, semua harta akan diperhabiskan oleh waris.

Dalil Ke-5: Anda Buat Wasiat Kerana Mahu Membahagi Harta Kepada Orang Tersayang

Semasa hidup, seseorang itu tidak sempat membahagikan harta kepada orang yang tersayang seperti anak angkat, anak tiri, adik beradik dan cucu. Dengan wasiat, sesorang itu berjaya membahagikan sejumlah hartanya kepada orang tersayang di atas,

Tanpa wasiat, orang yang tersayang tidak akan mendapat harta di atas kerana mereka bukan waris yang layak

Pernah anda dengar anak angkat hanya berputih mata setelah kematian ibu bapa angkat walaupun sejak kecil hingga dewasa anak angkat inilah yang menjaga mereka berdua ini?

Dalil Ke-6: Anda Buat Wasiat Kerana Mahu Menyampaikan Pesanan Terakhir

Pewasiat memohon agar anak-anak jangan lupa diri dan selalu mendoakan kesejahteraan roh ibu bapa di alam kubur seperti mana mereka diajar semasa kecil.
Semasa ibu bapa hidup, kita tidak akan merasakan ketiadaannya. Bila ibu-bapa meninggal baru kita merasainya. Dan tentu kita berfikir, ‘aku boleh buat lebih baik jika mereka masih hidup.’

Ada orang mahu menyampaikan ‘pesanan akhir’selepas kematiannya. Ia beranggapan kesannya lebih ketara. Ia tidak bermakna semasa hidup seseorang itu tidak memberi pesanan kepada keluarga.

Pesanan yang biasa ialah isteri dan anak-anak menjaga diri dan sentiasa berpegang kepada tali Allah dan Rasul, mentaati ibu atau bapa dan mengekalkan hubungan baik di kalangan ahli keluarga dan saudara mara.

Pewasiat memohon agar anak-anak jangan lupa diri dan selalu mendoakan kesejahteraan roh ibu bapa di alam kubur sepertimana mereka diajar semasa kecil.

Doa kepada kedua ibu bapa "Ya, Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku, dan kesihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan menjaga ku semasa kecil"
“Ya, Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku, dan kesihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan menjaga ku semasa kecil”

Anda Sudah Bersedia Membuat Wasiat?Hubungi Perunding Kami Sekarang!

Anda boleh menghubungi kami bagi membuat wasiat atau penjelasan lanjut.

Artikel ini ditulis oleh Abd Rahaman Rasid, Perunding as-Salihin Trustee Berhad. Beliau boleh dihubungi dengan 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Pautan Berguna:
Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan Berkesan

Apakah Tanggungjawab Waris Terhadap Harta Pusaka Ahli Keluarga Yang Meninggal Dunia?

Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari?

Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang si mati manusia dan Allah sebelum membahagi harta pusaka mengikut hukum Faraid
Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang si mati sebelum membahagi harta pusaka mengikut hukum Faraid

Selepas berlaku kematian dan sebelum harta pusaka dibahagikan, waris-waris hendaklah menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan harta ahli keluarga yang meninggal (si mati) seperti belanja pengkebumian, menyelesaikan hutang si mati dan menunaikan wasiat.

Belanja Pengebumian Dan Pengurusan Jenazah

Harta ahli keluarga yang meninggal (si mati) boleh digunakan bagi menyelesaikan kos yang wajib seperti belanja pengebumian dan pengurusan jenazah.

Ia termasuk kos kain kapan, keranda, upah memandikan mayat, upah menggali kubur dan upah membawa mayat ke kubur.

Pemberian wang kepada orang yang bersembahyang jenazah, membuat tahlil dan kenduri arwah bukannya wajib dan tidak boleh diambil dari harta si mati. Maka waris-waris yang membiayainya.

Walau bagaimanapun, mengikut Mazhab Syafie, belanja pengebumian dan pengurusan jenazah isteri diwajibkan ke atas suami, walaupun isterinya seorang yang kaya.

Menyelesaikan Hutang Si Mati

Setelah si mati dikebumikan, waris hendaklah menyelesaikan hutang si mati dengan menggunakan harta si mati.

Mengikut pendapat jumhur ulama, hutang kepada Allah hendaklah dibayar dahulu sebelum menyelesaikan hutang dengan manusia. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud ‘hutang Allah lebih berhak ditunaikan.’

Hutang Kepada Allah

Hutang kepada Allah ialah:

  • Zakat – segala jenis zakat yang cukup haul dan nisab tetapi belum ditunaikan
  • Kifarat – Bersetubuh di siang hari di bulan puasa tetapi denda belum ditunaikan
  • Nazar – Hajat si mati yang tidak sempat dilaksanakan
  • Haji – Haji yang belum dikerjakan
  • Fidyah – Denda puasa yang ditinggalkan

Hutang Kepada Manusia

Semua jenis hutang si mati kepada institusi kewangan dan manusia hendaklah dijelaskan, kecuali si piutang menghalalkannya.

Menunaikan Wasiat Si Mati

Setelah menyelesaikan hutang si mati, maka waris-waris hendaklah menunaikan wasiat si mati, jika ada.

Untuk menunaikan wasiat si mati, waris hendaklah memastikan samada wasiat itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. Sekiranya ia sah, maka wajib waris melaksanakannya.

Sekiranya wasiat itu tidak sah dari segi hukum syarak atau diragui kesahihannya, maka ia terpulang kepada budibicara waris hendak melaksanakan atau mengabaikannya.

Wasiat yang sah di sisi hukum syarak ialah pemberian tidak lebih 1/3 harta si mati kepada bukan waris dan sedekah.

Tuntutan Harta Sepencarian

Sekiranya ada tuntutan harta sepencarian samada isteri atau suami selepas kematian pasangan, maka ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum mengagih kepada waris.

Selepas itu, baru harta pusaka diagihkan kepada waris yang berhak, iaitu ibu bapa, suami, isteri dan anak kandung.

Waris Mengambil Baki Harta

Waris akan mengambi baki harta si mati dengan kadar berikut:

  • Ibu 1/6
  • Bapa 1/6
  • Isteri 1/8
  • Suami 1/6
  • Baki harta akan dibahagikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah 2:1

Isu-Isu Pengurusan Harta Si Mati

Perebutan harta pusaka boleh menyebabkan pembunuhan seperti adik bunuh abang
Adik bunuh abang kerana berebut harta pusaka
Foto: The Star

Kita kerap terbaca kesah huru-hara dan pergaduhan mengenai harta pusaka selepas kematian walaupun hukum Faraid mengenai pembahagian harta amat jelas dalam al-Quran.

Dua sebab utama ialah kejahilan hukum faraid dan yang kedua sengaja ingkar hukum Faraid kerana tamak dan zalim. Antara isunya ialah:

  • Waris mengambil harta si mati seperti barang kemas dan peralatan rumah tanpa persetujuan semua waris.
  • Penama yang menerima wang KWSP dan Tabung Haji tidak membahagikannya.
  • Ada waris diketepikan dalam pembahagian harta pusaka seperti isteri dan anak-anak simati
  • Ada waris yang berjaya mengeluarkan simpanan si mati dan mengambilnya tanpa membahagi mengikut hukum faraid.
  • Waris-waris berkelahi dan bermasam muka kerana ada merasakan pembahagian harta tidak adil.
  • Ada anak membunuh ahli keluarga kerana berebut harta pusaka.
  • Harta pusaka lewat diselesaikan kerana waris gagal duduk bersama dan memilih pentadbir harta pusaka yang dipercayai
  • Waris-waris sibuk dengan kerjaya dan famili yang menyebabkan pengurusan harta pusaka terbiar.

Apakah Penyelesaian Terbaik Dalam Mengurus Harta Pusaka Si Mati?

Penyelesaian yang terbaik ialah semasa hidup seseorang itu membuat wasiat dan melantik beberapa waris menguruskan harta pusaka, atau individu-individu ketiga atau syarikat amanah sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka.

Sejak kebelakangan ini, orang suka membuat wasiat dan melantik syarikat amanah menguruskan harta pusaka mereka. Ini kerana pengetahuan, kepakaran dan pengalaman syarikat amanah dalam pengurusan harta pusaka yang berlandaskan hukum Faraid.

Pemilihan syarikat amanah atau pihak yang dipercayai boleh membantu mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka dan semua waris akan berpuas hati.

Sekiranya tuan memerlukan penjelasan lanjut sila hubungi saya 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Artikel ini ditulis oleh Abd Rahaman Rasid, seorang perunding dengan as-Salihin Trustee Berhad.

Rujukan: Wan Abduk Halim Wan Harun, ‘Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka’

Pautan Terbaik:

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat Ramai Tak Tahu

Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan Berkesan

Ketahuilah Cara Kurangkan Sakit Tumit Kaki

Sakit tumit kerapa berlaku pada mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas. Juga dihadapi oleh mereka yang punya berat berlebihan.
Sakit tumit masalah yang kerap dihadapi oleh mereka yang berusia khususnya 40 ke atas

Sakit tumit ialah masalah yang kerap dihadapi oleh mereka yang berusia 40 dan ke atas. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan biasa akan menghadapi masalah yang sama.

Ada beberapa penyebab sakit tumit. Namun, punca utama ialah plantar fasciitis, iaitu keadaan di mana berlaku keradangan pada tisu serat di bawah tapak kaki.

Mereka yang menghadapi masalah sakit tumit, boleh melakukan aktiviti berikut untuk mengurang atau meredakannya

1. Senaman Tapak Kaki

Tumit kaki akan sakit bila kekurangan darah dan oksigen di bahagian tersebut. Amalkan beberapa regangan pada tapak kaki dengan cara berikut:

Mula-mula, duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain, bengkokkan pangkal jari dan tarik ia ke arah badan sehingga anda rasa regangan yang selesa.

Akhir sekali, tahan regangan selama lebih kurang 30 saat dan ulangi latihan itu dalam lima hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

Anda juga digalakkan untuk membuat sedikit regangan tapak kaki sebelum tidur dan bangun dari tidur supaya otot tidak terkejut.

2. Rendaman Kaki Dalam Air Garam

Rendaman kaki bagus untuk melegakan tekanan pada tapak kaki.

Caranya mudah, sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif jika mahu kaki harum). Rendam kaki selama setengah jam, anda akan rasa tumit kaki lebih relaks dan selesa.

3. Pilih Kasut Yang Sesuai

Pemilihan kasut yang sesuai memain peranan pada tapak dan tumit kaki. Selain reka bentuk yang cantik, kasut juga harus memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.

Pilih kasut yang sediakan span yang mencukupi pada tapak kaki. Elakkan daripada memilih kasut yang mempunyai tapak yang nipis kerana ia tidak menyokong kaki dengan baik pada tapak kaki dan tumit anda.

4. Pilih Aktiviti Riadah Yang Sesuai

Bagi mereka yang mudah sakit pada tumit kaki, anda perlu kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda untuk berjalan atau berdiri dengan lama seperti berjoging atau berlari.

Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang atau berbasikal kerana ia memberi kurang tekanan pada tapak dan tumit kaki.

5. Suntikan Steroid Pada Tapak Kaki

Jika sakit masih tidak baik, suntikan steroid pada tapak kaki adalah salah satu rawatan alternatif. Ia akan mengurangkan keradangan pada tumit kaki.

Tetapi perlu diketahui suntikan steroid mempunyai komplikasi iaitu ia boleh menyebabkan fat pad atrophy dan ia boleh menyebabkan sakit tumit itu menjadi lebih teruk.

6. Menyapu Krim Doxtecream

Bagi mengurangkan sakit tumit, anda boleh mencuba krim Doxtecream, produk Malaysia. Ubat ini terbukti dapat mengurangkan sakit lutut dan sendi.

Doxtecream ialah produk terhasil penyelidikan syarikat tempatan dan instutisi pelajaranyang mendapati daun ketumpang air dan rerama hijau mempunyai bahan yang boleh mengurangkan sakit sendi, sakit lutut dan sakit tumit.
Doxtecream ialah krim bagi mengurangkan sakit lutut dan sendi – mampu mengurangkan sakit tumit juga.

Krim ini mengandungi bahan daun ketumpang air dan rerama hijau. Kedua-dua tanaman ini telah digunakan secara meluas oleh nenek moyang orang Melayu sebagai herba atau ubat bagi mengurangkan sakit lutut dan sendi.

Doxtecream terhasil daripasa penyelidikan syarikat Bumiputera dengan kerjasama sebuah instutusi tempatan. Doxtecream telah berada di pasaran sejak beberapa tahun lepas.

Anda yang ingin mendapatkan penerangan lanjut krim Doxtercream sila hubungi stokis di talian 013 366 1242 atau layari blog berikut:

Ketahuilah Bahan Tradisonal Boleh Mengurang dan Menghilangkan Sakit Sendi dan Lutut

Rencana ini telah diadaptasi dari rencana asal:
Cara Kurangkan Sakit Pada Tumit Kaki

Ketahuilah Tip Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk, Gatal Kulit Bayi

Tip yang wajib dibaca oleh ibu bapa yang sayangkan bayi!

tip cara hilangkan gatal kesan gigitan nyamuk pada kulit bayi yang menyebabkan bengkak dan merah
Kulit bayi jadi merah, gatal dan bengkak kesan gigitan nyamuk. Ada kesan parut pulak. Ikutilah tip-tip berikut untuk merawatnya

Kulit bayi lebih mudah menjadi merah dan bengkak apabila digigit nyamuk. Lebih memburukkan, ia biasanya akan meninggalkan kesan parut dan kegatalan yang teramat sangat pada kulit bayi.

Di sini kami kongsikan beberapa tip bagaimana cara untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi:

Gel Aloe Vera

Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat antiradang sangat bagus untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan nyamuk.
Gel Aloe Vera mampu digunakan bagi merawat kegatalan kulit bayi akibat gigitan nyamuk

Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat antiradang sangat bagus untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan nyamuk.

Caranya senang. Ambil satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan potong bagi mengeluarkan gelnya. Oleskan gel ini secara terus pada kesan gigitan nyamuk tersebut. InsyaAllah berkesan.

Bawang Putih Bawang Merah

Bawang putih dan bawang merah memiliki kandungan antibakteria yang sangat berkesan untuk mengubati luka. Bawang mampu mengubati kesan kemerahan akibat alergi atau gigitan nyamuk pada kulit bayi.

Caranya enteng, belah bawang merah atau bawang putih, kemudian oleskan pada kulit bayi selama beberapa saat.

Jika tiada timbul reaksi, sapukan lagi selama beberapa minit pada kawasan yang terkena gigitan. Cuci semula dengan air bersih.

Kulit Kentang

Kentang mengandungi potasium dan vitamin C yang sesuai merawat masalah kulit bayi.

Caranya mudah – kupas sebiji kentang dan gunakan bahagian dalam kulit kentang. Sapu bahagian kulit yang terkena gigitan nyamuk. Kemudian bilaskan semula dengan air bersih selepas beberapa minit.

Krim Minyak Zaitun Ozpure

Hilangkan kesan gigitan nyamuk, gatal kulit bayi dengan krim mintak zaitun ozpure
Hilangkan kesan gigitan nyamuk, gatal kulit bayi dengan Ozpure

Hanya sapukan nipis krim minyak Zaitun pada kulit bayi yang gatal itu. Rasanya sejuk dan nyaman.

Fungsi krim ini ialah mematikan bakteria pada kulit yang gatal itu, melembabkan kulit dan membaiki kulit yang rosak. Ada kelulusan KKM, jadi ibu bapa tidak perlu risau.

Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat lanjuk krim ini dengan klik pautan berikut:

Krim Rawatan Kulit Ozpure

Selamat mencuba tip ini…

Artikel ini telah diadaptasi dari artikel asal:

Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk, Gatal Kulit Bayi

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat Ramai Tak Tahu

Ramai yang berfikir harta akan dibagi kepada waris semasa hidup, malangnya, ramai yang menemui ajal dahulu dan membiarkan waris bermusuh kerana berebut harta pusaka…

Ada kebaikan membuat wasiat, antaranya melantik pentadbir atau wasi bagi mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka, membuat sedekah dan amal jariah, memberi harta kepada orang tersayang, memberi harta kepada anak angkat dan menyenaraikan harta dan hutang,
Wasiat pada hari ini berfungsi melantik pentadbir yang akan menguruskan harta pusaka

Harta Si Mati Terbeku Apabila Meninggal Dunia

Harta pusaka terbeku dianggarkan RM60 bilion pada 2016 dan dijangka meningkat kepada RM85 bilion pada 2010.
Antara sebab harta orang Islam terbeku ialah semasa hidup mereka tidak membuat wasiat bagi melantik orang yang dipercayai bagi menguruskan harta pusaka kemudian hari.

Adakah anda tahu harta seseorang itu akan terbeku secara automatis apabila beliau meninggal? Harta yang ditinggalkan ini dipanggil harta pusaka.

Pada 2016, harta orang Islam Malaysia terbeku dianggarkan RM60 bilion. Ini termasuk tanah dan properti yang masih nama si mati, simpanan di bawah Wang Tidak Dituntut atau simpanan dan caruman yang tidak ada penama di institusi kewangan

Jika ia 10% tumbuh setahun, nilai harta terbeku ini mungkin mencecah RM85 bilion pada 2020. Tentu ia satu kerugian kepada umat Islam dan orang Melayu.

Perlu diketahui, harta pusaka boleh dicairkan oleh pentadbir apabila mendapat surat kuasa dari pihak berkuasa harta pusaka samada oleh Unit Pusaka Kechil, Amanah Raya Berhad (ARB) atau Mahkamah Tinggi.

Adakah Anda Mengikuti Kesah Pertelingkahan Harta Pusaka Arwah Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik?

Waris Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik berebut hendak menjadi pentadbir harta pusaka si mati.

Ketiga-tiga arwah Jamaludin Jarjis, Syed Kechik dan Raja Nong Chik adalah sangat kaya dan memiliki harta berpuluh juta hingga bilion.

Dalam semua kes di atas waris si mati samada ibu, anak dan isteri membawa kes pertelingkahan harta pusaka arwah ke Mahkamah Tinggi.

Mereka bukan berebut harta pusaka tetapi berebut hendak menjadi pentadbir bersama harta. Ini kerana ada di antara waris telah diketepikan sebagai pentadbir walaupun mereka waris paling hampir.

Sebagai pentadbir harta, mereka ada kuasa mencairkah harta si mati untuk diagihkan kepada waris. Waris yang disisihkan sebagai pentadbir akan berprasangka harta si mati akan diagihkan secara tidak adil.

Jika kita ikuti perjalanan kes perbicaraan di atas, ketiga-tiga kes mempunyai satu isu yang serupa: semasa hidup arwah ini tidak membuat wasiat dan melantik pentadbir harta pusaka atau wasi.

Tanpa wasiat, waris sendiri yang menentukan siapa di kalangan mereka menjadi pentadbir harta pusaka. Mungkin ada yang tidak mempercayai satu sama lain.

Pengurusan Harta Pusaka Yang Melecehkan

Waris mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun dalam menguruskan harta pusaka – bemula dari perbincangan keluarga melantik pentadbir, menyenaraikan harta dan hutang si mati, membuat permohonan harta pusaka, perbicaraan harta pusaka hinggalah harta itu berpindah kepada waris.

Sebelum harta itu diagih kepada waris, maka hutang dunia dan akhirat si mati hendaklah diselesaikan dahulu.

Jika ada wasiat, hibah dan tuntutan harta sepencarian maka bahagian ini akan diselesaikan dahulu sebelum waris mendapat hak harta pusakanya.

Jika si mati banyak harta, proses pembahagian harta pusaka semakin rumit dan memakan masa! Bayangkan jika si mati ada banyak properti dan dibiayai dengan pinjaman bank, memang penatlah waris menguruskannya.

Ini belum kira si mati memiliki syarikat perniagaan, pemilikan saham di Bursa, pemilikan bon, simpanan emas, akaun pertukaran asing (forex), akaun perniagaan online dan insurans hayat. Tentu ia satu beban kepada waris menguruskannya.

Harta Pusaka Melebihi RM2 Juta Di Bawah Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi

Samada sesorang itu membuat wasiat atau tidak, waris tetap akan melantik peguam bagi menguruskan harta pusaka melebihi RM2 juta ke Mahkamah Tinggi. Sebuah kondo mewah dan banglo di Kuala Lumpur pun mungkin lebih RM2 juta.

Melantik peguam bagi kes Mahkamah Tinggi, antara ada isunya caj guaman yang tidak ada skala, peguam kurang kepakaran dan pengalaman dalam mengurus harta pusaka.

Ada juga kes harta pusaka terbiar apabila peguam meninggal dunia atau meninggalkan profesion guaman.

Ramai Mula Sedar Pentingnya Membuat Wasiat Dan Melantik Pentadbir Harta Pusaka

Kesedaran orang ramai terutama golongan profesional semakin meningkat akan keperluan membuat wasiat bagi melantik pentadbir harta pusaka bagi membolehkan harta dan hutang diuruskan secara cekap apabila mereka meninggal.

Jika telah melantik pentadbir harta dalam wasiat, kehidupan isteri, ibu bapa dan anak-anak tidak akan terganggu hidup dan pelajaran anak-anak berjalan lancar sekiranya ketua keluarga atau suami meninggal.

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat

1. Mempercepatkan Proses Pembahagian Harta Pusaka Oleh Pengurus Profesional

as-Salihin Trustee berhad adalah sebuah syarikat amanah yang memberikan khidmat amanah dan pentadbiran harta pusaka si mati dengan profesional
Banyak syarikat amanah yang memberikan khidmat pentadbiran harta pusaka pewasiat bagi memastikan harta diurus dengan cepat dan waris mendapat haknya secara adil

Wasiat dapat mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka kepada waris apabila pewasiat melantik orang yang dipercayainya menguruskan harta pusaka selepas kematiannya.

Mereka yang dilantik ini dipanggil pentadbir harta atau wasi. Pentadbir ini boleh beberapa orang atau sebuah syarikat amanah.

Orang ramai lebih suka memilih syarikat amanah sebagai pentadbir harta atau wasi kerana mereka tiada kepentingan dalam pusaka si mati, mempunyai pengalaman, kemahiran dan lebih selamat, boleh dipercayai dan terus bertahan di pasaran. Ini kerana syarikat amanah ditubuhkan di bawah Akta Amanah yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

Tanpa perlantikan wasi, waris akan bermuafakat melantik pentadbir di kalangan mereka bagi menguruskan harta si mati dengan Unit Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi.

Ada kemungkinan proses pembahagian harta pusaka menjadi lambat kerana tidak ada persefahaman waris-waris melantik pentadbir. Sebab yang lain ialah waris-waris sibuk dan tidak ada pengalaman menguruskan harta pusaka.

2. Proses Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Syariahnya – Hukum Farid

Samada harta pusaka dibahagikan secara samarata atau sebarang persetujuan ia tetap tertakluk kepada Hukum Faraid
Hukum Faraid adalah asas pembahagian harta pusaka Islam yang jelas dinyatakan dalam Surah An-Nisa, Al-Quran

Jika melantik wasi syarikat amanah dan yang berpengalaman dalam pengurusan harta pusaka, proses pembahagian harta pusaka akan melalui proses syariah yang berasaskan Hukum Faraid tanpa ragu-ragu.

Hukum Faraid adalah asas pembahagian harta pusaka. Syarikah amanah akan memastikan semua waris hadir semasa membaca wasiat, menjelaskan hutang si mati, termasuk peruntukan upah mengerjakan haji, kafarat puasa dan nazar yang belum sempat ditunaikan.

Setelah itu, harta pusaka digunakan bagi menunaikan wasiat 1/3, melaksanakan hibah dan harta sepencarian. Baki baru dibahagi kepada waris yang berhak.

3. Sedekah Jariah Ke Jalan Allah

Buat wasiat untuk diri sendiri sebanyak 1/3 kepada sekolah tahfiz quran, rumah anak yatim, perpustakaan, hospital dan pusat dialisis.
Sekolah tahfiz Quran semakin banyak yang memerlukan bantuan kewangan daripada masyarakat..

Tiga Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim).

Sekolah tahfiz Quran, perpustakaan, masjid, surau, hospital, pusat dialisis, pusat kanser menunggu sahaja sumbangan orang ramai untuk membina, membesar pusat tersebut atau melengkapkan peralatan.

Semasa hidup ramai yang berzakat dan bersedekah bagi merealisasikan kelebihan amalan di atas. Ada yang menangguhkannya ke satu masa yang sesuai, tetapi ajal tidak pernah memberi notis.

Cara yang berkesan ialah membuat wasiat. Wasiat membenarkan seseorang itu meninfak, mewakaf atau mensedekahkan 1/3 hartanya untuk berjasa selepas kematiannya.

Baki 2/3 bolehlah dibahagikan kepada waris iaitu suami/isteri, ibu bapa dan anak-anak.

4. Ada Untungnya Tak Ada Anak Kandung

Ramai yang hampa tidak memperolehi anak kandung semasa hidup. Tapi, itu kan takdir Illahi. Tentu ada sebab di sebaliknya yang kita tak tahu.

Mengapa tidak ambil peluang mensedekahkan 1/3 daripada harta ke jalan Allah. Anda boleh membuat wasiat dan melantik syarikat amanah menguruskan sedekah anda seperti membesarkan pusat tahfiq quran, pusat dialisis darah, membina perpustakaan Islam, membesarkan masjid, pusat anak yatim piatu dan sebagainya.

5. Memberi Sebahagian Harta Kepada Orang Tersayang

Wasiat membenarkan pewasiat kepada orang tersayang khususnya bukan waris yang layak seperti anak saudara, cucu, sepupu dan emak angkat.
Wasiat membolehkan pewasiat kepada orang tersayang seperti properti, pelaburan, barang kemas kepada waris jauh dan orang yang berjasa dalam hidup pewasiat

Ada orang yang mahukan membahagikan harta kepada orang atau waris tersayang sekiranya ia meninggal awal atau penerima itu masih lagi kanak-kanak dan tak sesuai membahaginya dahulu. Oleh itu, wasiat boleh membantu hal ini.

Mereka ini contohnya ialah, adik beradik, sepupu, anak saudara dan cucu. Mereka ini waris tetapi bukan waris utama.

6. Memberi Sebahagian Harta Kepada Anak Angkat

Wasiat untuk bahagi 1/3 harta pusaka kepada anak angkat atau bapa angkat. Wasiat berkuatkuasa selepas pewasiat meninggal dunia.
Anak angkat berhak mendapat 1/3 harta bapa angkatnya jika membuat wasiat bertulis

Anak angkat atau bapa angkat walaupun bukan waris berhak menerima harta maksimum 1/3 harta bapa angkat atau anak angkat tetapi dengan berwasiat.

Biasa kita dengar anak angkat tidak mendapat satu sen pun harta bapa angkat walaupun dipelihara sejak umur sehari. Harta pusaka tersebut akan dibolot oleh waris iaitu ibu bapa dan adik beradik ayah angkatnya.

7. Menyenaraikan Harta dan Hutang Pewasiat

Wasiat ialah dokumen di mana pewasiat boleh menyenaraikan aset dan hutang pewasiat untuk rujukan waris akan datang.
Ramai yang berhutang termasuk hutang bank yang wajib diselesaikan sebelum harta difaraidkan

Hutang wajib diselesaikan dahulu sebelum membahagi harta pusaka kepada waris.

Saya pernah membuatkan satu wasiat di mana pewasiat menyenaraikan berpuluh-puluh orang yang beliau berhutang – nama sipiutang, jumlah dan alamat dan nombor telefon. Dalam wasiatnya, beliau meminta menjual asetnya dan melunaskan semua hutangnya sekiranya beliau meninggal awal.

Wasiat juga berfungsi menyenaraikan harta dan hutang yang dimiliki oleh pewasiat.

Semasa hidup, ada orang yang tak mahu anak-anak mengetahui kekayaan bapanya kerana bimbang anak kurang menumpukan kepada pelajaran sebab bapanya kaya.

Hubungi Perunding Untuk Membuat Wasiat

Anda boleh menghubungi perunding kewangan anda atau saya bagi membuat wasiat atau penjelasan lanjut mengenai wasiat.

Artikel ini ditulis oleh Abd Rahaman Rasid, Perunding as-Salihin Trustee Berhad. Beliau boleh dihubungi dengan 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Pautan Berguna:
Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan Berkesan