Kicap Jalen Milik Usahawan Melayu Datuk Jalil Long Ramai Tak Tahu

Ramai usahawan terlupa merancang kesinambungan perniagaan kepada anak-anak mereka

Kicap Jalen milik Jalil Long siapa yang tak tahu…

Usahawan berjaya dan pengasas kicap jenama Jalen, Datuk Abdul Jalil Long telah meninggal dunia di Johor Bahru pada Februari 2020.

Allahyarham yang mencipta sendiri ramuan kicapnya memulakan perniagaan perasa makanan itu pada tahun 1981 dengan menubuhkan syarikat kecil bernama Jalil Entreprise.

Datuk Abdul Jalil Long, pengasas syarikat kicap Syarikat Jalen Sdn Bhd
Datuk Abdul Jalil Long, pengasas syarikat kicap Syarikat Jalen Sdn Bhd

Ketika itu jenama kicapnya dikenali sebagai Habhal.

Pada tahun 1988, Jalil menubuhkan syarikat baru, Syarikat Jalen Sdn Bhd dan sejak itu beliau menamakan kicapnya dengan nama Jalen.

Oleh kerana sambutan hebat pelanggan terhadap kicap syarikatnya, Jalil mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuat pelaburan sehingga berjuta ringgit.

Kicap Jalen keluaran Syarikat Jalen Sdn Bhd. Ada empat perasa kicap ini iaitu masin, lemak manis, manis dan lemak
Kicap Jalen keluaran Syarikat Jalen Sdn Bhd

Ia bagi membolehkan kilangnya menggunakan alatan seperti mesin teknologi untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah bagi produk syarikat ini.

Jalil kemudian menambahkan lagi produknya selain daripada kicap. Antaranya ialah sos cili, kicap manis, sos tomato yang berperasa tiram, cuka buatan, taucu masin dan kordial.

Bagaimana Hibah Membantu Meneruskan Legasi Perniagaan Kicap Jalen?

Hibah perniagaan ialah alat bagi mewariskan perniagaan kicap jalen kepada waris tanpa tertakluk kepada pembahagian harta pusaka.
Hibah perniagaan untuk membena legasi perniagaan

Kematian itu pasti. Yang tak pasti ialah masa depan jenama kicap ini. Ini kerana pemiliknya yang merancang masa depan bisnesnya.

Legasi perniagaan kicap boleh diwariskan dengan memindahkan hak milik perniagaan kepada waris semasa hidup melalui hibah perniagaan. Hibah perniagaan satu konsep yang ramai usahawan Melayu tak tahu.

Pindah milik sebenar kepada waris dibuat selepas kematian pemilik oleh syarikat amanah yang dilantik.

Satu buku yang dicari-cari oleh ahli Faraid. Bukunya mudah difaham dan kandungannya menyeluruh.
Buku rujukan terbaik di pasaran mengenai harta pusaka

Hibah perniagaan ini dapat menjamin perniagaan dapat diteruskan oleh waris tanpa mengganggu proses pembahagian pusaka bagi harta-harta lain pemilik.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Untuk mengetahui program hibah perniagaan sila klik:
Tip Membina Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah

Artikel ini telah diadaptasi dari:
Usahawan terkenal, pengasas kicap Jalen meninggal dunia

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Maznah Hamid Meninggalkan Legasi Keusahawanan Wanita Melayu

Legasi keusahawanan boleh dibentuk dengan perancangan yang rapi…

Datuk Maznah Abdul Hamid dikagumi kerana semangat kepimpinan dan keusahawanannya serta tokoh masyarakat disayangi yang terkenal dengan gelaran “The Iron Lady”.

Maznah Hamid pengasas syarikat keselamatan Securiforce. Beliau juga dikenali sebagai iron lady.
Maznah Hamid pengasas syarikat keselamatan Securiforce

Maznah Hamid Dengan Perniagaan Industri Keselamatan

Dalam industri keselamatan yang biasanya dikuasai kaum lelaki, beliau meninggalkan nama sebagai pengasas Securiforce dan menerajui syarikat tersebut untuk menjadi antara syarikat menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia.

Maznah Hamid, seorang daripada usahawan wanita Melayu yang terkenal di Malaysia, keazamannya untuk berjaya dalam dunia perniagaan terserlah melalui kejayaannya membangunkan syarikat Securiforce dengan bermodalkan RM5,000.

Securiforce Group dimana beliau menjadi pengerusi eksekutif, telah berkembang kepada lebih 65 cawangan dalam tempoh lebih 30 tahun dengan menawarkan pekerjaan kepada kira-kitra 6,000 orang. Ia hasil kejayaan seorang wanita yang dilihat sebagai simbol kuasa wanita yang berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa “modal utama dalam perniagaan adalah diri anda”.

Maznah Hamid yang meninggal pada bulan Oktober 2017 telah dilahirkan di Jerlun, Kedah. Maznah mempunyai ijazah PhD Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Pembangunan Insan dari Central State University di New York.

Beliau bertanggungjawab bagi penubuhan Pusat Motivasi Maznah yang menjalankan seminar mengenai perniagaan dan pembangunan insan.

Ciri kepimpinan dan keusahawanannya yang cemerlang dimanfaatkan dengan sebaiknya apabila beliau diberikan peluang untuk mengendalikan program motivasi melalui radio dan televisyen, mengukuhkan reputasinya sebagai seorang yang tidak keberatan berkongsi rahsia kejayaan dengan orang lain.

Memberi dorongan kepada orang lain ke arah kejayaan juga menjadi matlamatnya apabila beliau menghasilkan sebuah buku bertajuk “Motivasi Memburu Kejayaan” (3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan).

Di Securiforce, beliau menyalurkan dedikasi dan keupayaan pengurusan untuk mempelbagaikannya ke dalam pelbagai anak syarikat yang terlibat dalam bidang pembangunan hartanah dan logistik.

Maznah aktif dalam pelbagai organisasi dengan memegang jawatan-jawatan penting yang menepati keupayaan dan pengalamannya yang luas.

Antaranya, beliau ialah naib presiden Persatuan Usahawan Wanita Dunia (FCEM), presiden Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS) dan ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga ahli lembaga pengarah Golden Hope Plantations Berhad, ahli lembaga pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah dan fellow Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia.

Maznah juga meninggalkan nama dalam politik termasuk ahli Majlis Eksekutif Wanita Umno, Ketua Wanita Umno Kedah dan pengerusi Biro Keusahawanan Wanita Umno.

Atas sumbangan Maznah Hamid, beliau menerima banyak penghargaan seperti Masterclass Women Entrepreneur of The Year pada Kongres SME & Anugerah Dinar Emas 2016; Anugerah Kepimpinan Ikon Cemerlang Asia Pasifik 2014; dan Entrepreneur Extraordinaire Award – Anugerah Usahawan Wanita Kebangsaan 2008.

Beliau meninggalkan suami Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan 5 orang anak.

Bagaimana Tinggalkan Legasi Keusahawanan Dengan Hibah Perniagaan?

Legasi keusahawanan boleh ditafsirkan memindahkan hak milik perniagaan kepada waris semasa hidup melalui hibah perniagaan.

Pindah milik sebenar kepada waris dibuat selepas kematian pemilik oleh syarikat amanah yang dilantik.

Hibah perniagaan ini dapat menjamin perniagaan dapat diteruskan oleh waris tanpa mengganggu proses pembahagian pusaka bagi harta-harta lain pemilik.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Untuk mengetahui program hibah perniagaan sila klik:
Tip Membina Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah

Bagaimana Menyediakan Hibah Yang Berkesan

Artikel ini telah diadaptasi dari:
Iron lady’ Maznah tinggalkan legasi keusahawanan

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Hibah Perniagaan Cara Bisnes Diwariskan Kepada Anak Tanpa Ikut Faraid

Mengapa hibah tidak tertakluk kepada hukum faraid apabila pemilik meninggal secara tiba-tiba?

Adakah Ali Telah Membuat Hibah Perniagaan Kepada Anaknya?

Adakah Encik Ali yang sedang menjalankan bisnes dan bercadang mahu mewariskan perniagaannya kepada anaknya dengan cara membuat hibah perniagaan.

Sebagai permulaan, elok kita tengok apa akan terjadi jika Encik Ali tidak membuat hibah.

Hibah ibrat sediakan payung sebelum hujan bagi penerusan perniagaan.
Hibah – ibarat sediakan payung sebelum hujan

Apa Terjadi Kepada Bisnes Ali Apabila Beliau Meninggal Tanpa Membuat Hibah?

– Tanpa dokumen hibah, harta En Ali secara automatik menjadi harta pusaka.

– Pemilikan harta En Ali secara automatik berpindah kepada waris-waris.

– Maka semua akaun bank En Ali terbeku

– Perniagaan beliau akan terbubar dengan sendirinya bagi kerana ia perniagaan tunggal. Jika perniagaan perkongsian ia pun sama status macam perniagaan tunggal.

– Lesen perniagaan En Ali mungkin terbatal

– Kontrek perniagaan mungkin ditamatkan kerana ketiadaan rakan kongsi

– Aset perniagaan akan terbeku dan menjadi harta pusaka yang menjadi rebutan waris.

– Perniagaan akan mati kerana ahli keluarga En Ali mungkin tidak berminat meneruskan perniagaan arwah.

Hibah Untuk Kesinambungan Bisnes

En Ali mungkin ada beberapa pilihan agar perniagaannya diwarisi oleh kaum keluarganya. Satu daripada caranya ialah membuat hibah amanah perniagaan.

Hibah amanah perniagaan dibuat untuk pastikan bisnes En Ali terus diwarisi oleh kaum keluarga selepas beliau meninggal.

Dalam hibah, proses pemindahan perniagaan telah dilakukan semasa En Ali hidup dengan syarikat amanah sebagai pemegang amanah bagi memastikan proses perpindahan aset dan liabiliti berjalan lancar.

Apabila En Ali meninggal waris beliau yang dinamakan sebagai benefisiari akan meneruskan bisnes tanpa gangguan waris lain.

Konsep Asas Hibah Dalam Perniagaan

Hibah perniagaan ialah cara memindahkan perniagaan seseorang usahawan kepada waris yang ditetapkan.
Hibah ialah cara meminndahkan perniagaan seseorang usahawan kepada waris yang ditetapkan

Konsep hibah perniagaan berbeza antara perniagaan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (limited liability partnership, LLP) dan syarikat sendirian berhad.

Ini kerana ada entiti yang melibatkan hibah aset dan ada yang melibatkan hibah hak milik (shareholding).

Di sini saya hanya terangkan konsep asas hibah perniagaan sahaja. Kita gunakan perniagaan En Ali tadi.

Semasa hidup En Ali tentukan siapa ahli keluarga beliau yang akan mewarisi perniagaannya.

Katakan, En Ali mahu mewariskan kepada Ahmad, anak sulungnya.

Apabila En Ali membuat hibah – bermakna semasa hidup beliau mengistiharkan hasrat beliau untuk menyerahkan perniagaannya kepada Ahmad.

En Ali ialah pemberi hibah dan anaknya penerima hibah atau benefisiari.

En Ali masih sehat dan meneruskan perniagaan atas kapasiti pemegang amanah bagi pihak benefisiari Ahmad.

Dalam masa yang sama En Ali melantik syarikat amanah sebagai pemegang amanah ganti.

Apabila En. Ali meninggal, maka syarikat amanah akan mengambil tanggungjawap En Ali sebagai pemegang amanah.

Pemegang amanah ganti maka dengan kuasa yang diberikan oleh En Ali, akan memindahkan hak milik perniagaan itu kepada benefisiari, iaitu anak En. Ali.

Kini anak anda pemilik sah perniagaan yang anda warisi.

Hibah perniagaan ialah antara alternatif terbaik pindahkan perniagaan kepada waris tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka
Hibah ialah antara alternatif terbaik pindahkan aset bisnes kepada waris tanpa melalui proses pembahagian harta pusaka

Ada Beberapa Kelebihan Hibah Perniagaan

  • Hibah amanah perniagaan mudah dibuat. Penyedia kemudahan ini (syarikat amanah) memerlukan sijil pendaftaran perniagaan atau dokumen mengenai hak milik pegangan saham syarikat.
  • Perniagaan harian tidak terganggu walaupun dengan kematian pemilik. Ini kerana syarikat amanah selaku pemegang amanah ganti akan memindahkan hak milik perniagaan kepada penerima hibah.
  • Perpindahan perniagaan kepada benefisiari tidak terganggu dengan proses pembahagian harta pusaka yang lain milik si mati. Ini kerana hibah dibuat semasa hidup, jadi ia bukan harta pusaka si mati.
  • Pembahagian dividen dan bonos yang telah distiharkan oleh syarikat tidak terbeku dengan kematian pemilik kerana ia bukannya harta pusaka.
  • Kontrek dan perolehan tender perniagaan tidak terganggu dengan kematian pemilik kerana perniagaan telah pun dihibahkan kepada benefisiari.
  • Hibah dapat mengelakkan perebutan hak milik perniagaan apabila pemilik meninggal dunia. Ini kerana dengan hibah, harta perniagaan ini tidak diketegorikan sebagai harta pusaka.

Anda Mahu Membuat Hibah Untuk Perniagaan?

Anda mempunyai perniagaan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (LLP), syarikat sendirian berhad dan syarikat berhad? Anda mahu membuat hibah?

Untuk itu, sila hubungi saya, Abd Rahaman Rasid (Perunding as-Salihin Trustee Bhd) ditalian 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com untuk perbincangan.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai harta pusaka, hukum faraid, hibah, wasiat dan harta sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Bagaimana Menyediakan Hibah Yang Berkesan?

Maznah Hamid Tinggalkan Legasi Keusahawanan

Kicap Jalen milik Jalil Long Ramai Tak Tahu