Buat Wasiat Anak Angkat – Dapatkan Panduan Yang Betul Dari Syarikat Amanah

Artikel mengenai panduan membuat wasiat anak angkat dengan syarikat amanah as-Salihin Trustee berhad
Wasiat terakhir untuk anak angkat

Anda sedang mencari panduan membuat wasiat untuk anak angkat?

Sebelum itu, elok juga tonton Video ini kenapa ibu bapa angkat kena membuat wasiat untuk anak angkat.

@lubukrezeki Anak angkat tersisih dan dihalau oleh waris bila kematian ibu-bapa angkat. Harta satu sen pun tak dapat. Sayangi anak angkat. Buat wasiat dan berikan harta untuk anak angkat. #anakangkat #hakanakangkat #buatwasiat #wasiat #hartapusaka ♬ original sound – rahaman

Membuat wasiat untuk anak angkat dengan as-Salihin Trustee Berhad bukanlah susah.

Yang susah, ibu bapa angkat tidak membuat wasiat sebelum mati.

Wasiat hanyalah satu dokumen yang menyatakan apa harta yang hendak diberikan oleh ibu bapa angkat kepada anak angkatnya.

Dokumen wasiat bukanlah persetujuan yang mutlak. Selagi pewasiat masih hidup, wasiat seperti juga insurans hayat – ia tidak ada nilainya di segi undang-undang. Wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian ibu bapa angkat sahaja.

Hak Anak Angkat Ke Atas Harta Pusaka Ibu Bapa Angkat

Anak angkat mempunyai hak ke atas harta pusaka ibu bapa kandung tetapi tidak ke atas harta ibu bapa angkatnya. Ini kerana anak angkat bukan waris kerana tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya.

Bagaimanapun, dengan wasiat, anak angkat berhak menerima maksimum 1/3 daripada ibu bapa angkatnya tanpa boleh ditentang oleh waris.

Wasiat harta melebihi 1/3 harta dibolehkan sekiranya semua waris bersetuju.

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Ibu bapa angkat yang mahu membuat wasiat untuk anak angkat boleh berhubung dengan perancang harta Islam dari pejabat as-Salihin Trustee berhad.

Ibu bapa boleh mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk berjumpa. Berjumpa di pejabat as-Salihin pun boleh.

Berikut ialah panduan asasnya:

Harta Yang Hendak Diwasiatkan

Ibu bapa hendaklah menentukan secara spesifik harta yang nak diwasiatkan kepada anak angkatnya.

Contohnya, rumah di Jalan Bayam di Petaling Jaya diwasiatkan kepada anak angkat. Atau, wang sejumlah RM100,000 diwasiatkan kepada anak angkat.

Bagi memudahkan urusan pemberian harta pusaka kemudian hari, maka pewasiat hendaklah menyertakan dokumen hak milik harta itu dan akan dilampirkan bersama dengan wasiat.

Permohonan Membuat Wasiat Anak Angkat

As-Salihin ada menyediakan borang membuat wasiat. Dalam zaman online ini, borang membuat wasiat diisikan oleh Perancang harta atau agen as-Salihin.

Dalam borang permohonan wasiat itu, dokumen penting yang diperlukan ialah kad pengenalan wasiat, kad pengenalan anak angkat dan salinan hak milik harta yang hendak diwasiatkan.

Perlantikan Wasi Bagi Mentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat bukan sekadar pewasiat memberi arahan tetapi mesti ‘boleh bertindak’ bagi melaksanakan wasiat itu.

Pewasiat boleh mewasiatkan pewaris atau orang lain untuk menjadi wasi yang menguruskan harta pusakanya.

Dalam wasiat memberikan harta kepada anak angkat biasanya pewasiat akan melantik orang yang tidak ada kepentingan dengan harta pusaka iaitu contohnya syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad.

Perlantikan syarikat amanah sebagai wasi bagi memastikan harta pusaka ditadbirkan dengan cekap dan menunaikan hajat pewasiat.

Penyediaan Deraf Wasiat Anak Angkat

Apabila semua maklumat diterima daripada pewasiat, Perancang harta akan menyerahkan semua maklumat pewasiat kepada pejabat as-Salihin untuk disediakan deraf wasiat.

Biasanya tidak lebih seminggu, perancang harta akan menerima email bagi menyemak deraf pertama wasiat.

Perancang harta akan menyemak deraf wasiat dari segi arahan pewasiat. Sekiranya, ada kesilapan, deraf itu akan dikembalikan kepada as-Salihin.

Apabila Perancang harta berpuas hati dengan deraf wasiat, Perancang harta akan memanjangkannya kepada pewasiat untuk menyemak dan memberi persetujuan. Jika ada pindaan, perancang harta akan berhubung dengan pejabat as-Salihin untuk pembetulan.

Selepas dibetulkan deraf wasiat, as-Salihin akan menyediakan dokumen wasiat untuk ditandatangani.

Menandatangani Wasiat Dengan Dua Saksi

Wasiat boleh ditandatangani di pejabat as-Salihin atau di luar seperti di rumah pewasiat asalkan ada dua saksi lelaki Islam.

Biasanya pewasiat akan menjelaskan caj yang dikenakan oleh as-Salihin pada masa wasiat ditandatangani.

Wasiat yang lengkap ditandangi akan dibawa balik ke pajabat as-Salihin untuk daftar dan rekod.

Penyerahan Dokumen Wasiat

As-Salihin akan membuat salinan wasiat untuk diberikan kepada pewasiat. Salinan asal wasiat akan disimpan oleh as-Salihin untuk kegunaan masa depan.

Semasa penyerahan wasiat kepada pewasiat, as-Salihin akan memberikan dua Kad Wasiat.

Kad Wasiat yang mengandungi butiran wasiat ini boleh diberikan kepada waris terdekat bagi memudahkan waris berhubung dengan as-Salihin bila tiba masanya.

Pemindaan dan Pembatalan Wasiat

Pewasiat boleh meminda dan membatalkan wasiat pada bila-bila masa dengan memberitahu as-Salihin.

Mengapa Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan perancang harta, pewasian dan pentadbir harta pelanggannya.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • Institusi ini dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara. Beliau sangat mahir dalam pengurusan harta pusaka, harta sepencarian, hibah dan lain-lain produk perancangan Islam.
  • as-Salihin mempunyai Lembaga Syariahnya sendiri bagi memastikan dasar dan produk selari dengan prinsip syariah.

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Sebab Orang Membuat Wasiat

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya tuan puan memerlukan maklumat lanjut mengenai wasiat anak angkat, sila hubungi saya pada sebarang masa.

Abd Rahaman Rasid
Telefon: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 2,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

KUIZ RANCANG HARTA -UJI KEFAHAMAN

Jawap A atau B

Ibu bapa angkat kena buat wasiat harta kepada anak angkat
Wasiat Anak Angkat

Pautan Berkaitan

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Ada 5 Pilihan Pemberian Harta Kepada Anak Angkat Ibu Bapa Wajib Tahu!

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Bahagi Harta Kepada Anak Angkat – Ibu Bapa Angkat Ada Lima Pilihan

Pilihan hari ini akan menentukan masa depan anak angkat…

Ramai ibu bapa yang memiliki anak angkat tapi tak ada idea apakah pilihan terbaik cara nak bahagi harta kepada anak angkat. Nak bagi sekarang ke, nak buat wasiat ke atau nak buat hibah.

Di sini saya tunjukkan ada lima pilihan nak bahagi harta kepada anak angkat. Artikel ini dapat membantu ibu bapa membuat keputusan terbaik

Pilihan pemberian harta kepada anak angkat ibu bapa wajib tahu!
Ada lima pilihan nak bahagi harta kepada anak angkat

1. Bahagi Harta Terus Kepada Anak Angkat

Semasa hidup lagi ibu bapa membahagi harta kepada anak angkat. Ia juga dipanggil hibah mutlak.

Ibu bapa boleh pergi ke pejabat tanah dan memindahkan nama mereka kepada anak angkat.

Atau, pergi ke pejabat ASN atau bank memindahkan pelaburan dan simpanan kepada anak angkat mereka.

2. Buat Hibah Untuk Anak Angkat

Ibu bapa boleh memberikan harta kepada anak angkat dengan cara hibah. Hibah ini dipanggil hibah amanah.

Hibah dalam konteks artikel ini ialah satu dokumen perundangan yang menyatakan ibu bapa bersetuju memberi satu harta, contohnya rumah, kepada anak angkat apabila ibu bapa meninggal dunia.

Oleh kerana hibah ialah pemberian semasa hidup, maka ia tidak dikelaskan sebagai harta pusaka, jadi ia tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Oleh itu, waris-waris tidak boleh menghalang hibah ini kepada anak angkat.

Hibah ini ada fleksibilitinya. Sekiranya, anak angkat meninggal dahulu daripada ibu bapa angkatnya, maka harta itu boleh berpindah balik kepada ibu bapa angkatnya.

Tanpa klausa ini, harta yang dihibahkan itu akan menjadi harta pusaka anak angkat. Maka waris kepada anak angkat iaitu ibu bapa kandungnya berhak ke atas harta pusaka ini.

Hibah boleh juga dibatalkan dengan persetujuan ibu bapa dengan anak angkat itu, jika klausa ini dimasukkan ke dalam dokumen hibah.

3. Memberi Harta Kepada Anak Angkat Melalui Amanah Hayat (Living Trust)

cara memberi harta kepada anak angkat melalui amanah hayat
Syarikat amanah yang menguruskan pembahagian harta ibu bapa kepada anak angkatnya melalui surat ikatan amanah

Ibu bapa boleh membahagikan harta kepada anak angkat melalui Amanah Hayat. Bukan sahaja harta malah hasil-hasil yang diperolehi dari harta itu seperti sewaan dan keuntungan pelaburan pun boleh diberikan kepada anak angkat.

Konsep Amanah Hayat ialah bagaimana seseorang atau ibu bapa itu mengurus dan memindahkan harta dari satu generasi ke satu generasi dengan licin tanpa gangguan sebarang kematian pemilik harta atau waris-warisnya. Atau, Amanah Hayat ini dapat meminimumkan risiko perebutan harta pusaka ibu bapa.

Amanah Hayat biasanya melibatkan syarikat amanah selaku pemegang amanah kepada pemilik harta itu.

Dalam Amanah Hayat pemilik harta akan memindahkan secara legal sejumlah harta ibu bapa kepada syarikat amanah.

Dengan surat ikatan amanah (trust deed) antara ibu bapa dan syarikat amanah, ibu bapa menyatakan dengan jelas apa yang mereka mahu syarikat amanah itu lakukan.

Dalam konteks ini, melalui surat ikatan amanah, ibu bapa yang membuat Amanah Hayat boleh memindahkan sejumlah harta kepada anak angkatnya pada satu masa atau memberikan sebarang faedah kewangan daripada harta dan pelaburan.

4. Buat Wasiat Bahagi Harta Kepada Anak Angkat

wasiat bahagi harta untuk anak angkat
Dengan wasiat ibu bapa boleh membahagi 1/3 harta kepada anak angkat

Membuat wasiat ialah pilihan paling mudah nak bahagi harta kepada anak angkat.

Dengan berwasiat, hukum Islam membenarkan harta pusaka diberikan kepada bukan waris maksimum 1/3 daripada baki harta. Baki harta bermaksud ia harta setelah ditolak hutang-hutang si mati semasa hidup.

Oleh kerana anak angkat bukan waris, dengan wasiat ia berhak mendapat harta pusaka maksimum 1/3 yang tidak boleh ditentang oleh waris. Jika wasiat pembahagian harta melebih 1/3 ia memerlukan persetujuan semua waris.

1. Serahkan Kepada Takdir Bahagi Harta Kepada Anak Angkat

Ibu bapa angkat tidak membuat perancangan semasa hidup mengenai perancangan pembahagian harta kepada anak angkatnya – serahkan kepada takdir dan biarkan keadaan yang menentukan.

Apabila ibu bapa angkat meninggal, terpulanglah kepada waris nak bahagi harta atau tidak kepada adik angkatnya itu.

Apakah Pilihan Terbaik Ibu Bapa Untuk Anak Angkat?

Pilihan ibu bapa ialah bergantung kepada kehendaknya sendiri terhadap masa depan anak angkatnya. Ini kerana setiap pilihan di atas ada kekuatan dan kelemahannya setelah mengambil kira faktor waris yang ada dan jumlah aset yang ibu bapa ada.

Sekiranya ibu bapa atau anak angkat memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi saya:

Abd Rahaman Rasid
as-Salihin Trustee Berhad
Tel/wasap: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Mengapa Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perancangan harta Islam, pemegangan amanah dan pentadbir harta pelanggan.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.
  • Ia dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Video Penerangan Sebab Orang Buat Wasiat

Sebab Orang Buat Wasiat

Pautan berkaitan:

Cara Buat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat

Hak Anak Angkat Terhadap Harta Pusaka Melalui Wasiat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com