Pentadbir Harta Pusaka – Masalahnya Ialah Pengurusan Harta Pusaka

Overview Isu Harta Pusaka Hari Ini – Wajib Dengar

Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid bukanlah isu. Isu atau masalah sebenar ialah melantik dan memilih pentadbir harta pusaka yang jujur dan berkemampuan.

Perbalahan dan perebutan harta pusaka di kalangan ahli keluarga hanyalah implikasi dan akibat dari kegagalan melantik pentadbir harta pusaka.

Bukan mudah waris nak uruskan harta pusaka yang terbeku selepas kematian ahli keluarga.

Bayangkan jika harta si mati melebihi RM2 juta kena pergi Mahkamah Tinggi, kena pakai lawyer, kena datang bicara kuasa.

Perkara Yang Menghantui Waris Mengenai Harta Pusaka

Jika harta si mati melebihi RM2 juta ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Jumlah harta pusaka melabihi RM2 juta akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi

Perkara-perkara yang selalui menghantui waris selepas kematian arwah:

  • Orang yang ada masa nak uruskan harta pusaka arwah?
  • Emak ada simpan senarai aset arwah?
  • Engkau tahu ke hutang si arwah? Siapa yang nak uruskan simpanan bank?
  • Along boleh uruskan hutang bank dan kad kredit si mati
  • Angah kau kenal lawyer yang ada pengalaman uruskan harta pusaka di Mahkamah Tinggi?
  • Berapa kos kena bayar dahulu kepada peguam untuk buka fail? RM5,000 atau RM10,000
  • Kat sini siapa boleh mendahulukan kos guaman
  • Siapa ahli keluarga yang boleh dipercayai mengurus dan membahagi harta arwah
  • Arwah kahwin dua dan ada anak-anak, siapa yang boleh tolong jumpa isteri nombor dua dan anak-anak mereka?
  • Boleh tanya imam masjid tu tahu ke dia hukum faraid?

Wasiat – Kaedah Terbaik Melantik Pentadbir Harta

Wasiat ialah satu dokumen yang dibuat oleh pewasiat mengenai pengurusan harta selepas kematiannya. Wasiat boleh dibuat dengan as-Salihin Trustee Berhad.
Wasiat ialah satu dokumen yang dibuat oleh pewasiat mengenai pengurusan hartanya selepas kematiannya

Membuat wasiat adalah cara terbaik menguruskan harta pusaka. Ini kerana dalam wasiat, pewasiat boleh menamakan sesiapa sebagai pentadbir harta pusaka dan pemegang amanah.

Pentadbir yang cekap hendaklah mengetahui perkara yang perlu dilakukan dengan harta pusaka.

Ini termasuklah menjelaskan semua hutang si mati dan membahagikan baki harta kepada waris mengikut hukum faraid atau sebarang persetujuan antara waris-waris.

Apa Pentingnya Wasiat?

Pada hari ini wasiat dikaitkan dengan pentadbiran harta pusaka – siapakah yang layak menguruskan harta pusaka yang terbeku selepas kematian pewasiat.

Pada prinsipnya waris yang melantik satu atau orang pentadbir yang akan mentadbir dan membahagi harta pusaka kepada waris yang berhak selepas dijelaskan hutang si mati.

Bagaimanapun di Malaysia, pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.

Jika jumlah harta si mati melebihi RM2 juta, maka pembahagiannya diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Bila berhadapan dengan mahkamah kita kena melantik peguam syariah kerana mereka yang berhadapan dengan hakim.

Melantik As-Salihin Trustee Bhd Sebagai Pentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat dan melantik as-Salihin sebagai pentadbir harta pusaka atau wasi adalah langkah yang bijak.

As-Salihin Trustee Bhd telah berada lebih 15 tahun di pasaran. Pengalaman itu membolehkan as-Salihin melaksanakan tugas sebagai wasi lebih cekap dan berkesan.

Waris-waris tidak perlu bersusah payah menguruskan harta pusaka si mati. Waris-waris tidak perlu turun naik Mahkamah Tinggi untuk membahagi harta pusaka.

Perlantikan pihak luar sebagai pentadbir harta pusaka ada risikonya. Ini terutama mereka tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan harta pusaka.

Risiko lain ialah ada kemungkinan pihak luar ini sibuk dan melambat-lambatkan kes untuk di bawa ke mahkamah.

Waris juga tak mahu risiko kes tuntutan ini terbiar apabila pihak luar meletakkan jawatan dalam tempat dia kerja dan berpindah ke tempat kerja lain atau bertukar profesion.

Kos pengurusan yang dikenakan oleh as-Salihin adalah telus dan munasabah. Bila kita melantik orang luar, ada kemungkinan kita dikenakan caj yang yang tidak munasabah.

Mereka yang bijak disyor membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Berhad atau syarikat amanah lain. Ini bagi mempastikan kecekapan pengurusan harta pusaka dapat dibahagikan kepada semua waris dalam masa yang paling cepat.

2 Matlamat dan 5 Sebab Orang Membuat Wasiat

Sebab Membuat Wasiat

Ingin Membuat Wasiat?

Sekiranya anda memutuskan mahu membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi kami:

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta
as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 2,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Enam Dalil Anda Patut Membuat Wasiat

Mengapa Memilih as-Salihin Trustee Berhad Dalam Urusan Perancangan Harta Dan Harta Pusaka?

Harta Pusaka Yang Halal Yang Boleh Difaraidkan Kepada Waris Faraid

Carilah Harta Pusaka Yang Halal

“Jika harta pusaka diperolehi secara haram, maka haramlah harta itu difaraidkan,” kata Ustaz Mohd Hafiz b. Hj Fauzi dalam ceramahnya di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Faraidkan harta yang halal sahaja.

Ceramah ugama Biarlah kita mencari harta yang halal semasa hidup dan janganlah kita memakan harta yang haram
Janganlah kita mengambil mudah harta yang dikumpulkan kerana kita akan ditanya dari mana harta diperolehi dan bagaimana harta itu dibelanjakan.

Banyak sumber harta haram – termasuklah harta yang dicuri, harta dari rasuah dan harta arwah ibu bapa yang diambil tanpa mengikut hukum faraid.

Waris juga dilarang mengambil harta pusaka si mati sekiranya si mati ada meninggalkan hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia.

Bagaimana kita sebagai ibu-bapa, boleh elakkan kaum keluarga kita daripada termakan harta haram?

Satu caranya ialah melantik orang yang amanah dan mahir yang boleh membahagikan harta pusaka kita mengikut secara Islam selepas kita meninggal dunia.

Cara yang paling mudah ialah membuat wasiat dan melantik orang dipercayai menguruskan harta pusaka selepas kematian kita.

Mewasiatkan Harta Pusaka Yang Halal

Islam menggalakkan menulis wasiat bagi memudahkan proses pembahagian harta pusaka yang halal
Membuat wasiat ialah perancangan pembahagian harta selepas kematian…

Ramai yang memandang ringan pasal wasiat. Kematian adalah pasti, hanya tak tahu bila.

Persediaan sebelum mati dapat membantu waris menguruskan harta si mati. Waris dapat mengetahui yang mana harta halal, yang mana harta haram.

Maklumat dalam wasiat seperti jumlah hutang dan kepada siapa si mati berhutang dapat membantu ‘menenangkan’ si mati di dalam kubur.

Malang sungguh mereka yang tidak sempat berwasiat.

“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.”

Hadis riwayat Ibn Majah. Dhaif

Hadis di atas menjelaskan galakan Rasulullah s.a.w supaya berwasiat, yang mana baginda melabelkan orang yang tidak sempat berwasiat sebagai orang yang malang.

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu.”

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Adakah Wasiat Harta Itu Wajib?

Membuat wasiat tidak diwajibkan dalam Islam, tetapi hukumnya mengikut situasi seseorang.

Wajib – jika ada tanggungjawap yang wajib dilaksanakan seperti zakat, haji, dan hutang dengan manusia. Jika tidak dinyatakan tanggungjawap itu dalam wasiat, ada risiko harta itu difaraidkan semuanya kepada waris.

Sunat – Jika berwasiat kepada kaum keluarga yang memerlukan sedangkan mereka ini tidak layak mendapat harta pusaka.

Peranan Wasiat Masa Kini

Wasiat dapat menentukan ke mana perginya harta selepas kita meninggal dunia.

Kita tentu mahu harta digunakan kepada jalan kebaikan.

Tiada siapa yang mahu harta menjadi bala kerana perebutan di kalangan waris. Kita tidak mahu harta yang halal menjadi haram kerana ada waris mengambil tanpa mengikut hukum faraid.

Cara yang terbaik ialah membuat wasiat dan melantik orang yang dipercayai menjadi pentadbir harta pusaka dan menguruskan harta mengikut arahan pewasiat serta berpegang kepada prinsip syariah dalam menguruskan harta pusaka.

Peranan wasiat adalah seperti berikut:

  • Pentadbir terlebih dahulu memanggil semua waris dan menerangkan arahan pewasiat dan hukum faraid
  • Waris membantu pentadbir mengenalpasti semua harta dan hutang si mati
  • Pentadbir mengenalpasti mana harta yang dihibahkan semasa hidup dan harta yang telah dijadikan harta sepencarian (jika ada),
  • Hutang si mati hendaklah diselesaikan oleh pentadbir (hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia,
  • Pentadbir melaksanakan 1/3 wasiat harta si mati (jika ada)
  • Baki harta pusaka hendaklah dibahagi kepada waris yang berhak atau sebarang persetujuan waris yang berlandaskan hukum Faraid.

Video Penerangan 2 Matlamat dan 5 Sebab Orang Membuat Wasiat

Mengapa Orang Suka Buat Wasiat

Cara Membuat Wasiat

Anda boleh menghubungi perunding wasiat di pasaran.

Jika anda mahukan perkhidmatan as-Salihin Trustee Berhad untuk menyediakan wasiat dan melantiknya sebagai wasi (pentadbir harta pusaka) sila hubungi saya:

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta, as-Salihin Trustee Berhad
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Pautan:

Enam Dalil Anda Patut Membuat Wasiat

Ilmu Faraid Dan Pembahagian Harta Pusaka

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Buat Wasiat Anak Angkat – Dapatkan Panduan Yang Betul Dari Syarikat Amanah

Artikel mengenai panduan membuat wasiat anak angkat dengan syarikat amanah as-Salihin Trustee berhad
Wasiat terakhir untuk anak angkat

Anda sedang mencari panduan membuat wasiat untuk anak angkat?

Sebelum itu, elok juga tonton Video ini kenapa ibu bapa angkat kena membuat wasiat untuk anak angkat.

@lubukrezeki Anak angkat tersisih dan dihalau oleh waris bila kematian ibu-bapa angkat. Harta satu sen pun tak dapat. Sayangi anak angkat. Buat wasiat dan berikan harta untuk anak angkat. #anakangkat #hakanakangkat #buatwasiat #wasiat #hartapusaka ♬ original sound – rahaman

Membuat wasiat untuk anak angkat dengan as-Salihin Trustee Berhad bukanlah susah.

Yang susah, ibu bapa angkat tidak membuat wasiat sebelum mati.

Wasiat hanyalah satu dokumen yang menyatakan apa harta yang hendak diberikan oleh ibu bapa angkat kepada anak angkatnya.

Dokumen wasiat bukanlah persetujuan yang mutlak. Selagi pewasiat masih hidup, wasiat seperti juga insurans hayat – ia tidak ada nilainya di segi undang-undang. Wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian ibu bapa angkat sahaja.

Hak Anak Angkat Ke Atas Harta Pusaka Ibu Bapa Angkat

Anak angkat mempunyai hak ke atas harta pusaka ibu bapa kandung tetapi tidak ke atas harta ibu bapa angkatnya. Ini kerana anak angkat bukan waris kerana tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya.

Bagaimanapun, dengan wasiat, anak angkat berhak menerima maksimum 1/3 daripada ibu bapa angkatnya tanpa boleh ditentang oleh waris.

Wasiat harta melebihi 1/3 harta dibolehkan sekiranya semua waris bersetuju.

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Ibu bapa angkat yang mahu membuat wasiat untuk anak angkat boleh berhubung dengan perancang harta Islam dari pejabat as-Salihin Trustee berhad.

Ibu bapa boleh mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk berjumpa. Berjumpa di pejabat as-Salihin pun boleh.

Berikut ialah panduan asasnya:

Harta Yang Hendak Diwasiatkan

Ibu bapa hendaklah menentukan secara spesifik harta yang nak diwasiatkan kepada anak angkatnya.

Contohnya, rumah di Jalan Bayam di Petaling Jaya diwasiatkan kepada anak angkat. Atau, wang sejumlah RM100,000 diwasiatkan kepada anak angkat.

Bagi memudahkan urusan pemberian harta pusaka kemudian hari, maka pewasiat hendaklah menyertakan dokumen hak milik harta itu dan akan dilampirkan bersama dengan wasiat.

Permohonan Membuat Wasiat Anak Angkat

As-Salihin ada menyediakan borang membuat wasiat. Dalam zaman online ini, borang membuat wasiat diisikan oleh Perancang harta atau agen as-Salihin.

Dalam borang permohonan wasiat itu, dokumen penting yang diperlukan ialah kad pengenalan wasiat, kad pengenalan anak angkat dan salinan hak milik harta yang hendak diwasiatkan.

Perlantikan Wasi Bagi Mentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat bukan sekadar pewasiat memberi arahan tetapi mesti ‘boleh bertindak’ bagi melaksanakan wasiat itu.

Pewasiat boleh mewasiatkan pewaris atau orang lain untuk menjadi wasi yang menguruskan harta pusakanya.

Dalam wasiat memberikan harta kepada anak angkat biasanya pewasiat akan melantik orang yang tidak ada kepentingan dengan harta pusaka iaitu contohnya syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad.

Perlantikan syarikat amanah sebagai wasi bagi memastikan harta pusaka ditadbirkan dengan cekap dan menunaikan hajat pewasiat.

Penyediaan Deraf Wasiat Anak Angkat

Apabila semua maklumat diterima daripada pewasiat, Perancang harta akan menyerahkan semua maklumat pewasiat kepada pejabat as-Salihin untuk disediakan deraf wasiat.

Biasanya tidak lebih seminggu, perancang harta akan menerima email bagi menyemak deraf pertama wasiat.

Perancang harta akan menyemak deraf wasiat dari segi arahan pewasiat. Sekiranya, ada kesilapan, deraf itu akan dikembalikan kepada as-Salihin.

Apabila Perancang harta berpuas hati dengan deraf wasiat, Perancang harta akan memanjangkannya kepada pewasiat untuk menyemak dan memberi persetujuan. Jika ada pindaan, perancang harta akan berhubung dengan pejabat as-Salihin untuk pembetulan.

Selepas dibetulkan deraf wasiat, as-Salihin akan menyediakan dokumen wasiat untuk ditandatangani.

Menandatangani Wasiat Dengan Dua Saksi

Wasiat boleh ditandatangani di pejabat as-Salihin atau di luar seperti di rumah pewasiat asalkan ada dua saksi lelaki Islam.

Biasanya pewasiat akan menjelaskan caj yang dikenakan oleh as-Salihin pada masa wasiat ditandatangani.

Wasiat yang lengkap ditandangi akan dibawa balik ke pajabat as-Salihin untuk daftar dan rekod.

Penyerahan Dokumen Wasiat

As-Salihin akan membuat salinan wasiat untuk diberikan kepada pewasiat. Salinan asal wasiat akan disimpan oleh as-Salihin untuk kegunaan masa depan.

Semasa penyerahan wasiat kepada pewasiat, as-Salihin akan memberikan dua Kad Wasiat.

Kad Wasiat yang mengandungi butiran wasiat ini boleh diberikan kepada waris terdekat bagi memudahkan waris berhubung dengan as-Salihin bila tiba masanya.

Pemindaan dan Pembatalan Wasiat

Pewasiat boleh meminda dan membatalkan wasiat pada bila-bila masa dengan memberitahu as-Salihin.

Mengapa Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan perancang harta, pewasian dan pentadbir harta pelanggannya.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • Institusi ini dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara. Beliau sangat mahir dalam pengurusan harta pusaka, harta sepencarian, hibah dan lain-lain produk perancangan Islam.
  • as-Salihin mempunyai Lembaga Syariahnya sendiri bagi memastikan dasar dan produk selari dengan prinsip syariah.

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Sebab Orang Membuat Wasiat

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya tuan puan memerlukan maklumat lanjut mengenai wasiat anak angkat, sila hubungi saya pada sebarang masa.

Abd Rahaman Rasid
Telefon: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 2,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

KUIZ RANCANG HARTA -UJI KEFAHAMAN

Jawap A atau B

Ibu bapa angkat kena buat wasiat harta kepada anak angkat
Wasiat Anak Angkat

Pautan Berkaitan

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Ada 5 Pilihan Pemberian Harta Kepada Anak Angkat Ibu Bapa Wajib Tahu!

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com