Pemilihan peguam lelong yang salah boleh menyebabkan pembeli rugi
Mesti Bijak Memilih Peguam Dalam Membeli Rumah Lelong
Ada pembeli yang gagal membeli rumah lelong kerana gagal memilih yang berpengalaman dan mahir dalam selok belok lelongan. Akhirnya, pembeli juga yang menanggung rugi.
Peguam yang mahir dan berpengalaman dapat membantu pembeli membeli rumah lelong dengan jayanya
Pembeli harus tahu dalam proses lelongan rumah, iaitu terdapat dua jenis lelongan iaitu Loan Agreement cum Assignment (Laca) iaitu unit hartanah belum mempunyai hak milik/strata dan dilelong bank melalui pelelong seperti pejabat lelong, dewan dan hotel, dan Non Laca iaitu unit rumah yang mempunyai hak milik/strata dan dilelong melalui mahkamah serta pejabat tanah.
Setiap jenis lelongan di atas mempunyai tempoh masa berbeza bagi menyelesaikan baki pembelian rumah lelong, iaitu antara 90 hari atau 120 hari sahaja.
Kebanyakan pembeli yang gagal dalam proses lelongan ialah kerana mereka tidak mendapat khidmat nasihat yang betul daripada peguam yang dilantik.
Pembeli boleh hilang wang pendahuluan 10% jika peguam tidak berpengalaman atau tidak mahir dalam lelongan.
Jika peguam gagal membuat kerja dalam tempoh masa yang diberi, maka yang terperangkap ialah pembeli.
Pembeli hendaklah peka dan mengambil tahu perkara asas membeli propertimlelong dan proses pembelian rumah lelong. Malah, pembeli mempunyai hak meminta peguam mempercepatkan proses pemilikan rumah lelong sebelum tamat tempoh.
Pilih peguam biasa dan mahir dengan urusan membeli hartanah lelong atau dalam bidang hartanah kerana pemilihan peguam sangat membantu dalam proses jual beli hartanah.
Oleh itu, proses pemilihan peguam yang betul sangat penting dalam menyempurnakan pemilikan rumah lelong dalam tempoh yang ditetapkan.
Tip Membeli Rumah Lelong
Ada peguam yang mahir dalam dokumen jual beli rumah (S&P), tetapi tidak mahir dengan perjanjian pinjaman dengan bank.
Pembeli boleh bertanya kepada bank yang terbabit sama ada mempunyai panel peguam kerana pembeli boleh menggunakan peguam bank itu.
Kelayakan membuat pinjaman dari bank perlu disemak oleh pembeli sebelum menyertai proses lelongan.
Seseorang pembeli perlu membuat kajian dahulu mengenai cara membeli hartanah lelong seperti carian persendirian ke atas rumah, memahami syarat jualan dan membuat susulan untuk, mempercepatkan proses pemilikan rumah lelongan berjalan lancar.
Perlu diketahui pembeli juga kena menanggung kos yuran penyelenggaraan dan penilaian jika ada, caj lain seperti cukai pintu dan yuran guaman.
Sebagai pembeli rumah lelong, beliau boleh memilih peguam yang dicadangkan oleh kawan-kawan, ahli keluarga atau mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan peguam terbabit.
Lima Langkah Perlu Diambil Sebelum Menyertai Lelongan
Kenalpasti Rumah Lelong
Bertemu dengan Pemaju dan Pejabat Tanah
Periksa Rumah Lelong dan Kawasan Sekitar
Dapatkan bantuan Peguam
Bersiap Sedia untuk Lelongan
Bagaimana Membeli Hartanah Lelong – Dapatkan Panduan Lengkap Di sini
Belajar cara membeli rumah lelong dari seorang usahawan hartatanah yang juga seorang peguam
Jika anda berminat menyertai bisnes rumah lelong, ini ada satu pautan yang bagus atau klik imej buku di atass
Wabak Covid-19 beri peluang orang berniaga online di Lazada
Sayur jual di Lazada? Tertarik saya membaca berita ‘Sayur Cameron dijual di Lazada’ dalam akhbar Sinar Harian, 30 Mac 2020.
Setahu saya, belum ada bahan-bahan mentah makanan seperti sayur jual di Lazada. Kebanyakannya yang dijual di Lazada ialah barang-barang seperti pakaian, barang eletrik dan peralatan komputer.
Sejak wabak Covid-19 banyak sayur di Cameron tidak dapat jual akibat PKP
Kesan Covid-19 Ke Atas Aktiviti Penanaman Sayur di Cameron Highlands
Akibat wabak virus Covid-19, kira-kira 2,300 pekebun sayur Cameron Highlands terjejas teruk sehingga mengalami kerugian sejuta ringgit sehari. Manakala pekebun bunga sudah rugi RM11 juta.
Ini kerana adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana bekalan sayur tidak dapat dipasarkan kerana banyak pusat-pusat pengedaran dan peruncitan sayur ditutup. Dan, orang ramai pun banyak berkurung di rumah.
Lazada mengambil inisiatif bagi membolehkan perniagaan sayuran terus berjalan melalui platform e-dagang. Bukan sahaja sayuran Cameron Highlands di jual di Lazada, malah keperluan barangan runcit.
Jika kita membuka portal Lazada barang-barang runcit banyak terjual di Lazada.
Kentang, bawang putih, bawang besar, terung, kobis, lobak merah, pisang, limau dan macam-macam lagi ada di jual di Lazada.
Akibat sibuk dan masa yang berharga terutama penduduk bandar, semakin banyak barang keperluan harian di jual di Lazada dan platform e-dagang yang lain seperti Shopee.
Dan trend ini semakin meningkat kerana sikap orang ramai terutama keselamatan bayaran dan penghantaran ke rumah semakin dipercayai.
Orang ramai semakin menyukai pembelian destinasi sehenti (one stop) untuk barangan runcit apa sahaja ada di dapur seperti beras, sayuran, daging, makanan laut, susu, gula, sardin, minyak, susu dan lain-lain lagi.
Peluang Berniaga Online Di Lazada
Peluang berniaga di Lazada tanpa pejabat
Semakin ramai orang membeli barang secara online, maka semakin banyak orang jual di Lazada atau Shopee dan sebagainya.
Pembeli dan penjual kena berdaftar secara percuma untuk menjual secara online.
Sebagai penjual online, asasnya anda kena akaun bank, komputer atau telefon bimbit dengan akses internet dan ada barang yang nak dijual.
Semakin ramai orang berniaga online di Lazada dan Shopee kerana semakin ramai orang yang bergantung kepada online untuk membeli belah.
Lazada juga memberi peluang kepada peniaga kecil atau orang yang mahu memulakan perniagaan walaupun tak ada modal nak sewa tempat berniaga.
Ada Telefon Bimbit, Dan Boleh Berniaga di Lazada
Pejabat mereka hanyalah di telefon bimbit. Yang gunakan komputer, pejabat mereka adalah di rumah atau restoren makanan segera seperti di Old Town atau di Kentucky Fried Chicken.
Transeksi perniagaan di Lazada pun mudah. Pembeli order barang online di Lazada dan membayarnya secara online ke Lazada.
Sebagai penjual, anda akan menghantar barang kepada pembeli. Penjual akan menerima bayaran setelah pembeli mengesahkan ia telah menerima barang.
Penjual tak perlu fikir bila nak bukak kedai. Ini kerana malam-malam pun ada orang order dan esoknya anda boleh pos gunakan Poslaju atau syarikat penghantaran yang lain.
Sebagai peniaga Lazada, kos overhead lain seperti bil api, bil air, insurans pejabat, gaji kaki tangan dan parking peniaga online tak perlu nak fikir kerana penjual tidak ada kedai fizikal.
Jika anda serious untuk berniaga di Lazada dan takda pengalaman, anda disyor memiliki ebook Bisnes Lazada.
Ebook Bisnes Lazada adalah satu permulaan yang betul dan bagus untuk berniaga di Lazada. Buku ini banyak mendedahkan tips jualan di Lazada termasuk cara upload produk di Lazada.
Ebook ini ditulis oleh orang yang berjaya berniaga di Lazada, jadi anda tak perlu buang masa try and error untuk berjaya di Lazada.
Anda boleh bankrap bila kena penalti yang besar dan penjara jika cuba menipu membayar cukai pendapatan.
Tidak bayar cukai pendapatan – boleh masuk penjara 6 bulan hingga setahun dan penalti dari RM200 hingga RM20K. Berbaloi tak tak membayar cukai?
Perbuatan mengelak dari membayar cukai adalah masalah besar di banyak negara. Mengelak dari membayar cukai adalah perkara terakhir yang anda boleh lakukan, sebab, jika anda tertangkap, denda yang dikenakan memang boleh buat anda jatuh bankrap!
Tidak Bayar Cukai Pendapatan – Kesalahan, Denda dan Penalti
Belajar cara kurangkan cukai pendapatan lebih berbaloi dari menipu membayar cukai pendapatan
Jenis Kesalahan
Peruntukan Di Bawah ACP 1967
Jumlah Denda (RM)
1. Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan
112(1)
200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
2. Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai
112(1)
200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
3. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan
113(1)(a)
1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
4. Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain
113(1)(b)
1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
5. Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai
114(1)
1,000 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
6. Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai
114(1A)
2,000.00 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya
7. Meninggalkan negara tanpa membayar cukai
115(1)
200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
8. Menganggu / menghalang pegawai LHDN menjalankan tugas
116
1,000 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya
9. Tidak menyimpan rekod
119A
300 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya
10.Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDN
120(1)
200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
11. Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan
120(1)
200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
11 jenis kesalahan yang berkaitan dengan pengurusan cukai pendapatan dengan LHDN
Anda mungkin tak terfikir impian anda boleh tercapai dengan buat bisnes di Shopee!
Cara menjual di Shopee – itu soalan yang selalu ditanya oleh peniaga online yang berhajat berniaga di Shopee.
Tetapi, sebelum anda tahu cara menjual di Shopee, anda mesti ada impian dahulu seperti memiliki kereta idaman BMW, rumah banglo, melancong dan mahukan anak berjaya hingga ke universiti. Dengan Shopee, InsyaAllah anda boleh mendapatnya.
Saya bukakan satu jalannya…
Realiti memiliki sebuah kereta BMW bermula dengan impian. Jika anda tiada impian pasti anda tidak akan memiliki BMW
Jika anda tahu cara menjual di Shopee – anda boleh menjana pendapatan tanpa had – mahu RM1,000, RM10,000 sebulan atau lebih – semua bergantung kepada usaha anda.
Anda hanya duduk di rumah dan berkawan dengan komputer dan telefon bimbit.
Anda tidak ada modal besar berniaga, tiada ramai kawan, tiada pengalaman berniaga – tetapi dengan Shopee anda tidak memerlukan modal besar dan di Shopee ada berjuta pembeli.
Cara Menjual di Shopee – Bisnes Dari Rumah
Bila sebut berniaga, maka terbayang kena sewa pejabat, kena renovation pejabat, kena pasang aircond, bayar insuran pejabat, kena sediakan pekerja, kena bayar bil eletrik dan bil air.
Pejabat pula jauh dari rumah, jadi kena bayar duit minyak kereta dan parking.
Sekarang banyak orang shopping online seperti di Lazada dan Shopee. Jadi anda boleh menjalankan perniagaan online dengan Shopee dari rumah sahaja. Tak perlu fikir lagi pasal pejabat; bayar bil air letrik, petrol dan parking.
Cara Menjual di Shopee – Urusniga Selamat
Cara menjual di Shopee selamat.
Antara isu berniaga online ialah penipuan pengguna. Ada pengguna membayar wang tetapi barang tak dapat atau lewat diterima. Ada yang membeli barang tetapi tidak berkualiti, atau lain yang dibeli, lain yang sampai.
Pembeli yang setuju membeli akan membayar kepada Shopee dahulu sebagai pemegang amanah. Shopee akan memberi tahu penjual yang pembeli telah membayar dan Shopee akan memaklumkan penjual yang bayaran telah dibuat oleh pembeli.
Penjual menghantar barang dengan memasukkan tracking number ke dalam sistem Shopee. Pembeli menerima barang dan memaklumkan kepada Shopee. Shopee akan memasukkan hasil jualan ke wallet penjual.
Shopee – Pasar Online Terbesar Di Malaysia
Seperti MidValley, KLCC dan Sogo – pembeli dan penjualnya ramai. Orang suka berniaga tempat yang ramai orang.
Dalam bisnes online, Shopee ialah marketplace atau tempat orang menjual dan membeli secara online antara yang terbesar di Malaysia.
Makin hari makin ramai yang mula tahu tentang Shopee dan membeli belah secara online di Shopee terutama generasi muda yang berumur 20-an dan 30-an.
Mulakan Perniagaan Dropship Di Shopee
Dropship adalah perniagaan popular, lumayan dan senang. Bayangkan anda senarai 50-100 produk dropship.
Tetapi bukan senang nak cari pembekal dropship yang boleh dipercayai. Mungkin barang tak dihantar kepada pembeli walaupun kos telah dibayar kepada dropshipper.
Tetapi di Shopee ada beberapa top dropshipper yang ada ikatan perniagaan dengan Shopee. Jadi anda lebih yakin berniaga dengan dropshipper ini.
Barangan dropshipper ada beratus dan mungkin beribu iaitu dari pakaian kanak-kanak, peralatan rumah, kesihatan, barang komputer, buku dan barang permainan.
Apa yang anda perlu buat ialah daftar dengan dropshipper, link kan akaun anda di Shopee dengan droshipper. Itu sahaja.
Bisnes Online di Shopee Percuma
Dengan telefon bimbit anda bukan sahaja boleh shopping di Shopee, malah berniaga di Shopee
Setengah tempat untuk berniaga dikenakan bayaran beratus ringgit untuk join. Lepas itu ada komisyen jualan yang dikenakan ke atas penjual. Bagi peniaga baru mereka tak suka. Belum berniaga dan belum untung dah kena keluar duit untuk join.
Tetapi di Shopee, berniaga atau bisnes di situ tidak ada bayaran masuk atau membayar komisyen jualan. Baguskan? Lepas itu, berniaga tak perlu daftar SSM, maklumlah baru belajar nak niaga.
Tapi sekarang baru dikenakan caj perkhidmatan 1% atas jualan. Tapi ia masih rendah. Lagi pun kos ini biasa diserap pada harga jualan di Shopee.
Cara Menjual Di Shopee – Boleh Jual Banyak Barang
Di Shopee anda boleh menjual banyak barang yang anda suka. Lagi banyak barang anda, lagi banyak peluang anda buat duit di Shopee. Bestkan!
Mudahnya Cara Menjual Online di Shopee
Sekarang zaman online, kebanyakan golongan muda lebih suka berniaga dan membeli online. Kebanyakan orang sibuk dan tidak punya masa nak ke pasaraya. Sambil duduk di rumah atau di opis pun boleh shopping. Semua di hujung jari.
Jika anda cekap gunakan telefon bimbit, anda tiada masalah berurusniaga di Shoppe. Anda boleh download aplikasi Shopee dari handphon. Semua ada di aplikasi – pendaftaran, listing barang, pembelian, jual produk, edit listing, mengurus order, melihat hasil jualan, dan memindahkan hasil jualan ke bank.
Bila anda berdaftar dengan Shopee sebagai pembeli anda boleh menjual. Jadi anda tidak perlu daftar dua kali.
Membina Nama Sebagai Penjual Terbaik
Setengah pembeli tak mahu membeli online kerana tidak mengenali penjual walaupun penjual itu jujur.
Tetapi di Shopee anda boleh menjadi penjual yang dipercayai. Ini kerana setiap pembeli kena membuat rating ke atas penjual selepas membeli barang.
Rating bermula dari satu bintang hingga lima bintang. 5 bintang menggambarkan anda penjual terbaik berbanding 4-3-2-1 bintang. Rating mungkin berdasarkan kecekapan anda mengepos barang, melayani pertanyaan pembeli dan produk berkualiti.
Mudahnya Menerima dan Membuat Pembayaran Bank
Bisnes biasa melibatkan pemindahan wang antara bank-bank. Ini boleh menyulitkan setengah orang dan mungkin ada caj pemindahan wang antara bank.
Hampir semua bank ada dalam Shopee. Jadi anda sebagai penjual atau pembeli boleh meletakkan bank dan nombor akaun anda dalam Shopee tanpa memikirkan bank pembeli atau bank penjual.
Khidmat Pelanggan 24 Jam Sehari di Shopee
Setiap perniagaan mesti berhadapan dengan pembekal, bekalan barang, pelanggan, pembayaran dan pengeposan. Sekiranya ada masalah, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Shopee yang akan membantu anda kurang dari tempoh 24 jam.
Hanya klik link support, anda boleh menghantar mesej melalui Shopee Apps, email atau anda bercakap dengan pegawai bertugas, talian hotline juga ada disertakan.
Cara Pemasaran Dan Iklan Yang Hebat di Shopee
Produk tidak akan laku tanpa sistem pemasaran dan pengiklanan yang berkesan. Shopee menyediakan ruang pemasaran dan pengiklanan yang hebat bagi membolehkan peniaga bersaing dengan pesaing dalam Shopee dan luar Shopee (Lazada dan 11 Street Malaysia).
Ada 4 bentuk pemasaran dan pengiklanan di Shopee: – Iklan shopee – menyamai Google Ads dan Fbads. Ini tidak termasuk menyediakan ruang percuma 12-16 keyword bagi memudahkan carian di Google.
– Kemudahan pemberian diskaun- Membuat baucer di Shopee bagi meningkatkan jualan – Sale atau jualan pada hari-hari tertentu yang ditetapkan oleh Shopee – Peluang memberi penghantaran percuma kepada urusniaga yang layak
Carian Mesra Google
Sungguhpun dah berbulan kita membuat laman web produk, tetapi lambat tersenarai dalam carian Google atau tidak jumpa langsung.
Tetapi ada juga carian yang cepat keluar di Google dan boleh duduk di muka pertama Google tanpa kos iklan Facebook atau Google Ads. Ini dinamakan ‘mesra Google’ atau dalam bahasa internet dipanggil SEO (search engine Ootimization).
Jadi SEO amat penting untuk promote produk.
Jika tuan membuat penyenaraian (listing) produk di Shopee, seorang pembeli boleh jumpa produk anda dalam dua carian: carian di portal Shopee atau carian di Google. Baguskan?
Dalam skrinshot di atas, saya mencari “ubat gatal kulit” di Google, maka saya mendapati produk di atas boleh diperolehi di Shopee, dan link produk itu ialah:
Adakah anda tahu LHDN akan kenakan penalti 200% atas amaun terkurang lapur pendapatan sebenar?
Denda dan Penjara – Akibat Tidak Membayar Cukai Pendapatan
Akibat tidak bayar cukai pendapatan, anda boleh masuk penjara dan kena penaliti hingga 300% dari cukai yang patut kena bayar.
Anda patut belajar cara nak kurangkan bayar cukai pendapatan dengan melihat kepada perkara-perkara yang boleh dikecualikan dari cukai.
Ada seorang kawan saya menjalankan gerai makanan lebih 10 tahun tetapi tidak pernah membayar cukai.
Tiba-tiba beliau menerima notis dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya bayar cukai RM250,000 akibat tidak membayar cukai pendapatan.
Macam mana nak settle tu?
Kalau didakwa memang terpaksa bayar cukai RM250,000 tinggi tu. Kalau takut bayar RM250,000 kena tunjuklah resit pendapatan dan perbelanjaan selama 10 tahun itu. Ada simpan ke? Kalau simpan, lepas kira mungkin tak kena bayar banyak tu!
Habis macam mana LHDN dapat angka RM250,000 tu? Apa susah? Tentu ada orang yang sakit hati report yang si anu tu tak bayar cukai pendapatan.
Apa susah, tentu ada pegawai LHDN duduk kat gerai tu – gi breakfast, gi lunch, gi minum petang. Mana kita kenal pegawai LHDN kan?
Pegawai LHDN pun boleh agak berapa bisnes satu hari dengan tengok orang keluar masuk gerai. Apa susah nak anggar jualan sehari -secara purata orang breakfast RM6.00, lunch RM10.00 dan minum petang RM4.00
Kewajipan Membayar Cukai Pendapatan Perniagaan
Mengikut Seksyen 77A(1) Akta Cukai Pendapatan – ia menetapkan setiap syarikat, badan amanah atau koperasi supaya menghantar borang cukai dalam tempoh tujuh bulan selepas penutupan tempoh perakaunan.
Tahniah kepada mereka yang patuh hantar borang setiap tahun. Kepada yang tak patuh, harap anda tidak terkantoi dengan kehadiran pegawai LHDN. Penaltinya cukup tinggi dan tak berbaloi membayarnya..
Cara Syarikat Di Malaysia Lari Cukai Perniagaan – Harus Tahu Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan
Hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan di firma audit, ada beberapa trick yang diamal oleh syarikat Malaysia untuk kurangkan cukai pendapatan. Mereka ni jenis yang hantar borang cukai tetapi ‘berusaha’ untuk kurangkan bayaran cukai.
1. Buat Banyak Syarikat
Sekarang kita dah kembali ke zaman SST menggantikan GST. Bagi cukai SST, ia cukai yang dikenakan ke atas harga pengeluaran dari kilang.
Syarikat yang makin membesar biasanya sengaja buat tax planning dengan menubuhkan beberapa anak syarikat (subsidiari) dengan niat untuk kurangkan bayar cukai.
Syarikat pengilang akan berusaha kurangkan kos di peringkat awal supaya cukai SST yang dibayar jadi rendah.
Tetapi dalam masa sama, ia mempunyai syarikat-syarikat lain yang berkaitan antara satu sama lain dan mengambil kesempatan dengan menaikkan kembali harga barang. Contohnya : Apabila produk telah dikeluarkan, syarikat pengilang A jual kepada syarikat pemasaran B (subsidiari) dengan harga RM20,000.
Kemudiannya, produk tadi akan dijual ke dalam pasaran dengan harga yang lebih tinggi, katakan RM70,000. Jadi, cukai SST yang dikenakan adalah atas RM20,000 bukannya RM70,000.
Syarikat pengilangan A akan dikenakan cukai pendapatan syarikat 18% ke 24% (mengikut modal berbayar syarikat) ke atas kadar untung bersih yang lebih kecil. Yalah, dah dia jual murah-murah je dekat syarikat pemasaran B, sah-sah untung pun lebih kecil.
Syarikat pemasaran B yang ditubuhkan oleh pengilang A tu pula untung dah jadi tinggi . Tapi dia boleh kurangkan cukai dengan tinggikan belanja. Itu kalau dia buat satu syarikat pemasaran. Kalau 10? Akhirnya taukeh kilang A juga yang untung besar.
2. Kaedah-Kaedah Klasik (illegal)
Kaedah klasik yang masih diamalkan adalah seperti :
Palsukan perbelanjaan (Contoh: tuntut kos renovasi opis, padahal itu resit-resit kerja renovasi rumah pengarah)
Palsukan pembelian (Contoh : reka invois pembelian palsu dan duit akhirnya masuk ke akaun pengarah syarikat)
Beli aset atas nama syarikat (sebenarnya untuk kegunaan peribadi)
Aset syarikat dah jual tetapi masih tuntut Elaun Modal
3. Beli Barang atau Stok Dari Luar Negara
Ini pun kategori palsuka belian tetapi advance sikit. Kononnya syarikat beli barang dari luar negara tetapi itu pun syarikat dia juga. Jenis ni memang confident pihak LHDN takkan check entiti luar negara.
4. Buat Dua Set Akaun Perniagaan
Cara ni agak agresif. Syarikat akan buat satu set akaun yang betul dan satu lagi set akaun yang tipu.
Yang akan dilapor kepada pihak LHDN sudah tentu set akaun yang tipu tadi. Di zaman yang serba moden ni kita tak akan terkejut kalau ada perisian perakaunan yang mampu buat benda ni secara automatik.
Sampai Bila Nak Tipu LHDN Income Tax – Harus Tahu Akibat Tidak Membayar Cukai Pendapatan
Soal income tax ini tak boleh main-main terutama yang menjalankan perniagaan yang melebihi RM50,000 atau RM100,000 dan lebih.
Jika anda mati pun kena dapat surat pelepasan LHDN sebelum harta anda tunai dan properti nak diagihkan kepada waris-waris. Jadi macam mana nak lari?
Berita baik untuk pembayar cukai terutama yang menjalankan perniagaan. Baca artikel ini:
Biarkan testimoni pelanggan tolong menjual produk anda!
Ramai tak sedar testimoni produk mampu tingkatkan jualan online.
Sebahagian pengguna mahukan testimoni produk sebagai bukti sebelum membeli produk khususnya jualan online di mana mereka tidak berhadapan dengan penjual.
Biarkan testimoni pelanggan membantu meningkatkan jualan online anda
Dapatkan Testimoni Produk Daripada Pelanggan Untuk Tingkatkan Jualan Onlie
Katakan anda seorang penjual, bila anda berjaya menjual satu barang, lepas seminggu atau sebulan cuba tanya pembeli itu apa kebaikan selepas menggunakan barangan tersebut.
Jika anda berjaya dapat tiga maklum balas pelanggan, ia sudah cukup bagus. Testimoni produk boleh berbentuk screenshot, video atau email.
Untuk dapatkan screenshot, suruh dia wasap kepada anda. Anda hanya hendak dua perkara sahaja:
Keadaan sebelum menggunakan produk anda
Kesan selepas menggunakan produk anda.
Lepas itu, anda boleh buat screeshot respon pelanggan dan jadikan testimoni produk. Anda boleh tambah nombor telefon anda pada screenshot bagi memudahkan prospek hubungi anda.
Anda juga boleh berjumpa pelanggan dan merekodkan testimoni produk dengan merakam video.
Screenshot dan video itu boleh dimuat naik dalam surat jualan, artikel, Facebook, Twitter dan Youtube untuk ditunjukkan kepada prospek.
IsyaAllah jualan online anda akan meningkat…
cara buat bisnes di lazada
Di bawah ini saya tunjukkan contoh testimoni pelanggan berbentuk screenshot dan video.
Bentuk Testimoni Dari Pelanggan
Anda boleh berkongsi testimoni pelanggan dalam bentuk video dan screenshot.
1. Testimoni Screenshot Produk Ozpure
Di sini saya tunjuk screenshot wasap dari pelanggan yang membeli produk Ozpure. Ozpure ialah krim minyak zaitun bagi menghilangkan gatal kulit samada kena ekzema, gatal-gatal pada kemaluan dan kurap.
Tentu testimoni di bawah ada kesan ke atas jualan online Ozpure kan?
Saya tunjuk satu lagi screenshot wasap pelanggan yang membeli produk Xgene Royale. Ia membantu meningkatkan jualan online saya.
Xgene Royale ialah krim belaian zakar bagi menjaga kesihatan dan prestasi zakar. Satu-satu krim yang tidak ada pesaing di pasaran. Keunikan Xgene Royale ialah ia hasil formula Dr Ismail Tambi, pakar sakit tuan. Dah 5 tahun di pasaran.
Pada awalnya saya gunakan banyak testimoni pelanggan kerana ia produk baru. Jika anda baca testimoni, anda pun mungkin telefon saya lepas ni macam mana nak beli!
Testimoni yang berbentuk video adalah mengenai produk Doxtecream. Doxtecream ialah krim yang disapu pada lutut atau bahagian lain yang sakit.
Testimoni video ini menceritakan pengalaman makcik di atas yang krim Doxtecream ini telah membaiki masalah yang beliau hadapi selama ini.
Testimoni berbentuk video mampu meningkatkan jualan online anda juga.
Cubalah Dua Tip Di Atas Untuk Tingkat Jualan Online
Jadi bila anda menulis artikel anda mesti masukkan skrin shot wasap testimoni pelanggan dan tulis sikit ringkasan testimoni ini pada artikel itu.
Tawaran Istimewa Bagi Peminat Bisnes Affiliate!
Anda nak blog ready made dengan 20 artikel affiliate?
Ya, dengan pelaburan RM140 anda akan terima blog yang sudah siap dengan lebih 20 artikel yang sedia untuk dipromotekan.
20 artikel ini mengandungi link affiliate dan anda boleh terus promote di Facebook. Apabila ada jualan anda terima 40% komisyen dan terus masuk ke akaun anda.
Saya dah pilih produk yang nak dijual dan sekarang nak buat artikel jualan. Di sini saya buat dua kali search dengan meletakkan carian berkenaan produk itu. (biasa 4-5 kali)
Carian Pertama: keyword ‘kitab tafsir quran’
Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume
Carian ke-2 keyword ‘kitab tafsir ibnu katsir’
Keyword top: tafsir al Quran – 8,100 volume
Bagaimana Saya Menggunakan Keyword popular Bagi Menulis Artikel
Pemilihan Keyword
Volume keyword yang paling top dari dua carian di atas ialah tafsir al Quran dengan jumlah carian 8,100 volume. Jadi saya gunakan keyword tersebut dalam menulis artikel saya.
Cara Meletakkan Keyword Dalam Artikel
Keyword tafsir al Quran diletakkan di tempat berikut:
Tajuk besar (heading -H1) – selitkan tafsir al Quran pada tajuk
Tajuk kecil (sub heading -H2). Jika ada 3-4 sub heading, maka selitkan 1 atau 2 keyword dalam H2. Yang lain tak perlu.
Kandungan artikel (body) – letakkan 3-6 keywordtafsir al Quran sekiranya panjang artikel 300-500 perkataan
Tulisan ini hanya memberi pendedahan awal bagaimana kita membuat artikel berdasarkan keyword.
Ingat saya kata, keyword ialah carian yang kerap dibuat oleh pelayar-pelayar Google.
Keberkesanan Menulis Artikel Perniagaan
Keberkesanan menulis artikel perniagaan boleh diukur dari jualan kita.
Jika anda seorang affiliate marketer, keberkesanan menulis boleh diukur berapa banyak anda mendapat komisen sebulan.
Jika anda menjual produk kesihatan dan jualan meningkat dari masa ke masa – bermakna artikel anda berkesan.
Kedudukan ranking artikel anda akan sentiasa tinggi kerana artikel ditulis berasaskan apa yang Mr Google suka cari.