Kami sekeluarga mempercayai minuman Se7en adalah satu daripada cara mengatasi Covid-19. Di sini kami nak syer pengalaman setelah mengamalkan minuman atau jus Se7en.
Kami suami isteri sahaja yang tidak kena jangkitan Covid-19. Anak, menantu dan dua cucu telah positif Covid. Mereka duduk serumah bersama kami.
Kami yakin dengan amalan meminum Se7en telah mencegah kami berdua daripada terkena Covid. Sejak itu, kami menyuruh anak dan menantu minum Se7en.
Mengapa kami yakin Se7en bagus untuk mencegah dan mengatasi Covid 19? Ceritanya beginiā¦
Sekarang kelapa muda sangat laku. Ada yang menyimpan banyak stok buah kelapa kat rumah.
Di supermarket, jika datang tengahari kelapa muda habis dijual.
Di katakan air kelapa muda bagus untuk melawan Covid-19 walaupun belum ada penemuan saintifik terhadapnya.
Orang mencampurkan madu, air lemon dan garam ke dalam air kepala muda sebelum meminumnya.
Jika diperhatikan, lemon dan madu adalah bahan yang kaya dengan ANTI-OKSIDAN.
Bahan anti oksidan dikatakan bagus untuk mencegah penyakit. Tuan boleh Google pasal bahan anti-oksidan.
Kita mendapati lemon dan madu ada dalam jus SE7EN. Malah dalam jus Se7en ada tambahan halia, bawang putih dan jus epal.
Jika kita search, lemon, madu, halia, bawang putih, jus epal juga kaya dengan bahan anti-oksidan. Bahan anti oksidan bagus untuk mencegah dan melawan penyakit.
Kami yang berumur 60-an telah amalkan minuman kesihatan Se7en sejak tujuh tahun lepas.
Kami yakin, semakin kita tua kita memerlukan bahan makanan tambahan terbaik yang boleh mencegah dan mengawal sebarang penyakit.
Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubat.
Jika kita percaya lemon, madu, halia, bawang putih dan epal bagus untuk penjagaan kesihatan, maka amalkan Se7en. Ini kerana dalam sebotol Se7en sudah ada semua bahan-bahan di atas.
Setiap pagi hanya minum satu cup jus Se7en yang disimpan dalam peti sejuk.
InsyaAllah ia bagus untuk menjaga kesihatan termasuk mencegah Covid.
Hubungi saya Rahaman 013 366 1242 untuk dapatkan bekalan Se7en.
Produk Minuman Khasiat Se7en
Minuman cecair Se7en terdapat dalam botol plastik. Ada tiga botol Se7en dalam satu kotak. Satu kotak disyorkan untuk kegunaan sebulan.
Dalam satu kotak ada 3 botol
Minuman Kesihatan Se7en
Satu Cup Minuman Se7en Sehari Untuk Mengatasi Covid 19
Satu hari hanya memerlukan satu cup Se7en sahaja. Waktu yang terbaik minum ialah waktu pagi sebelum sarapan pagi.
Satu cup sehari
Cara Minum Se7en
Lima Bahan Dalam Minuman Se7en
Ada lima bahan dalam jus Se7en, iaitu perahan halia, perahan bawang putih, perahan buah lemon, jus epal dan madu.
Disclaimer
Pengalaman meminum Se7en bagi mengatasi Covid 19 adalah pengalaman penulis sahaja. Ia tidak menjamin apabila minum Se7en, Covid 19 akan dapat dicegah. Ini kerana pengalaman adalah berbeza bagi setiap orang minum Se7en. Se7en adalah minuman kesihatan kerana bahan-bahan halia, bawang putih, lemon, jus epal dan madu adalah bagus untuk kesihatan. Bahan-bahan ini kaya dengan antioksidan. Oksidan dikatakan bagus untuk mencegah pelbagai penyakit,
Wabak Covid-19 beri peluang orang berniaga online di Lazada
Sayur jual di Lazada? Tertarik saya membaca berita ‘Sayur Cameron dijual di Lazada’ dalam akhbar Sinar Harian, 30 Mac 2020.
Setahu saya, belum ada bahan-bahan mentah makanan seperti sayur jual di Lazada. Kebanyakannya yang dijual di Lazada ialah barang-barang seperti pakaian, barang eletrik dan peralatan komputer.
Sejak wabak Covid-19 banyak sayur di Cameron tidak dapat jual akibat PKP
Kesan Covid-19 Ke Atas Aktiviti Penanaman Sayur di Cameron Highlands
Akibat wabak virus Covid-19, kira-kira 2,300 pekebun sayur Cameron Highlands terjejas teruk sehingga mengalami kerugian sejuta ringgit sehari. Manakala pekebun bunga sudah rugi RM11 juta.
Ini kerana adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana bekalan sayur tidak dapat dipasarkan kerana banyak pusat-pusat pengedaran dan peruncitan sayur ditutup. Dan, orang ramai pun banyak berkurung di rumah.
Lazada mengambil inisiatif bagi membolehkan perniagaan sayuran terus berjalan melalui platform e-dagang. Bukan sahaja sayuran Cameron Highlands di jual di Lazada, malah keperluan barangan runcit.
Jika kita membuka portal Lazada barang-barang runcit banyak terjual di Lazada.
Kentang, bawang putih, bawang besar, terung, kobis, lobak merah, pisang, limau dan macam-macam lagi ada di jual di Lazada.
Akibat sibuk dan masa yang berharga terutama penduduk bandar, semakin banyak barang keperluan harian di jual di Lazada dan platform e-dagang yang lain seperti Shopee.
Dan trend ini semakin meningkat kerana sikap orang ramai terutama keselamatan bayaran dan penghantaran ke rumah semakin dipercayai.
Orang ramai semakin menyukai pembelian destinasi sehenti (one stop) untuk barangan runcit apa sahaja ada di dapur seperti beras, sayuran, daging, makanan laut, susu, gula, sardin, minyak, susu dan lain-lain lagi.
Peluang Berniaga Online Di Lazada
Peluang berniaga di Lazada tanpa pejabat
Semakin ramai orang membeli barang secara online, maka semakin banyak orang jual di Lazada atau Shopee dan sebagainya.
Pembeli dan penjual kena berdaftar secara percuma untuk menjual secara online.
Sebagai penjual online, asasnya anda kena akaun bank, komputer atau telefon bimbit dengan akses internet dan ada barang yang nak dijual.
Semakin ramai orang berniaga online di Lazada dan Shopee kerana semakin ramai orang yang bergantung kepada online untuk membeli belah.
Lazada juga memberi peluang kepada peniaga kecil atau orang yang mahu memulakan perniagaan walaupun tak ada modal nak sewa tempat berniaga.
Ada Telefon Bimbit, Dan Boleh Berniaga di Lazada
Pejabat mereka hanyalah di telefon bimbit. Yang gunakan komputer, pejabat mereka adalah di rumah atau restoren makanan segera seperti di Old Town atau di Kentucky Fried Chicken.
Transeksi perniagaan di Lazada pun mudah. Pembeli order barang online di Lazada dan membayarnya secara online ke Lazada.
Sebagai penjual, anda akan menghantar barang kepada pembeli. Penjual akan menerima bayaran setelah pembeli mengesahkan ia telah menerima barang.
Penjual tak perlu fikir bila nak bukak kedai. Ini kerana malam-malam pun ada orang order dan esoknya anda boleh pos gunakan Poslaju atau syarikat penghantaran yang lain.
Sebagai peniaga Lazada, kos overhead lain seperti bil api, bil air, insurans pejabat, gaji kaki tangan dan parking peniaga online tak perlu nak fikir kerana penjual tidak ada kedai fizikal.
Jika anda serious untuk berniaga di Lazada dan takda pengalaman, anda disyor memiliki ebook Bisnes Lazada.
Ebook Bisnes Lazada adalah satu permulaan yang betul dan bagus untuk berniaga di Lazada. Buku ini banyak mendedahkan tips jualan di Lazada termasuk cara upload produk di Lazada.
Ebook ini ditulis oleh orang yang berjaya berniaga di Lazada, jadi anda tak perlu buang masa try and error untuk berjaya di Lazada.
Kesan wabak Covid-19 telah memelesetkan sektor pelancongan dan perhotelan negara dan dunia.
Sejak Januari 2020, koronavirus atau Covid-19 ibarat satu malapetaka yang melanda industri perhotelan dan pelancongan dunia dan tempatan.
Industri yang berkaitan dengan perhotelan seperti industri penerbangan dan pelancongan domestik turut menerima kesan dahsyat virus Covid-19.
Akibat virus Covid-19 banyak hotel lumpuh kerana ketiadaan pelancong asing datang
Mr Yap Lip Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata, pada peringkat pertama, industri perhotelan menerima pembatalan tempahan bilik secara mendadak dan hingga kini ia telah mencecah 193,000 bilik dengan nilai kerugian lebih RM75 juta.
Katanya lagi, dalam tempoh 14 hari kawalan pergerakan, hampir semua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Dalam tempoh itu, dianggarkan kerugian pendapatan industri hotel lebih daripada RM500 juta.
Buat masa ini, objektif utama pengusaha hotel ialah untuk meneruskan operasi dalam keadaan kerugian yang paling rendah di mana kos upah dan gaji adalah antara yang paling besar kata Mr Yap.
Peluang cari duit musim Covid-19
Pekerja Perhotelan Diberhenti Kesan Wabak Covid-19
Berdasarkan sumber MAH, setakat 20 Mac 2020, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan, dan anggaran kerugian pendapatan industri hotel berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sebanyak RM560 juta.
Industri perhotelan di Kuala Lumpur paling terkesan dengan kerugian bernilai RM24 juta diikuti Sabah RM11 juta dan Selangor RM9 juta.
Mr Yap telah ditanya langkah-langkah yang diambil oleh MAH bagi meminimumkan kerugian dan pelan untuk menghidupkan sektor perhotelan. Beliau menjawab, pihak persatuan telah memberi maklum balas dan idea kepada kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.
MAH yang mewakili industri perhotelan mengadakan rundingan diskaun dengan pembekal-pembekal servis kepada hotel-hotel bagi mengurangkan kos operasi hotel.
MAH berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih bantuan kewangan kepada industri dengan beban dan kekangan aliran tunai yang serius.
15,000 Kehilangan Pekerjaan Dalam Sektor Pelancongan dan Perhotelan
Mengikut wawancara bertajuk ‘650,000 Majikan Bagai Telur Dihujung Tanduk’, pada 19 April 2020 dengan Datuk Shamsudin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), beliau menyebut sehingga akhir Mac 2020, ada kira-kira 15,000 orang kehilangan pekerjaan terutama sektor pelancongan dan perhotelan.
Katanya, dalam sektor pelancongan sendiri, lebih 1,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan.
Kesan Covid-19 Ke Atas Sektor Penerbangan
Syarikat Penerbangan Malaysian Airline Mungkin Ditutup
Sinar Ahad 14 Jun 2020
Kerajaan PN telah mengumumkan yang tidak akan membantu syarikat penerbangan tempatan yang terjejas teruk akibat Covid-19. Ini kerana mereka adalah syarikat milik swasta.
Syarikat Penerbangan Akan Membuang 1,000 Pekerja
Sinar Ahad 14 Jun 2020
Kira-kira 1,000 pekerja syarikat penerbangan negara akan dibuang kerja sekiranya Kerajaan tidak membantu menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang terjejas teruk dengan Covid-19.
Sektor Pelancongan Terjejas Kerana Kawalan Pergerakan Seluruh Dunia
Sementara itu, Datuk Tan Kok Liang, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), berkata, sektor pelancongan amat terkesan dan mengalami kemerosotan teruk akibat wabak Covid-19.
Katanya, pada bulan Mac pendapatan sektor pelancongan merosot disebabkan oleh banyak pembatalan tempahan pelancongan dari dalam dan luar negara yang disebabkan oleh kawalan pergerakan di Malaysia dan juga di luar negara.
Untuk bulan April, Mei dan Jun kita harus tunggu dan lihat sama ada virus Covid-19 ini dapat dikawal, kata Datuk Tan. Sekiranya dapat dikawal, kita akan dapat melihat pemulihan perlahan-lahan bermula bulan Julai hingga Disember 2020. Ada kemungkinan Malaysia akan dapat kembali pulih tahun depan.
Menurut Datuk Tan, pihak MATTA akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung masalah utama iaitu aliran tunai yang teruj dan keputusan berkaitan para pekerja.
MATTA akan menulis kepada kerajaan sekiranya terdapat skim pengekalan pekerja. Di United Kingdom misalnya, 80% gaji ditanggung oleh kerajaan, dan MATTA mencadangkan 60 peratus gaji ditanggung kerajaan.
Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kesan Wabak Covid-19
Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kerana Wabak Coronavirus Covi-19
Beliau berkata, keputusan oleh Kementerian Pelancongan untuk membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 adalah keputusan tepat kerana buat masa ini kempen tersebut tidak mampu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Ditanya mampukah industri pelancongan dan perhotelan negara kembali pulih seperti sedia kala sekiranya virus Covid-19 berjaya dikawal, beliau menegaskan pelancongan dan pengembaraan merupakan satu gaya hidup.
Menurut Datuk Tan, sekiranya wabak Covid-19 berjaya diatasi, keyakinan untuk mengembara pasti akan pulih. Tetapi apa yang tidak pasti ialah bila wabak ini akan berakhir. Beliau harap suku akhir tahun (Oktober, November, Disember 2020) akan menyaksikan masyarakat dunia kembali berasa yakin dan selamat untuk melancong.
Turut berkongsi pandangan ialah Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang menegaskan situasi kini adalah yang paling teruk dan telah memberi kesan kepada industri pelancongan.
kata Uzaidi, kita tak boleh menerima seorang pelancong pun tetapi syarikat pelancongan masih perlu membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja dan sewa pejabat.
Menurut Uzaidi, MITA sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan untuk berbincang bagaimana pihak kerajaan boleh membantu penggiat industri semasa krisis Covid-19 ini.
MITA berpuas hati dengan segala inisiatif kerajaan untuk membantu industri pelancongan.
MITA berharap Kerajaan boleh membantu pekerja-pekerja separuh masa seperti pemandu pelancong yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Mereka ini adalah kumpulan yang terkesan akibat Covid-19.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pihak MITA bersama dengan Malaysia Productivity Corp (MPC) turut menganjurkan seminar online dan menjemput penceramah khas untuk mengajar penggiat industri pelancongan.
Uzaidi menegaskan, industri pelancongan adalah antara industri yang penting dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia adalah antara negara popular yang di kalangan pelancong luar negara.
Akibat Covid-19, hand sanitizer menjadi kurang dan mahal. Ada cara senang dapat?
Cara buat hand sanitizer sendiri boleh jimatkan kos hingga 70%. Dalam artikel ini, saya syerkan cara membuat sanitizer sendiri.
Wabak Coronavirus Covid-19 menyerang negara kita sejak empat bulan lepas menyebabkan permintaan yang mendadak bekalan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer.
Hand sanitizer disyorkan bagi membersih tangan terutama apabila keluar dan masuk semula ke rumah. Dengan ini virus Covid-19 yang berkemungkinan melekat pada tangan dapat disingkirkan.
Berita dalam Sinar Harian menunjukkan hand sanitizer kehabisan stok akibat permintaannya yang tinggi semasa wabak coronaviris Covid-19
Jumlah Kes: 7,910,395 Kematian: 433,122 Berjaya dipulihkan: 4,066,225
Empat Negara Paling Banyak Kes (Dalam kurungan bilangan kematian)
USA – 2,143,648 (117,555)
Brazil – 851,321 (42,802)
Russia –528,964 (6,948)
India – 324,482 (9,247)
Bagaimana Coronavirus Covid-19 Sangat Bahaya dan Mudah Tersebar!
Video di bawah ini menunjukkan bagaimana virus Covid-19 tersebar dengan mudahnya.
Video menunjukkan bagaimana virus Covid-19 tersebar di kalangan manusia
Nasihat Tun Dr Mahathir Mengenai Wabak Virus Covid-19
Tun M menerangkan bahaya wabak ini yang telah menyerang banyak negara dan memberi nasihat bagaimana kita boleh mengelakkannya memandangkan belum ada ubat untuk mengubat penyakit Covid-19
Jika ada virus Covid-19 pada tangan, pakaian dan badan anda, ada kemungkinan anda adalah penyebar penyakit ini.
Ini kerana virus yang ada dalam badan anda akan keluar dari badan anda bila anda batuk atau terbersin. Orang yang dekat dengan anda kurang dari satu meter akan terkena virus Covid-19.
Bila anda batuk dan terbersin dan meletakkan tangan pada mulut, virus itu mungkin melekat pada muka dan badan anda pula.
Kota Mekah Lumpuh Setelah Serangan Virus Corona Covid-19
Dari video di atas (video youtube telah didelete oleh pemilik) jelas pemandangan kota Mekah mengerikan.
Ia macam kita menonton filem Barat di mana sesebuah pekan atau kampung kosong kerana ada serangan binatang, helang atau gangguan hantu.
Larangan memasuki kota Mekah adalah bagi mengawal wabak virus Covid 19. Ini kerana ada kemungkinan orang asing yang datang ke Mekah pembawa virus Covid-19.
Arab Saudi Rugi RM51.25 Bilion
Arab Saudi rugi RM51.25 bilion jika membatalkan haji pada 2020 (Sinar Ahad, 14 Jun 2020
Kerajaan akan rugi RM51.25 bilion atau AS$12 bilion pada tahun ini, 2020 sekiranya mereka membatalkan ibadat haji.
Rahsia bagaimana penulisan boleh menjana pendapatan lumayan
Bagaimana Kesan Covid-19 Boleh Melumpuhkan Ekonomi dan Perniagaan Dunia
1. Kesan Covid-19 Secara Am – kemelesetan Ekonomi Dunia
Kemelesetan ekonomi kesan virus Covid-19 dijangka lebih teruk daripada kemelesetan ekonomi akibat krisis kewangan Asia 1997.
Malaysia dan beberapa pemimpin dunia lain telah memberi amaran kesan Covid-19 yang akan memberi impak dahsyat berbanding krisis-krisis ekonomi dunia masa lepas.
1.1 Kemelesetan Ekonomi Kesan-19 Dunia Lebih Teruk Dari 2009
Kemelesetan ekonomi adalah terusk kata IMF
Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF berkata dunia telah pun era kemelesetan, ekonomi telah ‘terhenti’ secara mendadak kesan Covid-19 – kemeletannya lebih buruk berbanding tahun 2009 berikutan krisis kewangan glkesanobal.
Berikutan kelembapan dunia, pembiayaan besar-besaran diperlukan bagi membantu negara membangun. Keperluan kewangan bagi pasaran baru muncul dianggarkan AS$2.5 trilion. Ini kerana sumber dalam negeri masing-masing tidak mencukupi dan ditambah pula banyak negara belum membangun atau baru muncul sudah mempunyai beban hutang.
Menurut IMF, lebih 80% negara kebanyakannya berpendapatan rendah sudah meminta bantuan kecemasan IMF.
Bank Pembangunan Asia (ADB) pada 3 April 2020 melaporkan wabak Covid-19 boleh menyebabkan ekonomi dunia mengalami kerugian AS$4.1 trilion.
Impak ini bersamaan 4.5% KDNK dunia. Bagaimanapun, ADB meramalkan angka ini mungkin lebih tinggai.
2. Kesan Covid-19 Kepada Kejatuhan Pasaran Saham Global
Rajah menunjukkan apa terjadi kepada pasaran saham dunia selepas krisis ekonomi dunia termasuk wabak corona virus covid 19.
Covid-19 telah disahkan sebagai wabak penyakit dunia (pandemik) oleh WHO yang boleh menjejaskan ekonomi dunia. Ini boleh ditunjukkan oleh prestasi saham dunia bagi mewakili kejatuhan ekonomi dunia.
Dalam sejarah, kejatuhan pasaran saham disebabkan oleh beberapa krisis atau gangguan dan bencana. Antaranya, krisis kewangan Lehman (2008), Perang Dunia Kedua (1940) dan Dot Com Bubble (2002).
Graf di atas diambil daripada laman web CNBC menunjukkan Covid-19 mempunyai impak besar kepada ekonomi dunia.
Dalam tempoh 16 hari wabak korona virus Covid-19 menyebabkan kejatuhan pasaran saham dunia 20.7% berbanding kesan Peperangan Dunia Kedua sebanyak 24.6%.
3. Kejatuhan Harga Minyak Dunia – Kesan Covid-19
Harga minyak mentah dunia jatuh hampir 50% pada masa Mac 2020
Harga minyak mentah brent pada 30 Mac ialah AS$23.03 iaitu yang terendah sejak November 2002. – harga terendah hampir menyamai krisis 1998.
Berbanding Mac 2019 dan Mac 2020, harga minya mentah brent jatuh hampir 50%.
Minyak sudah menjadi lambakan di pasaran kerana kenderaan tidak bergerak, kapal terbang tidur di airport dan kilang tidak berorperasi.
Bagi Malaysia, kenaikan atau penurunan AS$1, ia bersamaan kenaikan atau penurunan pendapatan RM300 juta setahun.
4. Kesan Covid-19 Kepada Industri Pelancongan
Industri pelancongan adalah industri paling terus terjejas akibat wabak koronavirus Covid-19 khususnya industri penerbangan dan industri hotel.
Industri pelancongan dikatakan yang paling terus terjejas kesan Covid-19. Ini kerana banyak negara yang melancong ke negara mereka dan banyak juga negara yang melarang rakyatnya melancong ke luar negara. Contohnya, Itali dan China melarang rakyatnya melancong ke luar negara.
Dua sub-sektor yang terjejas dalam industri pelancongan ialah industri penerbangan & perkapalan dan industri perhotelan.
International Air Transport Association atau IATA meramalkan jumlah kerugian hasil oleh semua syarikat penerbangan kesan wabak Covid-19 ialah USD63 bilion hingga USD113 bilion bagi 2020. Angka ini tidak termasuk operasi kargo.
Coronavirus Ialah Satu Bencana Alam
Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, peperangan, halangan perdagangan dan penyakit boleh melumpuhkan sesebuah ekonomi.
Penyakit dan wabak corona virus atau dikenali dengan Covid-19 ternyata memang boleh melumpuhkan sesebuah ekonomi selagi ia gagal dikawal.
Tidak ada tawaf kerana larangan memasuki kota Mekah untuk Umrah
Kedudukan terkini Jangkitan wabak Covid-19 Satu Dunia. Klik link di bawah:
Jumlah Kes: 1,016,523 Kematian: 53,241 Berjaya dipulihkan: 213,151
Tiga Negara Paling Banyak Kes (Dalam kurungan bilangan kematian)
USA – 245,373 (6,095)
Itali – 115,242 (13,915)
Spain – 112,065 (10,348)
Bagaimana Coronavirus Covid-19 Sangat Bahaya dan Mudah Tersebar!
Video di bawah ini menunjukkan bagaimana virus Covid-19 tersebar dengan mudahnya.
Video menunjukkan bagaimana virus Covid-19 tersebar di kalangan manusia
Nasihat Tun Dr Mahathir Mengenai Wabak Virus Covid-19
Tun M menerangkan bahaya wabak ini yang telah menyerang banyak negara dan memberi nasihat bagaimana kita boleh mengelakkannya
Jika ada virus Covid-19 pada tangan, pakaian dan badan anda, ada kemungkinan anda adalah penyebar penyakit ini.
Ini kerana virus yang ada dalam badan anda akan keluar dari badan anda bila anda batuk atau terbersin. Orang yang dekat dengan anda kurang dari satu meter akan terkena virus Covid-19.
Bila anda batuk dan terbersin dan meletakkan tangan pada mulut, virus itu mungkin melekat pada muka dan badan anda pula.
Kota Mekah Lumpuh Setelah Serangan Virus Corona Covid-19
Dari video di atas (video dari Youtube telah dikeluarkan oleh owner) jelas pemandangan kota Mekah mengerikan kesan Covid-19. Ia macam kita menonton filem Barat di mana sesebuah pekan atau kampung kosong kerana ada serangan binatang, helang atau gangguan hantu.
Larangan memasuki kota Mekah adalah bagi mengawal wabak virus Covid 19. Ini kerana ada kemungkinan orang asing yang datang ke Mekah pembawa virus Covid-19.
Bagaimana Kesan Covid-19 Boleh Melumpuhkan Ekonomi dan Perniagaan Dunia
1. Kesan Secara Am – kemelesetan Ekonomi Dunia
Kemelesetan ekonomi akibat wabak virus Covid-19 dijangka lebih teruk daripada kemelesetan ekonomi akibat krisis kewangan Asia 1997.
Malaysia dan beberapa pemimpin dunia lain telah memberi amaran kesan virus Covid-19 yang akan memberi impak dahsyat berbanding krisis-krisis ekonomi dunia masa lepas.
1.1 Kemelesetan Ekonomi Dunia Lebih Teruk Dari 2009
Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF berkata dunia telah pun era kemelesetan, ekonomi telah ‘terhenti’ secara mendadak – kemeletannya lebih buruk berbanding tahun 2009 berikutan krisis kewangan global.
Berikutan kelembapan dunia, pembiayaan besar-besaran diperlukan bagi membantu negara membangun. Keperluan kewangan bagi pasaran baru muncul dianggarkan AS$2.5 trilion.
Ini kerana sumber dalam negeri masing-masing tidak mencukupi dan ditambah pula banyak negara belum membangun atau baru muncul sudah mempunyai beban hutang.
Menurut IMF, lebih 80% negara kebanyakannya berpendapatan rendah sudah meminta bantuan kecemasan IMF.
2. Kesan Covid-19 Kepada Kejatuhan Pasaran Saham Global
Rajah menunjukkan apa terjadi kepada pasaran saham dunia selepas krisis ekonomi dunia termasuk wabak corona virus covid 19.
Covid-19 telah disahkan sebagai wabak penyakit dunia (pandemik) oleh WHO yang boleh menjejaskan ekonomi dunia. Ini boleh ditunjukkan oleh prestasi saham dunia bagi mewakili kejatuhan ekonomi dunia.
Dalam sejarah, kejatuhan pasaran saham disebabkan oleh beberapa krisis atau gangguan dan bencana. Antaranya, krisis kewangan Lehman (2008), Perang Dunia Kedua (1940) dan Dot Com Bubble (2002).
Graf di atas diambil daripada laman web CNBC menunjukkan Covid-19 mempunyai impak besar kepada ekonomi dunia.
Dalam tempoh 16 hari wabak korona virus Covid-19 menyebabkan kejatuhan pasaran saham dunia 20.7% berbanding kesan Peperangan Dunia Kedua sebanyak 24.6%.
3. Kesan Covid-19 Kepada Industri Pelancongan
Industri pelancongan adalah industri paling terus terjejas akibat wabak koronavirus Covid-19 khususnya industri penerbangan dan industri hotel.
Industri pelancongan dikatakan yang paling terus terjejas kesan wabak Covid-19. Ini kerana banyak negara yang melancong ke negara mereka dan banyak juga negara yang melarang rakyatnya melancong ke luar negara. Contohnya, Itali dan China melarang rakyatnya melancong ke luar negara.
Dua sub-sektor yang terjejas dalam industri pelancongan ialah industri penerbangan & perkapalan dan industri perhotelan.
International Air Transport Association atau IATA meramalkan jumlah kerugian hasil oleh semua syarikat penerbangan kesan wabak Covid-19 ialah USD63 bilion hingga USD113 bilion bagi 2020. Angka ini tidak termasuk operasi kargo.
Cara Negara Di Dunia Mengawal Coronavirus Covid-19
Christine Lagarde, Presiden Bank Pusat Eropah memberi amaran akan kejatuhan ekonomi akibat Covid-19 hampir sama dengan krisis kewangan global tahun 2008, manakala Perdana Menteri Singapura menjangkakan keadaan ekonomi akan lebih teruk.
Banyak negara mengambil tindakan drastik bagi mengawal bahaya koronavirus. Afrika Selatan memberitahu dunia yang ia akan menutup sempadan negara kepada negara-negara yang terjejas teruk dengan koronavirus (Covid-19).
Portugal juga akan menutup sempadan dengan Sepanyol selama sebulan untuk membendung penularan virus Covid-19. Bagaimanapun, penghantaran barang dan perjalanan individu untuk bekerja di lintasan sempadan.
Turki pula mengenakan langkah kuarantin ke atas ribuan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.
Di Brunai, rakyatnya, penduduk tetap dan warga asing yang memegang kad pengenalan sah tidak dibenarkan keluar dari negara bagi mengawal coronavirus.
Australia telah melarang rakyatnya tidak pergi ke luar negara dan mengharamkan semua perhimpunan yang melebihi 100 orang.
Kerajaan Thailand juga telah menutup semua 9 pintu sempadan darat dan air di antara Thailand-Malaysia bagi membendung Covid-19.
Vietnam Airlines telah menggantung semua penerbangan antabangsa sehingga 30 April 2020.
Langkah-Langkah Pemulihan Ekonomi Dunia Kesan Covid-19
Senat Amerika Lulus Pakej Menyelamat AS$2 Trilion
Senat Amerikan Syarikat meluluskan pakej menyelamat terbesar negara AS$2 trilion – bantuan kewangan yang akan meringankan penderitaan rakyat, hospital dan ekonomi Amerika yang terjejas dengan penularan Covid-19.
Pakej di atas termasuk bayaran tunai kepada pembayar cukai yang terjejas sebanyak AS$3,400 untuk purata keluarga empat orang.
Ia juga menyediakan AS$500 bilion berbentuk geran dan pinjaman kepada perniagaan kecil, termasuk AS$5o bilion untuk syarikat penrerbangan yang terjejas serta pekerja mereka.
AS$100 bilion diperuntukan kepada hospital dan kemudahan kesihatan lain.
Langkah Pemulihan Ekonomi di Singapura
Singapura sebuah negara yang kaya. Ia mengeluarkan Sin $17 bilion dari rizab negara bagi melaksanakan langkah pemulihan ekonomi akibat coronavirus Covid-19.
Kesan Wabak Virus Covid-19 Ke Atas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia?
1. Kesan Ekonomi Secara Am
Bila ekonomi meleset, takda seorang pun akan berkata āsaya tidak terkesanā.
Ada yang berkata, āsaya seorang pesara, setiap bulan saya tetap dapat pencenā – betul lah!
Tetapi dari mana Kerajaan mendapat duit untuk membayar pencen, tentulah dari pendapatan Kerajaan terutamanya cukai pendapatan perniagaan dan cukai pendapatan individu.
Tetapi cukai pendapatan perniagaan dibayar dari keuntungan. Jika tidak untung macam mana nak bayar cukai pendapatan.
Macam mana pula nak untung jika jualan pun merosot pada hal kos pengeluaran tidak menurun.
Akibat larangan melancong samada pelancongan dalam negeri atau luar, perniagaan perhotelan dan pendapatan syarikat penerbangan terjejas.
Pengendali pelancong akan juga terjejas perniagaan mereka. Selanjutnya, pendapatan penyewaan bas pelancongan, jualan cenderahati turut terjejas.
Hotel akan memberhentikan pekerja mereka sekiranya larangan pelancongan berterusan. Ini kerana pendapatan sewaan bilik dan restoren makanan tidak dapat lagi kos pengurusan.
Jangan tak percaya, pengangguran akan meningkat bila perniagaan terpaksa memberhentikan pekerja mereka.
Mereka yang ada rumah dan keluarga akan terkena bahang Covid-19.
Pinjaman bank atau sewa rumah tetap kena bayar; makanan, susu dan pampers anak tetap kena beli; duit tusyen dan tadika tetap kena bayar.
2. Kemelesetan Ekonomi Malaysia
Ekonomi Malaysia menguncup 0.1 peratus pada 2020 kesan wabak Covid-19
Bank Dunia telah menyemak semula unjuran ekonomi Malaysia untuk 2020. Badan kewangan dunia itu mengunjurkan KDNK Malaysia pada 2020 ialah menguncup 0.1 peratus berbanding unjuran pertumbuhan 4.5 peratus pada 2020.
Bank itu memberi sebab kesan penularan Covid-19 yang menyebabkan gangguan besar-besaran aktitivi ekonomi dan dijangka ia akan berpanjangan sehingga setahun, sebelum pemulihan bersifat separa menjelang akhir 2020.
Kemelesetan ini dikesankan lagi oleh kejatuhan yang memberi tekanan kepada dasar fiskal Kerajaan. Ia juga secara tak langsung memberi tekanan kepada dasar monetari sebagai satu alternatif mengembangkan ekonomi.
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul, pada 18 April 2020 berkata, Bank Negara Malaysia menjangkakan ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar -2.0 hingga 0.5% tahun ini (2020). Ekonomi negara dijangka pulih pada tahun ini dan lonjakan ekonomi pada 2021.
Tengku Zafrul juga berkata, agensi kredit Fitch, ekonomi Malaysia dijangka tumbuh sebanyak 5.8% pada 2021, Bank Dunia menganggarkan 6.7%, manakala IMF pada kadar 9.0%.
3. Bisnes Merudum 70% Akibat Covid-19
Sinar harian 25 Mac menunjukkan bisnes merudum 70% akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – kesan wabak covid-19
Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak kedai makan dan restoren mengalami kerugian besar kerana pelanggan dilarang untuk makan dalam kedai makan atau restoren. Pelangan hanya boleh beli bungkus sahaja.
Pemilik Padang On Wheels, Sakinah Zulkifli berkata perniagaannya merudum 70% kerana pelanggan hanya dibenarkan membungkus dan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan seperi Grab Food atau Food Fanda.
4. Restoren Mamak Pun Macam Hidup Segan Mati Tak Mahu
Akibat wabak koronaviris Covid-19 kedai mamak kira tutup kerana kerajaan melarang orang berkumpul bagi mengawal wabak Covid-19
Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan orang ramai juga dilarang berkumpul di restoren dan kedai makanan – yang bertujuan mengekang penyebaran wabak Covid-19.
Foto di atas diambil pada 18 Mac 2020 iaitu hari pertama larangan di atas. Restoren Kayu yang terletak di Bandar Permaisuri, Cheras memang lumpuh. Pelanggan hanya boleh beli dan bungkus.
Restoren Kayu di atas boleh tutup jika larangan terus berkekalan berbulan. Sebab, bisnes takda macam mana nak bayar gaji pekerja dan sewa kedai yang mungkin berbelas ribu sebulan.
5. ‘Semalam dapat RM60, hari ini belum tentu’ – Pemandu teksi
Jalan Tuanku Abdul Rahman lengang tiada orang dan kurangnya kenderaan termasuk teksi kesan pengawalan Kerajaan ke atas penularan wabak Covid-19
Mereka yang bergantung hidup kepada teksi penumpang sudah merasakan impak koronavirus Covid-19. Ini kerana ketiadaan atau kekurangan penumpang menaik teksi selaras dengan arahan Kerajaan supaya orang ramai menghadkan perjalanan.
Seorang pemandu teksi yang biasa mendapat RM60 sehari sebelum penularan Covid-16, hari mungkin dapat sedikit penumpang atau tiada.
6. Pendapatan Nelayan Terjejas Akibat Wabak Covid-19
Aktiviti menangkap ikan di Kuala Selangor berkurangan 50% akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan akibatnya pendapatan nelayan turut terjejas.
Aktiviti nelayan khususnya di Kuala Selangor berkurangan lebih 50% terutama sejak dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membendung penularan virus Covid-19.
Penularan wabak Covid-19 turut memberi kesan negatif kepada nelayan. Ia bukan sahaja aktiviti menangkap ikan terjejas malah pendapatan harian mereka merosot teruk.
Jika bekalan ikan kurang, harga akan naik dan pengguna yang akan merasa kesannya.
7. Industri Perhotelan Menjadi Nazak Kerana Covid-19
Akibat wabak coronavirus Covid-19, industri perhotelan hampir menjadi nazak.
Kerajaan menganggarkan kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 sebanyak RM3.37 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Mr Yap Lip Heng menyatakan hingga kini sejumlah 193,000 bilik dengan nilai lebih RMjuta telah dibatalkan penempahan.
Dalam tempoh 14 hari kawalan pergerakan, hampir semua hotel tidak beroperasi sepenuhnya. Dalam tempoh ini ujar Mr Yap, kerugian pendapatan industri hotel dianggarkan lebih daripada RM500 juta.
Kerugian industri hotel menyebabkan ramai pekerja terpaksa diberhentikan. Mengikut MAH, setakat 20 Mac 2020 seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan seluruh negara diberhentikan.
8. Kesan Coronavirus – Kemasukan Pelancong ke Langkawi Terjejas 40%
Pendapatan dari pelancongan di Langkawi berkurangan 40% akibat wabak Coronavirus Covid-19.
Pendapatan dari pelancongan di Langkawi dijangka berkurangan hampir 40% akibat wabak Coronavirus Covid-19.
Kira-kira 40% daripada pasaran pelancongan di Langkawi disumbangkan daripada pelancong China ke pulau itu.
Antara faktor yang menyebabkan penurunan jumlah pelancong ke Langkawi ialah kerana pembatalan penerbangan terus dari China Langkawi.
Di samping itu, kerajaan China sendiri mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan penerbangan ke luar negara dari bandar tertentu.
9. Syarikat Penerbangan Negara Malaysia Airline Berisiko Ditutup
Sinar Ahad – 14 Jun 2020 – Syarikat penerbangan berisiko ditutup kesan wabak covid-19.
Syarikat penerbangan negara termasuk Malaysian Airlines yang terjejas teruk kerana wabak coronavirus mungkin akan ditutup jika kerajaan gagal menyelamatkannya dengan cara menyuntik dana operasi.
Khazanah Nasional pemilik tunggal syarikat penerbangan Malaysian Airline mungkin tidak mampu menyelamatkan syarikat ini memandangkan Khazanah Nasional bukanlah syarikat yang berdaya maju.
Menteri Kewangan telah pun menyatakan pendirian Kerajaan yang Kerajaan tidak akan membantu Malaysian Airline kerana ia sebuah syarikat komersial.
10. 1,000 Pekerja Sektor Penerbangan Dibuang Kerja
Sinar Ahad 14 Jun 2020 – 1,000 pekerja sektor penerbangan dijangka dibuang kerja
1,000 orang pekerja syarikat penerbangan dijangka dibuang kerja sekiranya Kerajaan tidak menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat penerbangan yang telah terjejas akibat koronavirus Covid-19.
11. Penjaja Terputus Sumber Pendapatan Akibat PKP
Penjaja di seluruh negara terputus sumber pendapatan ketika Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dilaksanakan di musim wabak coronavirus.
Hampir 1.5 juta penjaja berlesen di seluruh negara terputus sumber pendapatan ketika Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dilaksanakan di musim wabak coronavirus.
Penjaja ini ibarat kais pagi makan pagi, dan beban kewangan semakin bertambah bagi mereka yang mempunyai keluarga.
12. Pengusaha Stesyen Petrol Mungkin Gulung Tikar
Pengusaha stesyen minyak mengalami penurunan jualan 70%
Banyak pengusaha stesyen minyak ramai akan gulung tikar jika PKP berterusan. Ini kerana aliran trafik akan terus merosot setelah ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ditambah dengan penurunan harga bahan api.
Mengikut Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia (PDAM), jualan produk bahan api itu menurun 70%.
Bila modal pusingan merosot, sudah tentu pengusaha stesyen tidak mampu untuk membeli bahan api.
Tindakan Kerajaan Malaysia Mengawal Wabak Virus Covid-19
1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Bagi mengawal wabak virus Covid-19, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu iaitu mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Atau, lebih tepat stay at home.
Fasa ke-2 PKP bermula dari 1 April hingga 14 April.
Fasa ke-3 PKP bermula dari 15 April hingga 28 April
Fasa ke-4 PKP bermula 1 Mei hingga 12 Mei 2020
Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan membendung penularan wabak coronavirus Covid-19 di seluruh Malaysia. Ada lapan langkah yang wajib anda tahu bagi membendung wabak Covid-19.
Ringkasan Modus Operandi Perintah Kawalan Pergerakan
Anda dan keluarga ‘dikurung’ 14 hari kerana anda mungkin mempunyai virus Covid-19 tanpa simptom pun.
Dengan mengasingkan diri anda dan keluarga, maka risiko menyebarkan virus-19 adalah rendah atau tiada langsung.
Tangan boleh menjadi punca penyebaran virus Covid-19. Oleh itu elakkan tangan menyentuh mata, hidung dan mulut.
Pastikan anda dan keluarga menjaga kebersihan diri seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Ketika di luar rumah, di samping mengelakkan sentuhan manusia, elakkan sentuhan dan memegang meja, pintu, lif, tombol pintu, butang-butang ATM dan sebagainya.
Selalu mencuci tangan anda sebelum dan selepas menyentuh atau tersentuh orang lain termasuk anak-anak.
Shopping atau membeli barang dapur seminggu sekali atau bila perlu, iaitu bagi mengurangkan masa anda dengan orang ramai.
Kurangkan masa makan diluar atau lebih baik memasak dan makan di rumah sahaja.
2. Bekerja Dari Rumah – work from home
Berita 25 Mac 2020 -Kakitangan Kerajaan diarahkan Bekerja Dari Rumah berikutan PKP
Kakitangan Kerajaan telah diarahkan Bekerja Dari Rumah akibat penutupan kebanyakan pejabat Kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19.
Bagaimanapun, perkhidmatan yang melibatkan kesihatan, keselamatan, makanan dan utiliti kakitangan bekerja seperti biasa.
3. Waktu Operasi Pengangkutan Awam Dihadkan – Kesan Covid-19
Waktu operasi pengangkutan awam dihadkan dari 6pagi hingga 10 pagi, dan dari 5 petang hingga 10 malam bagi mengawal covid-19
Berkuatkuasa 25 Mac 2020, mod pengangkutan awam dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 10 pagi, dan dari 5 petang hingga 10 malam – iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Satu tindakan bagi membendung virus Covid-19.
Pengangkutan awam ini termasuklah bas henti-henti, bas percuma seperti GoKL dan Smart Selangor, semua bas perantara, perkhidmatan LRT, MRT, ERL dan KTMB.
Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan e-hailing boleh diteruskan operasi seperti biasa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Mulai 4 April 2020, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menggantung semua perkhidmatan rel sehinggalah PKP berakhir pada 14 April 2020.
Tindakan Malaysia Memulihkan Ekonomi Kesan Wabak Virus Covid-19
Pada hari ini, 25 Mac 2020 Kerajaan melanjutkan tempoh P erintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu lagi berakhir 14 April 2020.
Asas dan rasional kepada Perintah Kawalan Pergerakan dapat dilihat dari carta berikut:
1. Pakej Rangsangan Ekonomi 2020
Bagaimanapun Kerajaan telah pun merangka Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menyediakan peruntukan untuk menggerakkan ekonomi.
Kerajaan telah memberi peruntukan tambahan RM3.88 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Langkah tambahan Pakej di atas ialah, antaranya:
(i) Bantuan kewangan kepada mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
(ii) Diskaun caj letrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian
(iii) Pembayaran awal bantuan sara hidup, dan
(iv) Perlaksanaan projek-projek kecil Pre202
Majlis Tindakan Ekonomi pada 23 Mac 2020 mengumumkan beberapa insentif bagi mengurangkan kesan wabak corona virus Covid-19 ke atas rakyat
2. Bantuan Kewangan Kerajaan (Majlis Tindakan Ekonomi) – 23 Mac 2020
Pada 24 Mac 2020 Majlis Tindakan Ekonomi telah mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan beban rakyat akibat coronavirus:
12 juta pencarum layak mengeluarkan simpanan Akaun-2 KWSP sebanyak RM500 sebulan selama setahun mulai April 2020. Dianggarkan RM40 bilion simpanan KWSP akan dikeluarkan.
Peruntukan tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha membendung wabak Covid-19 dan peruntukan RM100 juta bagi melantik 2,000 kakitangan baru secara kontrak terutama jururawat.
Peruntukan RM130 juta kepada negeri-negeri bagi tangani krisis Covid-19.
Penangguhan kutipan bayaran balik PTPTN yang melibatkan RM750 juta,
Kelonggaran bayaran balik selama 6 bulan yang diberikan kepada peminjam bank bagi mengatasi masalah coronavirus Covid-19
Inisiatif Yang Telah Diumumkan Bagi Mengurangkan Beban Rakyat Kesan Wabak Coronavirus
Antara Inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat akibat wabak Covid-19
3. Bank Negara Benarkan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman
Bagi mengurangkan kesan wabak virus Covid-19, mulai 1 April 2020, Bank Negara membenarkan pelanggan institusi perbankan iaitu peminjam individu dan PKS menangguhkan pembayaran balik pinjaman secara automatik bagi tempoh enam bulan.
Bagi kad kredit, pelanggan perlu ditawarkan pilihan menukarkan bagi tertunggak kepada pinjaman berjangka tidak lebih tiga tahun.
Bagi pelanggan korporat, bank digalakkan berunding dengan mereka mengenai pembayaran balik pinjaman.
4. Pakej Rangsangan Ekonomi RM250 Bilion Wabak Covid-19
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi mengurangkan beban rakyat dalam kesan wabak Covid-19
Pada 25 Mac 2020 Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion. Sebahagian daripada pakej RM250 juta telah diumumkan sebelum ini. Rumusan pakej ekonomi RM250 juta:
Cara Negara Di Dunia Mengawal Coronavirus Covid-19
Christine Lagarde, Presiden Bank Pusat Eropah memberi amaran akan kejatuhan ekonomi akibat Covid-19 hampir sama dengan krisis kewangan global tahun 2008, manakala Perdana Menteri Singapura menjangkakan keadaan ekonomi akan lebih teruk.
Banyak negara mengambil tindakan drastik bagi mengawal bahaya koronavirus. Afrika Selatan memberitahu dunia yang ia akan menutup sempadan negara kepada negara-negara yang terjejas teruk dengan koronavirus (Covid-19).
Portugal juga akan menutup sempadan dengan Sepanyol selama sebulan untuk membendung penularan virus Covid-19. Bagaimanapun, penghantaran barang dan perjalanan individu untuk bekerja di lintasan sempadan.
Turki pula mengenakan langkah kuarantin ke atas ribuan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.
Di Brunai, rakyatnya, penduduk tetap dan warga asing yang memegang kad pengenalan sah tidak dibenarkan keluar dari negara bagi mengawal coronavirus.
Australia telah melarang rakyatnya tidak pergi ke luar negara dan mengharamkan semua perhimpunan yang melebihi 100 orang.
Kerajaan Thailand juga telah menutup semua 9 pintu sempadan darat dan air di antara Thailand-Malaysia bagi membendung Covid-19.
Vietnam Airlines telah menggantung semua penerbangan antabangsa sehingga 30 April 2020.
Langkah-Langkah Pemulihan Ekonomi Dunia Kesan Wabak Covid-19
Senat Amerika Lulus Pakej Menyelamat AS$2 Trilion
Senat Amerikan Syarikat meluluskan pakej menyelamat terbesar negara AS$2 trilion – bantuan kewangan yang akan meringankan penderitaan rakyat, hospital dan ekonomi Amerika yang terjejas dengan penularan Covid-19.
Pakej di atas termasuk bayaran tunai kepada pembayar cukai yang terjejas sebanyak AS$3,400 untuk purata keluarga empat orang.
Ia juga menyediakan AS$500 bilion berbentuk geran dan pinjaman kepada perniagaan kecil, termasuk AS$5o bilion untuk syarikat penrerbangan yang terjejas serta pekerja mereka.
AS$100 bilion diperuntukan kepada hospital dan kemudahan kesihatan lain.
Langkah Pemulihan Ekonomi di Singapura
Singapura sebuah negara yang kaya mengeluarkan Sin $17 bilion dari rizab negara bagi melaksanakan langkah pemulihan ekonomi akibat coronavirus Covid-19.
Kesan Wabak Virus Covid-19 Ke Atas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia?
1. Kesan Ekonomi Secara Am
Bila ekonomi meleset, takda seorang pun akan berkata āsaya tidak terkesanā.
Ada yang berkata, āsaya seorang pesara, setiap bulan saya tetap dapat pencenā – betul lah!
Tetapi dari mana Kerajaan mendapat duit untuk membayar pencen, tentulah dari pendapatan Kerajaan terutamanya cukai pendapatan perniagaan dan cukai pendapatan individu.
Tetapi cukai pendapatan perniagaan dibayar dari keuntungan. Jika tidak untung macam mana nak bayar cukai pendapatan.
Macam mana pula nak untung jika jualan pun merosot pada hal kos pengeluaran tidak menurun.
Akibat larangan melancong samada pelancongan dalam negeri atau luar, perniagaan perhotelan dan pendapatan syarikat penerbangan terjejas.
Pengendali pelancong akan juga terjejas perniagaan mereka. Selanjutnya, pendapatan penyewaan bas pelancongan, jualan cenderahati turut terjejas.
Hotel akan memberhentikan pekerja mereka sekiranya larangan pelancongan berterusan. Ini kerana pendapatan sewaan bilik dan restoren makanan tidak dapat lagi kos pengurusan.
Jangan tak percaya, pengangguran akan meningkat bila perniagaan terpaksa memberhentikan pekerja mereka.
Mereka yang ada rumah dan keluarga akan terkena bahang Covid-19.
Pinjaman bank atau sewa rumah tetap kena bayar; makanan, susu dan pampers anak tetap kena beli; duit tusyen dan tadika tetap kena bayar.
2. Bisnes Merudum 70% Akibat Covid-19
Sinar harian 25 Mac menunjukkan bisnes merudum 70% akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak kedai makan dan restoren mengalami kerugian besar kerana pelanggan dilarang untuk makan dalam kedai makan atau restoren. Pelangan hanya boleh beli bungkus sahaja.
Pemilik Padang On Wheels, Sakinah Zulkifli berkata perniagaannya merudum 70% kerana pelanggan hanya dibenarkan membungkus dan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan seperi Grab Food atau Food Fanda.
3. Restoren Mamak Pun Macam Hidup Segan Mati Tak Mahu
Akibat wabak koronaviris Covid-19 kedai mamak kira tutup kerana kerajaan melarang orang berkumpul bagi mengawal wabak Covid-19
Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan orang ramai juga dilarang berkumpul di restoren dan kedai makanan – yang bertujuan mengekang penyebaran wabak Covid-19.
Foto di atas diambil pada 18 Mac 2020 iaitu hari pertama larangan di atas. Restoren Kayu yang terletak di Bandar Permaisuri, Cheras memang lumpuh. Pelanggan hanya boleh beli dan bungkus.
Restoren Kayu di atas boleh tutup jika larangan terus berkekalan berbulan. Sebab, bisnes takda macam mana nak bayar gaji pekerja dan sewa kedai yang mungkin berbelas ribu sebulan.
4. ‘Semalam dapat RM60, hari ini belum tentu’ – Pemandu teksi
Jalan Tuanku Abdul Rahman lengang tiada orang dan kurangnya kenderaan termasuk teksi kesan pengawalan Kerajaan ke atas penularan wabak Covid-19
Mereka yang bergantung hidup kepada teksi penumpang sudah merasakan impak koronavirus Covid-19. Ini kerana ketiadaan atau kekurangan penumpang menaik teksi selaras dengan arahan Kerajaan supaya orang ramai menghadkan perjalanan.
Seorang pemandu teksi yang biasa mendapat RM60 sehari sebelum penularan Covid-16, hari mungkin dapat sedikit penumpang atau tiada.
5. Pendapatan Nelayan Terjejas Akibat Wabak Covid-19
Aktiviti menangkap ikan di Kuala Selangor berkurangan 50% akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan akibatnya pendapatan nelayan turut terjejas.
Aktiviti nelayan khususnya di Kuala Selangor berkurangan lebih 50% terutama sejak dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membendung penularan virus Covid-19.
Penularan wabak Covid-19 turut memberi kesan negatif kepada nelayan. Ia bukan sahaja aktiviti menangkap ikan terjejas malah pendapatan harian mereka merosot teruk.
Jika bekalan ikan kurang, harga akan naik dan pengguna yang akan merasa kesannya.
6. Industri Perhotelan Menjadi Nazak Kerana Covid-19
Akibat wabak coronavirus Covid-19, industri perhotelan hampir menjadi nazak.
Kerajaan menganggarkan kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 sebanyak RM3.37 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Mr Yap Lip Heng menyatakan hingga kini sejumlah 193,000 bilik dengan nilai lebih RMjuta telah dibatalkan penempahan.
Dalam tempoh 14 hari kawalan pergerakan, hampir semua hotel tidak beroperasi sepenuhnya. Dalam tempoh ini ujar Mr Yap, kerugian pendapatan industri hotel dianggarkan lebih daripada RM500 juta.
Kerugian industri hotel menyebabkan ramai pekerja terpaksa diberhentikan. Mengikut MAH, setakat 20 Mac 2020 seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan seluruh negara diberhentikan.
7. Kesan Coronavirus – Kemasukan Pelancong ke Langkawi Terjejas 40%
Pendapatan dari pelancongan di Langkawi berkurangan 40% akibat wabak Coronavirus Covid-19.
Pendapatan dari pelancongan di Langkawi dijangka berkurangan hampir 40% akibat wabak Coronavirus Covid-19.
Kira-kira 40% daripada pasaran pelancongan di Langkawi disumbangkan daripada pelancong China ke pulau itu.
Antara faktor yang menyebabkan penurunan jumlah pelancong ke Langkawi ialah kerana pembatalan penerbangan terus dari China Langkawi.
Di samping itu, kerajaan China sendiri mengambil langkah berjaga-jaga dengan membatalkan penerbangan ke luar negara dari bandar tertentu.
8. Penjaja Terputus Sumber Pendapatan Akibat PKP
Penjaja di seluruh negara terputus sumber pendapatan ketika Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dilaksanakan di musim wabak coronavirus.
Hampir 1.5 juta penjaja berlesen di seluruh negara terputus sumber pendapatan ketika Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dilaksanakan di musim wabak coronavirus.
Penjaja ini ibarat kais pagi makan pagi, dan beban kewangan semakin bertambah bagi mereka yang mempunyai keluarga.
9. Pengusaha Stesyen Petrol Mungkin Gulung Tikar
Pengusaha stesyen minyak mengalami penurunan jualan 70% selepas Kerajaan mengenakan PKP bagi membendung Covid-19
Banyak pengusaha stesyen minyak ramai akan gulung tikar jika PKP berterusan. Ini kerana aliran trafik akan terus merosot setelah ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ditambah dengan penurunan harga bahan api.
Mengikut Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia (PDAM), jualan produk bahan api itu menurun 70%.
Bila modal pusingan merosot, sudah tentu pengusaha stesyen tidak mampu untuk membeli bahan api.
Tindakan Kerajaan Malaysia Mengawal Wabak Virus Covid-19
1. Perintah Kawalan Pergerakan
Bagi mengawal wabak virus Covid-19, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu iaitu mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Atau, lebih tepat stay at home.
Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan membendung penularan wabak coronavirus Covid-19 di seluruh Malaysia. Ada lapan langkah yang wajib anda tahu bagi membendung wabak Covid-19.
Ringkasan Modus Operandi Perintah Kawalan Pergerakan
Anda dan keluarga ‘dikurung’ 14 hari kerana anda mungkin mempunyai virus Covid-19 tanpa simptom pun.
Dengan mengasingkan diri anda dan keluarga, maka risiko menyebarkan virus-19 adalah rendah atau tiada langsung.
Tangan boleh menjadi punca penyebaran virus Covid-19. Oleh itu elakkan tangan menyentuh mata, hidung dan mulut.
Pastikan anda dan keluarga menjaga kebersihan diri seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Ketika di luar rumah, di samping mengelakkan sentuhan manusia, elakkan sentuhan dan memegang meja, pintu, lif, tombol pintu, butang-butang ATM dan sebagainya.
Selalu mencuci tangan anda sebelum dan selepas menyentuh atau tersentuh orang lain termasuk anak-anak.
Shopping atau membeli barang dapur seminggu sekali atau bila perlu, iaitu bagi mengurangkan masa anda dengan orang ramai.
Kurangkan masa makan diluar atau lebih baik memasak dan makan di rumah sahaja.
2. Bekerja Dari Rumah – work from home
Berita 25 Mac 2020 -Kakitangan Kerajaan diarahkan Bekerja Dari Rumah berikutan PKP
Kakitangan Kerajaan telah diarahkan Bekerja Dari Rumah akibat penutupan kebanyakan pejabat Kerajaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19.
Bagaimanapun, perkhidmatan yang melibatkan kesihatan, keselamatan, makanan dan utiliti kakitangan bekerja seperti biasa.
3. Waktu Operasi Pengangkutan Awam Dihadkan
Waktu operasi pengangkutan awam dihadkan dari 6pagi hingga 10 pagi, dan dari 5 petang hingga 10 malam bagi mengawal covid-19
Berkuatkuasa 25 Mac 2020, mod pengangkutan awam dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 10 pagi, dan dari 5 petang hingga 10 malam – iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Satu tindakan bagi membendung virus Covid-19.
Pengangkutan awam ini termasuklah bas henti-henti, bas percuma seperti GoKL dan Smart Selangor, semua bas perantara, perkhidmatan LRT, MRT, ERL dan KTMB.
Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan e-hailing boleh diteruskan operasi seperti biasa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Tindakan Malaysia Memulihkan Ekonomi Kesan Covid-19
Pada hari ini, 25 Mac 2020 Kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu lagi berakhir 14 April 2020.
Asas dan rasional kepada Perintah Kawalan Pergerakan dapat dilihat dari carta berikut:
1. Pakej Rangsangan Ekonomi 2020
Bagaimanapun Kerajaan telah pun merangka Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menyediakan peruntukan untuk menggerakkan ekonomi.
Kerajaan telah memberi peruntukan tambahan RM3.88 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Langkah tambahan Pakej di atas ialah, antaranya:
(i) Bantuan kewangan kepada mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
(ii) Diskaun caj letrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian
(iii) Pembayaran awal bantuan sara hidup, dan
(iv) Perlaksanaan projek-projek kecil Pre202
Majlis Tindakan Ekonomi pada 23 Mac 2020 mengumumkan beberapa insentif bagi mengurangkan kesan wabak corona virus Covid-19 ke atas rakyat
2. Bantuan Kewangan Kerajaan (Majlis Tindakan Ekonomi) Kesan Covid-19 – 23 Mac 2020 –
Pada 24 Mac 2020 Majlis Tindakan Ekonomi telah mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan beban rakyat akibat coronavirus:
12 juta pencarum layak mengeluarkan simpanan Akaun-2 KWSP sebanyak RM500 sebulan selama setahun mulai April 2020. Dianggarkan RM40 bilion simpanan KWSP akan dikeluarkan.
Sebanyak RM500 juta peruntukan tambahan diberikan kepada Kementerian Kesihatan bagi menyokong usaha membendung wabak Covid-19 dan peruntukan RM100 juta bagi melantik 2,000 kakitangan baru secara kontrak terutama jururawat.
Peruntukan RM130 juta kepada negeri-negeri bagi tangani krisis Covid-19.
Penangguhan kutipan bayaran balik PTPTN yang melibatkan RM750 juta,
Kelonggaran bayaran balik selama 6 bulan yang diberikan kepada peminjam bank bagi mengatasi masalah coronavirus Covid-19
Inisiatif Yang Telah Diumumkan Bagi Mengurangkan Beban Rakyat Kesan Covid-19
Antara Inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat akibat wabak Covid-19
3. Bank Negara Benarkan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman
Dalam mengurangkan kesan wabak virus Covid-19, mulai 1 April 2020, Bank Negara membenarkan pelanggan institusi perbankan iaitu peminjam individu dan PKS menangguhkan pembayaran balik pinjaman secara automatik bagi tempoh enam bulan.
Untuk kad kredit, pelanggan perlu ditawarkan pilihan menukarkan bagi tertunggak kepada pinjaman berjangka tidak lebih tiga tahun.
Bagi pelanggan korporat, bank digalakkan berunding dengan mereka mengenai pembayaran balik pinjaman.
4. Pakej Rangsangan Ekonomi RM250 Bilion Kesan Covid-19
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi mengurangkan beban rakyat dalam kesan wabak Covid-19
Pada 25 Mac 2020 Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion. Sebahagian daripada pakej RM250 juta telah diumumkan sebelum ini. Rumusan pakej ekonomi RM250 juta:
Lindungi kebajikan rakyat – RM128 bilion
Sokongan perniagaan termasuk PKS – RM100 bilion
Perkukuh ekonomi negara – RM2 bilion
Pakej rangsangan sebelum ini – RM20 bilion
5. Tambahan RM10 Bilion Untuk PKS – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin)
Pajej Rangsangan Ekonomi Tambahan RM10 bilion untuk PKS kesan Covid-19
Pada 6 April 2020 kerajaan melancarkan pakel tambahan RM10 bilion bagi menggerakkan eonomi kesan wabak Covid-19.
Daripada RM10 bilion di atas, RM7.9 bilion adalah peruntukan tambahan bagi program subsidi dan RM2.1 bilion ialah peruntukan geran khas RM3,000 untuk hampir 700,000 syarikat mikro.
Berbalik kepada RM7.9 bilion peruntukan program subsidi – ia adalah tambahan kepada RM5.9 bilion yang telah diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebelum ini – dan menjadikan jumlahnya ialah RM13.8 bilion.
Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima subsidi upah.
Geran Khas RM2.1 bilion ialah sebanyak RM3,000 untuk PKS Mikro yang berdaftar dengan LHDN.
Antara inisiatif lain di bawah Geran Khas RM2.1 bilion ini ialah memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk skim kredit mikro berjumlah RM500 juta di bawah BSN.