Membeli Rumah Lelong, Mengapa Ada Yang Gagal? Dapatkan Tip Terbaik

Pemilihan peguam lelong yang salah boleh menyebabkan pembeli rugi

Mesti Bijak Memilih Peguam Dalam Membeli Rumah Lelong

Ada pembeli yang gagal membeli rumah lelong kerana gagal memilih yang berpengalaman dan mahir dalam selok belok lelongan. Akhirnya, pembeli juga yang menanggung rugi.

Pembeli boleh meminimakan risiko kerugian membeli rumah lelong jika memilih peguam yang mahir dan berpengalaman.
Peguam yang mahir dan berpengalaman dapat membantu pembeli membeli rumah lelong dengan jayanya

Pembeli harus tahu dalam proses lelongan rumah, iaitu terdapat dua jenis lelongan iaitu Loan Agreement cum Assignment (Laca) iaitu unit hartanah belum mempunyai hak milik/strata dan dilelong bank melalui pelelong seperti pejabat lelong, dewan dan hotel, dan Non Laca iaitu unit rumah yang mempunyai hak milik/strata dan dilelong melalui mahkamah serta pejabat tanah.

Setiap jenis lelongan di atas mempunyai tempoh masa berbeza bagi menyelesaikan baki pembelian rumah lelong, iaitu antara 90 hari atau 120 hari sahaja.

Kebanyakan pembeli yang gagal dalam proses lelongan ialah kerana mereka tidak mendapat khidmat nasihat yang betul daripada peguam yang dilantik.

Pembeli boleh hilang wang pendahuluan 10% jika peguam tidak berpengalaman atau tidak mahir dalam lelongan.

Jika peguam gagal membuat kerja dalam tempoh masa yang diberi, maka yang terperangkap ialah pembeli.

Pembeli hendaklah peka dan mengambil tahu perkara asas membeli propertimlelong dan proses pembelian rumah lelong. Malah, pembeli mempunyai hak meminta peguam mempercepatkan proses pemilikan rumah lelong sebelum tamat tempoh.

Pilih peguam biasa dan mahir dengan urusan membeli hartanah lelong atau dalam bidang hartanah kerana pemilihan peguam sangat membantu dalam proses jual beli hartanah.

Oleh itu, proses pemilihan peguam yang betul sangat penting dalam menyempurnakan pemilikan rumah lelong dalam tempoh yang ditetapkan.

Tip Membeli Rumah Lelong

Ada peguam yang mahir dalam dokumen jual beli rumah (S&P), tetapi tidak mahir dengan perjanjian pinjaman dengan bank.

Pembeli boleh bertanya kepada bank yang terbabit sama ada mempunyai panel peguam kerana pembeli boleh menggunakan peguam bank itu.

Kelayakan membuat pinjaman dari bank perlu disemak oleh pembeli sebelum menyertai proses lelongan.

Seseorang pembeli perlu membuat kajian dahulu mengenai cara membeli hartanah lelong seperti carian persendirian ke atas rumah, memahami syarat jualan dan membuat susulan untuk, mempercepatkan proses pemilikan rumah lelongan berjalan lancar.

Perlu diketahui pembeli juga kena menanggung kos yuran penyelenggaraan dan penilaian jika ada, caj lain seperti cukai pintu dan yuran guaman.

Sebagai pembeli rumah lelong, beliau boleh memilih peguam yang dicadangkan oleh kawan-kawan, ahli keluarga atau mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan peguam terbabit.

Lima Langkah Perlu Diambil Sebelum Menyertai Lelongan

  1. Kenalpasti Rumah Lelong
  2. Bertemu dengan Pemaju dan Pejabat Tanah
  3. Periksa Rumah Lelong dan Kawasan Sekitar
  4. Dapatkan bantuan Peguam
  5. Bersiap Sedia untuk Lelongan

Bagaimana Membeli Hartanah Lelong – Dapatkan Panduan Lengkap Di sini

tip dan cara membeli rumah lelong dari pengalaman seorang peguam yang juga hartanah
Belajar cara membeli rumah lelong dari seorang usahawan hartatanah yang juga seorang peguam

Jika anda berminat menyertai bisnes rumah lelong, ini ada satu pautan yang bagus atau klik imej buku di atass

Bagaimana Membeli Rumah Lelong?

  1. Artikel di atas telah diadaptasi dari artikel asal ‘Bijak Pilih Peguam’, BH klassifieds, Isnin 30 Mac, 2020.
  2. PropertyGuru Cara Beli Rumah Lelong di Malaysia

Pautan:

Apakah Harta Pusaka Yang Haram Difaraidkan?

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: