Tidak Bayar Cukai Pendapatan – Bahaya Padahnya!

Anda boleh bankrap bila kena penalti yang besar dan penjara jika cuba menipu membayar cukai pendapatan.

Advertisements

Tidak bayar cukai pendapatan – memang bahaya padahnya…

Perbuatan mengelak dari membayar cukai adalah masalah besar di banyak negara. Mengelak dari membayar cukai adalah perkara terakhir yang anda boleh lakukan, sebab, jika anda tertangkap, denda yang dikenakan memang boleh buat anda jatuh bankrap!

Tidak Bayar Cukai Pendapatan – Kesalahan, Denda dan Penalti

Tidak bayar cukai pendapatan sangat bahaya. Jika anda tertangkap, denda yang dikenakan memang boleh buat anda bankrap.
Belajar cara kurangkan cukai pendapatan lebih berbaloi dari menipu membayar cukai pendapatan
Jenis KesalahanPeruntukan Di Bawah ACP 1967Jumlah Denda (RM)
1. Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan112(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
2. Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai112(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
3. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan113(1)(a)1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
4. Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain113(1)(b)1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
5. Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai114(1)1,000 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
6. Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai114(1A)2,000.00 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya
7. Meninggalkan negara tanpa membayar cukai115(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
8. Menganggu / menghalang pegawai LHDN menjalankan tugas1161,000 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya
9. Tidak menyimpan rekod119A300 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya
10.Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDN120(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
11. Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan120(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
11 jenis kesalahan yang berkaitan dengan pengurusan cukai pendapatan dengan LHDN

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri


Cara Jimatkan Cukai Pendapatan Ramai Tak Tahu

Advertisements

Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan Kena Penjara

Adakah anda tahu LHDN akan kenakan penalti 200% atas amaun terkurang lapur pendapatan sebenar?

Denda dan Penjara – Akibat Tidak Membayar Cukai Pendapatan

Akibat tidak bayar cukai pendapatan anda boleh masuk penjara dan bankrap.

Ada seorang kawan saya menjalankan gerai makanan lebih 10 tahun tetapi tidak pernah membayar cukai.

Tiba-tiba beliau menerima notis dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya bayar cukai RM250,000 akibat tidak membayar cukai pendapatan.

Continue reading “Akibat Tidak Bayar Cukai Pendapatan Kena Penjara”