Tidak bayar cukai pendapatan – boleh masuk penjara 6 bulan hingga setahun dan penalti dari RM200 hingga RM20K. Berbaloi tak tak membayar cukai?
Perbuatan mengelak dari membayar cukai adalah masalah besar di banyak negara. Mengelak dari membayar cukai adalah perkara terakhir yang anda boleh lakukan, sebab, jika anda tertangkap, denda yang dikenakan memang boleh buat anda jatuh bankrap!
Tidak Bayar Cukai Pendapatan – Kesalahan, Denda dan Penalti

Jenis Kesalahan | Peruntukan Di Bawah ACP 1967 | Jumlah Denda (RM) |
1. Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan | 112(1) | 200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
2. Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai | 112(1) | 200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
3. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan | 113(1)(a) | 1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor |
4. Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain | 113(1)(b) | 1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor |
5. Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai | 114(1) | 1,000 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor |
6. Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai | 114(1A) | 2,000.00 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya |
7. Meninggalkan negara tanpa membayar cukai | 115(1) | 200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
8. Menganggu / menghalang pegawai LHDN menjalankan tugas | 116 | 1,000 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya |
9. Tidak menyimpan rekod | 119A | 300 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya |
10.Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDN | 120(1) | 200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
11. Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan | 120(1) | 200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya |
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri