11 Kesalahan Yang Pembayar Cukai Pendapatan Tidak Boleh Tidur

Lebih baik belajar cara kurangkan cukai pendapatan daripada didenda berpuluh ribu ringgit kerana mengelak cukai!

Advertisements

Perbuatan mengelak dari membayar cukai adalah masalah besar di banyak negara. Mengelak dari membayar cukai adalah perkara terakhir yang anda boleh lakukan, sebab, jika anda tertangkap, denda yang dikenakan memang boleh buat anda jatuh bankrap!

Cukai Pendapatan – Kesalahan, Denda dan Penalti

Mengelak dari membayar cukai adalah perkara terakhirboleh lakukan, sebab, jika anda tertangkap, denda yang dikenakan memang boleh buat anda bankrap.
Belajar cara kurangkan cukai pendapatan lebih berbaloi dari menipu membayar cukai pendapatan
Jenis KesalahanPeruntukan Di Bawah ACP 1967Jumlah Denda (RM)
1. Tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan112(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
2. Tidak memaklumkan layak dikenakan cukai112(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
3. Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan113(1)(a)1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
4. Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain113(1)(b)1,000 hingga 10,000 dan 200% atas cukai terkurang lapor
5. Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai114(1)1,000 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
6. Membantu / menasihati orang lain dalam penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukai114(1A)2,000.00 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya
7. Meninggalkan negara tanpa membayar cukai115(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
8. Menganggu / menghalang pegawai LHDN menjalankan tugas1161,000 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya
9. Tidak menyimpan rekod119A300 hingga 10,000 / Penjara tidak melebihi 1 tahun / Kedua-duanya
10.Tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDN120(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
11. Tidak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan120(1)200 hingga 20,000 / Penjara tidak melebihi 6 bulan / Kedua-duanya
11 jenis kesalahan yang berkaitan dengan pengurusan cukai pendapatan dengan LHDN

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Advertisements