Cara Membuat Surat Hibah Yang Menyakinkan

cara membuat surah hibah
cara membuat surat hibah

‘Macam mana cara nak membuat surat hibah?’, ini soalan yang biasa didengari oleh seorang perancang harta dari sebuah syarikat amanah.

Seorang perancang harta macam seorang doktor. Perancang harta kena tahu sakit yang sebenar dan cadangkan kemudahan yang sesuai. Sebab seorang yang call kita, tiba-tiba kata ‘saya nak buat hibah takut adik beradik berebut harta pusaka saya.’

Ada banyak pihak yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Dalam artikel ini, saya syer pengalaman saya dengan sebuah syarikat amanah.

Cari Masalah Pelanggan Dahulu

Seseorang yang berhajat nak buat surat hibah seharusnya call atau wasap agen atau perancang harta.

Sesorang pelanggan boleh wasap, panggilan telefon atau berjumpa. Semua bergantung kepada perancang harta dan pelanggan yang mana praktikal.

Biasanya perancang harta kena tahu isu dan masalah. Dari situ, beliau boleh berikan cadangan.

Bila dibincang dengan prospek, mungkin dia tidak memerlukan hibah tetapi memerlukan wasiat sahaja, atau perjanjian harta sepencarian atau hibah takaful.

Saya ada tulis satu artikel mengenai ada sembilan sebab orang nak buat hibah. Secara tak langsung, kita dah boleh tahu masalah prospek itu.

Boleh baca sini Sembilan Sebab Orang Buat Hibah. Jadi saya boleh rumuskan ada 9 sebab orang nak buat hibah.

  • Pemilik perniagaan yang mahu wariskan perniagaan kepada waris tertentu
  • Orang yang tidak berkahwin mahukan memberikan harta kepada seseorang
  • Orang yang mahu menguruskan keperluan kewangan anak istimewa
  • Pasangan yang ada anak di bawah umur dan mahukan harta diagihkan semasa pasangan ini hidup
  • Pasangan yang ada anak perempuan sahaja dan mahukan kadar pembahagian dibuat semasa pasangan ini hidup
  • Pasangan yang tiada anak dan mahukan pembahagian harta kepada seseorang dibuat semasa mereka hidup
  • Seseorang suami mahukan isteri mendapat bahagian harta yang lebih apabila beliau meninggal
  • Seseorang yang mahu memberi harta kepada seseorang samada waris dan bukan waris atau dasar kasih sayang, seperti anak angkat dan anak tiri.
  • Seseorang yang mahu memberikan harta ke Jalan Allah semasa mereka masih hidup.

Rumusan Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Siapakah Waris Faraid dan Benefisiari Pelanggan

Setelah mengetahui masalah pelanggan, perancang kewangan wajib tahu waris faraid pelanggan. Kena tahu samada pelanggan masih mempunyai ibu-bapa. Jika tiada ibu-bapa adakah masih mempunyai datuk dan nenek.

Jika mempunyai anak, kena tahu berapa orang lelaki dan perempuan dan adakah mereka bawah umur atau mempunyai anak istimewa.

Apakah Harta Yang Mereka Miliki dan Hutang

Senarai harta alih dan tak alih serta hutang perlu diketahui bagi menentukan aset bersih yang mereka ada.

Sahkan Masalah Mereka Yang Hendak Diselesaikan

Setelah mendengar masalah pelanggan, mengetahui waris dan benefisiari pelanggan dan harta pelanggan – baru boleh disahkan masalah pelanggan.

Dari situ, seorang perancang harta sudah boleh mencadangkan solusinya berdasarkan produk yang boleh ditawarkan.

Pengumpulan Maklumat Pelanggan

Sekiranya didapati pelanggan itu memerlukan hibah, maka proses seterusnya ialah pengumpulan maklumat terperinci, antaranya,

  • Salinan IC pemberi dan penerima hibah, alamat dan nombor telefon/email
  • Salinan dokumen yang hendak dihibahkan

Penyediaan Deraf Surat Hibah

Seseorang perancang harta setelah mendapatkan semua dokumen dikehendaki akan memanjangkan kepada organisasi mereka bagi menyediakan deraf hibah.

Deraf hibah akan dipanjangkan kepada klien untuk semakan dan persetujuan.

Menandatangani Dokumen Surat Hibah

cara membuat surat hibah berkesan
Surat Hibah

Deraf hibah yang telah dipersetujui oleh pelanggan sudah boleh dicetak untuk ditandatangani.

Surat hibah itu akan ditandatangani pada hari, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh pelanggan dan syarikat amanah tersebut.

Penyerahan Surat Hibah Kepada Pelanggan

Surat hibah yang sudah ditandatangi akan diuruskan pendaftaran, perekodan dan penyimpanan suratcara asal.

Salinan surat wasiat akan diposkan kepada pelanggan untuk simpanan. Surat hibah asal akan disimpan oleh syarikat amanah.

Membuat Surat Hibah Yang Boleh diyakini

Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Adalah penting membuat surat hibah yang boleh dipercayai dan diyakini.

Surat hibah itu mestilah sah jika ada pertikaian mengenai jika ada ahli keluarga yang mempertikaikannya.

Ada beberapa penting mengenai amanah dalam surat hibah.

Pemilik harta menjadi pemegang amanah utama selepas menandatangani dokumen hibah; syarikat amanah yang dilantik akan menjadi pemegang amanah ganti apabila pemilik harta/pemegang amanah utama meninggal atau hilang upaya; syarikat amanah akan diamanahkan bagi menukar hak milik kepada penerima hibah pada umur 18 tahun atau umur yang ditetapkan oleh pemilik.

Pemilik juga memberi kuasa kepada syarikat amanah bagi menukar hak milik daripada nama pemilik kepada penerima hibah.

Oleh itu, sangatlah mustahak memilih pihak yang menyediakan dokumen hibah dan pihak yang melaksanakan hasrat hibah dengan penuh yakin bagi mengurangkan risiko kegagalan hajat membuat hibah kepada penerima hibah.

Kepakaran dan pengalaman lepas syarikat dalam membuat surat hibah dan perlaksanaan sangatlah penting kepada mereka yang nak membuat hibah.

Video Penerangan Cara Membuat Surat Hibah

Cara Membuat Surat Hibah

Mereka yang berhajat hendak membuat surat hibah atau pertanyaan buat hibah, sila hubungi Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Ada Sembilan Orang Buat Hibah Anda Patut Tahu

Rahsia Mendapatkan Harta Sepencarian Tanpa Turun-Naik Mahkamah

Ada Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah Anda Patut Tahu

sebab orang membuat hibah amanah
Sebab Orang Buat Hibah

Apa matlamat dan apa sebab orang membuat hibah harta?

Isu Pembahagian Pusaka

Hibah harta selalunya dikaitkan dengan masalah pengurusan harta pusaka.

Banyak harta pusaka terbiar kerana waris lewat menguruskan permohonan pusaka dengan pihak berkuasa seperti Bahagian Pusaka Kecil dan Amanah Raya.

Ditambah, waris-waris pun berbalah dalam pembahagian harta pusaka dan menyebabkan isu harta pusaka gagal diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun.

Lebi malang, ramai waris yang bergaduh dan membuat dosa kerana mengambil harta pusaka tidak mengikut proses pusaka dan faraid.

Hibah Harta Antara Penyelesaian Terbaik

Satu daripada penyelesaian terbaik ialah semasa hidup pemilik membuat hibah harta kepada orang yang disayangi.

Proses pembahagian hibah boleh diselesaikan dalam 1-2 bulan kerana semasa hidup pemilik harta telah mengeluarkan surat kuasa kepada syarikat amanah bagi memindah milik harta kepada penerimanya.

Dengan hibah, waris-waris tidak boleh menentang pembahagian harta hibah kerana ia bukan harta pusaka.

Dalam artikel ini diterangkan ada sembilan sebab orang membuat hibah. Semoga ia memberi idea kepada pembaca yang berminat membahagi harta secara hibah kepada waris dan bukan waris.

Pertama – Pemilik Mahukan Perniagaan dan Akaun Bank Kepada Diwariskan kepada Orang Tertentu Sahaja

Hibah Perniagaan Kepada Anak

Sedih banyak syarikat perniagaan tutup bila kematian pemiliknya. Satu kerugian besar perniagaan yang dibena bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata. Harta dan wang di bank menjadi harta pusaka dan diagihkan kepada semua waris faraid.

Keadaan ini boleh diselamatkan sekiranya masa hidup pemilik perniagaan ini membuat hibah perniagaan ini kepada isteri atau anak sulungnya, contohnya.

Harta yang dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka dan perniagaan dapat berjalan tanpa gangguan waris faraid lain.

Pencairan harta dan akaun bank boleh diselesaikan dalam sebulan dua kerana proses pindah milik berjalan lancar kerana semasa hidup pemilik sudah mengeluarkan surat kuasa bagi urusan pindah milik.

Implikasi Tanpa Buat Hibah

Apabila pemilik meninggal, harta perniagaan dan akaun bank dan harta lain terbeku dan menjadi harta pusaka.

Perniagaan terhenti kerana wang pusingan dalam bank terbeku. Waris mungkin berminat medapatkan harta pusaka perniagaan berbanding meneruskan perniagaan.

Pencairan harta pusaka mungkin mengambil masa 1-2 tahun atau lebih, itu pun jika waris dapat bersatu hati nak percepatkan proses pembahagian pusaka.

Ke-2 Pasangan Yang Hanya Ada Anak Perempuan Mahu Dapat Lebih Dengan Membuat Hibah Harta

Apabila berlaku kematian ibu bapa, anak perempuan seorang akan memiliki 1/2. Baki harta itu akan difaraidkan kepada adik beradik ibu-bapa.

Bayangkan pasangan ini mempunyai 5-6 biji rumah dan berpuluh atau beratus ribu ringgit terpaksa dikongsikan dengan adik beradik mereka. Sedangkan harta itu untuk perbelanjaan dan pelajaran anak-anak.

Sekiranya pasangan ini merancang, pasangan ini akan membuat hibah harta kepada anak perempuan. Apabila mereka meninggal, harta ini akan menjadi milik anak-anak tanpa melalui proses pusaka atau faraid.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal, hak harta faraid bagi seorang anak perempuan ialah 1/2 bahagian, dua dan lebih anak perempuan bahagian mereka ialah 2/3.

Bayangkan jika suami isteri ada hartanah dan simpanan RM1 juta, 1/3 atau RM300K difaraidkan kepada adik beradik. Ia jumlah yang besar sepatutnya boleh digunakan bagi membiayai pendidikan anak dalam dan luar negeri.

Ke-3 Ibu Bapa Mahu Memastikan Masa Depan Anak Di bawah Umur Terpelihara

Apabila berlaku kematian ibu bapa, hak faraid anak bawah umur tetap ada mengikut bahagian yang ditetapkan dalam Islam.

Tetapi ada ibu bapa mahukan harta tertentu seperti ASB dihibahkan masa hidup lagi dan ia tidak mahu difaraidkan.

Jika ibu bapa meninggal dahulu daripada anak, mereka boleh mengarahkan syarikat amanah atau pasangnya memegang harta itu sehingga anak dewasa.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal semua harta menjadi harta pusaka. Waris yang berhak termasuk anak bawah umur akan mendapat hak pusaka.

Hak pusaka bawah umur akan dipegang oleh penjaga harta mengikut enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri, iaitu datuk sebelah bapa, wasi yang dilantik menurut wasiat bapa, wasi kepada wasi bapa, wasi datuk sebelah bapa dan wasi kepada wasi datuk sebelah bapa.

Bayangkan bapa budak ini tidak membuat wasiat atau hibah…

Ke-4 Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa Mahu Menjamin Masa Depan Anaknya Itu

Kesian ada anak istimewa yang terbiar hidup selepas kematian bapanya. Tiada sesiapa yang mengambil peduli akan anak istimewa itu.

Anak istimewa akan mendapat bahagian faraidnya tetapi ia mungkin tidak mencukupi berbanding adik beradiknya yang boleh berdikari.

Masa depan anak istimewa ini lebih terjamin sekiranya bapanya membuat hibah harta dan wang simpanan kepada anak istimewa ini.

Sementara bapa masih hidup, bapa akan menjadi penjaga harta. Jadi wang hibah ini boleh digunakan untuk menjaga dan memberi makan dan perubatan anak istimewa ini.

Sekiranya bapa ini meninggal dahulu, dalam dokumen hibah, bapa boleh melantik ibu anak ini sebagai penjaga harta.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal semua harta menjadi harta pusaka. Waris yang berhak termasuk anak istimewa akan mendapat hak pusaka.

Hak pusaka anak istimewa akan dipegang oleh penjaga harta mengikut enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri, iaitu datuk sebelah bapa, wasi yang dilantik menurut wasiat bapa, wasi kepada wasi bapa, wasi datuk sebelah bapa dan wasi kepada wasi datuk sebelah bapa.

Bayangkan bapa budak ini tidak membuat wasiat.

Ke-5 Pasangan Yang Tiada Anak Mahu Hibah Harta Kepada Orang Yang Disayangi

Ada pasangan mempunyai harta tetapi tidak mempunyai anak. Harta ini bakal menjadi harta pusaka milik waris apabila mereka tiada di dunia.

Pasangan ini boleh merancang pembahagian harta kepada sesiapa pun dengan hibah.

Sebagai contoh, pasangan ini mahu memberikan rumah ini kepada seseorang yang sukai apabila mereka meninggal, contohnya membuat hibah kepada anak saudara atau anak saudara sepupu.

Implikasi Tiada Hibah

Tanpa hibah, harta akan menjadi harta pusaka dan menjadi milik waris. Pasangan ini terlepas peluang memberi hibah harta kepada orang disayangi seperti anak saudara, cucu saudara atau bersedekah ke Jalan Allah.

Ke-6 Suami Yang Prihatin Membuat Hibah Harta Kepada Isterinya

Hibah Rumah Kepada Isteri

Semua suami menyayangi isteri dengan berbagai cara.

Bagi pasangan yang bersusah payah mencari harta mahukan keadilan sekiranya salah seorang pergi dahulu.

Ada suami merasakan apabila beliau meninggal dunia, hak pusaka isteri 1/8 bahagian dan ia tidak mencukupi. Baki 7/8 perlu diagihkan kepada waris yang lain.

Cara nak menyeimbangi bahagian pusuka isteri ialah dengan membuat hibah harta kepada isteri.

Ia mungkin hibah sebuah rumah atau apartment. Jadi apabila suami meninggal, isteri akan mendapat harta yang dihibahkan di samping 1/8 bahagian harta pusaka lain.

Implikasi Tanpa Hibah

Tanpa hibah apabila berlaku kematian suami, hak pusaka isteri hanyalah 1/8 bahagian.

Setengah pasangan berpendapat 1/8 adalah kecil terutama jika ada anak masih kecil dan bersekolah.

Ke-7 Mereka Yang Tidak Berkahwin Mahu Membuat Hibah Harta Kepada Orang Disukai

Orang yang tidak berkahwin akan rugi jika tidak merancang pembahagian harta semasa hidup. Harta akan menjadi harta pusaka dan menjadi milik waris yang layak.

Jadi mereka yang belum berkahwin boleh merancang membahagi harta dengan hibah kepada sesiapa atau hibah kepada badan kebajikan seperti pusat dialisis atau rumah anak yatim.

Kebaikan membuat hibah harta ialah boleh digunakan pemilik selagi beliau hidup dan berpindah kepada penerima hibah selepas pemilik meninggal dunia.

Implikasi Tanpa Buat Hibah

Apabila meninggal harta akan menjadi harta pusaka. Waris-waris akan menguruskan proses mendapat pusaka dan akhirnya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Jadi pemilik harta terlepas peluang nak bahagikan harta kepada orang yang disayangi atau disedekahkan harta ke Jalan Allah.

Ke-8 Mahu Menghargai Orang Yang Disayangi Seperti Anak Angkat dan Anak Tiri

Orang yang mempunyai harta apabila ia meninggal ia akan menjadi harta pusaka dan menjadi hak waris. Orang yang disayang tetapi bukan waris tidak akan dapat.

Tetapi dengan hibah beliau boleh memberi harta kepada waris dan bukan waris.

Orang yang disayangi tetapi bukan waris ialah angkat, anak tiri, sepupu dan kawan rapat.

Jika ibu bapa mahu memberi lebih harta kepada mana-mana anak dan cucu, maka hibah adalah pilihan yang terbaik.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila seseorang meninggal dunia, orang yang disayangi dan bukan waris tidak tidak layak menerima harta pusaka. Contohnya, anak angkat dan anak tiri.

Ke-9 Harta Dibelanjakan Ke Jalan Allah Dengan Membuat Hibah Harta dan Wasiat

Harta dibelanjakan di jalan Allah
Berjihad Di Jalan Allah

Ramai yang memiliki harta dan kekayaan. Tetapi ada yang terlupa atau lalai tidak menyalurkan sejumlah kecil atau besar ke Jalan Allah.

Ada dua cara menyalur harta ke Jalan Allah, iaitu hibah atau wasiat.

Kelebihan hibah ialah pemiliknya boleh menggunakan harta semasa hidup dan memindah milik harta itu kepada penerima selepas kematiannya. Ia dilakukan oleh syarikat amanahh.

Implikasi Tanpa Hibah

Tanpa hibah harta yang ditinggalkan akan menjadi harta pusaka dan ia menjadi hak milik waris-waris.

membuat hibah harta
Sebab-Sebab Orang Buat Hibah

Video Penerangan 9 Sebab Orang Buat Hibah

Pertanyaan Cara Membuat Hibah Harta

Pertanyaan mengenai artikel ini dan cara membuat hibah amanah sila hubungi penulis, Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Cara Membuat Surat Hibah Yang Menyakinkan

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan dengan as-Salihin Trustee Berhad

Bagaimana Perjanjian Harta Sepencarian Disediakan?

Hibah Harta Lebih Berkesan Daripada Bahagi Harta Pusaka?

Apa yang kita buat lebih bermakna daripada apa yang kita cakap!

Hibah harta adalah satu daripada cara membahagikan harta kepada waris semasa hidup

Hibah Harta dan Pembahagian Pusaka

Hibah harta lebih berkesan daripada pembahagian harta secara faraid, benar kah?

Kedua-dua hibah dan faraid adalah kaedah perpindahan harta daripada pemilik kepada seseorang.

Hibah ialah perpindahan harta daripada pemilik kepada penerima hibah semasa hidup lagi.

Semasa hidup seseorang pemilik itu bebas menghibahkan hartanya kepada sesiapa tanpa melibatkan persetujuan waris dan tanpa mengambil kira samada pemilik itu mempunyai komitmen hutang dunia dan akhirat.

Sebaliknya, apabila seseorang meninggal, hartanya secara automatik akan menjadi harta pusaka. Harta tersebut menjadi terbeku kerana ia harus menjalani proses pentadbiran dan faraid.

Proses Pembahagian Hibah Harta

Pemilik harta semasa hidupnya menandatangani dokumen hibah yang disediakan oleh syarikat amanah dan bersetuju memberi harta kepada penerima hibah yang dipanggil benefisiari.

Oleh kerana harta itu masih atas nama pemilik, maka pemilik menjadi pemegang amanah utama bagi menguruskan harta itu.

Dalam masa yang sama syarikat amanah yang menguruskan harta itu bertindak sebagai pemegang amanah ganti.

Apabila pemilik (pemegang amanah) meninggal dunia, maka pemegang amanah ganti akan mengambil alih tugas pemegang amanah utama. Syarikat amanah selaku pemegang amanah akan memindahkan harta hibah itu kepada benifisiari selaku pemilik harta.

Harta Pusaka – Proses Pembahagian

Apabila pemilik harta meninggal, hartanya menjadi harta pusaka. Harta pusaka menjadi hak waris yang layak semasa kematian. Harta pusaka ini akan terbeku sehinggalah waris melantik seorang pentadbir.

Surat kuasa dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai harta pusaka samada Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi.

Dengan surat kuasa, pentadbir akan mentadbir harta pusaka dan pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid.

Sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris adalah menjadi tanggungjawap pentadbir menyelesaikan semua hutang si mati, melaksanakan wasiat dan menyelesaikan tuntutan harta sepencarian jika ada.

Hibah Harta Lebih Berkesan Dari Pembahagian Harta Pusaka?

Jika Bapa Dah Putuskan Nak Rumah Kat Nadia

Sekiranya, bapa dah putuskan nak bagi rumah kat Nadia, eloklah buat hibah rumah kepada Nadia masa hidup.

Jika buat wasiat atau tidak, rumah itu tidak akan dapat 100% kepada Nadia kerana adek beradik yang lain dan emak ada syer dalam harta pusaka rumah itu.

Mengelakkan Tentangan Adik Beradik

Jika bapa membuat hibah rumah kepada Nadia, ia boleh elakkan perebutan harta pusaka rumah itu. Ini kerana apabila rumah itu dihibahkan semasa hidup, maka rumah itu bukan lagi menjadi harta pusaka. Ia sudah pun menjadi harta Nadia.

Proses Perpindahan Harta Lebih Cepat

Perpindahan harta hibah daripada bapa kepada anak prosesnya lebih cepat berbanding harta pusaka.

Proses perpindahan harta hibah adalah cepat kerana ia hanya melibatkan pengesahan dokumen hibah dengan mahkamah shariah. Lepas itu urusan pindah milik di Pejabat Tanah. Paling lama prosesnya tiga bulan.

Sekiranya, selepas kematian bapa, semua waris bersetuju menyerahkan harta pusaka melalui proses yang panjang.

Ini urusan harta pusaka melibatkan hukum faraid dan pihak berkuasa harta pusaka. Proses lain termasuklah melantik pentadbir, menyelesaikan hutang bapa jika ada, melaksanakan wasiat bapa jika ada.

Proses perpindahan harta harta pusaka mungkin memakan masa enam bulan hinggan dua tahun.

6. Hibah harta – Mengapa Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Sekiranya anda mahu membuat hibah dan mahu menggunakan khidmat syarikat amanah as-Salihin, pihak kami menyediakan kemudahan hibah harta.

Ada tiga sebab anda harus memilih as-Salihin Trustee Bhd untuk membuat hibah dan perkhidmatan lain:

(i) Sebuah Syarikat Amanah bagi Perancangan Harta Islam

as-Salihin ialah sebuah syarikat perancangan harta bagi orang Islam terbesar di negara ini dan semua produk berasaskan prinsip Islam sepenuhnya.

Lembaga Pengarahnya dibantu oleh Majlis Syariahnya bagi membolehkan semua produk termasuh hibah sentiasa kompetitif, mesra pengguna dan efektif apabila dilaksanakan.

(ii) Penyesesaian Lengkap Perancangan Harta Islam

as-Salihin Trustee Bhd ialah sebuah syarikat yang menawarkan pakej lengkap perancangan harta Islam dan sebagai sebuah one stop center bagi memudahkan orang Islam merancang harta mereka dengan cekap dan berkesan.

Selain Deklarasi Hibah, as-Salihin menawarkan kemudahan membuat wasiat, perjanjian aset perolehan bersama, amanah wasiat, amanah hayat dan khidmat mengurus dan mentadbir harta pusaka.

(iii) Sebuah Syarikat Yang Berpengalaman Dalam Perancangan dan Pengurusan Harta

as-Salihin ialah sebuah syarikat amanah telah berada 16 tahun di pasaran. Jadi pengalaman 16 tahun itu boleh memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurus dengan syarikat amanah ini.

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Bhd

Mengapa nak tunggu lagi buat hibah? Sila hubungi Perancang Harta berikut:

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta
as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Kuiz Rancang Harta

Hibah harta pusaka
Hibah Harta

Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Cara Buat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Lima Sebab Golongan Profesional Perlu Membuat Wasiat