
Pelan Penggantian Perniagaan – Buatlah Hibah Perniagaan
Usahawan patut tahu akan kebaikan hibah perniagaan sebagai pelan bagi menjamin pewarisan perniagaan berjalan dengan lancar dan sistematik.
Tanpa hibah, ada kemungkinan perniagaan yang telah dibena bertahun-tahun akan terbengkalai kerana usahawan gagal merancang kesinambungan perniagaannya.
Apa itu Hibah Perniagaan?
Hibah perniagaan ialah cara pemberian harta atau pemilikan perniagaan daripada seorang usahawan kepada usahawan lain.
Hibah ini boleh berbentuk pemilikan aset usahawan atau perpindahan hak milik saham kepada pengganti.
Dari segi syariah hibah ini berkuatkuasa pada tarikh hibah ini ditandatangani oleh usahawan, pengganti dan syarikat amanah.
Dari segi pentadbiran, urusan pindah milik dilakukan selepas kematian usahawan. Ia diuruskan oleh syarikat amanah berdasarkan surat kuasa yang diberikan oleh usahawan.
Kebaikan Hibah Perniagaan Kepada Usahawan
Di bawah ini diterangkan empat kebaikan hibah perniagaan yang usahawan patut tahu.
1. Pengganti Usahawan Sudah Ditentukan Semasa Hidup
Apabila hibah perniagaan dibuat ia bermakna usahawan sudah ada pelan penggantian perniagaan (succession planning). Sudah ada penggantinya jika usahawan meninggal.
Bayangkan jika usahawan tidak membuat hibah perniagaan. Semua ahli waris akan berebut-rebut untuk menguasai syarikat atau cuba menguasai pegangan saham. Ia boleh menjejaskan kelancaran perniagaan dan kehilangan pelanggan.
2. Elakkan Waris Berkelahi Kerana Berebut Harta Pusaka
Hibah perniagaan boleh mengelakkan perkelahian di kalangan ahli keluarga usahawan bagi mendapatkan aset syarikat.
Ini kerana siapa yang akan mendapat harta syarikat sudah ditentukan semasa usahawan masih hidup.
Tanpa hibah, apabila usahawan meninggal, harta syarikat akan menjadi harta pusaka. Ikut hukum faraid, harta pusaka adalah milik semua waris terutamanya adik beradik.
Dengki dan perkelahian adalah perkara biasa dalam pembahagian pusaka kerana kekurangan iman.
3. Proses Perpindahan Cara Hibah Lebih Cepat Berbanding Proses Pusaka
Proses perpindahan hak milik harta melalui hibah mengambil masa 1-4 bulan berbanding 2-3 tiga tahun secara proses harta pusaka.
Proses hibah lebih cepat kerana pihak yang terlibat hanyalah penerima hibah, pemegang amanah dan SSM sahaja.
Dengan kuasa yang diberikan oleh usahawan kepada pemegang amanah, pindah milik harta hibah atau pegangan saham kepada penerima hibah berjalan tanpa birokrasi.
Bayangkan tanpa hibah, harta syarikat milik usahawan akan menjadi harta pusaka.
Proses pembahagian kuasa akan diputuskan samada oleh unit pusaka kechil atau Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi. Itu belum masa diambil bagi mendapatkan sijil faraid daripada mahkamah syariah.
4. Hibah Dikembalikan Kepada Usahawan Sekiranya Pengganti Meninggal Dunia Dahulu
Kebaikan hibah amanah ialah harta yang dihibahkan akan dikembalikan kepada usahawan sekiranya penganti hibah meninggal dahulu dari usahawan.
Jadi ia tidak ada risiko kepada pemberi hibah.
5. Usahawan Boleh Membatalkan Hibah Sekiranya Ia Pemberian Ibu Bapa Kepada Anak
Ibu bapa berhak membatalkan hibah kepada anak-anak tanpa syarat. Ini kelebihan hibah daripada ibu ayah kepada anak.
Bagi hibah yang bukan ibu bapa kepada anak, ia memerlukan persetujuan penerima hibah.
6. Urusan Hibah Perniagaan Lebih Senang Berbanding Hibah Harta Individu
Hibah perniagaan hanya memerlukan beberapa borang SSM yang boleh di download daripada portal SSM.
Syarikat sendirian berhad paling mudah membuat hibah. Apa yang dihibahkan ialah pemilikan atau shareholding sahaja. Hibah pemilikan secara tak langsung hibah harta berdasarkan peratus shareholding.
Jadi usahawan tak perlu tahu samada syarikat ada hutang atau tidak.
Usahawan pun tidak perlu melampirkan butiran hak milik tanah yang dimiliki oleh syarikat dan penyata simpanan atau pelaburan syarikat.
Kesimpulan Kebaikan Hibah Perniagaan
Enam kebaikan hibah perniagaan usahawan patut tahu.
Pertama – Pengganti usahawan sudah ditentukan semasa hidup.
Kedua – Elakkan waris berkelahi kerana berebut harta pusaka
Ketiga – Proses perpindahan cara hibah lebih cepat berbanding proses pusaka
Keempat – Hibah dikembalikan kepada usahawan sekiranya pengganti meninggal dunia dahulu.
Kelima – Usahawan boleh membatalkan hibah sekiranya ia pemberian daripada ibu bapa kepada anak.
Keenam – Urusan hibah perniagaan lebih senang berbanding hibah harta individu.
Hubungi Perancang Harta Anda
Usahawan yang mahu membuat hibah perniagaan, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com
Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd
Cara Hibahkan Syarikat Sendirian Berhad Dengan Khidmat Syarikat Amanah