Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Apa lah sangat kos membuat wasiat sekitar RM1,500 banding rumah dua tingkat bernilai RM900K, BMW RM300K atau ASB RM200K

Artikel ini mengenai cara membuat wasiat yang sah
Adalah mustahak membuat wasiat yang boleh dipercayai dan berkesan

Overview Isu Harta Pusaka- Wajib Dengar Dahulu

Adakah anda tahu cara membuat wasiat yang berkesan bagi mengurangkan risiko kalah di mahkamah?

Ya lah apa lah sangat kos membuat wasiat sekitar RM1,500 berbanding rumah dua tingkat bernilai RM900,000 atau BMW RM300,000 atau ASB RM200,000.

Membuat wasiat memanglah mudah kata orang yang tak tahu – dengan penulis tepi jalan pun boleh tulis wasiat.

Seseorang pewasiat mestilah percaya wasiat yang ditulis sah di sisi hukum syarak dan undang-undang terutama jika pewasiat bercadang mahu mewasiatkan harta kepada bukan waris. Tentu ada kemungkinan tentangan daripada waris lain.

Wasiat yang ditulis bukan sahaja betul tetapi sah dan boleh dipakai kemudian hari.

Wasiat hendaklah melantik orang dipercayai samada individu atau syarikat amanah sebagai pemegang amanah dan pentadbir harta pusaka. Pemegang amanah ini juga dipanggil wasi.

Keberkesanan wasiat juga bergantung kepada cara menyimpan wasiat asal. Ini kerana wasiat boleh dibakar oleh waris seperti anak-anak jika hati tak betul, dengki dan tamak.

Atau waris terdekat tak mahu harta pusaka ibu bapa atau ibu dibahagi kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tiri atau sepupu atau mungkin wakaf.

Siapa Yang Layak Membuat Wasiat dan Menerima Harta Yang Diwasiatkan?

dengan membuat wasiat, pewasiat boleh infak 1/3 harta ke jalan Allah seperti sumbangan kepada pusat tahfiz quran
Membuat wasiat dan sedekahkan 1/3 harta untuk jalan Allah dan pahalanya sentiasa mengalir kepada pewasiat – tak mahu ke?

Siapa pun berhak dan layak membuat wasiat asalkan ada harta, hutang atau pesanan. Yang mustahak cara membuat wasiat yang betul.

Wasiat harta wajib jika hendak membahagi harta kepada bukan waris atau pewaris mahu bersedekah.

Bukan waris termasuklah anak angkat, anak tiri dan bukan waris utama.

Sedekah termasuklah pewasiat hendak memberikan harta kepada jalan Allah seperti tanah atau tunai untuk membina masjid, sekolah tahfiq Quran dan perpustakaan.

Bagaimanapun, jumlah yang diwasiatkan kepada bukan waris dan sedekah tidak melebihi 1/3 daripada harta setelah ditolak semua hutang si mati, dunia dan akhirat

Ada juga pewasiat yang mewariskan harta kepada waris-waris mereka. Dalam hal ini, ia lebih berupa pesanan pewasiat kerana dalam hukum faraid tiada wasiat untuk waris. Sekiranya semua waris bersetuju dengan pesanan pewasiat, maka ia tidak menjadi isu pewarisan.

Wasiat yang berkesan hendaklah melantik wasi yang akan menjadi pemegang amanah dan mentadbir harta pusaka secara jujur. Melantik individu sebagai wasi ada risikonya jika wasi itu meninggal dunia sebelum melaksanakan tugasnya.

Oleh itu, adalah dicadangkan melantik syarikat amanah sebagai pihak yang berkecuali sebagai wasi. Dan lebih baik syarikat amanah itu amat mahir dengan pengurusan harta pusaka dan ilmu hukum faraid.

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Saya terangkan cara membuat wasiat dengan as-salihin Trustee Bhd.

Sesiapa yang mahu membuat wasiat boleh berhubung dengan mana-mana perancang harta Islam dari pejabat as-Salihin Trustee berhad.

Pelanggan boleh mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk berjumpa. Berjumpa di pejabat as-Salihin pun boleh.

Berikut ialah cara membuat wasiat yang wajib anda tahu…

Harta Yang Hendak Diwasiatkan

Rumah ialah antara harta yang boleh diwasiatkan kepada bukan waris
Rumah dan kenderaan yang diwasiatkan kepada anak angkat

Pelanggan hendaklah menentukan harta yang nak diwasiatkan kepada benefisiari.

Contohnya, rumah di Jalan Tomato, Shah Alam diwasiatkan kepada anak angkat. Pewasiat mewasiatkan sejumlah RM500,000 yang tersimpan di Maybank diwasiatkan kepada Majlis Ugama Islam bagi mendirikan pusat tahfid al-Quran.

Bagi memudahkan urusan pemberian harta pusaka kemudian hari, maka pewasiat hendaklah menyertakan dokumen hak milik harta itu dan akan dilampirkan dalam wasiatnya.

Permohonan Membuat Wasiat

As-Salihin ada menyediakan borang permohonan membuat wasiat.

Dalam zaman online ini, borang membuat wasiat diisikan oleh Perancang harta, iaitu wakil syarikat as-Salihin.

Perancang harta ialah wakil bertauliah as-Salihin yang menguruskan permohonan wasiat sehinggalah ia ditandatangani oleh pewasiat dengan dua saksi lelaki.

Dalam borang permohonan wasiat itu, dokumen asas yang diperlukan ialah kad pengenalan wasiat, kad pengenalan anak angkat dan salinan hak milik harta yang hendak diwasiatkan.

Perlantikan Wasi Bagi Mentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat bukan sekadar memberi arahan tetapi ia mesti ‘boleh betindak’ bagi melaksanakan wasiat.

Pewasiat boleh mewasiatkan pewaris atau orang lain untuk menjadi wasi yang menguruskan harta pusakanya.

Dalam wasiat memberikan sejumlah harta kepada anak angkat secara biasanya pewasiat akan melantik orang yang tidak ada kepentingan dengan harta pusaka iaitu as-Salihin Trustee Berhad.

Perlantikan as-Salihin ini bagi memastikan harta pusaka ditadbirkan dengan cekap dan menunaikan hajat pewasiat – dalam konteks ini bahagian harta pusaka anak angkat.

Wasiat juga untuk melantik penjaga harta anak di bawah umur dan anak istimewa. Sebagai contoh, suami melantik isterinya sebagai penjaga harta anak-anak di atas.

Penyediaan Deraf Wasiat

Apabila semua maklumat diterima daripada pewasiat, perunding akan menghantarnya ke pejabat as-Salihin.

Dalam masa seminggu, perunding harta akan menerima deraf wasiat. Perunding akan menyemak deraf wasiat dan forwardkan kepada klien. Sekiranya, ada kesilapan, deraf itu akan dikembalikan kepada as-Salihin.

Selepas dibetulkan, as-Salihin akan menyediakan dokumen wasiat untuk ditandatangani.

Menandatangani Wasiat Dengan Dua Saksi Lelaki Islam

Membuat wasiat melibatkan dua orang saksi Islam
Pewasiat akan menandatangani wasiat dengan dua saksi

Pewasiat boleh menandatangani wasiat di pejabat as-Salihin atau di luar seperti di rumah dengan dua orang saksi.

Biasanya pewasiat akan menjelaskan caj yang dikenakan oleh as-Salihin pada masa wasiat ditandatangani.

Wasiat yang lengkap ditandangi akan dibawa balik ke pajabat as-Salihin untuk daftar dan rekod.

Penyerahan dan Penyimpanan Dokumen Asal Wasiat

As-Salihin akan memberi salinan pendua wasiat kepada pewasiat.

Salinan asal wasiat akan disimpan oleh as-Salihin Trustee Berhad bagi memastikan keberkesanan membuat wasiat.

Semasa penyerahan wasiat kepada pewasiat, as-Salihin akan memberikan dua Kad Wasiat.

Kad Wasiat yang mengandungi butiran wasiat dan diberikan kepada waris bagi memudahkan berhubung dengan as-Salihin kemudian hari.

Pemindaan dan Pembatalan Wasiat

Pewasiat boleh dipinda, ditambah dan membatalkan wasiat pada bila-bila masa dengan memberi tahu as-Salihin Trustee Bhd.

Sekiranya anak angkat meninggal dahulu daripada pewasiat maka bahagian wasiat untuk anak angkat yang dinamakan itu akan terbatal dengan sendirinya.

Mengapa Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • Ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • as-Salihin Trustee Berhad ialah sebuah syarikat amanah yang menyediakan kemudahan perancang harta, pewasian, pentadbir harta pusaka dan harta amanah (terutama harta anak di bawah umur 18 tahun)
  • Syarikat amanah as-Salihin Trustee Bhd telah berada di pasaran lebih 15 tahun. Kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara ialah pengerusi as-Salihin Trustee Bhd. Beliau seorang peguam yang mahir dalam pengurusan harta pusaka, harta sepencarian, hibah, hibah perniagaan, hibah takaful dan lain-lain produk perancangan Islam.
  • as-Salihin mempunyai Lembaga Syariahnya sendiri bagi memastikan dasar dan produk selari dengan prinsip syariah.

Video Penerangan Matlamat dan Sebab Orang Membuat Wasiat

Kuiz Rancang Harta

cara membuat wasiat di as-salihin

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya anda mahu membuat wasiat yang berkesan, sila hubungi Telegram kami pada sebarang masa.

Untuk tindakan cepat terus wasap saya 013 366 1242.

Moga anda telah mendapat penjelasan mengenai cara membuat wasiat dengan syarikay as-Salihin Trustee Bhd.

Abd Rahaman Rasid

Ebook Percuma 23 Waris Faraid

Dapatkan ebook dan video penerangan dari pinned post di bawah

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

23 waris faraid harta pusaka orang islam

Pautan Berkaitan

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat Ramai Tak Tahu

Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah

Mengapa Memilih as-Salihin Trustee Berhad Dalam Urusan Perancangan Harta Dan Harta Pusaka?

Khidmat Hibah Wasiat Harta Sepencarian as-Salihin Trustee Bhd

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: