Cara Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

cara membuat surat hibah amanah
cara membuat surat hibah amanah

Macam mana cara nak membuat surat hibah. Ini pertanyaan yang biasa didengar dari mereka yang mahu membuat hibah.

Mula-mula seorang perancang harta dari syarikat amanah kena tahu risauan atau masalah yang dihadapi oleh seseorang yang bercadang nak buat hibah dan kemudian ‘verify’ atau sahkan.

Ketahui Masalah Pelanggan Sebelum Membuat Surat Hibah

Seseorang yang mahu buat surat hibah akan call perancang harta dari syarikat amanah.

Biasanya perancang harta kena tahu isu dan masalah. Dari situ, beliau boleh berikan cadangan.

Ada sebab-sebab orang membuat surat hibah, antaranya ialah

  • Pemilik perniagaan yang mahu memberi perniagaan kepada waris tertentu
  • Orang yang tidak berkahwin mahu memberi harta kepada seseorang
  • Orang yang memiliki anak istimewa
  • Pasangan yang ada anak di bawah umur dan mahukan hibahkan harta
  • Pasangan yang ada anak perempuan sahaja
  • Pasangan yang tiada anak dan mahu hibah harta kepada seseorang
  • Suami mahukan isteri mendapat bahagian harta yang lebih
  • Seseorang yang mahu memberi harta kepada orang tertentu seperti anak angkat dan anak tiri.
  • Orang yang mahu memberikan harta ke Jalan Allah

Rumusan Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Siapakah Waris Faraid dan Benefisiari Pelanggan

Setelah mengetahui masalah pelanggan, perancang kewangan wajib tahu waris faraid pelanggan iaitu anak-anak, ibu-bapa dan pasangan.

Jika mempunyai anak, berapa orang lelaki dan perempuan, samada mereka di bawah umur dan mempunyai anak istimewa.

Harta Benda Pemberi Hibah

Senarai harta alih dan tak alih serta hutang perlu diketahui bagi menentukan aset bersih yang mereka ada.

Sahkan atau ‘Verify’ Masalah Pemberi Hibah

Setelah mengetahui waris dan benefisiari pelanggan dan harta pelanggan, baru boleh disahkan masalah pelanggan yang sebenar.

Dari situ, seorang perancang harta sudah boleh mencadangkan solusinya berdasarkan produk yang boleh ditawarkan.

Pengumpulan Maklumat Pemberi Hibah

Sekiranya didapati pelanggan itu memerlukan hibah, maka proses seterusnya ialah pengumpulan maklumat terperinci, antaranya,

  • Salinan dokumen yang hendak dihibahkan
  • Salinan IC pemberi dan penerima hibah, alamat dan nombor telefon/email

Penyediaan Deraf Surat Hibah

Setelah mendapatkan semua dokumen dikehendaki , maka proses seterusnya ialah menyediakan deraf hibah.

Deraf hibah ini akan disediakan oleh pegawai-pegawai dari syarikat amanah.

Setelah siap, deraf hibah akan diemailkan kepada perancang harta dan seterusnya kepada klien untuk semakan dan persetujuan.

Menandatangani Surat Hibah dan Suratkuasa

Surat hibah akan ditandatangani oleh pemberi hibah
Menandatangani Surat Hibah

Setelah pelanggan bersetuju dengan deraf hibah dan suratkuasa, maka surat itu akan dicetak untuk ditandatangani.

Surat hibah akan ditandatangani pada hari, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh pelanggan dan syarikat amanah.

Bayaran khidmat penyediaan hibah akan dibuat semasa menandatangi dokumen hibah.

Penyerahan Surat Hibah Kepada Pelanggan

Surat hibah yang ditandatangi akan diuruskan pendaftaran, perekodan dan penyimpanan suratcara asal.

Salinan surat wasiat akan diposkan kepada pelanggan untuk simpanan. Surat hibah asal akan disimpan oleh syarikat amanah bagi tujuan keselamatan.

Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Banyak syarikat yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Sangat penting membuat surat hibah yang boleh diyakini.

Surat hibah itu mestilah ‘berwibawa’ sekiranya ada pertikaian mengenai kesahihan dan kebolehlaksanakan hibah itu kepada penerima hibah.

Ada beberapa penting mengenai amanah dalam surat hibah.

Pemilik harta menjadi pemegang amanah utama selepas menandatangani dokumen hibah.

Syarikat amanah yang dilantik akan menjadi pemegang amanah ganti apabila pemilik harta/pemegang amanah utama meninggal atau hilang upaya.

Syarikat amanah akan bertanggungjawap dalam menguruskan pindah milik harta kepada penerima hibah pada umur 18 tahun atau umur yang ditetapkan oleh pemilik.

Pemilik hibah juga memberi kuasa kepada syarikat amanah bagi menukar hak milik daripada nama pemilik kepada penerima hibah.

Oleh itu, mustahak pelanggan memilih syarikat amanah yang pakar dan berpengalaman menyediakan dokumen hibah. Cara ini dapat mengurangkan risiko kegagalan menyempurnakan hibah pada satu hari nanti.

Video Penerangan Cara Membuat Surat Hibah

Cara Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Mereka yang berhajat hendak membuat surat hibah dengan syarikat amanah, sila hubungi Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Ada Sembilan Orang Buat Hibah Anda Patut Tahu

Cara Hibahkan Syarikat Sendirian Berhad Dengan Khidmat Syarikat Amanah

Rahsia Mendapatkan Harta Sepencarian Tanpa Turun-Naik Mahkamah

Ada Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah Anda Patut Tahu

sebab orang membuat hibah amanah
Sebab Orang Buat Hibah

Apa matlamat dan apa sebab orang membuat hibah harta?

Isu Pembahagian Pusaka

Hibah harta selalunya dikaitkan dengan masalah pengurusan harta pusaka.

Banyak harta pusaka terbiar kerana waris lewat menguruskan permohonan pusaka dengan pihak berkuasa seperti Bahagian Pusaka Kecil dan Amanah Raya.

Ditambah, waris-waris pun berbalah dalam pembahagian harta pusaka dan menyebabkan isu harta pusaka gagal diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun.

Lebi malang, ramai waris yang bergaduh dan membuat dosa kerana mengambil harta pusaka tidak mengikut proses pusaka dan faraid.

Hibah Harta Antara Penyelesaian Terbaik

Satu daripada penyelesaian terbaik ialah semasa hidup pemilik membuat hibah harta kepada orang yang disayangi.

Proses pembahagian hibah boleh diselesaikan dalam 1-2 bulan kerana semasa hidup pemilik harta telah mengeluarkan surat kuasa kepada syarikat amanah bagi memindah milik harta kepada penerimanya.

Dengan hibah, waris-waris tidak boleh menentang pembahagian harta hibah kerana ia bukan harta pusaka.

Dalam artikel ini diterangkan ada sembilan sebab orang membuat hibah. Semoga ia memberi idea kepada pembaca yang berminat membahagi harta secara hibah kepada waris dan bukan waris.

Pertama – Pemilik Mahukan Perniagaan dan Akaun Bank Kepada Diwariskan kepada Orang Tertentu Sahaja

Hibah Perniagaan Kepada Anak

Sedih banyak syarikat perniagaan tutup bila kematian pemiliknya. Satu kerugian besar perniagaan yang dibena bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata. Harta dan wang di bank menjadi harta pusaka dan diagihkan kepada semua waris faraid.

Keadaan ini boleh diselamatkan sekiranya masa hidup pemilik perniagaan ini membuat hibah perniagaan ini kepada isteri atau anak sulungnya, contohnya.

Harta yang dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka dan perniagaan dapat berjalan tanpa gangguan waris faraid lain.

Pencairan harta dan akaun bank boleh diselesaikan dalam sebulan dua kerana proses pindah milik berjalan lancar kerana semasa hidup pemilik sudah mengeluarkan surat kuasa bagi urusan pindah milik.

Implikasi Tanpa Buat Hibah

Apabila pemilik meninggal, harta perniagaan dan akaun bank dan harta lain terbeku dan menjadi harta pusaka.

Perniagaan terhenti kerana wang pusingan dalam bank terbeku. Waris mungkin berminat medapatkan harta pusaka perniagaan berbanding meneruskan perniagaan.

Pencairan harta pusaka mungkin mengambil masa 1-2 tahun atau lebih, itu pun jika waris dapat bersatu hati nak percepatkan proses pembahagian pusaka.

Ke-2 Pasangan Yang Hanya Ada Anak Perempuan Mahu Dapat Lebih Dengan Membuat Hibah Harta

Apabila berlaku kematian ibu bapa, anak perempuan seorang akan memiliki 1/2. Baki harta itu akan difaraidkan kepada adik beradik ibu-bapa.

Bayangkan pasangan ini mempunyai 5-6 biji rumah dan berpuluh atau beratus ribu ringgit terpaksa dikongsikan dengan adik beradik mereka. Sedangkan harta itu untuk perbelanjaan dan pelajaran anak-anak.

Sekiranya pasangan ini merancang, pasangan ini akan membuat hibah harta kepada anak perempuan. Apabila mereka meninggal, harta ini akan menjadi milik anak-anak tanpa melalui proses pusaka atau faraid.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal, hak harta faraid bagi seorang anak perempuan ialah 1/2 bahagian, dua dan lebih anak perempuan bahagian mereka ialah 2/3.

Bayangkan jika suami isteri ada hartanah dan simpanan RM1 juta, 1/3 atau RM300K difaraidkan kepada adik beradik. Ia jumlah yang besar sepatutnya boleh digunakan bagi membiayai pendidikan anak dalam dan luar negeri.

Ke-3 Ibu Bapa Mahu Memastikan Masa Depan Anak Di bawah Umur Terpelihara

Apabila berlaku kematian ibu bapa, hak faraid anak bawah umur tetap ada mengikut bahagian yang ditetapkan dalam Islam.

Tetapi ada ibu bapa mahukan harta tertentu seperti ASB dihibahkan masa hidup lagi dan ia tidak mahu difaraidkan.

Jika ibu bapa meninggal dahulu daripada anak, mereka boleh mengarahkan syarikat amanah atau pasangnya memegang harta itu sehingga anak dewasa.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal semua harta menjadi harta pusaka. Waris yang berhak termasuk anak bawah umur akan mendapat hak pusaka.

Hak pusaka bawah umur akan dipegang oleh penjaga harta mengikut enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri, iaitu datuk sebelah bapa, wasi yang dilantik menurut wasiat bapa, wasi kepada wasi bapa, wasi datuk sebelah bapa dan wasi kepada wasi datuk sebelah bapa.

Bayangkan bapa budak ini tidak membuat wasiat atau hibah…

Ke-4 Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa Mahu Menjamin Masa Depan Anaknya Itu

Kesian ada anak istimewa yang terbiar hidup selepas kematian bapanya. Tiada sesiapa yang mengambil peduli akan anak istimewa itu.

Anak istimewa akan mendapat bahagian faraidnya tetapi ia mungkin tidak mencukupi berbanding adik beradiknya yang boleh berdikari.

Masa depan anak istimewa ini lebih terjamin sekiranya bapanya membuat hibah harta dan wang simpanan kepada anak istimewa ini.

Sementara bapa masih hidup, bapa akan menjadi penjaga harta. Jadi wang hibah ini boleh digunakan untuk menjaga dan memberi makan dan perubatan anak istimewa ini.

Sekiranya bapa ini meninggal dahulu, dalam dokumen hibah, bapa boleh melantik ibu anak ini sebagai penjaga harta.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila ibu bapa meninggal semua harta menjadi harta pusaka. Waris yang berhak termasuk anak istimewa akan mendapat hak pusaka.

Hak pusaka anak istimewa akan dipegang oleh penjaga harta mengikut enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri, iaitu datuk sebelah bapa, wasi yang dilantik menurut wasiat bapa, wasi kepada wasi bapa, wasi datuk sebelah bapa dan wasi kepada wasi datuk sebelah bapa.

Bayangkan bapa budak ini tidak membuat wasiat.

Ke-5 Pasangan Yang Tiada Anak Mahu Hibah Harta Kepada Orang Yang Disayangi

Ada pasangan mempunyai harta tetapi tidak mempunyai anak. Harta ini bakal menjadi harta pusaka milik waris apabila mereka tiada di dunia.

Pasangan ini boleh merancang pembahagian harta kepada sesiapa pun dengan hibah.

Sebagai contoh, pasangan ini mahu memberikan rumah ini kepada seseorang yang sukai apabila mereka meninggal, contohnya membuat hibah kepada anak saudara atau anak saudara sepupu.

Implikasi Tiada Hibah

Tanpa hibah, harta akan menjadi harta pusaka dan menjadi milik waris. Pasangan ini terlepas peluang memberi hibah harta kepada orang disayangi seperti anak saudara, cucu saudara atau bersedekah ke Jalan Allah.

Ke-6 Suami Yang Prihatin Membuat Hibah Harta Kepada Isterinya

Hibah Rumah Kepada Isteri

Semua suami menyayangi isteri dengan berbagai cara.

Bagi pasangan yang bersusah payah mencari harta mahukan keadilan sekiranya salah seorang pergi dahulu.

Ada suami merasakan apabila beliau meninggal dunia, hak pusaka isteri 1/8 bahagian dan ia tidak mencukupi. Baki 7/8 perlu diagihkan kepada waris yang lain.

Cara nak menyeimbangi bahagian pusuka isteri ialah dengan membuat hibah harta kepada isteri.

Ia mungkin hibah sebuah rumah atau apartment. Jadi apabila suami meninggal, isteri akan mendapat harta yang dihibahkan di samping 1/8 bahagian harta pusaka lain.

Implikasi Tanpa Hibah

Tanpa hibah apabila berlaku kematian suami, hak pusaka isteri hanyalah 1/8 bahagian.

Setengah pasangan berpendapat 1/8 adalah kecil terutama jika ada anak masih kecil dan bersekolah.

Ke-7 Mereka Yang Tidak Berkahwin Mahu Membuat Hibah Harta Kepada Orang Disukai

Orang yang tidak berkahwin akan rugi jika tidak merancang pembahagian harta semasa hidup. Harta akan menjadi harta pusaka dan menjadi milik waris yang layak.

Jadi mereka yang belum berkahwin boleh merancang membahagi harta dengan hibah kepada sesiapa atau hibah kepada badan kebajikan seperti pusat dialisis atau rumah anak yatim.

Kebaikan membuat hibah harta ialah boleh digunakan pemilik selagi beliau hidup dan berpindah kepada penerima hibah selepas pemilik meninggal dunia.

Implikasi Tanpa Buat Hibah

Apabila meninggal harta akan menjadi harta pusaka. Waris-waris akan menguruskan proses mendapat pusaka dan akhirnya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.

Jadi pemilik harta terlepas peluang nak bahagikan harta kepada orang yang disayangi atau disedekahkan harta ke Jalan Allah.

Ke-8 Mahu Menghargai Orang Yang Disayangi Seperti Anak Angkat dan Anak Tiri

Orang yang mempunyai harta apabila ia meninggal ia akan menjadi harta pusaka dan menjadi hak waris. Orang yang disayang tetapi bukan waris tidak akan dapat.

Tetapi dengan hibah beliau boleh memberi harta kepada waris dan bukan waris.

Orang yang disayangi tetapi bukan waris ialah angkat, anak tiri, sepupu dan kawan rapat.

Jika ibu bapa mahu memberi lebih harta kepada mana-mana anak dan cucu, maka hibah adalah pilihan yang terbaik.

Implikasi Tanpa Hibah

Apabila seseorang meninggal dunia, orang yang disayangi dan bukan waris tidak tidak layak menerima harta pusaka. Contohnya, anak angkat dan anak tiri.

Ke-9 Harta Dibelanjakan Ke Jalan Allah Dengan Membuat Hibah Harta dan Wasiat

Harta dibelanjakan di jalan Allah
Berjihad Di Jalan Allah

Ramai yang memiliki harta dan kekayaan. Tetapi ada yang terlupa atau lalai tidak menyalurkan sejumlah kecil atau besar ke Jalan Allah.

Ada dua cara menyalur harta ke Jalan Allah, iaitu hibah atau wasiat.

Kelebihan hibah ialah pemiliknya boleh menggunakan harta semasa hidup dan memindah milik harta itu kepada penerima selepas kematiannya. Ia dilakukan oleh syarikat amanahh.

Implikasi Tanpa Hibah

Tanpa hibah harta yang ditinggalkan akan menjadi harta pusaka dan ia menjadi hak milik waris-waris.

membuat hibah harta
Sebab-Sebab Orang Buat Hibah

Video Penerangan 9 Sebab Orang Buat Hibah

Pertanyaan Cara Membuat Hibah Harta

Pertanyaan mengenai artikel ini dan cara membuat hibah amanah sila hubungi penulis, Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Cara Membuat Surat Hibah Yang Menyakinkan

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan dengan as-Salihin Trustee Berhad

Bagaimana Perjanjian Harta Sepencarian Disediakan?