Tip Membina Pewarisan Perniagaan Dengan Hibah

Mengapa hibah tidak tertakluk kepada hukum faraid apabila pemilik meninggal secara tiba-tiba?

Adakah Anda Mempunyai Pelan Pewarisan Perniagaan?

Pertama, adakah anda sedang menjalankan perniagaan?

Kedua, adakah anda mempunyai pelan perniagaan yang akan diwarisi oleh isteri dan anak-anak?

Hibah perniagaan ibarat sediakan payung sebelum hujan

Tahniah kerana anda telah memiliki pelan perniagaan bagi mewariskan perniagaan kepada generasi anda.

Tetapi, adakah anda mempunyai pelan perniagaan, sekiranya anda meninggal dunia, perniagaan akan diteruskan oleh waris anda tanpa masalah?

Sekiranya anda tidak mempunyai pelan perniagaan bagi memastikan kesinambungan perniagaan kepada generasi sekiranya tiba-tiba anda meninggal, maka anda wajib membaca artikel ini.

Adakah anda tahu 90% perniagaan akan terhenti atau terbubar kerana kematian mengejut?

Apa Akan Terjadi Kepada Perniagaan Apabila Pemilik Perniagaan Meninggal Dunia?

– Akaun bank terbeku

– Perniagaan akan terbubar dengan sendirinya jika ia perniagaan tunggal dan perniagaan perkongsian

– Lesen perniagaan anda mungkin terbatal

– Kontrek perniagaan mungkin ditamatkan kerana ketiadaan rakan kongsi

– Aset perniagaan akan terbeku dan menjadi harta pusaka yang menjadi rebutan waris.

– Perniagaan akan mati kerana ahli keluarga mungkin tidak berminat meneruskan perniagaan arwah.

Hibah Untuk Kesinambungan Perniagaan

Anda boleh merancang banyak cara untuk memastikan perniagaan anda diwarisi oleh kaum keluarga anda.

Satu daripada caranya ialah membuat hibah perniagaan.

Hibah perniagaan untuk pastikan perniagaan anda terus diwarisi oleh kaum keluarga sekiranya anda meninggal. Ini kerana proses pemindahan perniagaan telah dilakukan semasa anda hidup. Dan, apabila anda meninggal waris anda yang dinamakan sebagai benefisiari meneruskan perniagaan anda tanpa gangguan waris lain.

Konsep Asas Hibah Perniagaan

Hibah perniagaan ialah cara meminndahkan perniagaan seseorang usahawan kepada waris yang ditetapkan. Dokumen yang digunakan ialah Hibah Perniagaan dan Power of Attorney
Hibah perniagaan ialah cara meminndahkan perniagaan seseorang usahawan kepada waris yang ditetapkan

Konsep hibah perniagaan agak berbeza antara perniagaan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (limited liability partnership, LLP) dan syarikat sendirian berhad. Ini kerana ada entiti yang melibatkan hibah aset dan ada yang melibatkan hibah hak milik (shareholding).

Di sini saya hanya terangkan konsep asas hibah perniagaan sahaja.

Semasa hidup anda dah tentukan siapa ahli keluarga anda yang akan mewarisi perniagaan anda. Katakan, anda mahu mewariskan kepada Ahmad, anak sulung anda.

Apabila anda membuat hibah perniagaan bermakna semasa hidup anda mengistiharkan hasrat beliau untuk menyerahkan perniagaan anda kepada Ahmad. Anda ialah pemberi hibah dan anak sebagai penerima hibah atau benefisiari.

Anda masih sehat dan meneruskan perniagaan atas kapasiti pemegang amanah kepada benefisiari anak anda Ahmad.

Dalam masa yang sama anda melantik syarikat amanah sebagai pemegang amanah ganti. Sekiranya anda meninggal, maka syarikat amanah akan mengambil tanggungjawap anda sebagai pemegang amanah.

Pemegang amanah ganti maka dengan kuasa yang diberikan oleh anda, akan memindahkan hak milik perniagaan itu kepada benefisiari, iaitu anak anda.

Kini anak anda pemilik sah perniagaan yang anda warisi.

Kelebihan Hibah Perniagaan

  • Hibah perniagaan mudah dibuat. Penyedia kemudahan ini hanya memerlukan sijil pendaftaran perniagaan atau dokumen mengenai hak milik pegangan saham syarikat.
  • Perniagaan harian tidak terganggu walaupun dengan kematian pemilik. Ini kerana syarikat amanah selaku pemegang amanah ganti akan memindahkan hak milik perniagaan kepada penerima hibah perniagaan.
  • Perpindahan perniagaan kepada benefisiari tidak terganggu dengan proses pembahagian harta pusaka si mati yang lain. Ini kerana hibah perniagaan dibuat semasa hidup dan ia bukan harta pusaka si mati.
  • Pembahagian dividen dan bonos yang telah distiharkan oleh syarikat tidak terbeku dengan kematian pemilik kerana ia bukannya harta pusaka.
  • Kontrek dan perolehan tender perniagaan tidak terganggu dengan kematian pemilik kerana perniagaan telah pun dihibahkan kepada benefisiari.
  • Hibah perniagaan dapat mengelakkan perebutan hak milik perniagaan apabila pemilik meninggal dunia. Ini kerana harta perniagaan ini bukannya harta pusaka.

Anda Mahu Membuat Hibah Perniagaan?

Anda mempunyai perniagaan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (LLP), syarikat sendirian berhad dan syarikat berhad? Hubungi saya, Abd Rahaman Rasid ditalian 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com untuk perbincangan.

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd dan Blogger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.