Usahawan patut tahu akan kebaikan hibah perniagaan sebagai pelan bagi menjamin pewarisan perniagaan berjalan dengan lancar dan sistematik.
Tanpa hibah, ada kemungkinan perniagaan yang telah dibena bertahun-tahun akan terbengkalai kerana usahawan gagal merancang kesinambungan perniagaannya.
Apa itu Hibah Perniagaan?
Hibah perniagaan ialah cara pemberian harta atau pemilikan perniagaan daripada seorang usahawan kepada usahawan lain.
Hibah ini boleh berbentuk pemilikan aset usahawan atau perpindahan hak milik saham kepada pengganti.
Dari segi syariah hibah ini berkuatkuasa pada tarikh hibah ini ditandatangani oleh usahawan, pengganti dan syarikat amanah.
Dari segi pentadbiran, urusan pindah milik dilakukan selepas kematian usahawan. Ia diuruskan oleh syarikat amanah berdasarkan surat kuasa yang diberikan oleh usahawan.
Kebaikan Hibah Perniagaan Kepada Usahawan
Di bawah ini diterangkan empat kebaikan hibah perniagaan yang usahawan patut tahu.
1. Pengganti Usahawan Sudah Ditentukan Semasa Hidup
Apabila hibah perniagaan dibuat ia bermakna usahawan sudah ada pelan penggantian perniagaan (succession planning). Sudah ada penggantinya jika usahawan meninggal.
Bayangkan jika usahawan tidak membuat hibah perniagaan. Semua ahli waris akan berebut-rebut untuk menguasai syarikat atau cuba menguasai pegangan saham. Ia boleh menjejaskan kelancaran perniagaan dan kehilangan pelanggan.
2. Elakkan Waris Berkelahi Kerana Berebut Harta Pusaka
Hibah perniagaan boleh mengelakkan perkelahian di kalangan ahli keluarga usahawan bagi mendapatkan aset syarikat.
Ini kerana siapa yang akan mendapat harta syarikat sudah ditentukan semasa usahawan masih hidup.
Tanpa hibah, apabila usahawan meninggal, harta syarikat akan menjadi harta pusaka. Ikut hukum faraid, harta pusaka adalah milik semua waris terutamanya adik beradik.
Dengki dan perkelahian adalah perkara biasa dalam pembahagian pusaka kerana kekurangan iman.
3. Proses Perpindahan Cara Hibah Lebih Cepat Berbanding Proses Pusaka
Proses perpindahan hak milik harta melalui hibah mengambil masa 1-4 bulan berbanding 2-3 tiga tahun secara proses harta pusaka.
Proses hibah lebih cepat kerana pihak yang terlibat hanyalah penerima hibah, pemegang amanah dan SSM sahaja.
Dengan kuasa yang diberikan oleh usahawan kepada pemegang amanah, pindah milik harta hibah atau pegangan saham kepada penerima hibah berjalan tanpa birokrasi.
Bayangkan tanpa hibah, harta syarikat milik usahawan akan menjadi harta pusaka.
Proses pembahagian kuasa akan diputuskan samada oleh unit pusaka kechil atau Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi. Itu belum masa diambil bagi mendapatkan sijil faraid daripada mahkamah syariah.
4. Hibah Dikembalikan Kepada Usahawan Sekiranya Pengganti Meninggal Dunia Dahulu
Kebaikan hibah amanah ialah harta yang dihibahkan akan dikembalikan kepada usahawan sekiranya penganti hibah meninggal dahulu dari usahawan.
Jadi ia tidak ada risiko kepada pemberi hibah.
5. Usahawan Boleh Membatalkan Hibah Sekiranya Ia Pemberian Ibu Bapa Kepada Anak
Ibu bapa berhak membatalkan hibah kepada anak-anak tanpa syarat. Ini kelebihan hibah daripada ibu ayah kepada anak.
Bagi hibah yang bukan ibu bapa kepada anak, ia memerlukan persetujuan penerima hibah.
6. Urusan Hibah Perniagaan Lebih Senang Berbanding Hibah Harta Individu
Hibah perniagaan hanya memerlukan beberapa borang SSM yang boleh di download daripada portal SSM.
Syarikat sendirian berhad paling mudah membuat hibah. Apa yang dihibahkan ialah pemilikan atau shareholding sahaja. Hibah pemilikan secara tak langsung hibah harta berdasarkan peratus shareholding.
Jadi usahawan tak perlu tahu samada syarikat ada hutang atau tidak.
Usahawan pun tidak perlu melampirkan butiran hak milik tanah yang dimiliki oleh syarikat dan penyata simpanan atau pelaburan syarikat.
Kesimpulan Kebaikan Hibah Perniagaan
Enam kebaikan hibah perniagaan usahawan patut tahu.
Pertama – Pengganti usahawan sudah ditentukan semasa hidup.
Kedua – Elakkan waris berkelahi kerana berebut harta pusaka
Ketiga – Proses perpindahan cara hibah lebih cepat berbanding proses pusaka
Keempat – Hibah dikembalikan kepada usahawan sekiranya pengganti meninggal dunia dahulu.
Kelima – Usahawan boleh membatalkan hibah sekiranya ia pemberian daripada ibu bapa kepada anak.
Keenam – Urusan hibah perniagaan lebih senang berbanding hibah harta individu.
Hubungi Perancang Harta Anda
Usahawan yang mahu membuat hibah perniagaan, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com
Ramai ibu bapa yang merupakan pemilik perniagaan tidak tahu hibah syarikat ialah satu cara bagi mengelakkan perniagaan musnah apabila mereka meninggal.
Banyak syarikat sendirian berhad tidak dapat diteruskan oleh anak-anak selepas kematian pemiliknya.
Anak-anak pula lebih berminat berebut harta syarikat daripada mahu meneruskan perniagaan syarikat.
Akibatnya, anak berkelahi kerana berebut harta pusaka harta syarikat perniagaan.
Lepas itu, ia bukan satu proses yang mudah bagi membahagi harta pusaka aset sesebuah syarikat terutama syarikat sendirian berhad.
Ada kemungkinan syarikat terpaksa dibubarkan dan diletakkan di bawah syarikat receivership bagi membahagikan harta pusaka kepada waris.
Hibah Syarikat Ialah Perancangan Penerusan Lagenda Perniagaan
Hibah syarikat perniagaan ialah satu cara merancang bagaimana perniagaan ibu bapa dapat diteruskan selepas kematian pemiliknya.
Bagi syarikatt sendirian berhad, perkara yang dihibahkan ialah saham syarikat di mana ia secara tidak langsung menghibahkan aset syarikat kepada pemilik saham baru.
Hibah saham syarikat sangat kritikal jika ibu bapa itu pemegang majoriti saham syarikat. Tentu mereka mahukan lagenda perniagaan diteruskan anak-anak.
Tanpa hibah, saham syarikat akan menjadi harta pusaka dan proses pencairannya akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan persetujuan waris melantik pentadbir bagi mengurus dan mencairkan harta pusaka.
Bagaimana pun, dengan bantuan syarikat amanah, ibu bapa pemilik boleh membuat hibah kepada anak yang boleh meneruskan perniagaan.
Dalam hibah amanah, syarikat amanah akan bertindak sebagai pemegang amanah syarikat sekiranya pemilik iaitu meninggal dunia.
Dengan surat kuasa yang diberikan oleh pemilik syarikat, syarikat amanah akan memindahkan saham kepada pemilik baru syarikat.
Kesimpulan: Kebaikan Membuat Hibah Perniagaan
Kebaikan pertama ialah hibah amanah syarikat ialah satu cara bagi menjamin kelancaran perniagaan di mana pengganti yang layak ditentukan semasa ibu bapa masih hidup.
Kedua, dengan hibah amanah perkelahian anak beranak dapat dielakkan kerana harta syarikat bukan menjadi harta pusaka selepas kematian ibu bapa. Harta menjadi hak milik kepada anak semasa ibu bapa masih hidup.
Kebaikan ketiga ialah proses pembahagian syarikat kepada anak lebih cepat melalui hibah amanah berbanding proses pembahagian pusaka. Prosesnya mengambil masa satu hingga empat bulan berbanding dua atau tiga tahun melalui proses pusaka.
Keempat, sekiranya penerima hibah iaitu anak meninggal dunia lebih dahulu daripada ibu bapa, maka hibah itu terbatal. Maka pemilikan saham syarikat akan berpatah balik kepada ibu bapa mereka.
Jadi elakkan perniagaan musnah dengan hibah amanah.
Pemilik syarikat yang mahu membuat hibah perniagaan kepada waris, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com
Apa matlamat dan apa sebab orang membuat hibah harta?
Isu Pembahagian Pusaka
Hibah harta selalunya dikaitkan dengan masalah pengurusan harta pusaka.
Banyak harta pusaka terbiar kerana waris lewat menguruskan permohonan pusaka dengan pihak berkuasa seperti Bahagian Pusaka Kecil dan Amanah Raya.
Ditambah, waris-waris pun berbalah dalam pembahagian harta pusaka dan menyebabkan isu harta pusaka gagal diselesaikan walaupun sudah bertahun-tahun.
Lebi malang, ramai waris yang bergaduh dan membuat dosa kerana mengambil harta pusaka tidak mengikut proses pusaka dan faraid.
Hibah Harta Antara Penyelesaian Terbaik
Satu daripada penyelesaian terbaik ialah semasa hidup pemilik membuat hibah harta kepada orang yang disayangi.
Proses pembahagian hibah boleh diselesaikan dalam 1-2 bulan kerana semasa hidup pemilik harta telah mengeluarkan surat kuasa kepada syarikat amanah bagi memindah milik harta kepada penerimanya.
Dengan hibah, waris-waris tidak boleh menentang pembahagian harta hibah kerana ia bukan harta pusaka.
Dalam artikel ini diterangkan ada sembilan sebab orang membuat hibah. Semoga ia memberi idea kepada pembaca yang berminat membahagi harta secara hibah kepada waris dan bukan waris.
Pertama – Pemilik Mahukan Perniagaan dan Akaun Bank Kepada Diwariskan kepada Orang Tertentu Sahaja
Hibah Perniagaan Kepada Anak
Sedih banyak syarikat perniagaan tutup bila kematian pemiliknya. Satu kerugian besar perniagaan yang dibena bertahun-tahun musnah dalam sekelip mata. Harta dan wang di bank menjadi harta pusaka dan diagihkan kepada semua waris faraid.
Keadaan ini boleh diselamatkan sekiranya masa hidup pemilik perniagaan ini membuat hibah perniagaan ini kepada isteri atau anak sulungnya, contohnya.
Harta yang dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka dan perniagaan dapat berjalan tanpa gangguan waris faraid lain.
Pencairan harta dan akaun bank boleh diselesaikan dalam sebulan dua kerana proses pindah milik berjalan lancar kerana semasa hidup pemilik sudah mengeluarkan surat kuasa bagi urusan pindah milik.
Implikasi Tanpa Buat Hibah
Apabila pemilik meninggal, harta perniagaan dan akaun bank dan harta lain terbeku dan menjadi harta pusaka.
Perniagaan terhenti kerana wang pusingan dalam bank terbeku. Waris mungkin berminat medapatkan harta pusaka perniagaan berbanding meneruskan perniagaan.
Pencairan harta pusaka mungkin mengambil masa 1-2 tahun atau lebih, itu pun jika waris dapat bersatu hati nak percepatkan proses pembahagian pusaka.
Ke-2 Pasangan Yang Hanya Ada Anak Perempuan Mahu Dapat Lebih Dengan Membuat Hibah Harta
Apabila berlaku kematian ibu bapa, anak perempuan seorang akan memiliki 1/2. Baki harta itu akan difaraidkan kepada adik beradik ibu-bapa.
Bayangkan pasangan ini mempunyai 5-6 biji rumah dan berpuluh atau beratus ribu ringgit terpaksa dikongsikan dengan adik beradik mereka. Sedangkan harta itu untuk perbelanjaan dan pelajaran anak-anak.
Sekiranya pasangan ini merancang, pasangan ini akan membuat hibah harta kepada anak perempuan. Apabila mereka meninggal, harta ini akan menjadi milik anak-anak tanpa melalui proses pusaka atau faraid.
Implikasi Tanpa Hibah
Apabila ibu bapa meninggal, hak harta faraid bagi seorang anak perempuan ialah 1/2 bahagian, dua dan lebih anak perempuan bahagian mereka ialah 2/3.
Bayangkan jika suami isteri ada hartanah dan simpanan RM1 juta, 1/3 atau RM300K difaraidkan kepada adik beradik. Ia jumlah yang besar sepatutnya boleh digunakan bagi membiayai pendidikan anak dalam dan luar negeri.
Ke-3 Ibu Bapa Mahu Memastikan Masa Depan Anak Di bawah Umur Terpelihara
Apabila berlaku kematian ibu bapa, hak faraid anak bawah umur tetap ada mengikut bahagian yang ditetapkan dalam Islam.
Tetapi ada ibu bapa mahukan harta tertentu seperti ASB dihibahkan masa hidup lagi dan ia tidak mahu difaraidkan.
Jika ibu bapa meninggal dahulu daripada anak, mereka boleh mengarahkan syarikat amanah atau pasangnya memegang harta itu sehingga anak dewasa.
Implikasi Tanpa Hibah
Apabila ibu bapa meninggal semua harta menjadi harta pusaka. Waris yang berhak termasuk anak bawah umur akan mendapat hak pusaka.
Hak pusaka bawah umur akan dipegang oleh penjaga harta mengikut enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri, iaitu datuk sebelah bapa, wasi yang dilantik menurut wasiat bapa, wasi kepada wasi bapa, wasi datuk sebelah bapa dan wasi kepada wasi datuk sebelah bapa.
Bayangkan bapa budak ini tidak membuat wasiat atau hibah…
Ke-4 Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa Mahu Menjamin Masa Depan Anaknya Itu
Kesian ada anak istimewa yang terbiar hidup selepas kematian bapanya. Tiada sesiapa yang mengambil peduli akan anak istimewa itu.
Anak istimewa akan mendapat bahagian faraidnya tetapi ia mungkin tidak mencukupi berbanding adik beradiknya yang boleh berdikari.
Masa depan anak istimewa ini lebih terjamin sekiranya bapanya membuat hibah harta dan wang simpanan kepada anak istimewa ini.
Sementara bapa masih hidup, bapa akan menjadi penjaga harta. Jadi wang hibah ini boleh digunakan untuk menjaga dan memberi makan dan perubatan anak istimewa ini.
Sekiranya bapa ini meninggal dahulu, dalam dokumen hibah, bapa boleh melantik ibu anak ini sebagai penjaga harta.
Implikasi Tanpa Hibah
Apabila ibu bapa meninggal semua harta menjadi harta pusaka. Waris yang berhak termasuk anak istimewa akan mendapat hak pusaka.
Hak pusaka anak istimewa akan dipegang oleh penjaga harta mengikut enakmen undang-undang keluarga Islam setiap negeri, iaitu datuk sebelah bapa, wasi yang dilantik menurut wasiat bapa, wasi kepada wasi bapa, wasi datuk sebelah bapa dan wasi kepada wasi datuk sebelah bapa.
Bayangkan bapa budak ini tidak membuat wasiat.
Ke-5 Pasangan Yang Tiada Anak Mahu Hibah Harta Kepada Orang Yang Disayangi
Ada pasangan mempunyai harta tetapi tidak mempunyai anak. Harta ini bakal menjadi harta pusaka milik waris apabila mereka tiada di dunia.
Pasangan ini boleh merancang pembahagian harta kepada sesiapa pun dengan hibah.
Sebagai contoh, pasangan ini mahu memberikan rumah ini kepada seseorang yang sukai apabila mereka meninggal, contohnya membuat hibah kepada anak saudara atau anak saudara sepupu.
Implikasi Tiada Hibah
Tanpa hibah, harta akan menjadi harta pusaka dan menjadi milik waris. Pasangan ini terlepas peluang memberi hibah harta kepada orang disayangi seperti anak saudara, cucu saudara atau bersedekah ke Jalan Allah.
Ke-6 Suami Yang Prihatin Membuat Hibah Harta Kepada Isterinya
Hibah Rumah Kepada Isteri
Semua suami menyayangi isteri dengan berbagai cara.
Bagi pasangan yang bersusah payah mencari harta mahukan keadilan sekiranya salah seorang pergi dahulu.
Ada suami merasakan apabila beliau meninggal dunia, hak pusaka isteri 1/8 bahagian dan ia tidak mencukupi. Baki 7/8 perlu diagihkan kepada waris yang lain.
Cara nak menyeimbangi bahagian pusuka isteri ialah dengan membuat hibah harta kepada isteri.
Ia mungkin hibah sebuah rumah atau apartment. Jadi apabila suami meninggal, isteri akan mendapat harta yang dihibahkan di samping 1/8 bahagian harta pusaka lain.
Implikasi Tanpa Hibah
Tanpa hibah apabila berlaku kematian suami, hak pusaka isteri hanyalah 1/8 bahagian.
Setengah pasangan berpendapat 1/8 adalah kecil terutama jika ada anak masih kecil dan bersekolah.
Ke-7 Mereka Yang Tidak Berkahwin Mahu Membuat Hibah Harta Kepada Orang Disukai
Orang yang tidak berkahwin akan rugi jika tidak merancang pembahagian harta semasa hidup. Harta akan menjadi harta pusaka dan menjadi milik waris yang layak.
Jadi mereka yang belum berkahwin boleh merancang membahagi harta dengan hibah kepada sesiapa atau hibah kepada badan kebajikan seperti pusat dialisis atau rumah anak yatim.
Kebaikan membuat hibah harta ialah boleh digunakan pemilik selagi beliau hidup dan berpindah kepada penerima hibah selepas pemilik meninggal dunia.
Implikasi Tanpa Buat Hibah
Apabila meninggal harta akan menjadi harta pusaka. Waris-waris akan menguruskan proses mendapat pusaka dan akhirnya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.
Jadi pemilik harta terlepas peluang nak bahagikan harta kepada orang yang disayangi atau disedekahkan harta ke Jalan Allah.
Ke-8 Mahu Menghargai Orang Yang Disayangi Seperti Anak Angkat dan Anak Tiri
Orang yang mempunyai harta apabila ia meninggal ia akan menjadi harta pusaka dan menjadi hak waris. Orang yang disayang tetapi bukan waris tidak akan dapat.
Tetapi dengan hibah beliau boleh memberi harta kepada waris dan bukan waris.
Orang yang disayangi tetapi bukan waris ialah angkat, anak tiri, sepupu dan kawan rapat.
Jika ibu bapa mahu memberi lebih harta kepada mana-mana anak dan cucu, maka hibah adalah pilihan yang terbaik.
Implikasi Tanpa Hibah
Apabila seseorang meninggal dunia, orang yang disayangi dan bukan waris tidak tidak layak menerima harta pusaka. Contohnya, anak angkat dan anak tiri.
Ke-9 Harta Dibelanjakan Ke Jalan Allah Dengan Membuat Hibah Harta dan Wasiat
Berjihad Di Jalan Allah
Ramai yang memiliki harta dan kekayaan. Tetapi ada yang terlupa atau lalai tidak menyalurkan sejumlah kecil atau besar ke Jalan Allah.
Ada dua cara menyalur harta ke Jalan Allah, iaitu hibah atau wasiat.
Kelebihan hibah ialah pemiliknya boleh menggunakan harta semasa hidup dan memindah milik harta itu kepada penerima selepas kematiannya. Ia dilakukan oleh syarikat amanahh.
Implikasi Tanpa Hibah
Tanpa hibah harta yang ditinggalkan akan menjadi harta pusaka dan ia menjadi hak milik waris-waris.
Sebab-Sebab Orang Buat Hibah
Video Penerangan 9 Sebab Orang Buat Hibah
Pertanyaan Cara Membuat Hibah Harta
Pertanyaan mengenai artikel ini dan cara membuat hibah amanah sila hubungi penulis, Rahaman 013 366 1242.
Bijak Mengumpul Harta Tidak Semestinya Bijak Membahagi Harta Kepada Waris
Apa guna mengumpul harta siang malam tetapi tidak tahu cara nak bahagi harta masa hidup?
Akibatnya bila mati, harta pusaka jadi rebutan anak-anak yang boleh menjurus kepada dosa, bukannya pahala.
Ketahuilah ada 6 cara bahagi harta masa hidup: hibah mutlak, hibah amanah, hibah takaful, deklarasi harta sepencarian, amanah hayat dan wasiat.
Mereka Yang Layak Menyertai Kelab Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat
Mahu mengetahui cara terbaik memindahkan perniagaan kepada generasi berikutnya tanpa melalui proses harta pusaka,
Mahu mengetahui cara terbaik memindahkan harta kepada orang yang disayangi tanpa gangguan waris,
Mahu mengetahui cara terbaik isteri mendapat bahagian harta sepencarian suami,
Mahu mendapat cara terbaik bagi membahagi harta memandangkan ketiadaan anak lelaki,
Mahu memastikan anak angkat atau anak tiri tiri mendapat harta pusaka jika beliau meninggal dunia,
Mahu mengetahui cara terbaik menguruskan harta jika ada anak kecil dan anak istimewa.
Mahu mengetahui cara terbaik membahagi harta ke Jalan Allah
Mahu mengetahui cara terbaik mengurus harta pusaka tanpa pergaduhan ahli keluarga.
Konsep Pengurusan Kelab Faraid, Hibah, Deklarasi Harta Sepencarian dan Wasiat
Ada dua channel Telegram disediakan:
Channel Telegram Satu Hala – Hanya menerima posting artikel dari Admin mengenai artikel Faraid, harta pusaka, harta sepencarian, hibah amanah, hibah takaful, harta sepencarian, wasiat dan artikel berkaitan.
Channel Telegram Dua Hala – Hanya perbincangan di kalangan member mengenai topik di atas.
Channel Telegram Satu Hala – Hanya terima artikel dan bahan dari Admin sahaja
Apa Masalah Asas Penubuhan Group ini?
Penubuhan Kelab ini berkaitan dengan impak kegagalan merancang pewarisan harta semasa hidup.
Dari keratan akhbat di atas, kira-kira RM70 bilion harta orang Islam terbeku. Ini termasuk wang yang tidak dituntut oleh waris yang dipegang oleh Kerajaan, tanah terbiar tanpa ditukar nama kepada waris.
Antara puncanya ialah semasa hidup, si mati tidak membuat wasiat samada untuk melantik pentadbir harta pusaka dan tidak diketahui nama waris dan alamat mereka.
Orang Educated dan Profesional Tidak Semestinya Bijak Merancang Hidup
Potongan akhbar di atas sekadar contoh sahaja.
Allahyarham Jamaludin Jarjis (JJ) dikatakan kaya raya. Apabila beliau meninggal, harta pusakanya gagal dicairkan dengan segera kepada waris. Ini disebabkan semasa hidup, JJ tidak membuat wasiat siapa pemegang amanah yang menguruskan harta pusakanya.
Akibatnya, ibu JJ membawa kes ke mahkamah kerana ibunya mendapati cucunya sebagai pentadbir harta pusaka telah tidak bersikap tidak adil dalam menyenaraikan harta pusaka JJ.
Ibunya mendakwa beliau sebagai waris terdekat telah tidak mendapat hak pusaka yang adil.
Ibunya juga menuntut supaya beliau dilantik sebagai pentabir harta pusaka bersama cucunya itu.
Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat
Ebook Percuma – Siapa 23 Waris Faraid Anda?
Ilmu anda kurang lengkap tanpa mengetahui 23 waris faraid yang layak memiliki harta pusaka anda. Klik pautan di bawah ini…
Satu daripada cara nak bagi harta kat seseorang semasa hidup…
Ibu bapa tentu akan membahagikan rumah kediaman mereka kepada salah seorang anak mereka. Tetapi, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
20 tahun lepas ada pasangan suami isteri terpaksa keluar rumah sehelai sepinggang selepas memberi hibah mutlak rumah kepada anak perempuannya.
Jadi kena faham betul-betul konsep hibah sebelum menghibahkan rumah atau properti lain kepada anak-anak.
Sayang Anak Jangan Bagi Hibah Mutlak
Dalam cerita di atas, sepasangan suami isteri yang sayangkan seorang anak perempuan bongsunya memberi rumah rumah dua tingkat mereka kepada anak bongsunya yang belum berkahwin.
Pemberian itu tentulah ada sebabnya. Rumah sebuah itu tempat kediaman ibu bapa yang sedang menempuh hari tua dan mengharapkan anak bongsunya itu menjaga mereka hingga ke akhir hayat.
Selepas beberapa tahun, apabila anak perempuan bongsunya itu berkahwin. Suaminya bekerja swasta dan menerima pendapatan lumayan.
Ibu-bapa anak serta menantu dan cucu hidup aman tanpa masalah.
Rumah Kena Lelong Bank
Kesah hitam berlaku selepas 5 tahun anak bongsu mereka itu berkahwin.
Satu hari bapa ini terbaca ada kertas yang tertampal di pintu pagar yang rumah mereka akan dilelong oleh bank.
Alangkah terperanjatnya si bapa membaca notis lelongan bank itu. Lantas ia bertanyakan kepada anak perempuannya itu.
Jangan Hibah Mutlak -Takut Keluar Rumah Sehelai Sepinggang
Dalam kes di atas, si bapa telah memberi hibah mutlak rumah kepada anak perempuannya itu.
Bapa dan anak telah pergi ke pajabat tanah dan si bapa memindah milik rumah itu kepada anaknya itu.
Difahamkan suami kepada anak perempuan itu telah berhenti kerja dan mahu memulakan perniagaan mencuci pejabat. Beliau tiada modal. Dan mahu meminjam daripada bank.
Oleh kerana tiada cagaran, si suami meminta isterinya itu membenarkan mencagarkan rumah mereka itu kepada bank.
Mereka mengambil RM200,000 pinjaman dengan mencagarkan rumah yang nilainya RM600,000. Loan itu digunakan bagi membesi beberapa mesin dan peralatan mencuci pejabat, bahan-bahan mencuci pejabat dan sewa menyimpan peralatan.
Difahamkan bisnes mencuci pejabat tidak berjalan seperti yang dirancangkan. Loan gagal dibayar. Setelah beberapa tahun, akibat tidak berbayar, pinjaman asal RM200k kini dah menjadi RM400K.
Rumah itu, tidak dapat diselamatkan lagi. Semua penghuni kena keluar rumah. Rumah lelong sudah ada yang punya.
Patut Buat Hibah Amanah Rumah Bukan Mutlak
Untuk mengelakkan risiko rumah dijual atau digadaikan kepada bank, maka itu sepatutnya membuat hibah amanah atau Deklarsi Hibah.
Melalui hibah amanah, si bapa tadi iaitu pemberi hibah mengistiharkan ia memberi rumahnya itu kepada anaknya. Pindah milik rumah itu kepada anaknya dibuat selepas kematian pemilik oleh syarikat pemegang amanah.
Sepanjang tempoh Deklarasi Hibah itu, pemberi hibah kita panggil pemegang amanah utama, penerima hibah kita panggil benefisiari dan syarikat amanah dipanggil pemegang amanah ganti.
Dalam tempoh Deklarasi Hibah itu bapa itu menjaga rumah itu atas kapasiti pemegang amanah utama.
Apabila pemegang amanah utama meninggal, pemegang amanah ganti iaitu syarikat amanah akan memindah milik rumah itu kepada benefisiari.
Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah
Kuiz Rancang Harta
Hibah Amanah
Hubungi Perancang Harta as-Salihin Trustee Berhad
Sekiranya anda mahu membuat hibah amanah dengan as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi saya melalui group Telegram.
Satu daripada cara nak bagi harta kat seseorang semasa hidup…
Tentu seronok anak dapat hibah kebun durian masa bapa masih hidup.
Ramai yang kurang jelas pengertian hibah mutlak dan bezanya dengan hibah amanah walaupun pada asasnya kedua hibah ini ialah pemberian dari pemberi hibah kepada penerima hibah.
Jom kita lihat pengertian hibah mutlak itu dulu kerana semua orang tahu.
Pengertian Hibah Mutlak
Pengertian hibah mutlak ialah pemberian terus atau serta merta dari pemberi hibah kepada penerima hibah.
Sebagai contohnya, seorang anak menghadiahkan sebuah jam tangan kepada bapanya.
Dalam contoh lain, seorang bapa memberi sebidang tanah kepada anaknya dan pergi ke pejabat tanah untuk memindah milik tanah itu.
Kedua-dua contoh di atas ialah hibah mutlak. Pengertian hibah melibatkan empat rukun (syarat) iaitu :
Pemberi hibah
Penerima hibah
Harta atau benda yang dihibahkan (diberikan)
Ijab dan kabul – iaitu ada pihak yang menawar dan ada pihak yang menerimanya.
Implikasi Hibah Mutlak – Pengertian Pemberian Terus
Hibah mutlak ini kesannya serta merta ke atas pemilikan harta itu.
Dalam contoh di atas, apabila si bapa menandatangi borang pindah milik bagi memberi harta itu kepada anaknya, maka anak itu terus mendapat harta itu serta merta tanpa sebarang halangan atau syarat.
Begitu juga pemberi hibah (bapa) ia tidak ada hak ke atas harta itu termasuk faedah-faedah dari harta itu. Jika tanah itu kebun durian, maka bapa itu tidak ada hak ke atas hasil kebun selepas memberi kepada anaknya itu.
Pengertian Hibah Amanah
Macam saya sebut pada permulaan, hibah mutlak dan hibah amanah pada asasnya punya pengertian yang sama – iaitu pemberian daripada seorang kepada seorang.
Yang bezanya ialah hibah amanah ini ada unsur amanah sebelum harta itu bertukar milik daripada pemilik kepada penerima harta hibah.
Bagaimana Deklarasi Hibah Berfungsi
Dalam membuat hibah amanah kita memerlukan dua benda penting, iaitu syarikat amanah dan dokumen Deklarasi Hibah. Pemberi hibah dan penerima sudah tentulah pihak berkepentingan dalam hibah amanah.
Melalui dokumen Deklarasi Hibah, pemberi hibah mengistiharkan ia bersetuju memberi hartanya kepada penerima hibah dan membuat pindah milik harta dibuat selepas kematiannya. Ini kerana pemberi hibah masih pemilik sebenar (legal owner) hartanya itu.
Sepanjang tempoh Deklarasi Hibah itu, pemberi hibah kita panggil pemegang amanah utama, penerima hibah kita panggil benefisiari dan syarikat amanah dipanggil pemegang amanah ganti.
Dalam tempoh Deklarasi Hibah itu, pemilik menjaga hartanya itu atas kapasiti pemegang amanah utama.
Apabila pemilik (pemegang amanah utama) meninggal, pemegang amanah ganti iaitu syarikat amanah akan mengambil alih tanggungjawap pemegang amanah.
Dan seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Hibah dan kuasa yang ada pada syarikat amanah, syarikat amanah ini akan memindah milik harta ini kepada benefisiari yang akan menjadi pemilik baru.
Jadi ini bertepatan dengan pengistiharan pemilik asal memberikan hartanya kepada pihak yang beliau mahukan.
Apa Dia Kekuatan Hibah Amanah Yang Wajib Kita Tahu
Orang yang membuat hibah amanah ini kebanyakannya mahu harta dibahagikan semasa hidup lagi walaupun syarikat amanah akan memindahkan harta kepada penerima hibah selepas kematiannya.
Ini kerana proses pemindahan harta hibah tidak ada kaitan dengan pentadbiran harta pusaka harta yang lain.
Proses pembahagian harta pusaka mungkin makan masa 6 bulan hingga 2 tahun kerana ia melibatkan kerjasama dan persetujuan semua waris, belum kira mereka yang ada dua atau tiga keluarga melalui perkahwinan.
Semoga artikel ini dapa meningkatkan kefahaman akan pengertian hibah.
Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah
Kuiz Rancang Harta
Hubungi Perancang Harta as-Salihin Trustee Berhad
Sekiranya pembaca ingin mendapatkan penjelasan mengenai pengertian hibah amanah dengan as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi saya melalui group Telegram berikut: