Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Apa lah sangat kos membuat wasiat sekitar RM1,500 banding rumah dua tingkat bernilai RM900K, BMW RM300K atau ASB RM200K

Artikel ini mengenai cara membuat wasiat yang sah
Adalah mustahak membuat wasiat yang boleh dipercayai dan berkesan

Overview Isu Harta Pusaka- Wajib Dengar Dahulu

Adakah anda tahu cara membuat wasiat yang berkesan bagi mengurangkan risiko kalah di mahkamah?

Ya lah apa lah sangat kos membuat wasiat sekitar RM1,500 berbanding rumah dua tingkat bernilai RM900,000 atau BMW RM300,000 atau ASB RM200,000.

Membuat wasiat memanglah mudah kata orang yang tak tahu – dengan penulis tepi jalan pun boleh tulis wasiat.

Seseorang pewasiat mestilah percaya wasiat yang ditulis sah di sisi hukum syarak dan undang-undang terutama jika pewasiat bercadang mahu mewasiatkan harta kepada bukan waris. Tentu ada kemungkinan tentangan daripada waris lain.

Wasiat yang ditulis bukan sahaja betul tetapi sah dan boleh dipakai kemudian hari.

Wasiat hendaklah melantik orang dipercayai samada individu atau syarikat amanah sebagai pemegang amanah dan pentadbir harta pusaka. Pemegang amanah ini juga dipanggil wasi.

Keberkesanan wasiat juga bergantung kepada cara menyimpan wasiat asal. Ini kerana wasiat boleh dibakar oleh waris seperti anak-anak jika hati tak betul, dengki dan tamak.

Atau waris terdekat tak mahu harta pusaka ibu bapa atau ibu dibahagi kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tiri atau sepupu atau mungkin wakaf.

Siapa Yang Layak Membuat Wasiat dan Menerima Harta Yang Diwasiatkan?

dengan membuat wasiat, pewasiat boleh infak 1/3 harta ke jalan Allah seperti sumbangan kepada pusat tahfiz quran
Membuat wasiat dan sedekahkan 1/3 harta untuk jalan Allah dan pahalanya sentiasa mengalir kepada pewasiat – tak mahu ke?

Siapa pun berhak dan layak membuat wasiat asalkan ada harta, hutang atau pesanan. Yang mustahak cara membuat wasiat yang betul.

Wasiat harta wajib jika hendak membahagi harta kepada bukan waris atau pewaris mahu bersedekah.

Bukan waris termasuklah anak angkat, anak tiri dan bukan waris utama.

Sedekah termasuklah pewasiat hendak memberikan harta kepada jalan Allah seperti tanah atau tunai untuk membina masjid, sekolah tahfiq Quran dan perpustakaan.

Bagaimanapun, jumlah yang diwasiatkan kepada bukan waris dan sedekah tidak melebihi 1/3 daripada harta setelah ditolak semua hutang si mati, dunia dan akhirat

Ada juga pewasiat yang mewariskan harta kepada waris-waris mereka. Dalam hal ini, ia lebih berupa pesanan pewasiat kerana dalam hukum faraid tiada wasiat untuk waris. Sekiranya semua waris bersetuju dengan pesanan pewasiat, maka ia tidak menjadi isu pewarisan.

Wasiat yang berkesan hendaklah melantik wasi yang akan menjadi pemegang amanah dan mentadbir harta pusaka secara jujur. Melantik individu sebagai wasi ada risikonya jika wasi itu meninggal dunia sebelum melaksanakan tugasnya.

Oleh itu, adalah dicadangkan melantik syarikat amanah sebagai pihak yang berkecuali sebagai wasi. Dan lebih baik syarikat amanah itu amat mahir dengan pengurusan harta pusaka dan ilmu hukum faraid.

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Saya terangkan cara membuat wasiat dengan as-salihin Trustee Bhd.

Sesiapa yang mahu membuat wasiat boleh berhubung dengan mana-mana perancang harta Islam dari pejabat as-Salihin Trustee berhad.

Pelanggan boleh mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk berjumpa. Berjumpa di pejabat as-Salihin pun boleh.

Berikut ialah cara membuat wasiat yang wajib anda tahu…

Harta Yang Hendak Diwasiatkan

Rumah ialah antara harta yang boleh diwasiatkan kepada bukan waris
Rumah dan kenderaan yang diwasiatkan kepada anak angkat

Pelanggan hendaklah menentukan harta yang nak diwasiatkan kepada benefisiari.

Contohnya, rumah di Jalan Tomato, Shah Alam diwasiatkan kepada anak angkat. Pewasiat mewasiatkan sejumlah RM500,000 yang tersimpan di Maybank diwasiatkan kepada Majlis Ugama Islam bagi mendirikan pusat tahfid al-Quran.

Bagi memudahkan urusan pemberian harta pusaka kemudian hari, maka pewasiat hendaklah menyertakan dokumen hak milik harta itu dan akan dilampirkan dalam wasiatnya.

Permohonan Membuat Wasiat

As-Salihin ada menyediakan borang permohonan membuat wasiat.

Dalam zaman online ini, borang membuat wasiat diisikan oleh Perancang harta, iaitu wakil syarikat as-Salihin.

Perancang harta ialah wakil bertauliah as-Salihin yang menguruskan permohonan wasiat sehinggalah ia ditandatangani oleh pewasiat dengan dua saksi lelaki.

Dalam borang permohonan wasiat itu, dokumen asas yang diperlukan ialah kad pengenalan wasiat, kad pengenalan anak angkat dan salinan hak milik harta yang hendak diwasiatkan.

Perlantikan Wasi Bagi Mentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat bukan sekadar memberi arahan tetapi ia mesti ‘boleh betindak’ bagi melaksanakan wasiat.

Pewasiat boleh mewasiatkan pewaris atau orang lain untuk menjadi wasi yang menguruskan harta pusakanya.

Dalam wasiat memberikan sejumlah harta kepada anak angkat secara biasanya pewasiat akan melantik orang yang tidak ada kepentingan dengan harta pusaka iaitu as-Salihin Trustee Berhad.

Perlantikan as-Salihin ini bagi memastikan harta pusaka ditadbirkan dengan cekap dan menunaikan hajat pewasiat – dalam konteks ini bahagian harta pusaka anak angkat.

Wasiat juga untuk melantik penjaga harta anak di bawah umur dan anak istimewa. Sebagai contoh, suami melantik isterinya sebagai penjaga harta anak-anak di atas.

Penyediaan Deraf Wasiat

Apabila semua maklumat diterima daripada pewasiat, perunding akan menghantarnya ke pejabat as-Salihin.

Dalam masa seminggu, perunding harta akan menerima deraf wasiat. Perunding akan menyemak deraf wasiat dan forwardkan kepada klien. Sekiranya, ada kesilapan, deraf itu akan dikembalikan kepada as-Salihin.

Selepas dibetulkan, as-Salihin akan menyediakan dokumen wasiat untuk ditandatangani.

Menandatangani Wasiat Dengan Dua Saksi Lelaki Islam

Membuat wasiat melibatkan dua orang saksi Islam
Pewasiat akan menandatangani wasiat dengan dua saksi

Pewasiat boleh menandatangani wasiat di pejabat as-Salihin atau di luar seperti di rumah dengan dua orang saksi.

Biasanya pewasiat akan menjelaskan caj yang dikenakan oleh as-Salihin pada masa wasiat ditandatangani.

Wasiat yang lengkap ditandangi akan dibawa balik ke pajabat as-Salihin untuk daftar dan rekod.

Penyerahan dan Penyimpanan Dokumen Asal Wasiat

As-Salihin akan memberi salinan pendua wasiat kepada pewasiat.

Salinan asal wasiat akan disimpan oleh as-Salihin Trustee Berhad bagi memastikan keberkesanan membuat wasiat.

Semasa penyerahan wasiat kepada pewasiat, as-Salihin akan memberikan dua Kad Wasiat.

Kad Wasiat yang mengandungi butiran wasiat dan diberikan kepada waris bagi memudahkan berhubung dengan as-Salihin kemudian hari.

Pemindaan dan Pembatalan Wasiat

Pewasiat boleh dipinda, ditambah dan membatalkan wasiat pada bila-bila masa dengan memberi tahu as-Salihin Trustee Bhd.

Sekiranya anak angkat meninggal dahulu daripada pewasiat maka bahagian wasiat untuk anak angkat yang dinamakan itu akan terbatal dengan sendirinya.

Mengapa Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • Ia ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • as-Salihin Trustee Berhad ialah sebuah syarikat amanah yang menyediakan kemudahan perancang harta, pewasian, pentadbir harta pusaka dan harta amanah (terutama harta anak di bawah umur 18 tahun)
  • Syarikat amanah as-Salihin Trustee Bhd telah berada di pasaran lebih 15 tahun. Kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara ialah pengerusi as-Salihin Trustee Bhd. Beliau seorang peguam yang mahir dalam pengurusan harta pusaka, harta sepencarian, hibah, hibah perniagaan, hibah takaful dan lain-lain produk perancangan Islam.
  • as-Salihin mempunyai Lembaga Syariahnya sendiri bagi memastikan dasar dan produk selari dengan prinsip syariah.

Video Penerangan Matlamat dan Sebab Orang Membuat Wasiat

Kuiz Rancang Harta

cara membuat wasiat di as-salihin

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya anda mahu membuat wasiat yang berkesan, sila hubungi Telegram kami pada sebarang masa.

Untuk tindakan cepat terus wasap saya 013 366 1242.

Moga anda telah mendapat penjelasan mengenai cara membuat wasiat dengan syarikay as-Salihin Trustee Bhd.

Abd Rahaman Rasid

Ebook Percuma 23 Waris Faraid

Dapatkan ebook dan video penerangan dari pinned post di bawah

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

23 waris faraid harta pusaka orang islam

Pautan Berkaitan

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat Ramai Tak Tahu

Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah

Mengapa Memilih as-Salihin Trustee Berhad Dalam Urusan Perancangan Harta Dan Harta Pusaka?

Khidmat Hibah Wasiat Harta Sepencarian as-Salihin Trustee Bhd

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Doa sakit lutut dan sakit sendi diamalkan semasa sapu krim Doxtecream

Ini doa sakit lutut yang patut menjadi amalan mereka yang sakit lutut, sakit sendi, sakit betis dan sakit belakang.

Elok sangatlan dengar ceramah ustaz ini pasal doa untuk kurangkan sakit lutut dan sakit pinggang.

Doa ini diambil daripada Al Quran Surah 26 Asy-Syu’araa‘ ayat 130.

Mengikut ustaz di atas, baca di bawah ini sambil menepuk tiga kali di kawasan yang sakit dan sengal sambil mengurutnya ke bawah.

Terjemahan Ayat di atas ialah seperti berikut…

‘Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam dan bengis’

Doa sakit lutut dari surah Surah Asy-Syuaraa
Doa sakit lutut yang elok dijadikan amalan kita. Sumber Surah Asy-Syu’araa’, Ayat 130.

Ubat Sakit Lutut – Doxtecream

krim sakit lutut digunakan sambil berdoa supaya sakit lutut sendi hilang
krim sakit lutut ozpure

Di samping berdoa untuk hilangkan sakit lutut, kita boleh berusaha mengurangkan sakit lutut, sakit sendi, sakit betis dan sakit belakang dengan menyapu krim Doxte Cream.

Doxtecream ialah produk keluaran Malaysia dan ia selamat digunakan kerana ia dari bahan semula jadi dan mendapat kelulusan KKM.

Bahan utama ialah ekstrak daun ketumpang air dan rerama hijau – tumbuhan yang terkenal di kalangan orang Melayu sebagai ubat dan minuman mengurangkan sakit sendi dan lutut

Produk ini sudah empat tahun di pasaran. Ia ialah produk hasil penyelidikan syarikat tempatan dan sebuah institut pengajian tinggi tempatan.

Cara Mengguna Krim Sakit Lutut Sambil Membaca Doa AL-Quran Itu

cara menyapu krim sakit lutut doxtecream
cara mengguna atau menyampu krim sakit lutut

– Untuk mengeluarkan krim sakit lutut Doxtecream, tekan dan picit beberapa kali kepala botol Doxtecream.

– Letakkan cecair krim Doxtecream di atas tapak tangan yang bersih.

– Sapukan krim tersebut pada bahagian lutut, peha, betis dan pinggang yang sakit – sambil membaca doa yang diajarkan di atas tadi.

Video Tunjuk Cara Guna Krim Sakit Lutut Doxtecream

Cara Mendapatkan Krim Doxtecream

Untuk mendapatkan krim Doxtecream, boleh hubungi saya 013 366 1242 atau layari pautan di bawah untuk mendapat penjelasan lanjut produk ini.

Sakit Lutut Ketika Solat, Ada Ubat?

Cara Mengurang dan Menghilangkan Sakit Sendi dan Lutut Dengan Bahan Tradisonal

Rahsia Membuat Wasiat Terbongkar

Kesan Hibah Mutlak – Kesian Sedih Ibu Bapa Keluar Rumah Sehelai Sepinggang

Satu daripada cara nak bagi harta kat seseorang semasa hidup…

Sayang anak ibu bapa memberi hibah mutlak rumah kepada anak bongsu mereka.
Ibu bapa tentu akan membahagikan rumah kediaman mereka kepada salah seorang anak mereka. Tetapi, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

20 tahun lepas ada pasangan suami isteri terpaksa keluar rumah sehelai sepinggang selepas memberi hibah mutlak rumah kepada anak perempuannya.

Jadi kena faham betul-betul konsep hibah sebelum menghibahkan rumah atau properti lain kepada anak-anak.

Sayang Anak Jangan Bagi Hibah Mutlak

Dalam cerita di atas, sepasangan suami isteri yang sayangkan seorang anak perempuan bongsunya memberi rumah rumah dua tingkat mereka kepada anak bongsunya yang belum berkahwin.

Pemberian itu tentulah ada sebabnya. Rumah sebuah itu tempat kediaman ibu bapa yang sedang menempuh hari tua dan mengharapkan anak bongsunya itu menjaga mereka hingga ke akhir hayat.

Selepas beberapa tahun, apabila anak perempuan bongsunya itu berkahwin. Suaminya bekerja swasta dan menerima pendapatan lumayan.

Ibu-bapa anak serta menantu dan cucu hidup aman tanpa masalah.

Rumah Kena Lelong Bank

Kesah hitam berlaku selepas 5 tahun anak bongsu mereka itu berkahwin.

Satu hari bapa ini terbaca ada kertas yang tertampal di pintu pagar yang rumah mereka akan dilelong oleh bank.

Alangkah terperanjatnya si bapa membaca notis lelongan bank itu. Lantas ia bertanyakan kepada anak perempuannya itu.

Jangan Hibah Mutlak -Takut Keluar Rumah Sehelai Sepinggang

Dalam kes di atas, si bapa telah memberi hibah mutlak rumah kepada anak perempuannya itu.

Bapa dan anak telah pergi ke pajabat tanah dan si bapa memindah milik rumah itu kepada anaknya itu.

Difahamkan suami kepada anak perempuan itu telah berhenti kerja dan mahu memulakan perniagaan mencuci pejabat. Beliau tiada modal. Dan mahu meminjam daripada bank.

Oleh kerana tiada cagaran, si suami meminta isterinya itu membenarkan mencagarkan rumah mereka itu kepada bank.

Mereka mengambil RM200,000 pinjaman dengan mencagarkan rumah yang nilainya RM600,000. Loan itu digunakan bagi membesi beberapa mesin dan peralatan mencuci pejabat, bahan-bahan mencuci pejabat dan sewa menyimpan peralatan.

Difahamkan bisnes mencuci pejabat tidak berjalan seperti yang dirancangkan. Loan gagal dibayar. Setelah beberapa tahun, akibat tidak berbayar, pinjaman asal RM200k kini dah menjadi RM400K.

Rumah itu, tidak dapat diselamatkan lagi. Semua penghuni kena keluar rumah. Rumah lelong sudah ada yang punya.

Patut Buat Hibah Amanah Rumah Bukan Mutlak

Untuk mengelakkan risiko rumah dijual atau digadaikan kepada bank, maka itu sepatutnya membuat hibah amanah atau Deklarsi Hibah.

Melalui hibah amanah, si bapa tadi iaitu pemberi hibah mengistiharkan ia memberi rumahnya itu kepada anaknya. Pindah milik rumah itu kepada anaknya dibuat selepas kematian pemilik oleh syarikat pemegang amanah.

Sepanjang tempoh Deklarasi Hibah itu, pemberi hibah kita panggil pemegang amanah utama, penerima hibah kita panggil benefisiari dan syarikat amanah dipanggil pemegang amanah ganti.

Dalam tempoh Deklarasi Hibah itu bapa itu menjaga rumah itu atas kapasiti pemegang amanah utama.

Apabila pemegang amanah utama meninggal, pemegang amanah ganti iaitu syarikat amanah akan memindah milik rumah itu kepada benefisiari.

Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Kuiz Rancang Harta

hibah amanah dan hibah mutlak
Hibah Amanah

Hubungi Perancang Harta as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya anda mahu membuat hibah amanah dengan as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi saya melalui group Telegram.

Abd Rahaman Rasid

23 Waris Faraid – Ebook Percuma

Dapatkan ebook dan video dari pinned post dari link di bawah

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

senarai 23 waris faraid yang wajib orang islam ketahui

Pengertian Hibah Mutlak, Hibah Amanah – Mana Terbaik?

Bagaimana Perjanjian Harta Sepencarian Disediakan?

Cara Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Cara Hibahkan Syarikat Sendirian Berhad Dengan Khidmat Syarikat Amanah

Jump Starter Power Bank Untuk Bateri Kereta Komputer Dan Telefon

biasa guna kabel untuk start kereta kerana bateri dah habis
Cara popular guna jumper bateri untuk start kereta

Jump starter power bank adalah cara mudah dan terkini bagi menghidupkan injin kereta ketikabateri yang lemah.

Tapi sebelum bercerita panjang, elok kita tengok cara biasa untuk hidupkan kereta dengan guna kabel jumper bateri kereta.

Masalah Guna Jumper Bateri Kereta Cara Biasa

Bila kereta tak boleh start biasanya bateri lemah atau kong. Cara yang biasa dilakukan ialah dengan menggunakan kabel jump starter bateri.

Dua kabel jumper bateri dipasang antara bateri yang baik dari kereta lain kepada bateri pada bateri kereta yang lemah itu.

Aliran tenaga bateri yang baik itu dapat membantu menghidupkan injin kereta yang baterinya lemah.

Bagaimanapun guna jumper bateri ada kelemahan. Jika anda salah parking kereta terutama di shopping kompleks, kabel jumper yang tidak cukup panjang akan menyukarkan kawan anda menyambung kabel jumper kepada bateri anda.

Yang kedua, jika anda tidak bawa kabel jumper bateri, ia akan menyusahkan anda juga kerana bukan semua orang ada membawa jumper bateri.

Jika kereta anda tak boleh start di R&R kerana bateri terutama di waktu malam, bukan semua orang boleh bantu anda.

Jadi cara yang terbaik ialah anda membeli jumper bateri power bank di mana anda boleh start kereta tanpa menyusahkan orang lain.

Keperluan Jump Starter Power Bank

Ramai orang memiliki jumper start power bank. Ia bukan sahaja boleh digunakan bagi menghidupkan bateri kereta bahkan digunakan bagi memberi power kepada telefon bimbit dan komputer.

set jump starter power untuk kereta lengkap dengan kabel, bateri dan alat caj bateri telefon
Set Jump start power bank

Dulu orang menyimpan kabel jump start dalam kereta. Tapi itu sudah ketinggalan zaman. Ini kerana ia makan ruang bonet kereta terutama jika kita hendak balik kampung atau mengembara.

Jumper start power bank bukan sahaja dapat membantu bateri kita jika ia tiba-tiba kong, malah ia dapat membantu kawan-kawan atau orang ramai yang menghadapi masalah bateri. Ini terutama di kawasan R&R atau di kampung.

Cara Pasang Jump Starter Power Bank

set jump start power bank
Ada tiga alat penting di atas – powerbank, dua kabel bateri dan kabel untuk caj handphone.
jump start power bank - mudah dan praktikal
Pasangkan dua kabel hitam dan merah kepada power bank sebelum dilekatkan kepada bateri
Cara pasang kabel merah dan hitam kepada bateri power bank - hanya cucuk sahaja sebelum diguna untuk hidupkan injin
Cara pasang kabel merah dan hitam kepada bateri power bank – hanya cucuk sahaja sebelum diguna untuk hidupkan injin

Cara Mendapatkan Set Jumper Start Power Bank

Anda boleh mendapatkan jumper start power bank daripada kedai atau beli daripada Shopee. Klik sini

Klik: Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Bateri Kereta – 7 Tips Memanjangkan Jangka Hayat Bateri

Tips Terbaik Bagi Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Tip-tips bagi memanjangkan jangka hayat bateri yang boleh menjimatkan masa dan kos pemilik kereta.
Tips mudah penjagaan bateri kereta anda

Tips Penjagaan Bateri Kereta Yang Wajib Anda Tahu

Bateri ialah nyawa kepada kenderaan. Tanpa bateri kereta tidak boleh start dan lampu tak menyala.

Bayangkan, anda sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Alor Star dan singgah di R&R Tapah untuk minum-minum.

Apa perasaan anda, tiba-tiba kereta tidak boleh start? Dalam kereta anak isteri dan beg yang banyak kat bonet.

Anda tentu terfikir-fikir jika ada orang yang bawa jumper dan minta tolong start kereta anda.

Tapi, jika tiada siapa yang menolong, pilihan anda ialah pergi ke stesyen minyak di R&R dan bertanya samada mereka ada menjual bateri atau tidak.

Jika stesyen minyak tidak menjual, biasa stesyen minyak akan berikan nombor telefon kedai bateri yang berdekatan supaya anda hubungi.

Jika kedai bateri sedia menolong, anda sudah tentu kena potong leher. Harga bateri katakan RM200 dan upah RM250 – sebab alasan jauh dan sebagainya. Anda tentu kena setuju kan sebab keluarga dah kepanasan dan kepenatan duduk dalam kereta.

Itu nasib baik berlaku di siang hari. Kalau ia terjadi pada waktu 12 malam dan semua kedai tutup, tentu ia lebih sengsara lagi. Mungkin anda kena panggil bantuan PLUS. Tapi itu semua menyusahkan anda sendiri.

Harga sebuah bateri tidak mahal iaitu pun dalam dalam RM180-RM300. Masalahnya ialah apa yang berlaku kepada pengguna di R&R Tapah tadi – kos bateri mahal dan anak bini sengsara menunggu dalam kereta.

Jika kita pandai menjaganya, umur bateri boleh sampai dua setengah tahun. Kalau tak pandai jaga, setahun pun boleh kong dan kena ganti baru.

Oleh itu, anda boleh mengawal berapa lama bateri boleh tahan dan memaksimumkan jangka hayat bateri agar anda juga boleh kemana-mana tanpa rasa takut kereta tak boleh start bila bateri kong.

Purata Jangka Hayat Bateri Kereta

Berapa lama bateri boleh tahan? Secara purata, bateri boleh bertahan selama 2 hingga ke 5 tahun. Dapat bertahan dua tahun setengah pun dah kira OK.

Antara salah satu faktor yang boleh mempengaruhi jangka hayat bateri ialah cuaca.

Ketika kenderaan berjalan, enjin sudah menghasilkan haba yang tinggi. Haba yang terlampau panas pada bateri akan meningkatkan penyejatan air pada sel bateri walaupun bateri tertutup dan ini mampu memendekkan jangka hayat bateri.

Kenderaan yang selalu dibiarkan di bawah cahaya matahari terik boleh menyebabkan bateri kong.

Ia menjadi punca kereta tak boleh start jika anda tidak ambil langkah penjagaan bateri terutama dalam keadaan cuaca yang sangat panas di Malaysia.

Panduan lengkap penjagaan kereta yang setiap orang patut tahu.
Panduan Lengkap Penjagaan Kereta

Berikut ialah tujuh tips bagi memanjangkan jangka hayat bateri:

Tujuh Tips untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Tips #1: Hadkan Perjalanan Jarak Dekat

Memandu kereta anda dengan sekejap menghalang bateri daripada dicas sepenuhnya. Jadi, anda boleh mengekalkan kuasa bateri dengan memandu lebih kerap dan memandu untuk tempoh yang lebih lama.

Melalui cara ini, anda boleh meningkatkan ketahanan jangka hayat bateri dan mengelakkan bateri kong dengan cepat.

Namun begitu, jika anda jarang menggunakan kereta, anda boleh mempertimbangkan untuk melaburkan wang anda membeli pengecas bateri mudah alih.

Kelebihan pengecas mudah alih ini adalah ia boleh jump start bateri tanpa memerlukan kenderaan lain sekiranya kereta anda mati di tepi jalan. Hebat bukan?

Tips #2: Pastikan Bateri Dipasang Dengan Ketat

Cara pasang bateri yang betul memainkan peranan penting untuk memastikan bateri tahan lebih lama. Bateri yang tidak dipasang dengan betul dan ketat akan menyebabkan getaran.

Getaran pada bateri berpotensi untuk mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman bateri dan menyebabkan litar pintas, seterusnya dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

Adakah anda memeriksa terminal bateri anda dengan kerap?

Pastikan ianya diperiksa dengan kerap terutamanya jika anda sering memandu di jalan-jalan yang beralun untuk memastikan bateri dipasang dengan ketat dan ia berada di dalam pendakap pelekap dengan kedudukan yang betul.

Namun begitu, jangan melakukan kesilapan iaitu terlalu mengetatkan nat kekunci bateri kerana ia mungkin merosakkan bateri.

Terminal bateri yang dipasang dengan kemas dan ketat akan dapat mengekalkan ketahanan jangka hayat bateri kereta anda.

Tip #3: jangan Lupa Matikan Lampu Bila Keluar

Jika anda membiarkan lampu hadapan kereta dan lampu pintu kereta terpasang secara tidak sengaja boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada bateri dan memendekkan jangka hayat bateri.

Penggunaan lampu yang berpanjangan tanpa bateri dicas akan menyebabkan bateri kong.

Untuk mengelakkan anda lupa, tampal nota atau reminder pada papan pemuka kereta anda. Cara ini anda boleh menyedari apabila anda tidak mematikan lampu kenderaan.

Ingat, memasang lampu kereta dengan lama ketika kereta tidak hidup adalah antara penyebab bateri kong dan kereta tak boleh start. Ini penyebab jangka hayat bateri menjadi pendek.

Tips #4: Bersihkan Terminal Bateri Kereta

Terminal bateri akan terhakis dari masa ke semasa dan pastikan ianya sentiasa dibersihkan daripada pembentukan sisa-sisa dan karat. Ini langkah yang baik untuk panjangkan jangka hayat bateri.

Antara penjagaan bateri mudah ialah membersihkan terminal bateri dengan menggosok terminal dengan berus gigi yang dicelup dalam baking soda (serbuk penaik) bercampur dengan air.

Kemudian, bilas cucian tersebut dengan menggunakan semburan air sejuk dan kemudian mengelap permukaan terminal dengan kain bersih hingga kering.

Tips #5: Uji Bateri Dengan Kerap Untuk Mengetahui Jangka Hayat Bateri

Jika anda ingin memaksimumkan jangka hayat bateri anda, adalah penting untuk mengetahui keadaan bateri dan berapa lama bateri kereta boleh tahan.

Oleh itu, anda boleh menguji tahap voltan bateri output menggunakan penguji bateri untuk mengetahui bateri telah dijaga dengan baik ataupun telah tiba masa untuk ganti bateri baru.

Perkara ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali bagi setiap bateri untuk memastikan kereta tidak mati secara tiba-tiba kerana bateri kong.

Tips #6: Matikan Fungsi Alat Eletronik Ketika Kereta Tidak Berjalan

Ini adalah tips penjagaan bateri paling mudah untuk menjaga ketahanan jangka hayat bateri.

Matikan fungsi eletronik seperti radio dan penghawa dingin ketika kenderaan tidak berjalan. Ini dapat mengurangkan wear and tear pada kuasa bateri anda.

Selain itu dengan membiarkan enjin kereta hidup tanpa bergerak pada waktu yang lama boleh menyebabkan kereta tak boleh start dan bateri kong dengan lebih cepat.

Tips #7: Jaga Kereta Secara Menyeluruh

Kereta anda mempunyai komponen dan bahagian yang bekerja bersama-sama sedangkan kereta hanya ada satu bateri.

Oleh itu, penjagaan bateri yang betul sangat penting untuk memastikan jangka hayat bateri lebih panjang dan dapat mengekalkan prestasi kereta.

Jangan biarkan kereta anda tidak digunakan untuk tempoh yang panjang kerana ia akan mengurangkan jangka hayat bateri kerana bateri tidak dicas.

Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Sekarang ada power bank jump car starter yang boleh dari shopee.
CarCar jump starter power bank
Power bank jump starter harus ada bagi mengatasi kereta yang tidak boleh start.
Multifunction jump starter power bank

Car power bank charger yang terbaik di pasaran
Antara set car jumper power bank
Car jumper power bank sangat berguna jika kereta tak boleg start
Beg yang lengkap dengan set jump start battery

Menjadi satu trend sekarang orang membawa jump start power bank dalam kereta atau dalam beg anda – kata orang sediakan payung sebelum hujan.

Car jumper power bank bukan sahaja untuk kenderaan anda, malah boleh menolong orang ramai yang menunggu ketibaan anda membantu start kan kereta anda.

Anda boleh membelinya di shopee.

Klik: Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Sumber:

Artikel di atas telah diadaptasi dari artikel asal:
7 Tips Berguna untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten

Tentang Rezeki – 12 Jenis Rezeki Yang Dijanjikan Allah Kepada Makhluk

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat-sahabat ku semua. Sedikit pencerahan ilmu Allah tentang rezeki.

Tentang Rezeki Yang Telah Dijanjikan Allah
(12 Pintu-pintu Rezeki)

Ada 12 pintu rezeki walaupun pada hahikatnya semuanya dari Allah. Ini berdasarkan Al-Quran dan hadis sahih.
Ada 12 pintu rezeki yang patut kita tahu

1) Tentang Rezeki Yang Telah Dijamin

“Dan tidak ada sesuatu pun mahluk yang bergerak (bernyawa) di muka bumi melainkan semua nya dijamin rezekinya olih Allah…”
(Surah Hud 11 Ayat 6)

2) Tentang Rezeki Kerana Usaha

“Dan manusia hanya memperolihi apa yang dikerjakannya”
(Surah Al Najm 53 Ayat 39)

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
(Al-Jumu’ah 62 Ayat 10)

3) Tentang Rezeki Kerana Bersyukur

“…sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu…”
(Surah Ibrahim 14 Ayat)

4) Rezeki Yang Tidak Terduga

“…barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”.
(Surah At Thalaq 65 Ayat 2)

5) Rezeki Kerana Beristighfar

“maka aku katakan pada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’ (beristighfar) – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”.

“nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat”.
(Surah Nuh 71 Ayat 10 dan 11)

6) Rezeki Kerana Menikah

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia Nya. Dan Allah Maha luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An-Nur : 32)

7) Rezeki Kerana Anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada mu……….”
(Surah Al Israa’ 17 Ayat 31)

8) Tentang Rezeki Kerana Bersedekah

“Barangsiapa yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menginfakkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipat-gandakan pembayaran kepada nya dengan lipat-ganda yang banyaknya. Dan Allah yang menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada Nya lah kamu di kembali kan”
(Surah Al Baqarah 2 Ayat 245)

9) Rezeki Kerana Suka Menyambungkan Silaturrahim

10) Rezeki Kerana Iman Dan Takwa

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Al-Baqarah 2 Ayat 3)

11. Rezeki Kerana Pengorbanan Diri, Harta Dan Waktu Demi Urusan Keagamaan

12) Rezeki Kerana Istiqamah Membaca Al-Quran Dan Beramal Soleh (kerana Allah Semata-Mata)

Doa Ku

“Ya Allah, Ya Robb, yang Maha Kaya, izinkanlah kami mencari rezeki dengan keredaan Mu, lapangkanlah rezeki kami dari arah yg tidak disangka sangka dari rezeki yang halal dan penuh barakah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki. Izinkan dan permudahkan semua sahabat-sahabat kami mencari dan beroleh rezeki dengan izin Mu. Kayakan mereka, lapangkan pintu-pintu rezekinya dan Kau jaohilah segala dosa-dosa mereka yang dengan nya bolih memendikkan rezeki-rezeki mereka. Aamiin Ya Rabbal Alamein”

Wallahu’alam.
Awang Mohammed
Kuala Lumpur.
1hb January 2017.
11.45 malam.

Nota: Semasa saya membuat semakan rambang ke atas akaun Facebook rakan-rakan saya, rupanya ada 5 orang yang saya jumpa telah meninggal dunia.

Saya dan tuan-tuan jika sudi bacakan Al-Fatihah dan sedekahkan pahala kepada mereka itu.

Salah seorang yang meninggal itu ialah arwah Awang Mohamed. Saya membelek Facebook beliau, dan terjumpa sebuah artikel beliau yang saya tajukkan dengan Tentang Rezeki – 12 Jenis Rezeki Yang Dijanjikan Allah

Saya copy paste tulisan beliau dengan sedikit editan. Semoga kebaikan dan ilmu yang diperolehi oleh pembaca memberi pahala dan kebaikan kepada roh Allahyarham Abdullah Mohammed

23 Waris Faraid Orang Islam Wajib Tahu

senarai 23 waris faraid harta pusaka

Dapatkan ebook dan video penerangan dari pinned post pautan berikut

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten

Cara Buat Bisnes Deliveri Belajar Dari Orang Berpengalaman

Google Bisnes Saya Cara Buat Listing Percuma Ramai Tak Tahu

Cara terbaharu promote perniagaan online dengan Google Bisnes Saya
Bagaimana bisnes anda menawan Google dengan Google My Business

Ramai online marketer tak tahu gunakan Google Bisnes Saya untuk menawan laman web Google tanpa kos dan mudah pulak.

Cuba anda tengok macam mana Google Bisnes Saya pada bisnes Xgene Royale boleh menempatkan diri dan perniagaan secara berkesan dalam Google Search dan Google Maps.

Anda boleh integrate blog wordpress anda ke dalam Google My Business, dengan ini apabila upload artikel baru anda ke dalam alam maya, ia secara automatik mewujudkan satu link dalam Google My Business. Cantikkan?

Apa itu Google Bisnes Saya?

Google My Business bagi bisnes Xgene Royale

Dari rajah di atas, Google My Business ialah kemudahan listing atau penyenaraian percuma yang ditawarkan oleh Google bagi membolehkan anda menguruskan perniagaan anda di internet seperti Carian Google (Google Search) dan Peta Google (Google Maps).

Contoh di atas menunjukkan orang mencari ‘krim xgene royale’. Listing yang dipaparkan web-web yang menawarkan jualan produk Xgene. Manakala di sebelah kanan ialah listing saya produk Xgene Royale – lengkap dengan peta ke kedai saya, lokasi dan laman webnya.

Jika anda menggunakan komputer, profil bisnes anda akan nampak di sebelah kanan apabila ada orang mencari bisnes anda atau bisnes orang lain yang berkaitan dengan anda.

Jika anda menggunakan handphone, listing ini akan duduk teratas sekali dan boleh bersaing dengan iklan berbayar Google.

Google My Business amat mudah dibuat dan mengemaskini setiap masa. Cara ini ia amat mudahkan mendekatkan perniagaan anda kepada pelanggan.

Blog Percuma Google Bisnes Saya

Jika anda orang baru dalam perniagaan, anda jangan buang duit dan masa membina laman web perniagaan.

Google My Business bukan sahaja membolehkan menawan pasaran Google, malah ia menawarkan blog percuma. Tengok sini xgeneroyale.business.site.

Kelebihan Google My Business (GMB)

Pertama: Google My Business membolehkan bisnes anda terpapar dan Google Map dan carian Google.

Ke-2: GMB membolehkan orang ramai memberi komen atau review ke atas produk dan bisnes anda

Ke-3: Google Bisnes Saya membolehkan anda memahami perjalanan bisnes anda dan memperbaiki mutu paparan perniagaan

Ke-4: Anda boleh membina beberapa Google My Business berdasarkan produk anda.

Ke-5: Setiap Google My Business anda diberi satu laman web percuma. Anda yang baru memulakan perniagaan online elok sangat menggunakan kemudahan Google ini.

Ke-5: Jika anda ada blog wordpress, anda boleh integrate posting-posting anda ke dalam Google My Business. Jadi anda tak perlu buat kerja dua kali.

Sebarang pertanyaan sila gunakan ruangan komen.

Ingin Belajar Hendak Membuat Kolam Prospek Secara Percuma? Klik SINI

Google My Business Blog Rahaman

Peluang Menjana Pendapatan Pasif Bermodalkan RM50

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

Belajar Bisnes Dropship Dengan Shopee dan Kumoten Tanpa Berkursus

Rahsia orang boleh jual beribu-barang dengan satu pembekal dropship sahaja!

Artikel ini menjelaskan konsep asas bagaimana anda belajar dropship dengan shopee dan kumoten
Cara buat bisnes dropship yang boleh buat hidup mewah

Ramai tak tahu kita boleh belajar dropship dengan cepat dan mudah dengan Shopee dan Kumoten.

Saya sendiri berpengalaman membuat dropship dengan Shopee. Saya tak pernah hadir kursus dropship sebab konsep dropship amat mudah.

Tapi saya akan cerita cara belajar dropship dengan shopee dalam artikel ini.

Cabaran besar dalam dropship ialah macam mana kita boleh buat banyak duit dengan masa yang paling minima. Ini kerana kalau jual benda kecik-kecik dan banyak memang leceh, untung pun tidak berapa sen.

Tapi pernah tak anda nampak, ada peniaga di shopee boleh jual hingga dan beribu-ribu produk.

Adakah anda tahu Shopee benarkan seseorang itu sehingga 10,000 barang. Tak logik kan? Itu belum kira masa bila nak cari pembekal dan nak layan customer dan bila nak pos barang.

Macam Mana Belajar Dropship Dengan Shopee?

Kelebihan belajar dropship dengan Shopee ialah anda tak perlu daftar perniagaan. Jika anda sudah jadi pembeli, anda boleh jadi penjual tanpa perlu buka akaun baru – kan mudah bagi orang nak dropship!

Dengan Shopee, anda boleh belajar buat dan buat dropship tanpa perlu membazir masa ambil order, bungkus barang, wasap bayaran dan pos.

Sekarang zaman IT, dropship pun dah boleh buat secara automatik. Jom saya tunjukkan asasnya.

Belajar Buat Dropship Shopee – Kumoten

Tiga langkah kena tahu belajar buat dropship dengan Shopee
Belajar dropship dengan Shopee-Kumoten

Bila anda belajar dropship dengan Shopee anda mesti register dengan dua syarikat, iaitu Shopee dan Kumoten.

Siapa itu Shopee? Shopee ibarat Mid Valley iaitu tempat orang membeli barang.

Siapa itu Kumoten? Kumoten ialah syarikat pembekal barang kepada anda.

Bila anda sudah register dengan Shopee dan Kumoten, bermakna anda akan menjual barang di Shopee dan anda juga agen dropship kepada Kumoten atau dipanggil dropshipper.

Langkah Pertama: ‘Kahwinkan’ Shopee Dengan Kumoten

Dalam bahasa IT kahwinkan itu dipanggil integrate. Jadi sistem IT dengan sistem IT boleh bercakap satu sama lain.

Apa yang anda arahkan nanti, Shopee dan Kumoten boleh faham.

Langkah Kedua: Memilih Produk Di Kumoten

Sebelum anda nak memilih produk di Kumoten, lebih baik anda tengok di Shopee barang apa ada di Shopee. Ini kerana apa yang dijual di Shopee kebanyakan dibekalkan oleh Kumoten.

Bila kita di depan komputer kita ibarat membuka dua kedai serentak: Shopee dan Kumoten.

Langkah Ketiga: Memindahkan Barang Dari Kumoten Kepada Shopee

Pada portal Kumoten, anda hanya perlu tandakan seberapa nama barang yang hendak dipindahkan kepada portal jualan anda di Shopee.

Setelah anda memilih barang dari Kumoten, anda boleh memindahkan (macam upload) barang anda ke Shopee dengan menekan butang-butang tertentu. Proses ini dipanggil sync.

Setelah anda memindahkan barang ke Shopee, anda boleh refresh skrin Shopee, dan anda akan dapati senarai barang untuk dibeli oleh pembeli. Nama barang, foto sudah ada disiapkan dalam Shopee. Senangkan?

Proses Jualan Dropship Automasi

Proses dropship daripada pembeli sehingga penjual dapat bayaran jualan.
Dropship secara automasi dari pembelian hingga menerima bayaran dari Shopee

Dari rajah di atas menunjukkan proses jualan adalah secara automatik dan anda boleh relaks tanpa memikirkan nak bungkus barang, nak pos dan tunggu bayaran dari pembeli. Tengok proses di atas:

Proses Pertama – pembeli memilih barang dan membuat order

Proses Ke-2 – pesanan pembeli secara automatik dihantar ke Kumoten

Proses Ke-3 – anda membayar kos produk kepada Kumoten

Proses Ke-4 – Kumoten menghantar barang kepada pelanggan

Proses Ke-5 – Setelah pembeli mengesahkan penerimaan barang, Shopee akan membayar harga jualan ke akaun anda di Shopee. Anda boleh mengarahkan Shopee membayar pendapatan jualan ke bank anda. Menarik kan?

Enam Kebaikan Dropship Shopee – Kumoten

Enam kebaikan membuat bisnes dropship dengan Shopee
Kebaikan Dropship di Shopee

Dari jadual di atas, ada 6 kebaikan anda buat droship dengan Shopee iaitu:

Pertama: Pesanan secara automatik – Anda tak perlu ambik kesah untuk copy paste pesanan pembeli.

Ke-2: Nombor tracking – anda tak perlu nak tulis dan hantar nombor tracking order kepada pembeli. Semua sistem akan lakukan.

Ke-3: Fokus kepada pemasaran dan jualan – anda hanya mencari pembeli sahaja kerana kerja pesanan, pembungkusan dan pembayaran diuruskan secara automatik antara Shopee dengan Kumoten.

Ke-4: Baki stok diurus secara automatik – anda tak perlu kira berapa baki stok yang ada dalam tangan setelah banyak jualan.

Ke-5: Tidak ada minimum jualan – anda tidak dikenakan syarat berapa banyak anda kena jual. Satu pun boleh jual.

Ke-6: Pelanggan tak tahu pun Kumoten – Walaupun barang itu dipos oleh Kumoten, tetapi pelanggan tak tahu kerana takda cop Kumoten pada barang. Yang mereka tahu hanya shopping di Shopee. Menarik kan?

Dapatkan Panduan Lengkap Belajar Dropship Dengan Shopee

Artikel ini hanya memberi konsep dan pendedahan am yang boleh membuka minda untuk belajar dropship secara praktikal.

Banyak lagi anda kena belajar dropship seperti asas pemilihan barang, penggunaan baucer diskaun, free shipping, pemilihan courier service yang disyorkan oleh Shopee/Kumoten, cara tambah barang dropship, deposit dengan Shopee/Kumoten, cara menyusun nama barang dalam kedai anda di Shopee dan sebagainya.

Saya cadangkan anda membeli Buku Panduan Shopee kerana ia bukan sahaja mengajar cara menjual di Shopee malah mengajar buat bisnes dropship dengan Kumoten.

Dapatkan panduan ebook percuma dahulu. Klik sini:

Saya Nak Belajar Buat Dropship Dengan Shopee

Pautan:

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

13 Sebab Orang Bisnes Online Dari Rumah Dengan Shopee

Hilangkan Sakit Pinggang Dengan Sapu Krim Doxtecream Terbaik

Dapat ubat yang boleh kurangkan sakit pun dah bagus…

Kali ini saya nak cerita seorang pelanggan saya sudah beberapa kali membeli Doxtecream kerana sakit pinggang.

Selalu Angkat Tong Gas Kena Sakit Pinggang

En Ali ini seorang pekerja kedai runcit dan banyak membuat kerja berat. Antara tugasnya ialah memikul tong gas ke rumah pangsa setinggi lima tingkat yang memang takda lif.

Beliau akan mengalami sakit pinggang terutama sebelah kiri bila angkat barang berat.

Beliau mula mengalami sakit pinggang terutama sebelah kiri sejak enam bulan lepas terutama bila buat kerja berat.

Tetapi, beliau belum pergi jumpa doktor kerana malas dan rasa tak serious sangat.

Pada awal tahun 2020, beliau membeli sebotol krim Doxtecream daripada saya.

Testimoni En Ali sakit pinggang kurang setelah gunakan Doxtecream
Testimoni – wasap saya dengan En Ali mengenai pengalaman menggunakan krim Doxtecream untuk hilangkan sakit pinggangnya.

Mengikut En. Ali, beliau akan menyapukan krim ini pada waktu sebelum tidur.

Pada keesokan harinya, pinggang beliau berasa lega dan boleh pergi kerja macam biasa.

Selepas sebulan dua, beliau terus membeli dari saya kerana krim ini sangat membantu dalam menghilangkan sakit pinggangnya.

Produk Doxtecream Sesuai Sakit Pinggang

Doxtecream mampu meredakan sakit pinggang kanan atau sakit pinggang kiri
Krim sakit lutut Doxtecream

Doxtecream ialah produk Malaysia dan mendapat kelulusan KKM. Krim ini selamat disapu pada kulit kerana ia dihasilkan dari bahan semula jadi iaitu ekstrak daun ketumpang air dan rerama hijau.

Produk ini sudah 4 tahun di pasaran. Doxtecream ialah produk hasil penyelidikan syarikat tempatan dan sebuah institut pengajian tinggi tempatan.

Cara Guna Krim Doxtecream

Cara guna Doxtecream ialag dengan memicit pada bahagian atasnya.
Picit di bahagian atas untuk keluarkan krim Doxtecream

– Untuk mengeluarkan krim Doxtecream, tekan dan picit beberapa kali botol Doxtecream.

– Letakkan cecair krim Doxtecream di atas tapak tangan.

– Sapukan krim tersebut pada bahagian pinggang yang sakit itu. Rasanya sejuk dan nyaman.

Apa kata Ustaz Hanafiah Abdul Malek Mengenai Krim Doxtecream

Penerangan lanjut produk Doxtecream dan cara membelinya sila layari di sini:

Cara Mengurang dan Menghilangkan Sakit Sendi dan Lutut Dengan Bahan Tradisonal

Ada Yang Sakit Pinggang Dan Susah Nak Bergerak dan Bekerja?

Cara Order Krim Doxtecream

Mereka yang sakit dan sengal pinggang boleh mendapatkan stok Doxtecream daripada saya.

Harga: RM90.00
Pos laju & kendalian: RM9.00
Jumlah: RM99

Untuk order klik sini untuk wasap: Saya Nak Order Krim Doxtecream

Atau hubungi saya Rahaman 0133661242 atau abdrahaman@gmail.com

Sakit Lutut Kanan Macam Mana Nak Pergi Umrah?

Sakit Lutut Ketika Solat, Ada Ubat?

Cara Mengurang dan Menghilangkan Sakit Sendi dan Lutut Dengan Bahan Tradisonal

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini

Hibah Mutlak atau Hibah Amanah – Mana Yang Terbaik Dan Berkesan?

Satu daripada cara nak bagi harta kat seseorang semasa hidup…

Pengertian hibah mutlak tak sama dengan hibah amanah. Adanya unsur amanah dalam proses pindah milik.
Tentu seronok anak dapat hibah kebun durian masa bapa masih hidup.

Ramai yang kurang jelas pengertian hibah mutlak dan bezanya dengan hibah amanah walaupun pada asasnya kedua hibah ini ialah pemberian dari pemberi hibah kepada penerima hibah.

Jom kita lihat pengertian hibah mutlak itu dulu kerana semua orang tahu.

Pengertian Hibah Mutlak

Pengertian hibah mutlak ialah pemberian terus atau serta merta dari pemberi hibah kepada penerima hibah.

Sebagai contohnya, seorang anak menghadiahkan sebuah jam tangan kepada bapanya.

Dalam contoh lain, seorang bapa memberi sebidang tanah kepada anaknya dan pergi ke pejabat tanah untuk memindah milik tanah itu.

Kedua-dua contoh di atas ialah hibah mutlak. Pengertian hibah melibatkan empat rukun (syarat) iaitu :

  1. Pemberi hibah
  2. Penerima hibah
  3. Harta atau benda yang dihibahkan (diberikan)
  4. Ijab dan kabul – iaitu ada pihak yang menawar dan ada pihak yang menerimanya.

Implikasi Hibah Mutlak – Pengertian Pemberian Terus

Hibah mutlak ini kesannya serta merta ke atas pemilikan harta itu.

Dalam contoh di atas, apabila si bapa menandatangi borang pindah milik bagi memberi harta itu kepada anaknya, maka anak itu terus mendapat harta itu serta merta tanpa sebarang halangan atau syarat.

Begitu juga pemberi hibah (bapa) ia tidak ada hak ke atas harta itu termasuk faedah-faedah dari harta itu. Jika tanah itu kebun durian, maka bapa itu tidak ada hak ke atas hasil kebun selepas memberi kepada anaknya itu.

Pengertian Hibah Amanah

Macam saya sebut pada permulaan, hibah mutlak dan hibah amanah pada asasnya punya pengertian yang sama – iaitu pemberian daripada seorang kepada seorang.

Yang bezanya ialah hibah amanah ini ada unsur amanah sebelum harta itu bertukar milik daripada pemilik kepada penerima harta hibah.

Bagaimana Deklarasi Hibah Berfungsi

Dalam membuat hibah amanah kita memerlukan dua benda penting, iaitu syarikat amanah dan dokumen Deklarasi Hibah. Pemberi hibah dan penerima sudah tentulah pihak berkepentingan dalam hibah amanah.

Melalui dokumen Deklarasi Hibah, pemberi hibah mengistiharkan ia bersetuju memberi hartanya kepada penerima hibah dan membuat pindah milik harta dibuat selepas kematiannya. Ini kerana pemberi hibah masih pemilik sebenar (legal owner) hartanya itu.

Sepanjang tempoh Deklarasi Hibah itu, pemberi hibah kita panggil pemegang amanah utama, penerima hibah kita panggil benefisiari dan syarikat amanah dipanggil pemegang amanah ganti.

Dalam tempoh Deklarasi Hibah itu, pemilik menjaga hartanya itu atas kapasiti pemegang amanah utama.

Apabila pemilik (pemegang amanah utama) meninggal, pemegang amanah ganti iaitu syarikat amanah akan mengambil alih tanggungjawap pemegang amanah.

Dan seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Hibah dan kuasa yang ada pada syarikat amanah, syarikat amanah ini akan memindah milik harta ini kepada benefisiari yang akan menjadi pemilik baru.

Jadi ini bertepatan dengan pengistiharan pemilik asal memberikan hartanya kepada pihak yang beliau mahukan.

Apa Dia Kekuatan Hibah Amanah Yang Wajib Kita Tahu

Orang yang membuat hibah amanah ini kebanyakannya mahu harta dibahagikan semasa hidup lagi walaupun syarikat amanah akan memindahkan harta kepada penerima hibah selepas kematiannya.

Ini kerana proses pemindahan harta hibah tidak ada kaitan dengan pentadbiran harta pusaka harta yang lain.

Proses pembahagian harta pusaka mungkin makan masa 6 bulan hingga 2 tahun kerana ia melibatkan kerjasama dan persetujuan semua waris, belum kira mereka yang ada dua atau tiga keluarga melalui perkahwinan.

Semoga artikel ini dapa meningkatkan kefahaman akan pengertian hibah.

Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Kuiz Rancang Harta

pengertian hibah amanah mutlak

Hubungi Perancang Harta as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya pembaca ingin mendapatkan penjelasan mengenai pengertian hibah amanah dengan as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi saya melalui group Telegram berikut:

Abd Rahaman Rasid

23 Waris Faraid Pembahagian Harta Pusaka

bilangan waris faraid bagi pengurusan harta pusaka

Dapatkan ebook percuma di atas serta video penerangan 23 waris faraid daripada pautan berikut

Kelab Faraid, Harta Pusaka dan Hibah

Membuat Wasiat – Tujuh Kebaikan Anda Patut Tahu

Bagaimana Perjanjian Harta Sepencarian Disediakan?

Enam Kebaikan Hibah Perniagaan Usahawan Patut Tahu