Jump Starter Power Bank Untuk Bateri Kereta Komputer Dan Telefon

biasa guna kabel untuk start kereta kerana bateri dah habis
Cara popular guna jumper bateri untuk start kereta

Jump starter power bank adalah cara mudah dan terkini bagi menghidupkan injin kereta ketikabateri yang lemah.

Tapi sebelum bercerita panjang, elok kita tengok cara biasa untuk hidupkan kereta dengan guna kabel jumper bateri kereta.

Masalah Guna Jumper Bateri Kereta Cara Biasa

Bila kereta tak boleh start biasanya bateri lemah atau kong. Cara yang biasa dilakukan ialah dengan menggunakan kabel jump starter bateri.

Dua kabel jumper bateri dipasang antara bateri yang baik dari kereta lain kepada bateri pada bateri kereta yang lemah itu.

Aliran tenaga bateri yang baik itu dapat membantu menghidupkan injin kereta yang baterinya lemah.

Bagaimanapun guna jumper bateri ada kelemahan. Jika anda salah parking kereta terutama di shopping kompleks, kabel jumper yang tidak cukup panjang akan menyukarkan kawan anda menyambung kabel jumper kepada bateri anda.

Yang kedua, jika anda tidak bawa kabel jumper bateri, ia akan menyusahkan anda juga kerana bukan semua orang ada membawa jumper bateri.

Jika kereta anda tak boleh start di R&R kerana bateri terutama di waktu malam, bukan semua orang boleh bantu anda.

Jadi cara yang terbaik ialah anda membeli jumper bateri power bank di mana anda boleh start kereta tanpa menyusahkan orang lain.

Keperluan Jump Starter Power Bank

Ramai orang memiliki jumper start power bank. Ia bukan sahaja boleh digunakan bagi menghidupkan bateri kereta bahkan digunakan bagi memberi power kepada telefon bimbit dan komputer.

set jump starter power untuk kereta lengkap dengan kabel, bateri dan alat caj bateri telefon
Set Jump start power bank

Dulu orang menyimpan kabel jump start dalam kereta. Tapi itu sudah ketinggalan zaman. Ini kerana ia makan ruang bonet kereta terutama jika kita hendak balik kampung atau mengembara.

Jumper start power bank bukan sahaja dapat membantu bateri kita jika ia tiba-tiba kong, malah ia dapat membantu kawan-kawan atau orang ramai yang menghadapi masalah bateri. Ini terutama di kawasan R&R atau di kampung.

Cara Pasang Jump Starter Power Bank

set jump start power bank
Ada tiga alat penting di atas – powerbank, dua kabel bateri dan kabel untuk caj handphone.
jump start power bank - mudah dan praktikal
Pasangkan dua kabel hitam dan merah kepada power bank sebelum dilekatkan kepada bateri
Cara pasang kabel merah dan hitam kepada bateri power bank - hanya cucuk sahaja sebelum diguna untuk hidupkan injin
Cara pasang kabel merah dan hitam kepada bateri power bank – hanya cucuk sahaja sebelum diguna untuk hidupkan injin

Cara Mendapatkan Set Jumper Start Power Bank

Anda boleh mendapatkan jumper start power bank daripada kedai atau beli daripada Shopee. Klik sini

Klik: Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Bateri Kereta – 7 Tips Memanjangkan Jangka Hayat Bateri

Tips Terbaik Bagi Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Tip-tips bagi memanjangkan jangka hayat bateri yang boleh menjimatkan masa dan kos pemilik kereta.
Tips mudah penjagaan bateri kereta anda

Tips Penjagaan Bateri Kereta Yang Wajib Anda Tahu

Bateri ialah nyawa kepada kenderaan. Tanpa bateri kereta tidak boleh start dan lampu tak menyala.

Bayangkan, anda sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Alor Star dan singgah di R&R Tapah untuk minum-minum.

Apa perasaan anda, tiba-tiba kereta tidak boleh start? Dalam kereta anak isteri dan beg yang banyak kat bonet.

Anda tentu terfikir-fikir jika ada orang yang bawa jumper dan minta tolong start kereta anda.

Tapi, jika tiada siapa yang menolong, pilihan anda ialah pergi ke stesyen minyak di R&R dan bertanya samada mereka ada menjual bateri atau tidak.

Jika stesyen minyak tidak menjual, biasa stesyen minyak akan berikan nombor telefon kedai bateri yang berdekatan supaya anda hubungi.

Jika kedai bateri sedia menolong, anda sudah tentu kena potong leher. Harga bateri katakan RM200 dan upah RM250 – sebab alasan jauh dan sebagainya. Anda tentu kena setuju kan sebab keluarga dah kepanasan dan kepenatan duduk dalam kereta.

Itu nasib baik berlaku di siang hari. Kalau ia terjadi pada waktu 12 malam dan semua kedai tutup, tentu ia lebih sengsara lagi. Mungkin anda kena panggil bantuan PLUS. Tapi itu semua menyusahkan anda sendiri.

Harga sebuah bateri tidak mahal iaitu pun dalam dalam RM180-RM300. Masalahnya ialah apa yang berlaku kepada pengguna di R&R Tapah tadi – kos bateri mahal dan anak bini sengsara menunggu dalam kereta.

Jika kita pandai menjaganya, umur bateri boleh sampai dua setengah tahun. Kalau tak pandai jaga, setahun pun boleh kong dan kena ganti baru.

Oleh itu, anda boleh mengawal berapa lama bateri boleh tahan dan memaksimumkan jangka hayat bateri agar anda juga boleh kemana-mana tanpa rasa takut kereta tak boleh start bila bateri kong.

Purata Jangka Hayat Bateri Kereta

Berapa lama bateri boleh tahan? Secara purata, bateri boleh bertahan selama 2 hingga ke 5 tahun. Dapat bertahan dua tahun setengah pun dah kira OK.

Antara salah satu faktor yang boleh mempengaruhi jangka hayat bateri ialah cuaca.

Ketika kenderaan berjalan, enjin sudah menghasilkan haba yang tinggi. Haba yang terlampau panas pada bateri akan meningkatkan penyejatan air pada sel bateri walaupun bateri tertutup dan ini mampu memendekkan jangka hayat bateri.

Kenderaan yang selalu dibiarkan di bawah cahaya matahari terik boleh menyebabkan bateri kong.

Ia menjadi punca kereta tak boleh start jika anda tidak ambil langkah penjagaan bateri terutama dalam keadaan cuaca yang sangat panas di Malaysia.

Panduan lengkap penjagaan kereta yang setiap orang patut tahu.
Panduan Lengkap Penjagaan Kereta

Berikut ialah tujuh tips bagi memanjangkan jangka hayat bateri:

Tujuh Tips untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Tips #1: Hadkan Perjalanan Jarak Dekat

Memandu kereta anda dengan sekejap menghalang bateri daripada dicas sepenuhnya. Jadi, anda boleh mengekalkan kuasa bateri dengan memandu lebih kerap dan memandu untuk tempoh yang lebih lama.

Melalui cara ini, anda boleh meningkatkan ketahanan jangka hayat bateri dan mengelakkan bateri kong dengan cepat.

Namun begitu, jika anda jarang menggunakan kereta, anda boleh mempertimbangkan untuk melaburkan wang anda membeli pengecas bateri mudah alih.

Kelebihan pengecas mudah alih ini adalah ia boleh jump start bateri tanpa memerlukan kenderaan lain sekiranya kereta anda mati di tepi jalan. Hebat bukan?

Tips #2: Pastikan Bateri Dipasang Dengan Ketat

Cara pasang bateri yang betul memainkan peranan penting untuk memastikan bateri tahan lebih lama. Bateri yang tidak dipasang dengan betul dan ketat akan menyebabkan getaran.

Getaran pada bateri berpotensi untuk mengakibatkan kerosakan kepada komponen dalaman bateri dan menyebabkan litar pintas, seterusnya dapat mengurangkan jangka hayat bateri.

Adakah anda memeriksa terminal bateri anda dengan kerap?

Pastikan ianya diperiksa dengan kerap terutamanya jika anda sering memandu di jalan-jalan yang beralun untuk memastikan bateri dipasang dengan ketat dan ia berada di dalam pendakap pelekap dengan kedudukan yang betul.

Namun begitu, jangan melakukan kesilapan iaitu terlalu mengetatkan nat kekunci bateri kerana ia mungkin merosakkan bateri.

Terminal bateri yang dipasang dengan kemas dan ketat akan dapat mengekalkan ketahanan jangka hayat bateri kereta anda.

Tip #3: jangan Lupa Matikan Lampu Bila Keluar

Jika anda membiarkan lampu hadapan kereta dan lampu pintu kereta terpasang secara tidak sengaja boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada bateri dan memendekkan jangka hayat bateri.

Penggunaan lampu yang berpanjangan tanpa bateri dicas akan menyebabkan bateri kong.

Untuk mengelakkan anda lupa, tampal nota atau reminder pada papan pemuka kereta anda. Cara ini anda boleh menyedari apabila anda tidak mematikan lampu kenderaan.

Ingat, memasang lampu kereta dengan lama ketika kereta tidak hidup adalah antara penyebab bateri kong dan kereta tak boleh start. Ini penyebab jangka hayat bateri menjadi pendek.

Tips #4: Bersihkan Terminal Bateri Kereta

Terminal bateri akan terhakis dari masa ke semasa dan pastikan ianya sentiasa dibersihkan daripada pembentukan sisa-sisa dan karat. Ini langkah yang baik untuk panjangkan jangka hayat bateri.

Antara penjagaan bateri mudah ialah membersihkan terminal bateri dengan menggosok terminal dengan berus gigi yang dicelup dalam baking soda (serbuk penaik) bercampur dengan air.

Kemudian, bilas cucian tersebut dengan menggunakan semburan air sejuk dan kemudian mengelap permukaan terminal dengan kain bersih hingga kering.

Tips #5: Uji Bateri Dengan Kerap Untuk Mengetahui Jangka Hayat Bateri

Jika anda ingin memaksimumkan jangka hayat bateri anda, adalah penting untuk mengetahui keadaan bateri dan berapa lama bateri kereta boleh tahan.

Oleh itu, anda boleh menguji tahap voltan bateri output menggunakan penguji bateri untuk mengetahui bateri telah dijaga dengan baik ataupun telah tiba masa untuk ganti bateri baru.

Perkara ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali bagi setiap bateri untuk memastikan kereta tidak mati secara tiba-tiba kerana bateri kong.

Tips #6: Matikan Fungsi Alat Eletronik Ketika Kereta Tidak Berjalan

Ini adalah tips penjagaan bateri paling mudah untuk menjaga ketahanan jangka hayat bateri.

Matikan fungsi eletronik seperti radio dan penghawa dingin ketika kenderaan tidak berjalan. Ini dapat mengurangkan wear and tear pada kuasa bateri anda.

Selain itu dengan membiarkan enjin kereta hidup tanpa bergerak pada waktu yang lama boleh menyebabkan kereta tak boleh start dan bateri kong dengan lebih cepat.

Tips #7: Jaga Kereta Secara Menyeluruh

Kereta anda mempunyai komponen dan bahagian yang bekerja bersama-sama sedangkan kereta hanya ada satu bateri.

Oleh itu, penjagaan bateri yang betul sangat penting untuk memastikan jangka hayat bateri lebih panjang dan dapat mengekalkan prestasi kereta.

Jangan biarkan kereta anda tidak digunakan untuk tempoh yang panjang kerana ia akan mengurangkan jangka hayat bateri kerana bateri tidak dicas.

Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Sekarang ada power bank jump car starter yang boleh dari shopee.
CarCar jump starter power bank
Power bank jump starter harus ada bagi mengatasi kereta yang tidak boleh start.
Multifunction jump starter power bank

Car power bank charger yang terbaik di pasaran
Antara set car jumper power bank
Car jumper power bank sangat berguna jika kereta tak boleg start
Beg yang lengkap dengan set jump start battery

Menjadi satu trend sekarang orang membawa jump start power bank dalam kereta atau dalam beg anda – kata orang sediakan payung sebelum hujan.

Car jumper power bank bukan sahaja untuk kenderaan anda, malah boleh menolong orang ramai yang menunggu ketibaan anda membantu start kan kereta anda.

Anda boleh membelinya di shopee.

Klik: Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Sumber:

Artikel di atas telah diadaptasi dari artikel asal:
7 Tips Berguna untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten