Google Bisnes Saya Cara Buat Listing Percuma Ramai Tak Tahu

Cara terbaharu promote perniagaan online dengan Google Bisnes Saya
Bagaimana bisnes anda menawan Google dengan Google My Business

Ramai online marketer tak tahu gunakan Google Bisnes Saya untuk menawan laman web Google tanpa kos dan mudah pulak.

Cuba anda tengok macam mana Google Bisnes Saya pada bisnes Xgene Royale boleh menempatkan diri dan perniagaan secara berkesan dalam Google Search dan Google Maps.

Anda boleh integrate blog wordpress anda ke dalam Google My Business, dengan ini apabila upload artikel baru anda ke dalam alam maya, ia secara automatik mewujudkan satu link dalam Google My Business. Cantikkan?

Apa itu Google Bisnes Saya?

Google My Business bagi bisnes Xgene Royale

Dari rajah di atas, Google My Business ialah kemudahan listing atau penyenaraian percuma yang ditawarkan oleh Google bagi membolehkan anda menguruskan perniagaan anda di internet seperti Carian Google (Google Search) dan Peta Google (Google Maps).

Contoh di atas menunjukkan orang mencari ‘krim xgene royale’. Listing yang dipaparkan web-web yang menawarkan jualan produk Xgene. Manakala di sebelah kanan ialah listing saya produk Xgene Royale – lengkap dengan peta ke kedai saya, lokasi dan laman webnya.

Jika anda menggunakan komputer, profil bisnes anda akan nampak di sebelah kanan apabila ada orang mencari bisnes anda atau bisnes orang lain yang berkaitan dengan anda.

Jika anda menggunakan handphone, listing ini akan duduk teratas sekali dan boleh bersaing dengan iklan berbayar Google.

Google My Business amat mudah dibuat dan mengemaskini setiap masa. Cara ini ia amat mudahkan mendekatkan perniagaan anda kepada pelanggan.

Blog Percuma Google Bisnes Saya

Jika anda orang baru dalam perniagaan, anda jangan buang duit dan masa membina laman web perniagaan.

Google My Business bukan sahaja membolehkan menawan pasaran Google, malah ia menawarkan blog percuma. Tengok sini xgeneroyale.business.site.

Kelebihan Google My Business (GMB)

Pertama: Google My Business membolehkan bisnes anda terpapar dan Google Map dan carian Google.

Ke-2: GMB membolehkan orang ramai memberi komen atau review ke atas produk dan bisnes anda

Ke-3: Google Bisnes Saya membolehkan anda memahami perjalanan bisnes anda dan memperbaiki mutu paparan perniagaan

Ke-4: Anda boleh membina beberapa Google My Business berdasarkan produk anda.

Ke-5: Setiap Google My Business anda diberi satu laman web percuma. Anda yang baru memulakan perniagaan online elok sangat menggunakan kemudahan Google ini.

Ke-5: Jika anda ada blog wordpress, anda boleh integrate posting-posting anda ke dalam Google My Business. Jadi anda tak perlu buat kerja dua kali.

Sebarang pertanyaan sila gunakan ruangan komen.

Google My Business Blog Rahaman

Contoh Headline Terbaik Untuk Tingkatkan Jualan Online

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.