Tentang Rezeki – 12 Jenis Rezeki Yang Dijanjikan Allah Kepada Makhluk

Assalamualaikum dan selamat malam buat sahabat-sahabat ku semua. Sedikit pencerahan ilmu Allah tentang rezeki.

Tentang Rezeki Yang Telah Dijanjikan Allah
(12 Pintu-pintu Rezeki)

Ada 12 pintu rezeki walaupun pada hahikatnya semuanya dari Allah. Ini berdasarkan Al-Quran dan hadis sahih.
Ada 12 pintu rezeki yang patut kita tahu

1) Tentang Rezeki Yang Telah Dijamin

“Dan tidak ada sesuatu pun mahluk yang bergerak (bernyawa) di muka bumi melainkan semua nya dijamin rezekinya olih Allah…”
(Surah Hud 11 Ayat 6)

2) Tentang Rezeki Kerana Usaha

“Dan manusia hanya memperolihi apa yang dikerjakannya”
(Surah Al Najm 53 Ayat 39)

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
(Al-Jumu’ah 62 Ayat 10)

3) Tentang Rezeki Kerana Bersyukur

“…sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu…”
(Surah Ibrahim 14 Ayat)

4) Rezeki Yang Tidak Terduga

“…barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”.
(Surah At Thalaq 65 Ayat 2)

5) Rezeki Kerana Beristighfar

“maka aku katakan pada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’ (beristighfar) – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun”.

“nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat”.
(Surah Nuh 71 Ayat 10 dan 11)

6) Rezeki Kerana Menikah

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia Nya. Dan Allah Maha luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An-Nur : 32)

7) Rezeki Kerana Anak

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada mu……….”
(Surah Al Israa’ 17 Ayat 31)

8) Tentang Rezeki Kerana Bersedekah

“Barangsiapa yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menginfakkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipat-gandakan pembayaran kepada nya dengan lipat-ganda yang banyaknya. Dan Allah yang menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada Nya lah kamu di kembali kan”
(Surah Al Baqarah 2 Ayat 245)

9) Rezeki Kerana Suka Menyambungkan Silaturrahim

10) Rezeki Kerana Iman Dan Takwa

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
(Al-Baqarah 2 Ayat 3)

11. Rezeki Kerana Pengorbanan Diri, Harta Dan Waktu Demi Urusan Keagamaan

12) Rezeki Kerana Istiqamah Membaca Al-Quran Dan Beramal Soleh (kerana Allah Semata-Mata)

Doa Ku

“Ya Allah, Ya Robb, yang Maha Kaya, izinkanlah kami mencari rezeki dengan keredaan Mu, lapangkanlah rezeki kami dari arah yg tidak disangka sangka dari rezeki yang halal dan penuh barakah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki. Izinkan dan permudahkan semua sahabat-sahabat kami mencari dan beroleh rezeki dengan izin Mu. Kayakan mereka, lapangkan pintu-pintu rezekinya dan Kau jaohilah segala dosa-dosa mereka yang dengan nya bolih memendikkan rezeki-rezeki mereka. Aamiin Ya Rabbal Alamein”

Wallahu’alam.
Awang Mohammed
Kuala Lumpur.
1hb January 2017.
11.45 malam.

Nota: Semasa saya membuat semakan rambang ke atas akaun Facebook rakan-rakan saya, rupanya ada 5 orang yang saya jumpa telah meninggal dunia.

Saya dan tuan-tuan jika sudi bacakan Al-Fatihah dan sedekahkan pahala kepada mereka itu.

Salah seorang yang meninggal itu ialah arwah Awang Mohamed. Saya membelek Facebook beliau, dan terjumpa sebuah artikel beliau yang saya tajukkan dengan Tentang Rezeki – 12 Jenis Rezeki Yang Dijanjikan Allah

Saya copy paste tulisan beliau dengan sedikit editan. Semoga kebaikan dan ilmu yang diperolehi oleh pembaca memberi pahala dan kebaikan kepada roh Allahyarham Abdullah Mohammed

23 Waris Faraid Orang Islam Wajib Tahu

senarai 23 waris faraid harta pusaka

Dapatkan ebook dan video penerangan dari pinned post pautan berikut

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Belajar Dropship Dengan Shopee dan Kumoten

Cara Buat Bisnes Deliveri Belajar Dari Orang Berpengalaman