
Apa itu dropship shopee? Apa itu pula dropship Shopee – Kumoten? Mengapa ia menjadi menjadi pilihan dropship terbaik dalam perniagaan online di Malaysia?
Bisnes dropship bermula dengan impian yang besar. Anda mesti mempunyai impian kebebasan kewangan (kebebasan kewangan) sebab itu yang bolh memberi kepuasan kepada anda.
Dengan kebebasan kewangan anda boleh memiliki apa sahaja – rumah, kereta, melancong, buat haji, buat umrah, menyimpan wang untuk pelajaran anak dan sebagainya.
Apa Itu Bisnes Dropship?

Bisnes dropship atau dropshipping ialah satu perniagaan yang menjual barang tanpa menyimpan stok dan tanpa menghantar barang.
Orang menjual barang itu dipanggil dropshipper atau agen dropship.
Tiga Pihak Terlibat Dalam Business Dropship
A. Pelanggan
Dalam model di atas, pelanggan jumpa facebook anda (dropshipper) yang menjual jam tangan.
Pelanggan membayar harga jualan, katakan RM200 kepada anda dan mengharapkan anda menghantar jam kepada pembeli.
B. Pemborong Dropship
Anda (dropshipper) menghantar pesanan jam kepada pemborong dan membayar harga borong (harga borong), katakan RM120. Anda akan sertakan alamat pelanggan supaya pemborong menghantar jam kepada pelanggan.
Perbezaan harga jualan dengan harga borong ialah keuntungan dropship.
C. Penghantaran Barang
Pemborong akan menghantar pesanan jam itu kepada pembeli. Anda sebagai dropshipper akan mendapat harga jualan jam selepas pelanggan mengesahkan ia telah menerima jam itu.
Boleh Capai Kebebasan Kewangan Dengan Dropship Biasa-Biasa Saje?
Jika anda bercita-cita mahu mencapai kebebasan kewangan anda tidak akan berjaya dengan buat dropship cara biasa dengan upload 10-100 barang.
Anda mesti menjual banyak barang, katakan 500 – 1,000 barang.
Tapi, nak jual 25 barang pun susah nak handle sebab masa nak uruskan stok, nak layan order, nak bungkus barang dan nak pos.
Buat Bisnes Dropship Dengan Shopee?
Adakah anda tahu Shopee benarkan seseorang itu menjual sehingga 5,000 barang. Tak logik kan? Sebab masa bila penjual nak cari pembekal, nak layan customer dan nak pos barang.
Tapi ada tektiknya boleh upload sehingga 5,000 barang, teruskan pembacaan…
Kelebihan buat dropship dengan Shopee ialah anda tak perlu daftar perniagaan. Jika anda sudah jadi pembeli, anda boleh jadi penjual tanpa perlu buka akaun baru – kan mudah bagi orang nak dropship!
Dengan Shopee, anda boleh buat dropship tanpa perlu membazir masa ambil order, bungkus barang, wasap bayaran dan pos. Ini kerana zaman IT, dropship pun dah boleh buat secara automatik.
Jom saya tunjukkan asasnya.
Belajar Buat Dropship Shopee – Kumoten
Mengapa Buat Dropship Dengan Kumoten?
Boleh dengar video ini dulu…
Asas Dropship Shopee-Kumoten
Asas dropship Shopee-Kumoten ialah anda satukan (integrate) sistem Shopee dengan Kumoten. Kemudian pilih produk dari Kumoten. Lepas itu transfer (sync) produk dari Kumoten ke Shopee.

Bila anda belajar dropship dengan Shopee anda mesti register dengan dua syarikat, iaitu Shopee dan Kumoten.
Siapa itu Shopee? Shopee ibarat Mid Valley iaitu tempat orang membeli barang.
Siapa itu Kumoten? Kumoten ialah syarikat pembekal barang kepada anda atau dipanggil pemborong (wholesaler).
Bila anda sudah register dengan Shopee dan Kumoten, bermakna anda akan menjual barang di Shopee dan anda juga agen dropship atau dropshipper kepada Kumoten.
Langkah Pertama: ‘Kahwinkan’ Shopee Dengan Kumoten
Dalam bahasa IT kahwinkan itu dipanggil integrate. Jadi sistem IT dengan sistem IT boleh bercakap satu sama lain.
Apa yang anda arahkan, Shopee dan Kumoten boleh faham.
Langkah Kedua: Memilih Produk Di Kumoten
Sebelum anda nak memilih produk di Kumoten, lebih baik anda tengok di Shopee barang apa ada di Shopee. Ini kerana apa yang dijual di Shopee kebanyakan dibekalkan oleh Kumoten.
Bila kita beada di depan komputer kita ibarat membuka dua kedai serentak: Shopee dan Kumoten (saya tak galakkan anda guna handphon).
Langkah Ketiga: Memindahkan Barang Dari Kumoten Kepada Shopee
Pada portal Kumoten, anda hanya perlu tandakan seberapa banyak barang yang hendak dipindahkan kepada portal jualan anda di Shopee.
Setelah anda memilih barang dari Kumoten, anda boleh memindahkan (macam upload) barang anda ke Shopee dengan menekan butang-butang tertentu. Proses ini dipanggil sync.
Setelah anda memindahkan barang ke Shopee, anda boleh refresh skrin Shopee, dan anda akan dapati senarai barang untuk dibeli oleh pembeli. Nama barang, foto sudah ada disiapkan dalam Shopee. Senangkan?
Proses Jualan Dropship Automasi Dari Pesanan Pelanggan Hingga Penerimaan

Dari rajah di atas menunjukkan proses jualan adalah secara automatik dan anda boleh relaks tanpa memikirkan nak bungkus barang, nak pos, nak hantar tracking number, nak comfirm terima barang dan tunggu bayaran dari pembeli.
Tengok proses di atas:
Proses Pertama – pembeli memilih barang dan membuat order dari kedai anda di Shopee. Pembeli membayar ke Shopee.
Proses Ke-2 – pesanan pembeli dibuat secara automatik dihantar ke Kumoten. Anda tidak perlu menghubungi Kumoten atau Shopee.
Proses Ke-3 – anda membayar kos produk kepada Kumoten (melalui pemotongan deposit anda di Kumoten)
Proses Ke-4 – Kumoten menghantar barang kepada pelanggan
Proses Ke-5 – Setelah pembeli mengesahkan penerimaan barang, Shopee akan membayar harga jualan ke wallet anda di Shopee.
Anda boleh memindahkan wang dari wallet di Shopee ke akaun bank anda. Menarikkan?
Enam Kebaikan Dropship Shopee – Kumoten

Dari jadual di atas, ada 6 kebaikan anda buat droship dengan Shopee iaitu:
Pertama: Pesanan secara automatik – Anda tak perlu ambik kesah untuk copy paste pesanan pembeli.
Ke-2: Nombor tracking – anda tak perlu nak tulis dan hantar nombor tracking order kepada pembeli. Semua sistem akan lakukan.
Ke-3: Fokus kepada pemasaran dan jualan – anda hanya mencari pembeli sahaja kerana kerja pesanan, pembungkusan dan pembayaran diuruskan secara automatik antara Shopee dengan Kumoten.
Ke-4: Baki stok diurus secara automatik – anda tak perlu kira berapa baki stok yang ada dalam tangan anda. Ini kerana Kumoten yang sediakan.
Ke-5: Tidak ada minimum jualan – anda tidak dikenakan syarat berapa banyak anda kena jual. Satu pun boleh jual.
Ke-6: Pelanggan tak tahu pun Kumoten – Walaupun barang itu dipos oleh Kumoten, tetapi pelanggan tak tahu kerana takda cop Kumoten pada barang. Yang mereka tahu hanya shopping di Shopee dan beli dari Menarik kan?
Dapatkan Panduan Lengkap Belajar Dropship Dengan Shopee
Artikel ini hanya memberi konsep dan pendedahan am yang boleh membuka minda untuk belajar dropship secara praktikal.
Banyak lagi anda kena belajar dropship seperti asas pemilihan barang, penggunaan baucer diskaun, free shipping, pemilihan courier service yang disyorkan oleh Shopee/Kumoten, cara tambah barang dropship, deposit dengan Shopee/Kumoten, cara menyusun nama barang dalam kedai anda di Shopee dan sebagainya.
Saya cadangkan anda membeli Buku Panduan Shopee kerana ia bukan sahaja mengajar cara menjual di Shopee malah mengajar buat bisnes dropship dengan Kumoten.
Dapatkan panduan ebook percuma dahulu. Klik sini:
Saya Nak Belajar Cara Upload 1,000 Barang Dropship Dari Kumoten ke Shopee
Pautan:
Menjana Pendapatan Dari Matawang Kripto Dengan Robot Royal Q