Jump Starter Power Bank Untuk Bateri Kereta Komputer Dan Telefon

biasa guna kabel untuk start kereta kerana bateri dah habis
Cara popular guna jumper bateri untuk start kereta

Jump starter power bank adalah cara mudah dan terkini bagi menghidupkan injin kereta ketikabateri yang lemah.

Tapi sebelum bercerita panjang, elok kita tengok cara biasa untuk hidupkan kereta dengan guna kabel jumper bateri kereta.

Masalah Guna Jumper Bateri Kereta Cara Biasa

Bila kereta tak boleh start biasanya bateri lemah atau kong. Cara yang biasa dilakukan ialah dengan menggunakan kabel jump starter bateri.

Dua kabel jumper bateri dipasang antara bateri yang baik dari kereta lain kepada bateri pada bateri kereta yang lemah itu.

Aliran tenaga bateri yang baik itu dapat membantu menghidupkan injin kereta yang baterinya lemah.

Bagaimanapun guna jumper bateri ada kelemahan. Jika anda salah parking kereta terutama di shopping kompleks, kabel jumper yang tidak cukup panjang akan menyukarkan kawan anda menyambung kabel jumper kepada bateri anda.

Yang kedua, jika anda tidak bawa kabel jumper bateri, ia akan menyusahkan anda juga kerana bukan semua orang ada membawa jumper bateri.

Jika kereta anda tak boleh start di R&R kerana bateri terutama di waktu malam, bukan semua orang boleh bantu anda.

Jadi cara yang terbaik ialah anda membeli jumper bateri power bank di mana anda boleh start kereta tanpa menyusahkan orang lain.

Keperluan Jump Starter Power Bank

Ramai orang memiliki jumper start power bank. Ia bukan sahaja boleh digunakan bagi menghidupkan bateri kereta bahkan digunakan bagi memberi power kepada telefon bimbit dan komputer.

set jump starter power untuk kereta lengkap dengan kabel, bateri dan alat caj bateri telefon
Set Jump start power bank

Dulu orang menyimpan kabel jump start dalam kereta. Tapi itu sudah ketinggalan zaman. Ini kerana ia makan ruang bonet kereta terutama jika kita hendak balik kampung atau mengembara.

Jumper start power bank bukan sahaja dapat membantu bateri kita jika ia tiba-tiba kong, malah ia dapat membantu kawan-kawan atau orang ramai yang menghadapi masalah bateri. Ini terutama di kawasan R&R atau di kampung.

Cara Pasang Jump Starter Power Bank

set jump start power bank
Ada tiga alat penting di atas – powerbank, dua kabel bateri dan kabel untuk caj handphone.
jump start power bank - mudah dan praktikal
Pasangkan dua kabel hitam dan merah kepada power bank sebelum dilekatkan kepada bateri
Cara pasang kabel merah dan hitam kepada bateri power bank - hanya cucuk sahaja sebelum diguna untuk hidupkan injin
Cara pasang kabel merah dan hitam kepada bateri power bank – hanya cucuk sahaja sebelum diguna untuk hidupkan injin

Cara Mendapatkan Set Jumper Start Power Bank

Anda boleh mendapatkan jumper start power bank daripada kedai atau beli daripada Shopee. Klik sini

Klik: Jump Start Power Bank atau Car Power Bank

Bateri Kereta – 7 Tips Memanjangkan Jangka Hayat Bateri