Ramai Tak Tahu Syarikat Sendirian Berhad Boleh Dihibahkan Kepada Waris

hibah syarikat sendirian berhad
Hibah Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Sendirian Berhad Boleh Musnah Tanpa Perancangan

Ramai tidak tahu harta syarikat sendirian berhad boleh dihibahkan kepada waris atau bukan waris dengan mudah.

Banyak syarikat sendirian berhad ‘mati’ selepas kematian pemiliknya. Akibatnya waris-waris tidak dapat meneruskan lagenda kejayaan perniagaan yang telah dipelopori oleh ibu bapa mereka.

Yang membimbangkan ada kemungkinan syarikat sendirian berhad berpindah kepada rakan kongsi pemegang saham yang lain.

Akibat tidak merancang, aset yang ditinggalkan dalam syarikat sendirian akan menjadi harta pusaka. Dan kemungkinan lagenda perniagaan tidak dapat diteruskan kerana semua waris berminat mendapatkan bahagian faraid masing daripada terus menghidupkan syarikat.

Dan ia bukan satu proses yang mudah bagi memfaraidkan aset sesebuah syarikat sendirian bhd. kerana pemilik syarikat dan syarikat adalah dua entiti yang berlainan.

Ada kemungkinan syarikat terpaksa dibubarkan, hutang syarikat dan cukai pendapatan tertunggak dijelaskan sebelum mengetahui aset bersih (net worth).

Maka dari situ aset bersih yang ditinggalkan oleh setiap pemilik (pemegang saham) dibahagikan kepada waris faraid.

Maka dalam mencairkan aset ini, ada kemungkinan ia diletakkan di bawah receivership atas perintah mahkamah dan ini satu proses perundangan yang rumit dan melibatkan kos yang terpaksa dibayar dahulu oleh waris. Itu pun jika mereka mampu.

Hibah Syarikat Ialah Perancangan Penerusan Lagenda Perniagaan

Hibah syarikat sendirian berhad ialah satu cara merancang bagaimana perniagaan dapat diteruskan tanpa gangguan selepas kematian pemiliknya.

Dalam hibah syarikat sendirian berhad, perkara yang dihibahkan ialah pemilikan atau saham syarikat. Ia secara tidak langsung menghibahkan aset syarikat kepada pemilik saham baru.

Hibah saham syarikat sangat kritikal jika seseorang itu pemegang majoriti saham syarikat. Tentu pemilik asal mahukan lagenda perniagaan diteruskan oleh waris mereka terutama anak dan isteri.

Tanpa dibuat hibah, saham syarikat akan menjadi harta pusaka dan proses pencairannya akan mengambil masa kerana ia melibatkan persetujuan waris melantik pentadbir, melantik peguam bagi menguruskan pusaka, mendapat surat kuasa mentadbir dan seterusnya pencairan harta.

Dengan mendapatkan khidmat syarikat amanah, pemilik syarikat sendirian bhd. boleh membuat hibah kepada orang yang beliau mahu.

Dalam hibah amanah, syarikat amanah akan bertindak sebagai pemegang amanah syarikat sekiranya pemilik syarikat atau pemilik saham meninggal dunia.

Dengan surat kuasa yang diberikan oleh pemilik syarikat, syarikat amanah akan memindahkan saham kepada pemilik baru syarikat.

Jika pemilik ialah pemegang saham majoriti, syarikat amanah akan menasihatkan pegangan itu dikekalkan supaya tidak berlaku kehilangan majoriti jika dihibahkan kepada beberapa waris.

Kesimpulan: Hibah Boleh Elakkan Perkelahian Waris dan Bisnes Berjalan Dengan Lancar

Hibah amanah syarikat ialah satu cara bagi menjamin kelancaran perniagaan di mana pengganti pemilik telah ditentukan secara hibah.

Tanpa perancangan ini, aktiviti perniagaan akan terhenti kerana ketiadaan pemilik dan hartanya di dalam syarikat terpaksa difaraidkan.

Dengan hibah semasa hidup, perniagaan bukan sahaja dapat diteruskan tanpa gangguan malah ia dapat mengelakkan perkelahian waris selepas kematian pemilik.

Strategi ini sudah lama diamalkan oleh syarikat besar di bawah konsep ‘business continuty plan’ iaitu sebagai komponen kepada pengurusan risiko apabila pemilik syarikat perniagaan.

Pemilik syarikat sendirian berhad yang berhajat hendak membuat hibah ekuiti syarikat kepada waris, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Lindungi Masa Depan Anak Isteri Dengan Membuat Wasiat

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: