Ramai Tak Tahu Syarikat Sendirian Berhad Boleh Dihibahkan Kepada Waris

hibah syarikat sendirian berhad
Hibah Syarikat Sendirian Berhad

Syarikat Sendirian Berhad Boleh Musnah Tanpa Perancangan

Ramai tidak tahu harta syarikat sendirian berhad boleh dihibahkan kepada waris atau bukan waris dengan mudah.

Banyak syarikat sendirian berhad ‘mati’ selepas kematian pemiliknya. Akibatnya waris-waris tidak dapat meneruskan lagenda kejayaan perniagaan yang telah dipelopori oleh ibu bapa mereka.

Yang membimbangkan ada kemungkinan syarikat sendirian berhad berpindah kepada rakan kongsi pemegang saham yang lain.

Akibat tidak merancang, aset yang ditinggalkan dalam syarikat sendirian akan menjadi harta pusaka. Dan kemungkinan lagenda perniagaan tidak dapat diteruskan kerana semua waris berminat mendapatkan bahagian faraid masing daripada terus menghidupkan syarikat.

Dan ia bukan satu proses yang mudah bagi memfaraidkan aset sesebuah syarikat sendirian bhd. kerana pemilik syarikat dan syarikat adalah dua entiti yang berlainan.

Ada kemungkinan syarikat terpaksa dibubarkan, hutang syarikat dan cukai pendapatan tertunggak dijelaskan sebelum mengetahui aset bersih (net worth).

Maka dari situ aset bersih yang ditinggalkan oleh setiap pemilik (pemegang saham) dibahagikan kepada waris faraid.

Maka dalam mencairkan aset ini, ada kemungkinan ia diletakkan di bawah receivership atas perintah mahkamah dan ini satu proses perundangan yang rumit dan melibatkan kos yang terpaksa dibayar dahulu oleh waris. Itu pun jika mereka mampu.

Hibah Syarikat Ialah Perancangan Penerusan Lagenda Perniagaan

Hibah syarikat sendirian berhad ialah satu cara merancang bagaimana perniagaan dapat diteruskan tanpa gangguan selepas kematian pemiliknya.

Dalam hibah syarikat sendirian berhad, perkara yang dihibahkan ialah pemilikan atau saham syarikat. Ia secara tidak langsung menghibahkan aset syarikat kepada pemilik saham baru.

Hibah saham syarikat sangat kritikal jika seseorang itu pemegang majoriti saham syarikat. Tentu pemilik asal mahukan lagenda perniagaan diteruskan oleh waris mereka terutama anak dan isteri.

Tanpa dibuat hibah, saham syarikat akan menjadi harta pusaka dan proses pencairannya akan mengambil masa kerana ia melibatkan persetujuan waris melantik pentadbir, melantik peguam bagi menguruskan pusaka, mendapat surat kuasa mentadbir dan seterusnya pencairan harta.

Dengan mendapatkan khidmat syarikat amanah, pemilik syarikat sendirian bhd. boleh membuat hibah kepada orang yang beliau mahu.

Dalam hibah amanah, syarikat amanah akan bertindak sebagai pemegang amanah syarikat sekiranya pemilik syarikat atau pemilik saham meninggal dunia.

Dengan surat kuasa yang diberikan oleh pemilik syarikat, syarikat amanah akan memindahkan saham kepada pemilik baru syarikat.

Jika pemilik ialah pemegang saham majoriti, syarikat amanah akan menasihatkan pegangan itu dikekalkan supaya tidak berlaku kehilangan majoriti jika dihibahkan kepada beberapa waris.

Kesimpulan: Hibah Boleh Elakkan Perkelahian Waris dan Bisnes Berjalan Dengan Lancar

Hibah amanah syarikat ialah satu cara bagi menjamin kelancaran perniagaan di mana pengganti pemilik telah ditentukan secara hibah.

Tanpa perancangan ini, aktiviti perniagaan akan terhenti kerana ketiadaan pemilik dan hartanya di dalam syarikat terpaksa difaraidkan.

Dengan hibah semasa hidup, perniagaan bukan sahaja dapat diteruskan tanpa gangguan malah ia dapat mengelakkan perkelahian waris selepas kematian pemilik.

Strategi ini sudah lama diamalkan oleh syarikat besar di bawah konsep ‘business continuty plan’ iaitu sebagai komponen kepada pengurusan risiko apabila pemilik syarikat perniagaan.

Pemilik syarikat sendirian berhad yang berhajat hendak membuat hibah ekuiti syarikat kepada waris, sila hubungi saya, Rahaman Rasid 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Lindungi Masa Depan Anak Isteri Dengan Membuat Wasiat

Cara Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

cara membuat surat hibah amanah
cara membuat surat hibah amanah

Macam mana cara nak membuat surat hibah. Ini pertanyaan yang biasa didengar dari mereka yang mahu membuat hibah.

Mula-mula seorang perancang harta dari syarikat amanah kena tahu risauan atau masalah yang dihadapi oleh seseorang yang bercadang nak buat hibah dan kemudian ‘verify’ atau sahkan.

Ketahui Masalah Pelanggan Sebelum Membuat Surat Hibah

Seseorang yang mahu buat surat hibah akan call perancang harta dari syarikat amanah.

Biasanya perancang harta kena tahu isu dan masalah. Dari situ, beliau boleh berikan cadangan.

Ada sebab-sebab orang membuat surat hibah, antaranya ialah

  • Pemilik perniagaan yang mahu memberi perniagaan kepada waris tertentu
  • Orang yang tidak berkahwin mahu memberi harta kepada seseorang
  • Orang yang memiliki anak istimewa
  • Pasangan yang ada anak di bawah umur dan mahukan hibahkan harta
  • Pasangan yang ada anak perempuan sahaja
  • Pasangan yang tiada anak dan mahu hibah harta kepada seseorang
  • Suami mahukan isteri mendapat bahagian harta yang lebih
  • Seseorang yang mahu memberi harta kepada orang tertentu seperti anak angkat dan anak tiri.
  • Orang yang mahu memberikan harta ke Jalan Allah

Rumusan Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Siapakah Waris Faraid dan Benefisiari Pelanggan

Setelah mengetahui masalah pelanggan, perancang kewangan wajib tahu waris faraid pelanggan iaitu anak-anak, ibu-bapa dan pasangan.

Jika mempunyai anak, berapa orang lelaki dan perempuan, samada mereka di bawah umur dan mempunyai anak istimewa.

Harta Benda Pemberi Hibah

Senarai harta alih dan tak alih serta hutang perlu diketahui bagi menentukan aset bersih yang mereka ada.

Sahkan atau ‘Verify’ Masalah Pemberi Hibah

Setelah mengetahui waris dan benefisiari pelanggan dan harta pelanggan, baru boleh disahkan masalah pelanggan yang sebenar.

Dari situ, seorang perancang harta sudah boleh mencadangkan solusinya berdasarkan produk yang boleh ditawarkan.

Pengumpulan Maklumat Pemberi Hibah

Sekiranya didapati pelanggan itu memerlukan hibah, maka proses seterusnya ialah pengumpulan maklumat terperinci, antaranya,

  • Salinan dokumen yang hendak dihibahkan
  • Salinan IC pemberi dan penerima hibah, alamat dan nombor telefon/email

Penyediaan Deraf Surat Hibah

Setelah mendapatkan semua dokumen dikehendaki , maka proses seterusnya ialah menyediakan deraf hibah.

Deraf hibah ini akan disediakan oleh pegawai-pegawai dari syarikat amanah.

Setelah siap, deraf hibah akan diemailkan kepada perancang harta dan seterusnya kepada klien untuk semakan dan persetujuan.

Menandatangani Surat Hibah dan Suratkuasa

Surat hibah akan ditandatangani oleh pemberi hibah
Menandatangani Surat Hibah

Setelah pelanggan bersetuju dengan deraf hibah dan suratkuasa, maka surat itu akan dicetak untuk ditandatangani.

Surat hibah akan ditandatangani pada hari, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh pelanggan dan syarikat amanah.

Bayaran khidmat penyediaan hibah akan dibuat semasa menandatangi dokumen hibah.

Penyerahan Surat Hibah Kepada Pelanggan

Surat hibah yang ditandatangi akan diuruskan pendaftaran, perekodan dan penyimpanan suratcara asal.

Salinan surat wasiat akan diposkan kepada pelanggan untuk simpanan. Surat hibah asal akan disimpan oleh syarikat amanah bagi tujuan keselamatan.

Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Banyak syarikat yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Sangat penting membuat surat hibah yang boleh diyakini.

Surat hibah itu mestilah ‘berwibawa’ sekiranya ada pertikaian mengenai kesahihan dan kebolehlaksanakan hibah itu kepada penerima hibah.

Ada beberapa penting mengenai amanah dalam surat hibah.

Pemilik harta menjadi pemegang amanah utama selepas menandatangani dokumen hibah.

Syarikat amanah yang dilantik akan menjadi pemegang amanah ganti apabila pemilik harta/pemegang amanah utama meninggal atau hilang upaya.

Syarikat amanah akan bertanggungjawap dalam menguruskan pindah milik harta kepada penerima hibah pada umur 18 tahun atau umur yang ditetapkan oleh pemilik.

Pemilik hibah juga memberi kuasa kepada syarikat amanah bagi menukar hak milik daripada nama pemilik kepada penerima hibah.

Oleh itu, mustahak pelanggan memilih syarikat amanah yang pakar dan berpengalaman menyediakan dokumen hibah. Cara ini dapat mengurangkan risiko kegagalan menyempurnakan hibah pada satu hari nanti.

Video Penerangan Cara Membuat Surat Hibah

Cara Membuat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Mereka yang berhajat hendak membuat surat hibah dengan syarikat amanah, sila hubungi Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Ada Sembilan Orang Buat Hibah Anda Patut Tahu

Cara Hibahkan Syarikat Sendirian Berhad Dengan Khidmat Syarikat Amanah

Rahsia Mendapatkan Harta Sepencarian Tanpa Turun-Naik Mahkamah