Apa Yang Orang Tahu Pasal Matawang Digital Bitcoin?

Matawang Digital Bitcoin dan Kripto Lain Sebagai Alat Transaksi, Penyimpan Nilai dan Pelaburan

Ramai di antara kita yang tahu mengenai matawang digital bitcoin dan cryptocurrency lain yang semakin diterima dunia sebagai alat transeksi, penyimpan nilai dan pelaburan.

Dari Sistem Barter Kepada Matawang Digital

Sejarah matawang dunia bermula dengan sistem barter atau pertukaran barangan bagi memiliki barangan itu. Oleh kerana kesukaran menggunakan sistem barter, dunia menggunakan matawang dollar atau euro bagi mengukur nilai dan menyempurnakan transeksi jual beli.

Bagi menjaga nilai wang, dunia menggunakan emas dan perak sebagai pengukur dan sandaran.

Pada hari ini, bank pusat tidak lagi bercakap pasal emas dalam menjaga matawang masing-masing. Dengan rizab yang ada, bank negara membeli dan menjual matawang asing dalam menjaga nilai matawang mereka.

matawang digital bitcoin adalah yang paling top di dunia sebagai alat transeksi, penyimpan nilai dan pelaburan.
Evolusi matawang dunia daripada sistem barter kepada matawang digital

Bermula dengan matawang fizikal, dunia telah beralih kepada sistem matawang digital – yang dipanggil matawang kripto atau cryptocurrency.

Bitcoin adalah matawang kripto pertama di dunia, yang lahir pada 2009. Jika matawang berpegang kepada emas sebagai sandaran, tetapi bitcoin berpegang kepada “teknologi” sebagai sandaran. Ini kerana kelahiran bitcoin dan matawang lain adalah dari perlombongan teknologi.

Bitcoin mulanya langsung tidak mendapat tempat di dunia. Sekarang, nah – rata-rata orang memiliki bitcoin dan matawang digital lain samada untuk transeksi, menyimpan nilai atau melabur.

Dalam 2013, market capitalization matawang digital hanyalah USD 1.5 bilion dan ada lapan cryptocurrency, dan bitcoin menguasai lebih 90% pasaran.

Matawang digital (cryptocurrency) terus diterima setiap tahun. Pada tahun ini, iaitu pada Mei 2020 – market capitalization matawang digital dianggarkan USD 267 bilion dengan 392 matawang digital.

Bitcoin, pelopor matawang digital menguasai pasaran terbesar, hampir 45% pasaran.

Top 10 matawang kripto berdasarkan market capitalisation pada April 2020

  • Bitcoin (BTC) $128b
  • Ethereum (ETH) $19.4b
  • XRP (XRP) $8.22b
  • Tether (USDT) $6.4bn.
  • Bitcoin Cash (BCH) $4.1b
  • Bitcoin SV (BSV) $3.4bn
  • Litecoin (LTC) $2.6b
  • EOS (EOS) $2.4b

Antara pengguna terbesar matawang digital ialah Amerika Syarikat dan China. Kerajaan China yang cuba menghalang penggunaan Bitcoin oleh rakyatnya – tetapi gagal.

Kini rakyat China dan dunia amnya bebas membeli aset di luar negara dengan menggunakan cryptocurrency. Satu ketika, China mengenakan sekatan matawang Yuan kepada rakyatnya bagi menghalang pembelian properti di Johor Bahru.

Ciri-Ciri Bitcoin dan Matawang Digital

Keistimewaan matawang digital berbanding matawang digital ialah ia tidak dimiliki oleh sebarang negara, bermakna ia tidak dikawal oleh mana-mana bank pusat.

Bagaimanapun, cryptocurrency mempunyai Blockchain yang boleh diistilahkan sebagai ‘bank pusat’ – yang membolehkan transeksi, sistem perakaunan dan penyimpanan data cryptocurrency wujud dengan penuh integriti.

Secara ringkas kelebihan Bitcoin ialah:

  • Kos transeksi yang rendah berbanding dengan kad kredit
  • Transeksi yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan
  • Bukti pemilik tidak diperlukan
  • Tiada had pembelian Bitcoin
  • Sistem pembayaran global yang lebih cepat
  • Bitcoin tidak dikawal oleh mana-mana bank pusat atau sebarang negara
  • Anda mengawal sepenuhnya pemilikan Bitcoin (digital wallet)
  • Buat masa ini nilai Bitcoin sentiasa meningkat nilainya – Bitcoin mempunyai bekalan terhad.

Di Malaysia masih ramai yang berfikiran negatif, menganggap cryptocurreny haram kerana ia dikaitkan dengan perjudian – sama seperti permainan forex lain. Padahal, di setengah negara, mereka telah mempunyai mesin ATM Bitcoin bagi mengeluarkan Bitcoin dalam bentuk matawang USD atau matawang lain.

IMF menjangkakan dunia semakin menerima matawang digital khusus sebagai alat pertukaran dan penyimpan nilai. Malah ada yang meramalkan, Bitcoin khususnya akan menjadi sebahagian dari rizab bank pusat.

Bitcoin Sebagai Perantaraan Pertukaran

Pada hari ini Bitcoin dan matawang kripto lain telah digunakan sebagai alat membayar seperti matawang Ringgit, dollar dan Yen.

Bitcoin Sebagai Tempat Penyimpai Nilai

Seperti emas dan perak, Bitcoin dan matawang digital lain ialah sebagai tempat menyimpai nilai. Jadi, tentulah nilai matawang digital akan berubah mengikut harga pasaran matawang tersebut.

Berbanding emas dan logam lain, Bitcoin nilainya agak tidak stail berbanding emas dan logam lain.

Bitcoin Sebagai Alat Pelaburan

Bitcoin seperti emas, dollar dan saham juga sebagai pelaburan. Sebagai contoh, dahulu emas sebagai alat penyimpan nilai tetapi pada hari ini ia telah diperdagangkan seperti komoditi lain.

Polisi Bank Negara Mengenai Matawang Digital

Bank Negara belum membuat kenyataan dasar mengenai penggunaan cryotocurrency, dan kabarnya akan membuat pengumuman pada akhir tahun ini (2017).

Saya amat yakin, Bank Negara tidak ada pilihan – terpaksa mengiktiraf penggunaan bitcoin dan matawang digital sebagai alat pertukaran dan penyimpan nilai. Orang ramai tetap boleh membeli cryptocurrency secara online dan menyimpan dalam wallet onlile.

Saya percaya sudah ramai jutawan senyap orang Malaysia. Bayangkan, satu unit Bitcoin hanya beberapa sen atau ringgit beberapa tahun lepas, kini bernilai RM40,000 satu unit.

Harga Bitcoin dijangka terus meningkat dan ada yang meramalkan harga satu bitcoin akan mencecah USD1 million.

Seperti matawang tradisional, emas dan perak sebagai sandaran dan mempunyai bekalan terhad. Bagi cryptocurrency, sandarannya ialah teknologi pengkomputeran (analogi paling mudah) dan mempunyai bekalan terhad.

Pelaburan Dalam Matawang Digital Bitcoin

Ada orang membeli Bitcoin sebagai penyimpan nilai seperti emas. Bila perlu mereka akan menjual Bitcoin dan menukarkannya kepada Ringgit atau mata wang asing lain.

Ada juga menggunakan Bitcoin sebagai pelaburan. Setiap pelaburan ada risikonya. Ini kerana mungkin Bitcoin anda akan hilang atau bertambah nilainya.

Jadi sebelum melabur Bitcoin anda kena tahap penerimaan risiko anda. Dan anda boleh melabur dalam Bitcoin mengikut kemampuan anda.

Satu daripada syarikat asing luar negara yang mengendalikan pelaburan wang digital ialah Wealth-Earns

Anda boleh melayari laman web dan anda boleh buat keputusan. Tetapi saya tidak menyuruh melabur di situ kerana ada banyak syarikat pelaburan matawang digital.

Wallet Matawang Digital

Mereka yang hendak berurus dengan matawang digital kena membuka Wallet Matawang Digital. Sebenarnya ada banyak Wallet di dunia digital ini.

Wallet matawang digital umpama sebuah bank. Jadi anda boleh membuka akaun di bank atau wallet tersebut.

Anda boleh membuka seberapa banyak akaun bank. Biasa satu bank buka satu akaun sahaja. Ada orang buka beberapa wallet kerana mereka punya banyak wang digital dan satu cara mengurangkan risiko kecurian wang walaupun menyimpan wang digital pada saya cukup selamat.

Seperti bank, wallet digital ini ialah tempat anda menyimpan matawang digital seperti Bitcoin dan sebagainya.

Anda boleh juga membeli dan menjual matawang digital dari akaun wallet anda.

Bitcoin Wallet

Bitcoin Wallet ialah satu daripada 20 wallet matawang digital yang popular di dunia. Ianya friendly, senang digunakan dan citi keselamatan yang tinggi seperti face Id.

Saya sendiri menggunakan Wallet Bitcoin untuk urusan matawang digital. Dengan Bitcoin Wallet, anda boleh berurusniaga dengan hampir semua matawang digital, antaranya

  • Bitcoin
  • Ethereum
  • Tether
  • Ripple
  • Litecoin
  • EOS
  • USD Coin
  • Bitcoin Cash
  • Binance Coin
  • Bitcoin SV
  • NEM
  • Maker
  • Paxos Standard
  • True USD
  • Tezos
  • Chainlink
  • Stellar
  • Cardano
  • Tron
  • Monero
  • Ethereum Classic
  • NEO
  • Cosmos
  • IOTA
  • Zcash
  • Dogecoin
  • Basic Attention Token
  • Dai

Sila download applikasi dari pautan di bawah ini, sign dengan menggunakan kod 804476.

Kelebihan menggunakan kod di atas, tuan puan boleh bertanya mengenai matawang digital kepada saya terus di Telegram berikut

Mari Belajar Bitcoin

App Store: https://coinbox.org/appstore (masukkan kod 804476)

Google Play: https://coinbox.org/googleplay (masukkan kod 804476)

How to Invest in Bitcoin With Wealth Earns and Keep Your Money Growing

Dropship Shopee – Upload 1,000 Barang Dari Kumoten

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.