Jika semasa hidup kita tidak merancang pembahagian harta pusaka bermakna kita menyerahkan kepada takdir Allah yang menentukannya.
Tidak ada salahnya, tetapi jangan salahkan Tuhan dan jangan salahkan hukum Faraid pula apabila sesuatu yang mengecewakan berlaku.
Kita ada terbaca dalam akhbar ada berpuluh bilion harta pusaka orang Islam terbeku dan gagal diusahakan. Ia satu kerugian kepada negara dan umat Islam. Tetapi ia tidak menyentuh hati kita kerana itu bukan masalah kita, itu masalah negara. Pandai-pandailah pemimpin negara menyelesaikannya.
Kita akan tersentuh apabila ia terkena pada diri sendiri. Ada harta ibu bapa kita yang terbiar dan tidak dibahagikan kepada waris-waris.
Jika ada sekeping tanah yang bernilai berjuta ringgit terbiar di tepi jalan dan tidak diusahakan – tentu ia satu kerugian kepada kaum keluarga. Paling kurang kalau dijual tentu hasil jualan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi keluarga.
Tetapi, tanah itu tidak dapat diusahakan kerana ia masih atas nama si mati. Ada ahli keluarga yang tidak tersentuh hati kerana bukan beliau yang mendapatkan harta itu, tetapi bapa atau ibunya. Jadi kalau kita fikir, apalah gunanya ibu bapa atau menyimpan harta itu?
Yang malang, dosa kering dikumpulkan oleh waris kerana berebut harta pusaka. Barang-barang kemas diagih-agihkan kepada adik beradik perempuan tanpa berbincang dengan adik beradik lelaki sedangkan mereka berhak ke atas harta itu. Mereka lupa atau tidak tahu hak waris-waris terhadap harta pusaka ibu bapa.
Apabila suami meninggal, hasil pendapatan sewa rumah arwah suami diambil oleh ibu bapa mereka atau adik beradiknya. Sedangkan, bekas isteri dan anak-anak kecil masih ada. Hak anak-anak yatim ini tidak dipedulikan.
Mereka tahu haram memakan harta anak yatim. Banyak surah dalam Al-Quran akan dosa memakan harta anak yatim.
Mengapa keadaan ini terus berlaku? Siapa nak dipersalahkan? Kalau begitu, tak payahlah ibu bapa mengumpul harta semasa hidup, jika mati membawa dosa kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. Tapi itu jawapan tidak bijak kan?
Penting Ke Merancang Pembahagian Harta Pusaka?
Jika diperhatikan isu kelewatan menguruskan harta pusaka, perbalahan keluarga, mengambil harta si mati tanpa mengikut proses faraid – ia adalah kesan dari si mati gagal merancang pembahagian harta semasa hidup.
Pepatah orang putih ‘if you fail to plan, you are planning to fail‘ ada benarnya dalam konsep harta pusaka.
Satu daripada bentuk perancangan pembahagian harta pusaka ialah membuat wasiat.
Apabila kita membuat wasiat dengan syarikat amanah, perkara pertama wasiat seseorang ialah melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka dan pemegang amanah.
Apabila meninggalnya seorang pewasiat, syarikat amanah akan memanggil semua waris dan membacakan wasiat si mati.
Pertanyaan Mengenai Artikel Ini Produk Perancangan Harta
Sekiranya tuan ingin membuat pertanyaan di atas, sila join dan tanya daripada group Telegram saya Abd Rahaman Rasid
Terbaharu di pasaran, buku Faraid yang dicari-cari selama ini
Sedang Mencari Buku Faraid Yang Terbaik?
Anda sedang mencari buku ilmu faraid terbaik dan mudah difahami?
Adakah anda seorang pelajar, seorang peguam syariah, seorang perancang harta, seorang ustaz, seorang perunding harta, seorang pensyarah, seorang penceramah, seorang peminat ilmu Faraid?
Jika ya, anda teruskan membaca…
Faham Faraidh – antara buku rujukan ilmu faraid yang terbaik di pasaran
Keperluan Rujukan Terbaik Ilmu Faraid
Banyak pergaduhan pasal harta pusaka disebabkan antaranya ialah kurangnya pengetahuan faraid – satu ilmu pembahagian harta pusaka berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
Sekiranya setiap ahli keluarga mengetahui hak-hak mereka berdasarkan hukum Faraidh, maka InsyaAllah ia dapat mengurangkan masalah dalam pembahagian harta pusaka.
Saya telah mengikuti Bengkel Asas Faham Faraidh dan telah memilki buku Faham Faraid.
Saya mendapati buku ini sangat baik dan saya mencadang untuk dimiliki.
Buku ini dikarang oleh Ustaz Hilmi Haniz Bin Muhammad yang memiliki Akademi Alif.
Teknik penerangan ilmu faraidnya mudah difaham kerana ia disusun secara sistematik dan teratur.
Beliau seorang mahir dalam ilmu Faraid kerana berdasarkan pengalaman saya dalam perancangan harta lebih 10 tahun.
Keunikan Buku Faraid
Buku Faham Faraid sebuah buku ilmu faraid yang menyeluruh dan lengkap. Wajib dimiliki oleh setiap keluarga kerana ia boleh membantu dalam merancang harta semasa hidup.
Buku ini bagus dimiliki kerana:
Isi kandungan buku faraid ini kandungan disusun dengan maksud faraid yang jelas, mengikut tertib dan berstruktur.
Penulisannya ringkas dan mengguna gaya bahasa yang mudah.
Kandungan buku faraid ini lengkap dan padat.
Kaedah pengiraan faraid yang praktikal dan mudah difahami
Faham Faraid adalah hasil pengumpulan maklumat daripada banyak kitab dan buku berkenaan ilmu Faraidh.
Buku dilengkapi dengan contoh, jadual, gambar rajah dan kaedah Faraid – ini membantu dalam menerangkan pembahagian faraid
Pengalaman penulis selama lebih 5 tahun dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu Faraidh.
Saya telah hadir kelas ilmu Faraid kendalian Ustaz Hilmi Haniz dan saya mengiktifaf kebolehan beliau dalam menyampaikan ilmu tersebut. Penilaian saya berdasarkan kepada 10 tahun pengalaman saya sebagai perunding harta.
Buku Faraid – Faham Faraidh
Judul Buku : Faham Faraidh
Penulis dan Penerbit : Hilmi Haniz bin Muhammad
Kategori : Pembahagian harta pusaka Islam
Tarikh terbit : 9 Ogos 2019
ISBN 978-967-17158-0-2
Spesifikasi buku
Saiz A5 (separuh A4)
Kemasan Kulit – UV Laminate
Jilidan : Perfect binding
Warna : Kulit (4 warna) dan Isi (hitam )
Tebal : 322 muka surat
Berat : 0.38 gram
Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh
Harga: RM30 Poslaju & Kendalian: RM9 Jumlah: RM39 Cara Order: Whatsapp 013 366 1242 atau klik Saya Nak Order Faham Faraid
Salah sebuah buku rujukan terbaik Ilmu Faraid yang ada di pasaran. Sangat sesuai kepada pencinta Ilmu Faraid
Sinopsis Buku Faham Faraidh
Ilmu Faraidh ialah ilmu yang istimewa dan unik.
Masih kurang umat Islam yang memahami ilmu ini. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini – yang mungkin berpunca daripada kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan.
Bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku Faraid ini telah ditulis dengan gaya bahasa yang mudah dan teknik pengiraan faraid yang ringkas.
Faham Faraidh dihasilkan setelah penulis mengadakan banyak kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh sejak beberapa tahun lepas. Banyak maklumat tambahan yang telah dikongsikan.
Selain itu, penulis telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini.
Penulis juga telah membuat rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka dan artikel dalam bidang ini.
Buku Faham Faraidh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, Pemahaman dan Pengiraan.
Dua bidang pengetahuan ini amat penting dalam menguasai ilmu Faraidh. Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahami kandungan buku ini.
Isi Kandungan Buku Faham Faraid
BAHAGIAN PERTAMA : PEMAHAMAN 1. Pengenalan
Definisi ilmu Faraidh
Peranan ilmu Faraidh
Tujuan ilmu Faraidh
Sejarah pewarisan harta pusaka
Hukum Faraidh
Kepentingan mempelajari ilmu Faraidh
Sahabat yang mahir ilmu Faraidh
Kepentingan dan keistimewaan ilmu Faraidh
Sumber hukum Faraidh
2. Rukun-rukun Pusaka
3. Harta Pusaka
4. Perkara wajib ditunaikan terhadap harta pusaka
5. Sebab-sebab Pusaka
6. Syarat-syarat Pusaka
7. Penegahan Pusaka
8. Ahli-ahli waris yang berhak
Kategori mengikut jantina
Kategori mengikut sebab
Peta pokok ahli waris yang berhak
Bukan ahli waris yang berhak
Ahli waris yang tersembunyi
9. Jenis-jenis Pembahagian Pusaka
Pembahagian Secara Fardhu
Pembahagian Secara ‘Asobah
Bahagian waris lelaki lebih banyak daripada perempuan
Turutan pembahagian harta pusaka
Kesimpulan
10. Penghalangan Pusaka
Definisi
Jenis-jenis Halangan Syakhsi
Kaedah-kaedah Halangan Sepenuhnya
Kategori Halangan Sepenuhnya
Perbezaan Penegahan dan Penghalangan
11. Contoh permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian
12. Dzawul Arham
Definisi
Dalil pewarisan Dzawil Arham
Syarat-syarat pewarisan Dzawil Arham
Ahli-ahli waris Dzawil Arham
Kaedah perwarisan Dzawil Arham
Contoh permasalahan dan langkah penyelesaian
BAHAGIAN KEDUA : PENGIRAAN 1. Pendahuluan
2. Pecahan
Istilah-istilah pecahan
3. Langkah-langkah Pengiraan Pusaka
Melakar jadual
Asal Masalah
Ta’sil
Menentukan Saham
Mencari baki
Menyemak jawapan
4. Contoh-contoh Pengiraan Asas
Pengiraan ahli Fardhu sahaja
Pengiraan ahli ‘Asobah sahaja
Pengiraan ahli ‘Asobah bersama ahli Fardhu
Ahli ‘Asobah mendapat baki
Ahli ‘Asobah tidak mendapat baki
Saudara lelaki pembawa tuah dan pembawa malang
Cicit lelaki dan cucu perempuan
5. Pengiraan-pengiraan Tambahan
a. Tashih i. Definisi ii. Tashih tidak diperlukan iii. Cara Tashih masalah
b. ‘Aul i. Definisi ii. Cara mengatasi masalah ‘Aul iii. Contoh-contoh Masalah ‘Aul iv. Peristiwa ‘Aul yang pertama
c. Radd i. Definisi ii. Syarat-syarat Radd iii. Kaedah Radd
6. Pengiraan – pengiraan Lanjutan
a. Munasakhat i. Definisi ii. Syarat kematian iii. Munasakhat tidak diperlukan iv. Langkah pengiraan Munasakhat v. Satu individu dua ahli waris vi. Contoh Munasakhat 3 lapis kematian
b. Takharuj i. Definisi ii. Peristiwa Takharuj yang pertama iii. Syarat – syarat Takharuj iv. Tujuan Takharuj v. Keadaan mengundurkan diri
c. Datuk Bersama Saudara i. Definisi ii. Hukum iii. Faktor Datuk mewarisi bersama Saudara iv. Cara pembahagian Datuk Shahih v. Makna Muqosamah vi. Pengiraan vii. Bilangan dihitung walaupun dihalang viii. Saudara perempuan seibu sebapa bersama saudara lelaki sebapa
d. Pengiraan Dzawil Arham
7. Pengecualian daripada kaedah pengiraan biasa
a. Al-Umariyatain i. Peristiwa pertama kali berlaku ii. Dalil iii. Pengiraan iv. Gelaran
b. Al-Musytarakah i. Masalah yang berlaku ii. Cara mengatasi iii. Kisah Al-Musytarakah yang pertama iv. Gelaran
c. Al-Akdariah i. Masalah yang berlaku ii. Cara mengatasi iii. Gelaran
8. Andaian dan penjagaan
a. Janin dalam kandungan b. Anak zina dan anak li’an c. Khuntsa d. Orang yang hilang e. Kematian serentak
Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh
Harga: RM30 Poslaju & Kendalian: RM9 Jumlah: RM39 Cara Order: Whatsapp 013 366 1242 atau klik Saya Nak Order Faham Faraid
Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang.
1. Al-Quran dan terjemahan 2. Asy-Syeikh Ahmad bin Muhammad, Hasyiyah As-Sowie ‘Ala Tafsir Al-Jalalain 3. Asy-Syeikh Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Tafsir Al-Azhar 4. Asy-Syeikh Imam Muhammad Ismail, Subul As-Salam Syarh Bulugh Al-Maraam 5. Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Terjemahan Kitab Bulugh Al-Maraam 6. Asy-Syeikh Sulaiman bin Muhammad, Al-Bujairimi a’la Al-Khatib 7. Asy-Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, Matla’ Al-Badrain 8. Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Khin, Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Bugho dan Asy-Syeikh Ali Asy-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji (Terjemahan) 9. Asy-Syeikh Al-‘Allamah Al-Baqori, Al-Rahabiyyah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh Bi Syarhi Wa Hasyiah 10. Asy-Syeikh Solih Al-Ja’fari, Al-Jawahir Al-Maknunah Fi Syarhi Al-Maisurah Fi ‘Ilmi Al-Mawarits 11. Asy-Syeikh Solih Ahmad Al-Tsami, Al-Faraidh Fiqhan Wa Hisaban 12. Asy-Syeikh Muhammad Khairi, Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiah Wa Al-Qanun As-Suri 13. Asy-Syeikh Wahid bin Abdul Salam Bali ( Terjemahan oleh Ustaz Mohammad Faiq bin Mohamad Sharin ), Al-Bidayah Fi ‘Ilmi Al-Muwarith Hak dan Milik Harta Warisan 14. Asy-Syeikh ‘Abduh bin Salim Al-Himsi, Al-Faraidh Al-Mubassat ( Terjemahan ) Asy-Syeikh Dr Muhammad Toha, Ahkamu Al-Mawarits 15. Asy-Syeikh ‘Abdul Fattah ‘Abdul Ghani Al-Qadi, Syarah Arjuzah Fi ‘Ilmi Al-Mirath 16. Asy-Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ad-Dimasyqi Al-Misri, Syarah Ar-Rahabiah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh 17. Asy-Syeikh Dr. Muhammad Baltaji, Fi Al-Mirats Wa Al-Wasiyah 18. Asy-Syeikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Al-Mawarits Fi Asy-Syariah Al-Islamiyah Fi Dhau i Al-Kitab Wa As-Sunnah 19. Asy-Syeikh Mansyawi Uthman, Al-Wajiz Fi Al-Mirats ‘ala Al-Madzahib Al-Arba’ah 20. Asy-Syeikh Muhammad bin Soleh, Tashil Al-Faraidh 21. Asy-Syeikh Dr. Rafiq Yunus Al-Misri, ‘Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Madkhal Tahlili 22. Asy-Syeikh Solahuddin ‘Athiyah, Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiyah 23. Al-Fadhil Ustaz H.M. Jabal Alamsyah Nasution, Akuntansi Al-Mawarits 24. Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya, Cahaya Mustika 25. Al-Fadhil Ustaz Dr. Nasri Naiimi, Pengurusan Pusaka Islam Di Malaysia Teori dan Pengiraan
Biodata Penulis Buku Faraid
Penulis Hilmi Haniz bin Muhammad berasal dari Negeri Sembilan.
Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh).
Kemudian ustaz ini ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran.
Di Mesir juga ustaz Hilmi berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku pertama tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh.
Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya.
Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School.
Setelah berhenti mengajar, ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad menubuhkan Akademi Alif iaitu pusat pendidikan Al Quran, Fardhu Ain dan Faraidh di Kota Damansara.
Pernah mengadakan beberapa kali Bengkel Faham Faraidh kepada umum di akademi dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Selangor Bar, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.
Pengalaman PenulisHilmi Haniz Muhammad Dalam Pengajaran Ilmu Faraid
1. Kursus Faham Faraidh Masjid Jamek Tangkak, Johor 24 Feb 2016 2. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 17 Apr 2016 3. Seminar Celik Faraidh Hotel Ansar, Kota Bharu 20 Ogos 2016 4. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 16 Okt 2016 5. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 13 Dis 2016 6. Faham Faraidh – Asas Masjid LTSAAS, Subang 31 Dis 2016 7. Seminar Pengurusan Harta Faraidh Kulim Hi-Tech Park 04 Feb 2017 8. Faham Faraidh – Asas Masjid LTSAAS, Subang 09 Apr 2017 9. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 30 Apr 2017 10. Faham Faraidh – Asas Wasiyyah Shoppe 30 Julai 2017 11. Kenali Faraidh dan Pengurusan H.P. Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh 12 Ogos 2017 12. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 17 Sep 2017 13. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 29 Okt 2017 14. Faham Faraidh – Asas Masjid Kota Damansara 21 Jan 2018 15. Faham Faraidh – Lanjutan Masjid Kota Damansara 28 Jan 2018 16. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 04 Feb 2018 17. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 11 Feb 2018 18. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 01 Apr 2018 19. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 29 Mei 2018 20. Seminar Faraidh Selangor Bar Committee 09 Ogos 2018 21. Celik Faraidh Masjid Puncak Alam 23 Sept 2018 22. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 07 Okt 2018 23. Faham Faraidh – Pertengahan Akademi Alif 14 Okt 2018 24. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 21 Okt 2018 25. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 28 Okt 2018
Cara Dapatkan Buku Faraid Faham Faraidh
Cara Order: Buku Faham Faraid Harga: RM30 Poslaju & Kendalian: RM9 Jumlah: RM39 Cara Order: Whatsapp 013 366 1242 atau klik Saya Nak Order Faham Faraid
Bukan mudah mencari buku rujukan Ilmu Faraidh yang ditulis oleh orang yang mahir bab ini.
Sedang Mencari Sumber Yang Jelas Maksud Faraid?
Anda sedang mencari sumber rujukan buku terbaik mengenai hukum dan maksud faraid yang lengkap dan mudah difahami ?
Ya, tahniah! Anda boleh mendapatkan di sini. Teruskan membaca…
Ramai Yang Tak Tahu Maksud Faraid Yang Jelas Dalam Pembahagian Harta Pusaka
Anda seorang pelajar, seorang peguam syariah, seorang perancang harta, seorang ustaz, seorang perunding harta, seorang pensyarah, seorang penceramah, seorang peminat ilmu Faraid?
Faham Faraidh – antara buku rujukan ilmu harta pusaka yang terbaik di pasaran
Banyak pergaduhan pasal harta pusaka disebabkan antaranya ialah kurangnya ilmu faraid – satu ilmu pembahagian harta pusaka berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Maksud faraid pun tak jelas.
Sekiranya setiap ahli keluarga mengetahui hak-hak mereka berdasarkan hukum Faraidh, maka InsyaAllh ia dapat mengurangkan masalah dalam pembahagian harta pusaka.
Buku Faham Faraidh yang senang difahami harus dimiliki oleh setiap rumah.
Buku Faham Faraidh adalah antara buku yang terbaik di pasaran.
Saya telah mengikuti Bengkel Asas Faham Faraidh dan telah memilki buku Faham Faraid. Saya mendapati buku ini sangat bagus dan saya recommend untuk dimiliki.
Teknik penerangan ilmu faraidnya mudah difaham kerana ia disusun secara sistematik dan jelas.
Buku ini dikarang oleh Ustaz Hilmi Haniz Bin Muhammad yang memiliki Akademi Alif.
Saya anggap beliau amat mahir dalam ilmu Faraid kerana ia berdasarkan pengalaman saya dalam perancangan harta lebih 10 tahun.
Keunikan Buku Faham Faraidh – Jelas Maksud Faraid nya
Buku Faham Faraid sebuah buku ilmu faraid yang menyeluruh dan lengkap. Wajib dimiliki oleh setiap keluarga kerana ia boleh membantu dalam merancang harta semasa hidup.
Buku ini wajar dimiliki kerana:
Buku Faham Faraid isi kandungan disusun dengan maksud faraid yang jelas, mengikut tertib dan berstruktur.
Penerangannya ringkas dan menggunakan gaya bahasa yang mudah.
Buku ini mengandungi maklumat yang lengkap dan padat.
Kaedah pengiraan faraid yang praktikal dan mudah difahami – semakin jelas maksud faraidnya.
Faham Faraid adalah hasil pengumpulan banyak maklumat daripada kitab-kitab dan buku-buku berkenaan ilmu Faraidh.
Buku dilengkapi dengan banyak contoh, jadual, gambararajah dan kaedah Faraidh. – ini membantu dalam memberi maksud faraid yang jelas.
Pengalaman penulis selama lebih lima tahun dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu Faraidh.
Saya pernah hadir kelas ilmu Faraid kendalian Ustaz Hilmi Haniz dan saya mengiktifaf kebolehan beliau dalam ilmu ini termaksud memberi kefahaman yang jelas akan maksud faraid – ini berdasarkan 10 tahun pengalaman saya sebagai perunding harta.
Buku Faham Faraidh
Judul Buku : Faham Faraidh
Penulis dan Penerbit : Hilmi Haniz bin Muhammad
Kategori : Pembahagian harta pusaka Islam
Tarikh terbit : 9 Ogos 2019
ISBN 978-967-17158-0-2
Spesifikasi buku
Saiz A5 (separuh A4)
Kemasan Kulit – UV Laminate
Jilidan : Perfect binding
Warna : Kulit (4 warna) dan Isi (hitam )
Tebal : 322 muka surat
Berat : 0.38 gram
Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh – Maksud Faraid Jelas
Harga: RM30 Poslaju & Kendalian: RM9 Jumlah: RM39 Cara Order: Whatsapp 013 366 1242 atau klik Saya Nak Order Faham Faraid
Salah sebuah buku rujukan terbaik Ilmu Faraid yang ada di pasaran. Sangat sesuai kepada pencinta Ilmu Faraid
Sinopsis Buku Faham Faraidh
Ilmu Faraidh ialah ilmu yang istimewa dan unik. Tetapi masih kurang umat Islam yang boleh menguasai ilmu ini. Ini disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan penyebaran ilmu ini, yang mungkin berpunca dari kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan, masyarakat sukar untuk memahami maksud faraid dan penguasaan ilmu matematik yang lemah.
Bagi membantu masyarakat dalam mempelajari dan menguasai ilmu ini, buku Faham Faraidh ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan teknik pengiraan yang ringkas.
Faham Faraidh dihasilkan setelah penulis/penyususn mengadakan beberapa siri kursus dan bengkel berkaitan ilmu Faraidh selama beberapa tahun. Terdapat banyak maklumat tambahan yang bermanfaat ingin dikongsikan.
Selain itu penyusun telah mengikuti beberapa pengajian ilmu Faraidh dalam usaha untuk menguasai ilmu ini. Penyusun juga telah membuat beberapa rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar, buku-buku tentang harta pusaka dan artikel dalam bidang ini.
Buku Faham Faraidh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, Pemahaman dan Pengiraan.
Dua bidang pengetahuan ini amat penting dalam memahami dan menguasai ilmu Faraidh. Maksud faraidnya jelas. Pembahagian ini juga bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahami kandungan buku ini.
Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.
Bahagian waris lelaki lebih banyak daripada perempuan
Turutan pembahagian harta pusaka
Kesimpulan
10. Penghalangan Pusaka
Definisi
Jenis-jenis Halangan Syakhsi
Kaedah-kaedah Halangan Sepenuhnya
Kategori Halangan Sepenuhnya
Perbezaan Penegahan dan Penghalangan
11. Contoh permasalahan dan langkah-langkah penyelesaian
12. Dzawul Arham
Definisi
Dalil pewarisan Dzawil Arham
Syarat-syarat pewarisan Dzawil Arham
Ahli-ahli waris Dzawil Arham
Kaedah perwarisan Dzawil Arham
Contoh permasalahan dan langkah penyelesaian
BAHAGIAN KEDUA : PENGIRAAN 1. Pendahuluan
2. Pecahan
Istilah-istilah pecahan
3. Langkah-langkah Pengiraan Pusaka
Melakar jadual
Asal Masalah
Ta’sil
Menentukan Saham
Mencari baki
Menyemak jawapan
4. Contoh-contoh Pengiraan Asas
Pengiraan ahli Fardhu sahaja
Pengiraan ahli ‘Asobah sahaja
Pengiraan ahli ‘Asobah bersama ahli Fardhu
Ahli ‘Asobah mendapat baki
Ahli ‘Asobah tidak mendapat baki
Saudara lelaki pembawa tuah dan pembawa malang
Cicit lelaki dan cucu perempuan
5. Pengiraan-pengiraan Tambahan
a. Tashih i. Definisi ii. Tashih tidak diperlukan iii. Cara Tashih masalah
b. ‘Aul i. Definisi ii. Cara mengatasi masalah ‘Aul iii. Contoh-contoh Masalah ‘Aul iv. Peristiwa ‘Aul yang pertama
c. Radd i. Definisi ii. Syarat-syarat Radd iii. Kaedah Radd
6. Pengiraan – pengiraan Lanjutan
a. Munasakhat i. Definisi ii. Syarat kematian iii. Munasakhat tidak diperlukan iv. Langkah pengiraan Munasakhat v. Satu individu dua ahli waris vi. Contoh Munasakhat 3 lapis kematian
b. Takharuj i. Definisi ii. Peristiwa Takharuj yang pertama iii. Syarat – syarat Takharuj iv. Tujuan Takharuj v. Keadaan mengundurkan diri
c. Datuk Bersama Saudara i. Definisi ii. Hukum iii. Faktor Datuk mewarisi bersama Saudara iv. Cara pembahagian Datuk Shahih v. Makna Muqosamah vi. Pengiraan vii. Bilangan dihitung walaupun dihalang viii. Saudara perempuan seibu sebapa bersama saudara lelaki sebapa
d. Pengiraan Dzawil Arham
7. Pengecualian daripada kaedah pengiraan biasa
a. Al-Umariyatain i. Peristiwa pertama kali berlaku ii. Dalil iii. Pengiraan iv. Gelaran
b. Al-Musytarakah i. Masalah yang berlaku ii. Cara mengatasi iii. Kisah Al-Musytarakah yang pertama iv. Gelaran
c. Al-Akdariah i. Masalah yang berlaku ii. Cara mengatasi iii. Gelaran
8. Andaian dan penjagaan
a. Janin dalam kandungan b. Anak zina dan anak li’an c. Khuntsa d. Orang yang hilang e. Kematian serentak
Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh
Harga: RM30 Poslaju & Kendalian: RM9 Jumlah: RM39 Cara Order: Whatsapp 013 366 1242 atau klik Saya Nak Order Faham Faraid
Sumber Rujukan buku Faham Faraidh
1. Al-Quran dan terjemahan 2. Asy-Syeikh Ahmad bin Muhammad, Hasyiyah As-Sowie ‘Ala Tafsir Al-Jalalain 3. Asy-Syeikh Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA), Tafsir Al-Azhar 4. Asy-Syeikh Imam Muhammad Ismail, Subul As-Salam Syarh Bulugh Al-Maraam 5. Asy-Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Terjemahan Kitab Bulugh Al-Maraam 6. Asy-Syeikh Sulaiman bin Muhammad, Al-Bujairimi a’la Al-Khatib 7. Asy-Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, Matla’ Al-Badrain 8. Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Khin, Asy-Syeikh Dr Mustofa Al-Bugho dan Asy-Syeikh Ali Asy-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji (Terjemahan) 9. Asy-Syeikh Al-‘Allamah Al-Baqori, Al-Rahabiyyah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh Bi Syarhi Wa Hasyiah 10. Asy-Syeikh Solih Al-Ja’fari, Al-Jawahir Al-Maknunah Fi Syarhi Al-Maisurah Fi ‘Ilmi Al-Mawarits 11. Asy-Syeikh Solih Ahmad Al-Tsami, Al-Faraidh Fiqhan Wa Hisaban 12. Asy-Syeikh Muhammad Khairi, Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiah Wa Al-Qanun As-Suri 13. Asy-Syeikh Wahid bin Abdul Salam Bali ( Terjemahan oleh Ustaz Mohammad Faiq bin Mohamad Sharin ), Al-Bidayah Fi ‘Ilmi Al-Muwarith Hak dan Milik Harta Warisan 14. Asy-Syeikh ‘Abduh bin Salim Al-Himsi, Al-Faraidh Al-Mubassat ( Terjemahan ) Asy-Syeikh Dr Muhammad Toha, Ahkamu Al-Mawarits 15. Asy-Syeikh ‘Abdul Fattah ‘Abdul Ghani Al-Qadi, Syarah Arjuzah Fi ‘Ilmi Al-Mirath 16. Asy-Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ad-Dimasyqi Al-Misri, Syarah Ar-Rahabiah Fi ‘Ilmi Al-Faraidh 17. Asy-Syeikh Dr. Muhammad Baltaji, Fi Al-Mirats Wa Al-Wasiyah 18. Asy-Syeikh Muhammad Ali ash-Shabuni, Al-Mawarits Fi Asy-Syariah Al-Islamiyah Fi Dhau i Al-Kitab Wa As-Sunnah 19. Asy-Syeikh Mansyawi Uthman, Al-Wajiz Fi Al-Mirats ‘ala Al-Madzahib Al-Arba’ah 20. Asy-Syeikh Muhammad bin Soleh, Tashil Al-Faraidh 21. Asy-Syeikh Dr. Rafiq Yunus Al-Misri, ‘Ilmu Al-Faraidh Wa Al-Mawarits Madkhal Tahlili 22. Asy-Syeikh Solahuddin ‘Athiyah, Al-Mawarits Fi Asy-Syari’ah Al-Islamiyah 23. Al-Fadhil Ustaz H.M. Jabal Alamsyah Nasution, Akuntansi Al-Mawarits 24. Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Ghani bin Haji Yahya, Cahaya Mustika 25. Al-Fadhil Ustaz Dr. Nasri Naiimi, Pengurusan Pusaka Islam Di Malaysia Teori dan Pengiraan
Biodata Penulis Buku Faham Faraidh
Penulis Hilmi Haniz bin Muhammad berasal dari Negeri Sembilan. Anak sulong daripada 7 orang adik beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Menetap di Shah Alam, Selangor.
Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh).
Kemudian beliau ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran. Di Mesir juga ustaz Hilmi berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku pertama tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh.
Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya.
Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School.
Setelah berhenti, ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad menubuhkan Akademi Alif iaitu pusat pendidikan Al Quran, Fardhu Ain dan Faraidh di Kota Damansara.
Pernah mengadakan beberapa Bengkel Faham Faraidh kepada umum di akademi dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Selangor Bar, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.
Pengalaman PenulisHilmi Haniz Muhammad
1. Kursus Faham Faraidh Masjid Jamek Tangkak, Johor 24 Feb 2016 2. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 17 Apr 2016 3. Seminar Celik Faraidh Hotel Ansar, Kota Bharu 20 Ogos 2016 4. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 16 Okt 2016 5. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 13 Dis 2016 6. Faham Faraidh – Asas Masjid LTSAAS, Subang 31 Dis 2016 7. Seminar Pengurusan Harta Faraidh Kulim Hi-Tech Park 04 Feb 2017 8. Faham Faraidh – Asas Masjid LTSAAS, Subang 09 Apr 2017 9. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 30 Apr 2017 10. Faham Faraidh – Asas Wasiyyah Shoppe 30 Julai 2017 11. Kenali Faraidh dan Pengurusan H.P. Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh 12 Ogos 2017 12. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 17 Sep 2017 13. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 29 Okt 2017 14. Faham Faraidh – Asas Masjid Kota Damansara 21 Jan 2018 15. Faham Faraidh – Lanjutan Masjid Kota Damansara 28 Jan 2018 16. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 04 Feb 2018 17. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 11 Feb 2018 18. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 01 Apr 2018 19. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 29 Mei 2018 20. Seminar Faraidh Selangor Bar Committee 09 Ogos 2018 21. Celik Faraidh Masjid Puncak Alam 23 Sept 2018 22. Faham Faraidh – Asas Akademi Alif 07 Okt 2018 23. Faham Faraidh – Pertengahan Akademi Alif 14 Okt 2018 24. Faham Faraidh – Lanjutan Akademi Alif 21 Okt 2018 25. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 28 Okt 2018
Cara Dapatkan Buku Faham Faraidh
Cara Order: Buku Faham Faraid Harga: RM30 Poslaju & Kendalian: RM9 Jumlah: RM39 Cara Order: Whatsapp 013 366 1242 atau klik Saya Nak Order Faham Faraid
Langganan PERCUMA
Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.
Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.
Sebelum harta pusaka dibahagi kepada waris, waris kena pastikan hutang arwah dengan Allah dan manusia dijelaskan dahulu.
Heboh pasal harta pusaka Abam Bocey.
Kalau tak tahu bab harta pusaka memang kecoh! Semua orang rasa ada hak ke atas harta pusaka – baik isteri, baik emak, baik adik, baik abang, baik mak mertua.
Telebih dahulu nak ucap takziah kepada kaum keluarga Abam Bocey. Mari kita doakan supaya rohnya dihimpunkan bersama orang yang soleh. Amiin.
Berita Harian – Abam Bocey
Banyak juga kita baca kesah arwah ini semasa hidupnya. Meninggal umur muda dan meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki.
Dari pembacaan, Abam Bocey orangnya baik. Cukup jaga ibunya. Banyak pula bersedekah.
Meninggal dunia waktu pagi, tanpa sakit dan mudah perginya.
Dengar cerita, tengah malam sebelum pergi buat selama-lamanya, arwah sempat mandi waktu malam dan memotong kuku di siangnya.
Hak Harta Pusaka Abam Bocey
Ada terbaca kesah harta pusaka Abam Bocey ini.
Dari pembacaan, nampak macam ada tak kena di kalangan ahli keluarga pasal harta pusaka Abam Bocey. Kita anggap mereka kurang paham bab harta pusaka ini.
Harta pusaka hanya merujuk kepada orang Islam sahaja. Bila sebut harta pusaka, ia bermakna pembahagian harta pusaka mesti mengikut hukum Faraid.
Difahamkan, Abam Bocey ada ibu, ada isteri, ada anak lelaki kecil berumur setahun dan adik beradik lelaki dan perempuan.
Sebelum harta pusaka diagihkan kepada waris, waris kena pastikan arwah tidak mempunyai hutang.
Ada dua hutang yang menjadi kewajipan waris melunaskannya, iaitu hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia.
Hutang dengan Allah termasuklah haji yang belum ditunaikan dan jika nazar yang belum ditunaikan. Hutang dengan manusia termasuk hutang bank, hutang kad kredit, hutang dengan kawan-kawan.
Ada anak lelaki walaupun umur sehari, dengan sendirinya menghalang adik-beradik arwah dari memiliki harta pusaka arwah. Itulah hukum faraid.
Ikut hukum Faraid, isteri arwah Abam Bocey akan dapat 1/8 harta. Ibu arwah dapat 1/6. Maka baki harta akan dapat kepada anak lelaki Abam.
Waris-waris lain seperti adik-beradik tidak ada hak ke atas pusaka, simpanan dan pelaburan Abam Bocey.
Oleh kerana Abam ada anak di bawah umur 18 tahun, maka harta, simpanan dan pelaburan itu akan dijadikan harta anak amanah dan akan dipegang oleh datuk anak kecil itu atau sesiapa yang dipersetujui semasa bicara kuasa harta pusaka.
Mungkin isteri Abam atau adik arwah akan memegang harta tersebut.
Abam Bocey Ada Buat Wasiat?
Bagaimanapun, kena tengok samada Abam Bocey semasa hidup ada membuat wasiat atau tidak, dan dalam wasiat siapa yang dilantik menjadi penjaga harta anaknya itu.
Jika Abam ada melantik isterinya sebagai penjaga harta, maka harta pusaka anak kecil itu akan dipegang oleh isteri Abam sehingga anak itu berumur 18 tahun.
Wasiat Boleh Mencegah Dosa
Perlantikan orang ketiga semasa hidup (wasiat) mampu mencegah dosa kerana bertelingkah harta pusaka
Masalah harta pusaka termasuk salah faham dan perbalahan dapat dielakkan sekirannya semasa hidup kita membuat wasiat dan melantik syarikat amanah dalam menguruskan harta pusaka kemudian hari.
Bila kita meninggal, waris akan menghubungi syarikat amanah. Syarikat amanah akan memanggil semua waris dan membacakan wasiat.
Syarikat amanah akan memberitahu waris yang pewasiat telah melantik syarikat amanah bagi menguruskan harta pusakanya.
Perlantikan syarikat amanah membolehkan harta pewasiat dikumpulkan dan diagihkan kepada waris yang berhak setelah ditolak semua hutang si mati. Asas pembahagian ialah mengikut hukum faraid.
Pertanyaan Perancangan Harta
Sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui group Telegram saya…
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, maksudnya “Pelajari ilmu faraid, dan ajarkan kepada orang lain. Sesungguhnya, ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia adalah satu ilmu yang mula-mula dicabut daripada umatku.”
Belajar Ilmu Faraid Dalam Islam
Belajar ilmu faraid dituntut dalam Islam kerana ia adalah ilmu mengenai hukum pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh Al-Quran dalam surah An-Nisaa.
Rasulullah s.a.w telah meletakkan ilmu faraid ini di tempat yang tinggi berbanding dengan ilmu yang lain.
Belajar ilmu faraid di suruh oleh Rasulullah s.a.w malah ia disuruh diajar pula kepada orang lain.
Dan pesan Rasulullah lagi, faraid adalah ilmu yang akan dilupakan dan ilmu yang mula-mula dicabut daripada umat beliau.
Dalam Islam pembahagian harta pusaka adalah berpegang kepada hukum faraid oleh itu kewajipan kita belajar ilmu faraid
Kepentingan Belajar Ilmu Faraid
Hukum faraid yang berdasarkan kepada al-Quran menyatakan dengan jelas hak waris-waris terhadap harta pusaka si mati, maka kita wajib belajar ilmu faraid.
Jika semasa hidup seseorang bapa contohnya telah membahagikan hartanya kepada mana-mana anak yang dia suka, maka ia tidak lah menjadi isu. Ini kerana itu hak seseorang ke atas harta yang dikumpulnya.
Belajar ilmu faraid boleh mengelakkan perbalahan merebut harta kerana hak waris telah ditentukan dengan jelas dalam al-Quran 1,400 tahun dulu. Sekiranya perbalahan harta di bawa ke mahkamah syariah, maka keputusannya tetap berasaskan hukum faraid.
Sekiranya, seseorang itu mahu melepaskan haknya dan mahu membahagikan bahagian faraid kepada orang – maka itu hak seseorang.
Belajar Ilmu Faraid – Tiga Ayat Dalam Surah An-Nisaa
Umumnya semua yang ada pertalian darah dengan si mati adalah waris ditambah dengan waris melalui perkahwinan.
Oleh kerana mereka waris, dalam pengertian yang longgar mereka berhak mendapat harta pusaka si mati.
Ada waris duduk di barisan hadapan dan ada waris duduk di bahagian belakang. Waris yang duduk di barisan hadapan di panggil waris utama.
Waris utama ini yang akan mendapat harta pusaka dan mendinding waris.
Jika waris utama ini tiada, maka waris di barisan belakang akan mewarisi harta pusaka.
Hukum faraid: hak ayah 1/6, hak ibu 1/6, hak isteri 1/8, hak suami 1/4. Baki harta dapat kepada anak-anak dengan kadar dua bahagian lelaki dan satu bahagian perempuan
Sumber Belajar Ilmu Faraid
Hukum atau ilmu faraid berdasarkan al-Quran khususnya dalam Surah An-Nisaa. Tiga ayat utama surah tersebut ialah:
Ayat 11
Ayat 12
Ayat 176
Tiga Kumpulan Waris Utama Faraid
Tiga pihak utama hak faraid, ialah:
Ayah dan ibu – hak ayah dan ibu masing-masing 1/6 bahagian
Isteri atau suami – hak isteri 1/8 jika ada anak dan 1/4 jika tiada anak. Hak suami 1/4 jika ada anak, dan 1/2 jika tiada anak
Anak-anak – ambil baki harta selepas ayah ibu dan isteri
Hak Faraid Anak Perempuan Bila Ibu Bapa Meninggal
Dalam faraid, dijelaskan dengan nyata hak anak perempuan, iaitu:
1/2 – Jika ada seorang anak perempuan sahaja (tanpa anak lelaki) 2/3 – Jika ada dua orang atau lebih anak perempuan (tanpa anak lelaki)
“Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua harta itu.”
Surah An-Nisaa 4:11
“Tetapi, jika anak-anak perempuan iti lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.”
Surah An-Nisaa 4:11
Hak Faraid Suami Bila Isteri Meninggal
Dalam Surah An Nisaa, jelas hak faraid untuk suami, iaitu:
1/4 – Si mati (isteri) ada anak 1/2 – Si mati (isteri) tiada anak langsung
“Tetapi, jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat daripada harta yang mereka tinggalkan.”
Surah An-Nisaa 4:12
“Dan bagi kamu seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.”
Surah An-Nisaa 4:12
Hak Faraid Isteri Bila Suami Meninggal
1/8 – Si mati ada anak 1/4 – Si mati tiada anak
“Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan.”
Surah An-Nisa 4:12
“Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.”
Surah An-Nisa 4:12
Hak Faraid Bapa Bila Anak Meninggal
1/6 – Si mati ada anak 1/6 + Baki harta – Si mati ada anak perempuan sahaja 1/6 + Baki harta – Si mati tiada anak
“Dan bagi ibu bapa si mati, tiap-tiap seorang daripada keduanya: seperenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.”
Surah An-Nisa 4:11
Hak Faraid Ibu Bila Anak Meninggal
1/6 – Si mati ada anak 1/3 – Si mati tiada anak
“Tetapi, jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga.”
Surah An-Nisaa 4:11
Hak Faraid Anak Lelaki Dan Anak Perempuan
Jika semua waris utama ada, maka anak lelaki dan anak perempuan mengambil baki harta ibu bapa yang meninggal, iaitu: 2:1 – Dua bahagian anak lelaki berbanding satu bahagian anak perempuan.
Jika semua waris utama ada, anak lelaki akan mengambil semua baki harta jika ibu bapa mereka tiada anak perempuan.
Tiga Rukun Pusaka
Si mati – pemilik harta sudah meninggal
Waris – ada waris-waris selepas pemilik harta meninggal
Harta – ada harta si mati.
Tiga Syarat Pembahagian Harta Pusaka
Muwarith (pemilik harta) disahkan meninggal
Waris hidup ketika muwarith meninggal
Mengetahui ada pertalian darah atau perkahwinan antara muwarith dan waris
Tiga Kewajipan Sebelum Pembahagian Harta Pusaka
Bayaran penyelenggaraan mayat
Pembayaran hutang si mati
Penyempurnaan wasiat si mati
Jika Berwasiat 1/3 Hak Bukan Waris
1/3 bahagian untuk bukan waris (harta yang diwasiatkan)
2/3 bahagian untuk waris (harta untuk waris faraid)
Ringkasan Carta Faraid
Cabaran Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia
Ada tiga pihak berkuasa yang menguruskan hal ehwal harta pusaka:
Unit Pusaka Kecil – urusan harta pusaka sehingga RM2 juta bagi harta alih dan tidak alih
Amanah Raya Berhad (ARB) – urusan harta pusaka sehingga RM600,000 bagi harta alih sahaja
Mahkamah Tinggi – urusan harta pusaka yang melebihi bidang kuasa Unit Pusaka Kecil dan ARB
Memang ada cabaran pengurusan harta di Malaysia, jika tidak, masakan ada aset RM70-RM80 bilion aset orang Malaysia terbeku.
Antara sebab aset terbeku ialah semasa hidup si mati tidak membuat wasiat. Sebab wasiat biasanya menyenaraikan aset, no akaun simpanan dan nombor pendaftaran geran tanah.
Keperluan Sijil Faraid
Berkaitan dengan topik ‘Tiga Syarat Pembahagian Harta Pusaka’ di atas, dokumen Sijil Faraid diperlukan terutama yang melibatkan urusan harta pusaka dengan ARB, as-Salihin Trustee Berhad dan pihak lain.
Sijil Faraid dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dan ia menyenaraikan waris yang berhak dan bahagian masing-masing dalam harta pusaka si mati.
Tanpa Sijil Faraid, kemudian ada waris mendakwa ia tertinggal sebagai waris yang berhak menerima harta pusaka.
Belajar Ilmu Faraid – Rujukan Yang Disyorkan
Bagi mereka yang mahu mendalami ilmu Faraid, buku Faham Faraidh adalah antara buku rujukan yang terbaik di pasaran. Klik imej untuk lebih info buku ini.
Buku Faham Faraidh
Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.
Anda boleh mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai harta pusaka, hukum faraid, hibah, wasiat dan harta sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.
Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.
Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com
Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari?
Antara soalan yang orang suka tanya apakah hukum faraid apabila ibu dan ayah meninggal dunia.
Ibu ayah anda masih hidup? Elok baca sekarang kerana anda mungkin tidak terjumpa artikel ini lagi.
Selepas ibu atau ayah meninggal dunia, sebelum harta pusaka dibahagikan, waris terutama anak-anak hendaklah menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan harta arwah ibu atau ayah seperti belanja pengkebumian, menyelesaikan hutangnya dan menunaikan wasiat beliau.
Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang si mati sebelum membahagi harta pusaka mengikut hukum Faraid
Kos Pengebumian Dan Pengurusan Jenazah Ibu dan Ayah – Proses Hukum Faraid Bermula
Sebelum harta dibahagi mengikut hukum faraid, harta arwah ibu atau ayah boleh digunakan bagi menyelesaikan kos yang wajib seperti belanja pengebumian dan pengurusan jenazah.
Lain-lain kos termasuklah kain kapan, keranda, upah memandikan mayat, upah menggali kubur dan upah membawa mayat ke kubur.
Pemberian wang kepada orang yang bersembahyang jenazah, membuat tahlil dan kenduri arwah ibu dan ayah bukanlah wajib. Jadi, ia tidak boleh diambil dari duit ibu ayah. Jadi waris-waris yang menanggung kosnya.
Menyelesaikan Hutang Ibu dan Ayah – Proses Ke-2 Hukum Faraid
Setelah ibu atau ayah dikebumikan, waris hendaklah menyelesaikan hutang mereka dari duit arwahitu .
Ini bab hukum faraid yang kritikal terutama jika hutang yang ayah atau emak yang tidak ada rekod.
Bagi pinjaman bank dan kad kredit biasa waris akan tahu sebab surat bank sampai ke rumah.
Mengikut pendapat jumhur ulama, hutang kepada Allah hendaklah dibayar dahulu sebelum menyelesaikan hutang dengan manusia. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud ‘hutang Allah lebih berhak ditunaikan.’
Hutang Kepada Allah
Hutang kepada Allah jika ada hendaklah diselesaikan, iaitu:
Zakat – segala jenis zakat yang cukup haul dan nisab tetapi belum ditunaikan
Kifarat – Bersetubuh di siang hari di bulan puasa tetapi denda belum ditunaikan
Nazar – Hajat si mati yang tidak sempat dilaksanakan
Haji – Haji yang belum dikerjakan
Fidyah – Denda puasa yang ditinggalkan
Hutang Dengan Orang Lain
Semua jenis hutang ibu dan ayah dengan bank dan orang hendaklah dijelaskan, kecuali si piutang menghalalkannya.
Biasanya anak atau waris akan mengumumkan kepada orang ramai selepas ditunaikan solat jenazah atau sewaktu membawa mayat keluar dari rumah ke kubur.
Menunaikan Wasiat Emak dan Ayah – Proses Ke-3 Hukum Faraid
Setelah menyelesaikan hutang arwah emak atau ayah, maka waris hendaklah menunaikan wasiat si mati, jika ada.
Wasiat yang sah di sisi hukum faraid ialah pemberian tidak lebih 1/3 harta si mati kepada bukan waris termasuk wakaf dan sedekah.
Untuk menunaikan wasiat ayah, waris hendaklah memastikan samada wasiat itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. Sekiranya ia sah, maka wajib waris melaksanakannya.
Sekiranya wasiat itu tidak sah dari segi hukum syarak, atau diragui kesahihannya, maka ia terpulang kepada budibicara anak-anak atau waris mahu melaksanakan atau tidak.
Tuntutan Harta Sepencarian Emak
Sekiranya emak (isteri) ada membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta ayah, maka ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum mengagih kepada waris.
Begitu juga, semasa hidup ayah ada membuat tuntutan harta sepencarian dari harta emak (jarang sangat).
Selepas bahagian harta sepencarian diselesaikan, baru baki harta pusaka ibu atau ayah diagihkan kepada waris yang berhak, iaitu ibu bapa ayah dan emak jika meraka masih hidup, isteri/suami dan anak kandung.
Waris Mengambil Baki Harta Ibu atau Ayah
Waris akan mengambi baki harta ibu atau ayah dengan kadar berikut:
Hak ibu 1/6
Hak bapa 1/6
Hak isteri 1/8
Hak suami 1/4
Baki harta akan dibahagikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan kadar 2:1 (dua bahagian anak lelaki dan satu bahagian anak perempuan
Isu-Isu Pengurusan Harta Si Mati
Adik bunuh abang kerana berebut harta pusaka Foto: The Star
Kita kerap terbaca kesah pergaduhan mengenai harta pusaka selepas kematian seseorang walaupun hukum Faraid mengenai pembahagian harta jelas dalam al-Quran.
Dua sebab utama ialah kejahilan hukum faraid dan yang kedua sengaja ingkar hukum Faraid kerana tamak dan zalim. Antara isunya ialah:
Waris mengambil harta si mati seperti barang kemas dan peralatan rumah tanpa persetujuan semua waris.
Penama yang menerima wang KWSP dan Tabung Haji tidak membahagikan kepada waris yang berhak
Ada waris diketepikan dalam pembahagian harta pusaka seperti isteri dan anak-anak si mati
Kita dengar ada ada waris yang berjaya mengeluarkan simpanan si mati dan mengambilnya tanpa membahagi mengikut hukum faraid.
Waris berkelahi dan bermasam muka kerana ada merasakan pembahagian harta tidak adil.
Ada anak membunuh ahli keluarga kerana berebut harta pusaka.
Harta pusaka lewat diselesaikan kerana waris gagal duduk bersama dan memilih pentadbir harta pusaka yang dipercayai
Waris-waris sibuk dengan kerjaya dan famili yang menyebabkan pengurusan harta pusaka ibu atau bapa terbiar.
Apakah Penyelesaian Terbaik Dalam Mengurus Harta Pusaka?
Penyelesaian yang terbaik ialah, semasa hidup seseorang itu membuat wasiat dan melantik waris atau melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka.
Dalam zaman modern ini, orang cenderung membuat wasiat dan melantik syarikat amanah menguruskan harta pusaka mereka. Ini kerana syarikat amanah mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam menguruskan harta pusaka yang berlandaskan hukum Faraid.
Pemilihan syarikat amanah dapat membantu mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka dan semua waris akan berpuas hati.
Sekiranya tuan memerlukan penjelasan lanjut atau mahu membuat wasiat, sila hubungi saya Abd Rahaman 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com
Ebook Percuma Ketahuilah Formula Faraid
Dapatkan Ebook percuma Ketahuilah Formula Faraid dari pinned post link di bawah:
Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com