Pembahagian Harta Pusaka Serahkan Kepada Takdir Allah

Jika kita merancang harta dengan baik semasa hidup tentulah masalah harta pusaka dapat dihindarkan
keluarga bahagia

Jika semasa hidup kita tidak merancang pembahagian harta pusaka bermakna kita menyerahkan kepada takdir Allah yang menentukannya.

Tidak ada salahnya, tetapi jangan salahkan Tuhan dan jangan salahkan hukum Faraid pula apabila sesuatu yang mengecewakan berlaku.

Kita ada terbaca dalam akhbar ada berpuluh bilion harta pusaka orang Islam terbeku dan gagal diusahakan. Ia satu kerugian kepada negara dan umat Islam. Tetapi ia tidak menyentuh hati kita kerana itu bukan masalah kita, itu masalah negara. Pandai-pandailah pemimpin negara menyelesaikannya.

Kita akan tersentuh apabila ia terkena pada diri sendiri. Ada harta ibu bapa kita yang terbiar dan tidak dibahagikan kepada waris-waris.

Jika ada sekeping tanah yang bernilai berjuta ringgit terbiar di tepi jalan dan tidak diusahakan – tentu ia satu kerugian kepada kaum keluarga. Paling kurang kalau dijual tentu hasil jualan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi keluarga.

Tetapi, tanah itu tidak dapat diusahakan kerana ia masih atas nama si mati. Ada ahli keluarga yang tidak tersentuh hati kerana bukan beliau yang mendapatkan harta itu, tetapi bapa atau ibunya. Jadi kalau kita fikir, apalah gunanya ibu bapa atau menyimpan harta itu?

Yang malang, dosa kering dikumpulkan oleh waris kerana berebut harta pusaka. Barang-barang kemas diagih-agihkan kepada adik beradik perempuan tanpa berbincang dengan adik beradik lelaki sedangkan mereka berhak ke atas harta itu. Mereka lupa atau tidak tahu hak waris-waris terhadap harta pusaka ibu bapa.

Apabila suami meninggal, hasil pendapatan sewa rumah arwah suami diambil oleh ibu bapa mereka atau adik beradiknya. Sedangkan, bekas isteri dan anak-anak kecil masih ada. Hak anak-anak yatim ini tidak dipedulikan.

Mereka tahu haram memakan harta anak yatim. Banyak surah dalam Al-Quran akan dosa memakan harta anak yatim.

Mengapa keadaan ini terus berlaku? Siapa nak dipersalahkan? Kalau begitu, tak payahlah ibu bapa mengumpul harta semasa hidup, jika mati membawa dosa kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. Tapi itu jawapan tidak bijak kan?

Penting Ke Merancang Pembahagian Harta Pusaka?

Jika diperhatikan isu kelewatan menguruskan harta pusaka, perbalahan keluarga, mengambil harta si mati tanpa mengikut proses faraid – ia adalah kesan dari si mati gagal merancang pembahagian harta semasa hidup.

Pepatah orang putih ‘if you fail to plan, you are planning to fail‘ ada benarnya dalam konsep harta pusaka.

Satu daripada bentuk perancangan pembahagian harta pusaka ialah membuat wasiat.

Apabila kita membuat wasiat dengan syarikat amanah, perkara pertama wasiat seseorang ialah melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka dan pemegang amanah.

Apabila meninggalnya seorang pewasiat, syarikat amanah akan memanggil semua waris dan membacakan wasiat si mati.

Matlamat dan Tujuan Membuat Wasiat

Sebab Buat Wasiat

Pertanyaan Mengenai Artikel Ini Produk Perancangan Harta

Sekiranya tuan ingin membuat pertanyaan di atas, sila join dan tanya daripada group Telegram saya Abd Rahaman Rasid

Atau pertanyaan ajukan kepada penulis 013 366 1242

Ebook Percuma Ketahuilah Formula Faraid

Dapatkan ebook percuma di atas dari pinned post Kelab Harta Pusaka dan Hibah

kadar pembahagian harta pusaka ikut faraid.

Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Buat Wasiat Boleh Cegah Permusuhan Keluarga Kerana Berebut Harta Pusaka

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: