Belajar Ilmu Faraid Dan Cabaran Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, maksudnya “Pelajari ilmu faraid, dan ajarkan kepada orang lain. Sesungguhnya, ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia adalah satu ilmu yang mula-mula dicabut daripada umatku.”

Belajar Ilmu Faraid Dalam Islam

Belajar ilmu faraid dituntut dalam Islam kerana ia adalah ilmu mengenai hukum pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh Al-Quran dalam surah An-Nisaa.

Rasulullah s.a.w telah meletakkan ilmu faraid ini di tempat yang tinggi berbanding dengan ilmu yang lain.

Belajar ilmu faraid di suruh oleh Rasulullah s.a.w malah ia disuruh diajar pula kepada orang lain.

Dan pesan Rasulullah lagi, faraid adalah ilmu yang akan dilupakan dan ilmu yang mula-mula dicabut daripada umat beliau.

Islam menggalakkan umatnya belajar ilmu faraid kerana ia melibatkan cara membahagi harta pusaka.
Dalam Islam pembahagian harta pusaka adalah berpegang kepada hukum faraid oleh itu kewajipan kita belajar ilmu faraid

Kepentingan Belajar Ilmu Faraid

Hukum faraid yang berdasarkan kepada al-Quran menyatakan dengan jelas hak waris-waris terhadap harta pusaka si mati, maka kita wajib belajar ilmu faraid.

Jika semasa hidup seseorang bapa contohnya telah membahagikan hartanya kepada mana-mana anak yang dia suka, maka ia tidak lah menjadi isu. Ini kerana itu hak seseorang ke atas harta yang dikumpulnya.

Belajar ilmu faraid boleh mengelakkan perbalahan merebut harta kerana hak waris telah ditentukan dengan jelas dalam al-Quran 1,400 tahun dulu. Sekiranya perbalahan harta di bawa ke mahkamah syariah, maka keputusannya tetap berasaskan hukum faraid.

Sekiranya, seseorang itu mahu melepaskan haknya dan mahu membahagikan bahagian faraid kepada orang – maka itu hak seseorang.

Belajar Ilmu Faraid – Tiga Ayat Dalam Surah An-Nisaa

Umumnya semua yang ada pertalian darah dengan si mati adalah waris ditambah dengan waris melalui perkahwinan.

Oleh kerana mereka waris, dalam pengertian yang longgar mereka berhak mendapat harta pusaka si mati.

Ada waris duduk di barisan hadapan dan ada waris duduk di bahagian belakang. Waris yang duduk di barisan hadapan di panggil waris utama.

Waris utama ini yang akan mendapat harta pusaka dan mendinding waris.

Jika waris utama ini tiada, maka waris di barisan belakang akan mewarisi harta pusaka.

Pembahagian harta pusaka berasaskan ilmu faraid. Setiap waris ada hak masing-masing.
Hukum faraid: hak ayah 1/6, hak ibu 1/6, hak isteri 1/8, hak suami 1/4. Baki harta dapat kepada anak-anak dengan kadar dua bahagian lelaki dan satu bahagian perempuan

Sumber Belajar Ilmu Faraid

Hukum atau ilmu faraid berdasarkan al-Quran khususnya dalam Surah An-Nisaa. Tiga ayat utama surah tersebut ialah:

  • Ayat 11
  • Ayat 12
  • Ayat 176

Tiga Kumpulan Waris Utama Faraid

Tiga pihak utama hak faraid, ialah:

  • Ayah dan ibu – hak ayah dan ibu masing-masing 1/6 bahagian
  • Isteri atau suami – hak isteri 1/8 jika ada anak dan 1/4 jika tiada anak. Hak suami 1/4 jika ada anak, dan 1/2 jika tiada anak
  • Anak-anak – ambil baki harta selepas ayah ibu dan isteri

Hak Faraid Anak Perempuan Bila Ibu Bapa Meninggal

Dalam faraid, dijelaskan dengan nyata hak anak perempuan, iaitu:

1/2 – Jika ada seorang anak perempuan sahaja (tanpa anak lelaki)
2/3 – Jika ada dua orang atau lebih anak perempuan (tanpa anak lelaki)

“Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua harta itu.”

Surah An-Nisaa 4:11

“Tetapi, jika anak-anak perempuan iti lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.”

Surah An-Nisaa 4:11

Hak Faraid Suami Bila Isteri Meninggal

Dalam Surah An Nisaa, jelas hak faraid untuk suami, iaitu:

1/4 – Si mati (isteri) ada anak
1/2 – Si mati (isteri) tiada anak langsung

“Tetapi, jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat daripada harta yang mereka tinggalkan.”

Surah An-Nisaa 4:12

“Dan bagi kamu seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.”

Surah An-Nisaa 4:12

Hak Faraid Isteri Bila Suami Meninggal

1/8 – Si mati ada anak
1/4 – Si mati tiada anak

“Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan.”

Surah An-Nisa 4:12

“Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.”

Surah An-Nisa 4:12

Hak Faraid Bapa Bila Anak Meninggal

1/6 – Si mati ada anak
1/6 + Baki harta – Si mati ada anak perempuan sahaja
1/6 + Baki harta – Si mati tiada anak

“Dan bagi ibu bapa si mati, tiap-tiap seorang daripada keduanya: seperenam daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.”

Surah An-Nisa 4:11

Hak Faraid Ibu Bila Anak Meninggal

1/6 – Si mati ada anak
1/3 – Si mati tiada anak

“Tetapi, jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga.”

Surah An-Nisaa 4:11

Hak Faraid Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Jika semua waris utama ada, maka anak lelaki dan anak perempuan mengambil baki harta ibu bapa yang meninggal, iaitu:
2:1 – Dua bahagian anak lelaki berbanding satu bahagian anak perempuan.

Jika semua waris utama ada, anak lelaki akan mengambil semua baki harta jika ibu bapa mereka tiada anak perempuan.

Tiga Rukun Pusaka

  • Si mati – pemilik harta sudah meninggal
  • Waris – ada waris-waris selepas pemilik harta meninggal
  • Harta – ada harta si mati.

Tiga Syarat Pembahagian Harta Pusaka

  • Muwarith (pemilik harta) disahkan meninggal
  • Waris hidup ketika muwarith meninggal
  • Mengetahui ada pertalian darah atau perkahwinan antara muwarith dan waris

Tiga Kewajipan Sebelum Pembahagian Harta Pusaka

  • Bayaran penyelenggaraan mayat
  • Pembayaran hutang si mati
  • Penyempurnaan wasiat si mati

Jika Berwasiat 1/3 Hak Bukan Waris

  • 1/3 bahagian untuk bukan waris (harta yang diwasiatkan)
  • 2/3 bahagian untuk waris (harta untuk waris faraid)
Carta faraid ilmu faraid iaitu hak harta pusaka ibu, bapa, suami, isteri dan anak lelaki perempuan
Ringkasan Carta Faraid

Cabaran Pengurusan Harta Pusaka Di Malaysia

Ada tiga pihak berkuasa yang menguruskan hal ehwal harta pusaka:

  • Unit Pusaka Kecil – urusan harta pusaka sehingga RM2 juta bagi harta alih dan tidak alih
  • Amanah Raya Berhad (ARB) – urusan harta pusaka sehingga RM600,000 bagi harta alih sahaja
  • Mahkamah Tinggi – urusan harta pusaka yang melebihi bidang kuasa Unit Pusaka Kecil dan ARB

Memang ada cabaran pengurusan harta di Malaysia, jika tidak, masakan ada aset RM70-RM80 bilion aset orang Malaysia terbeku.

Antara sebab aset terbeku ialah semasa hidup si mati tidak membuat wasiat. Sebab wasiat biasanya menyenaraikan aset, no akaun simpanan dan nombor pendaftaran geran tanah.

Keperluan Sijil Faraid

Berkaitan dengan topik ‘Tiga Syarat Pembahagian Harta Pusaka’ di atas, dokumen Sijil Faraid diperlukan terutama yang melibatkan urusan harta pusaka dengan ARB, as-Salihin Trustee Berhad dan pihak lain.

Sijil Faraid dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dan ia menyenaraikan waris yang berhak dan bahagian masing-masing dalam harta pusaka si mati.

Tanpa Sijil Faraid, kemudian ada waris mendakwa ia tertinggal sebagai waris yang berhak menerima harta pusaka.

Belajar Ilmu Faraid – Rujukan Yang Disyorkan

Bagi mereka yang mahu mendalami ilmu Faraid, buku Faham Faraidh adalah antara buku rujukan yang terbaik di pasaran. Klik imej untuk lebih info buku ini.

Sumber ilmu faraidh yang bagus di pasaran Malaysia
Buku Faham Faraidh

Video Penerangan 2 Matlamat dan 5 Sebab Orang Membuat Wasiat

Sebab Orang Membuat Wasiat

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 2,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Pautan Berguna
Enam Dalil Anda Patut Membuat Wasiat

Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan Berkesan

Mengapa Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd 

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

%d bloggers like this: