Buat Wasiat Boleh Cegah Permusuhan Keluarga Kerana Berebut Harta Pusaka

Pesanan terakhir pewasiat mampu menyebabkan ahli keluarga menitiskan air mata dan insaf!

Apa sebabnya kena buat wasiat sekarang?

Pernah anda terbaca ahli keluarga bermusuh dan berdengki kerana tidak puas hati dengan cara harta pusaka dibahagikan?

Adakah anda tahu bila seseorang itu meninggal dunia, hartanya akan terbeku. Apabila harta terbeku, waris iaitu isteri, suami dan anak tidak boleh mengambil atau memindah milik harta kepada nama waris kecuali ada surat kuasa dari pihak berkuasa harta pusaka.

Apa peranan wasiat dalam pembahagian harta pusaka?

Teruskan membaca…

Buat wasiat untuk elakkan perebutan harta pusaka di kalangan waris dan memastikan harta pusaka diurus ikit cara syariah.
Buat wasiat ibarat sediakan payung sebelum hujan

Bila sudah menjadi harta pusaka bagaimana waris dapat mencairkan harta tersebut?

Apa kaitan harta pusaka dengan wasiat si mati?

Bagi mereka yang buat wasiat dan melantik individu atau syarikat amanah sebagai wasi (pentadbir harta), maka proses menguruskan harta pusaka lebih cepat dan mudah berbanding tanpa wasiat.

Apabila waris dapat surat kuasa dari kuasa dari Unit Pusaka Kechil, atau Amanah Raya Berhad (ARB) atau Mahkamah Tinggi, baru harta itu boleh dipindahkan kepada pentadbir harta pusaka.

Tujuh Dalil Kenapa Perlu Membuat Wasiat

Dalil Pertama: Anda Buat Wasiat kerana Mahu Percepatkan Pembahagian Harta Pusaka

Wasiat dapat mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka. Ini kerana semasa hidup anda telah melantik siapa yang akan menguruskan harta pusaka setelah anda pergi.

Tanpa wasiat, waris anda sendiri akan bermuafakat melantik siapa yang patut menjadi pentadbir.

Tentu anda mendengar kesah waris Syed Kechik, Raja Nong Chik dan Jamaludin Jarjis yang berbalah dalam memilih pentadbir harta hingga membawa kes ke Mahkamah Tinggi. Ini menyebabkan proses pembahagian harta pusaka tergendala.

Dalil Kedua: Anda Buat Wasiat Kerana Tidak Mahu Ahli Keluarga Berdosa Bertelingkah Dan Berebut Harta Pusaka

Bila kita buat wasiat, kita akan melantik pihak ketiga seperti syarikat amanah sebagai pengurus harta pusaka dan pemegang amanah. Syarikat amanah akan mengurus dan membahagi harta si mati mengikut persefahaman keluarga dan hukum faraid.

Jika kita tak buat wasiat, ahli keluarga akan berurus dengan pejabat Unit Pusaka kecil.

Biasanya, ramai ahli keluarga yang dengki, masam muka, tak bertegur sapa, mengumpat kerana mengidam harta pusaka. Ada pula yang telah mengambil dulu kerusi meja, barang kemas, jam tangan si mati sebelum waris berkumpul untuk urusan harta pusaka.

Dalil Ketiga: Anda Buat Wasiat Kerana Tidak Mahu Roh Tergantung Kerana Berhutang

Dalil ini penting.

Dalam wasiat, anda senaraikan hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia dan mewasiatkan waris menjelaskannya dari harta pusaka sekiranya beliau meninggal.

Hutang wajib dilunaskan. Jiwa dan roh orang yang berhutang akan tergantung di langit sehinggalah hutangnya dijelaskan.

Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Abu Hurairah:

“Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.”

Hadis riwayat at-Tirmidzi

Sekiranya tidak membuat wasiat, waris-waris tidak mengetahui hutang anda dan sudah tahu risikonya.

Dalil Keempat: Anda Buat Wasiat Kerana Mahu Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Kaedah Syariah

Sebagai seorang Islam anda mahu harta dibahagikan berasaskan hukum Faraid kerana caranya telah ditetapkan dalam al-Quran dan semua waris akan berpuas hati tanpa dosa.

Dengan wasiat, anda boleh melantik waris yang mahir dengan ilmu Faraid. Atau anda boleh melantik syarikat amanah yang berpengalaman dalam pembahagian harta berasaskan hukum Faraid.

Tanpa wasiat, waris mungkin telah mengambil harta pusaka tanpa mengikut kaedah syariah seperti tidak menjelaskan hutang si mati dengan Allah dan hutang dengan manusia. Sedih, jika ia berlaku.

Anda pernah terbaca dalam akhbar yang adik membunuh abang kerana berebut harta pusaka, isteri dan anak si mati disisihkan, dan perkelahian di kalangan waris.

Dalil Kelima: Anda Buat Wasiat Kerana Mahu Membahagi Harta Ke Jalan Allah

Hidup di dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal. Anda mahu sebahagian harta anda di gunakan ke Jalan Allah supaya kebaikan terus diterima selepas meninggal. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w berikut:

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim).

Wasiat membenarkan seseorang itu meninfak, mewakaf atau mensedekahkan 1/3 hartanya untuk berjasa selepas kematiannya. Ini termasuklah wakaf harta bagi membina sekolah tahfiz Quran, perpustakaan, masjid, surau, hospital, pusat dialisis dan pusat kanser.

Tanpa wasiat, semua harta akan diperhabiskan oleh waris.

Dalil Keenam: Anda Membuat Wasiat Kerana Mahu Membahagi Harta Kepada Orang Tersayang

Semasa hidup, seseorang itu tidak sempat membahagikan harta kepada orang yang tersayang seperti anak angkat, anak tiri, adik beradik dan cucu. Dengan wasiat, sesorang itu berjaya membahagikan sejumlah hartanya kepada orang tersayang di atas,

Tanpa wasiat, orang yang tersayang tidak akan mendapat harta di atas kerana mereka bukan waris yang layak

Pernah anda dengar anak angkat hanya berputih mata setelah kematian ibu bapa angkat walaupun sejak kecil hingga dewasa anak angkat inilah yang menjaga mereka berdua ini?

Dalil Ketujuh: Anda Membuat Wasiat Kerana Mahu Menyampaikan Pesanan Terakhir

Pewasiat memohon agar anak-anak dalam wasiat jangan lupa diri dan selalu mendoakan kesejahteraan roh ibu bapa di alam kubur seperti mana mereka diajar semasa kecil.
Semasa ibu bapa hidup, kita tidak akan merasakan ketiadaannya. Bila ibu-bapa meninggal baru kita merasainya. Dan tentu kita berfikir, ‘aku boleh buat lebih baik jika mereka masih hidup.’

Ada orang mahu menyampaikan ‘pesanan akhir’selepas kematiannya. Ia beranggapan kesannya lebih ketara. Ia tidak bermakna semasa hidup seseorang itu tidak memberi pesanan kepada keluarga.

Pesanan yang biasa ialah isteri dan anak-anak menjaga diri dan sentiasa berpegang kepada tali Allah dan Rasul, mentaati ibu atau bapa dan mengekalkan hubungan baik di kalangan ahli keluarga dan saudara mara.

Pewasiat memohon agar anak-anak jangan lupa diri dan selalu mendoakan kesejahteraan roh ibu bapa di alam kubur sepertimana mereka diajar semasa kecil.

Doa kepada kedua ibu bapa "Ya, Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku, dan kesihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan menjaga ku semasa kecil"
“Ya, Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapa ku, dan kesihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan menjaga ku semasa kecil”

Anda Sudah Bersedia Membuat Wasiat?Hubungi Perunding Kami Sekarang!

Anda boleh menghubungi kami bagi membuat wasiat atau penjelasan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Bhd di talian 013 366 1242.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Langganan PERCUMA

Anda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA.

Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah.

Pautan Berguna:
Panduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan Berkesan

Bagaimana Menyediakan Hibah Yang Berkesan

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

7 thoughts on “Buat Wasiat Boleh Cegah Permusuhan Keluarga Kerana Berebut Harta Pusaka”

  1. Wasiat adalah kaedah pembahagian harta pusaka yang sangat digalakkan oleh agama Islam bagi mengelak perebutan harta pusaka oleh waris-waris kerana wasiat diterima sebagai satu perundangan bagaimana harta pusaka dibahagikan dengan cara yang betul.

    1. Terimakasih atas komen tuan. Ya memang betul yg tuan cakap itu. Orang profesional dan ada harta pun masih belum membuat wasiat. Wasiat kepada mereka ini lebih berfungsi bagi melantik pentadbir yang akan menguruskan harta pusaka dengan cepat dan adil.

  2. Artikel yang menarik mengenai sebab membuat wasiat. Artikelnya mudah difahami. Artikel ini berkaitan dengan pusaka dan hukum faraid secara tak langsung

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.