Kali ini saya nak cakap pasal hutang si mati sebab kesian rohnya tergantung di langit kerana kejahilan waris pasal proses pembahagian harta pusaka.
Petang tadi saya dan isteri ke Wangsa Maju kerana melawat kawan kami yang sedang mengidap saki kanser.
Teringat saya beberapa tahun lepas ada seorang kawan rapat duduk area tu.
Saya pernah menjualkan tanah getahnya di area Jerantut. Sebab saya juga agen hartanah.
Malangnya beliau enggan membayar komisyen lebih kurang RM6K. Saya pun tak tahu kenapa beliau enggan membayar komisyen saya itu.
Jadi sehingga ke hari ini dia berhutang dgn saya.
Dalam Islam, hutang wajib dibayar. Apalah guna amalan dan pahala yang banyak sedangkan roh tergantung kerana hutang dengan manusia.
Sebab itu apabila berlaku kematian, waris wajib membayar hutang arwah sebelum harta pusaka diagihkan kepada waris.
Jika si mati tiada tiada aset, waris tidak wajib membayarnya. Orang yang berhutang yang membayar. Tetapi, jika waris tolong menjelaskan hutang ia sunat bagi waris, dan waris akan mendapat pahala kerana ia telah memberi kebaikan kepada roh si mati.
Bagaimanapun, saya telah menghalalkan hutangnya itu.
Jelaskan Hutang Si Mati Sebelum Membahagi Harta Pusaka
Hutang arwah ada dua jenis. Hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Setakat yang saya tahu, hutang dengan Allah hendaklah dijelaskan. Hutang dengan Allah yang lazim ialah menunaikan haji.
Waris boleh mengambil sebahagian wang arwah bagi membuat haji badal kemudian hari.
Hutang dengan manusia termasuklah hutang dengan bank dan hutang dengan kawan-kawan.
Setelah hutang dibayar, dan jika ada tuntutan harta sepencarian oleh pasangan, ia juga hendaklah diselesaikan. Jika Unit Pusaka Kecil tahu, mereka akan menangguhkan perbicaraan harta pusaka. Tuntutan harta sepencarian pun kira hutang juga.
Selepas tuntutan harta sepencarian, wasiat si mati hendaklah disempurnakan. Wasiat di sini saya maksudkan wasiat bertulis si mati di mana beliau minta sejumlah hartanya di wakaf atau disedekah atau diberikan kepada pihak tertentu.
Wasiat kepada bukan waris wajib dilaksanakan tetapi setakat 1/3 daripada harta.
Baki harta barulah diagihkan kepada waris-waris yang berhak. Ada 23 waris yang layak tetapi bukan semuanya berhak.
Pertanyaan Mengenai Rencana dan Perancangan Harta
Sekiranya tuan memerlukan sebarangan penjelasan mengenai artikel ini atau mahu mendapatkan penjelasan mengenai perancang harta sila join group Telegram Abd Rahaman Rasid
Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari?
Antara soalan yang orang suka tanya apakah hukum faraid apabila ibu dan ayah meninggal dunia.
Ibu ayah anda masih hidup? Elok baca sekarang kerana anda mungkin tidak terjumpa artikel ini lagi.
Selepas ibu atau ayah meninggal dunia, sebelum harta pusaka dibahagikan, waris terutama anak-anak hendaklah menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan harta arwah ibu atau ayah seperti belanja pengkebumian, menyelesaikan hutangnya dan menunaikan wasiat beliau.
Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang si mati sebelum membahagi harta pusaka mengikut hukum Faraid
Kos Pengebumian Dan Pengurusan Jenazah Ibu dan Ayah – Proses Hukum Faraid Bermula
Sebelum harta dibahagi mengikut hukum faraid, harta arwah ibu atau ayah boleh digunakan bagi menyelesaikan kos yang wajib seperti belanja pengebumian dan pengurusan jenazah.
Lain-lain kos termasuklah kain kapan, keranda, upah memandikan mayat, upah menggali kubur dan upah membawa mayat ke kubur.
Pemberian wang kepada orang yang bersembahyang jenazah, membuat tahlil dan kenduri arwah ibu dan ayah bukanlah wajib. Jadi, ia tidak boleh diambil dari duit ibu ayah. Jadi waris-waris yang menanggung kosnya.
Menyelesaikan Hutang Ibu dan Ayah – Proses Ke-2 Hukum Faraid
Setelah ibu atau ayah dikebumikan, waris hendaklah menyelesaikan hutang mereka dari duit arwahitu .
Ini bab hukum faraid yang kritikal terutama jika hutang yang ayah atau emak yang tidak ada rekod.
Bagi pinjaman bank dan kad kredit biasa waris akan tahu sebab surat bank sampai ke rumah.
Mengikut pendapat jumhur ulama, hutang kepada Allah hendaklah dibayar dahulu sebelum menyelesaikan hutang dengan manusia. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud ‘hutang Allah lebih berhak ditunaikan.’
Hutang Kepada Allah
Hutang kepada Allah jika ada hendaklah diselesaikan, iaitu:
Zakat – segala jenis zakat yang cukup haul dan nisab tetapi belum ditunaikan
Kifarat – Bersetubuh di siang hari di bulan puasa tetapi denda belum ditunaikan
Nazar – Hajat si mati yang tidak sempat dilaksanakan
Haji – Haji yang belum dikerjakan
Fidyah – Denda puasa yang ditinggalkan
Hutang Dengan Orang Lain
Semua jenis hutang ibu dan ayah dengan bank dan orang hendaklah dijelaskan, kecuali si piutang menghalalkannya.
Biasanya anak atau waris akan mengumumkan kepada orang ramai selepas ditunaikan solat jenazah atau sewaktu membawa mayat keluar dari rumah ke kubur.
Menunaikan Wasiat Emak dan Ayah – Proses Ke-3 Hukum Faraid
Setelah menyelesaikan hutang arwah emak atau ayah, maka waris hendaklah menunaikan wasiat si mati, jika ada.
Wasiat yang sah di sisi hukum faraid ialah pemberian tidak lebih 1/3 harta si mati kepada bukan waris termasuk wakaf dan sedekah.
Untuk menunaikan wasiat ayah, waris hendaklah memastikan samada wasiat itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. Sekiranya ia sah, maka wajib waris melaksanakannya.
Sekiranya wasiat itu tidak sah dari segi hukum syarak, atau diragui kesahihannya, maka ia terpulang kepada budibicara anak-anak atau waris mahu melaksanakan atau tidak.
Tuntutan Harta Sepencarian Emak
Sekiranya emak (isteri) ada membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta ayah, maka ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum mengagih kepada waris.
Begitu juga, semasa hidup ayah ada membuat tuntutan harta sepencarian dari harta emak (jarang sangat).
Selepas bahagian harta sepencarian diselesaikan, baru baki harta pusaka ibu atau ayah diagihkan kepada waris yang berhak, iaitu ibu bapa ayah dan emak jika meraka masih hidup, isteri/suami dan anak kandung.
Waris Mengambil Baki Harta Ibu atau Ayah
Waris akan mengambi baki harta ibu atau ayah dengan kadar berikut:
Hak ibu 1/6
Hak bapa 1/6
Hak isteri 1/8
Hak suami 1/4
Baki harta akan dibahagikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan kadar 2:1 (dua bahagian anak lelaki dan satu bahagian anak perempuan
Isu-Isu Pengurusan Harta Si Mati
Adik bunuh abang kerana berebut harta pusaka Foto: The Star
Kita kerap terbaca kesah pergaduhan mengenai harta pusaka selepas kematian seseorang walaupun hukum Faraid mengenai pembahagian harta jelas dalam al-Quran.
Dua sebab utama ialah kejahilan hukum faraid dan yang kedua sengaja ingkar hukum Faraid kerana tamak dan zalim. Antara isunya ialah:
Waris mengambil harta si mati seperti barang kemas dan peralatan rumah tanpa persetujuan semua waris.
Penama yang menerima wang KWSP dan Tabung Haji tidak membahagikan kepada waris yang berhak
Ada waris diketepikan dalam pembahagian harta pusaka seperti isteri dan anak-anak si mati
Kita dengar ada ada waris yang berjaya mengeluarkan simpanan si mati dan mengambilnya tanpa membahagi mengikut hukum faraid.
Waris berkelahi dan bermasam muka kerana ada merasakan pembahagian harta tidak adil.
Ada anak membunuh ahli keluarga kerana berebut harta pusaka.
Harta pusaka lewat diselesaikan kerana waris gagal duduk bersama dan memilih pentadbir harta pusaka yang dipercayai
Waris-waris sibuk dengan kerjaya dan famili yang menyebabkan pengurusan harta pusaka ibu atau bapa terbiar.
Apakah Penyelesaian Terbaik Dalam Mengurus Harta Pusaka?
Penyelesaian yang terbaik ialah, semasa hidup seseorang itu membuat wasiat dan melantik waris atau melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka.
Dalam zaman modern ini, orang cenderung membuat wasiat dan melantik syarikat amanah menguruskan harta pusaka mereka. Ini kerana syarikat amanah mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam menguruskan harta pusaka yang berlandaskan hukum Faraid.
Pemilihan syarikat amanah dapat membantu mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka dan semua waris akan berpuas hati.
Sekiranya tuan memerlukan penjelasan lanjut atau mahu membuat wasiat, sila hubungi saya Abd Rahaman 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com
Ebook Percuma Ketahuilah Formula Faraid
Dapatkan Ebook percuma Ketahuilah Formula Faraid dari pinned post link di bawah:
Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com