Cara Membuat Surat Hibah Yang Menyakinkan

cara membuat surah hibah
cara membuat surat hibah

‘Macam mana cara nak membuat surat hibah?’, ini soalan yang biasa didengari oleh seorang perancang harta dari sebuah syarikat amanah.

Seorang perancang harta macam seorang doktor. Perancang harta kena tahu sakit yang sebenar dan cadangkan kemudahan yang sesuai. Sebab seorang yang call kita, tiba-tiba kata ‘saya nak buat hibah takut adik beradik berebut harta pusaka saya.’

Ada banyak pihak yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Dalam artikel ini, saya syer pengalaman saya dengan sebuah syarikat amanah.

Cari Masalah Pelanggan Dahulu

Seseorang yang berhajat nak buat surat hibah seharusnya call atau wasap agen atau perancang harta.

Sesorang pelanggan boleh wasap, panggilan telefon atau berjumpa. Semua bergantung kepada perancang harta dan pelanggan yang mana praktikal.

Biasanya perancang harta kena tahu isu dan masalah. Dari situ, beliau boleh berikan cadangan.

Bila dibincang dengan prospek, mungkin dia tidak memerlukan hibah tetapi memerlukan wasiat sahaja, atau perjanjian harta sepencarian atau hibah takaful.

Saya ada tulis satu artikel mengenai ada sembilan sebab orang nak buat hibah. Secara tak langsung, kita dah boleh tahu masalah prospek itu.

Boleh baca sini Sembilan Sebab Orang Buat Hibah. Jadi saya boleh rumuskan ada 9 sebab orang nak buat hibah.

  • Pemilik perniagaan yang mahu wariskan perniagaan kepada waris tertentu
  • Orang yang tidak berkahwin mahukan memberikan harta kepada seseorang
  • Orang yang mahu menguruskan keperluan kewangan anak istimewa
  • Pasangan yang ada anak di bawah umur dan mahukan harta diagihkan semasa pasangan ini hidup
  • Pasangan yang ada anak perempuan sahaja dan mahukan kadar pembahagian dibuat semasa pasangan ini hidup
  • Pasangan yang tiada anak dan mahukan pembahagian harta kepada seseorang dibuat semasa mereka hidup
  • Seseorang suami mahukan isteri mendapat bahagian harta yang lebih apabila beliau meninggal
  • Seseorang yang mahu memberi harta kepada seseorang samada waris dan bukan waris atau dasar kasih sayang, seperti anak angkat dan anak tiri.
  • Seseorang yang mahu memberikan harta ke Jalan Allah semasa mereka masih hidup.

Rumusan Sebab-Sebab Orang Membuat Hibah

Siapakah Waris Faraid dan Benefisiari Pelanggan

Setelah mengetahui masalah pelanggan, perancang kewangan wajib tahu waris faraid pelanggan. Kena tahu samada pelanggan masih mempunyai ibu-bapa. Jika tiada ibu-bapa adakah masih mempunyai datuk dan nenek.

Jika mempunyai anak, kena tahu berapa orang lelaki dan perempuan dan adakah mereka bawah umur atau mempunyai anak istimewa.

Apakah Harta Yang Mereka Miliki dan Hutang

Senarai harta alih dan tak alih serta hutang perlu diketahui bagi menentukan aset bersih yang mereka ada.

Sahkan Masalah Mereka Yang Hendak Diselesaikan

Setelah mendengar masalah pelanggan, mengetahui waris dan benefisiari pelanggan dan harta pelanggan – baru boleh disahkan masalah pelanggan.

Dari situ, seorang perancang harta sudah boleh mencadangkan solusinya berdasarkan produk yang boleh ditawarkan.

Pengumpulan Maklumat Pelanggan

Sekiranya didapati pelanggan itu memerlukan hibah, maka proses seterusnya ialah pengumpulan maklumat terperinci, antaranya,

  • Salinan IC pemberi dan penerima hibah, alamat dan nombor telefon/email
  • Salinan dokumen yang hendak dihibahkan

Penyediaan Deraf Surat Hibah

Seseorang perancang harta setelah mendapatkan semua dokumen dikehendaki akan memanjangkan kepada organisasi mereka bagi menyediakan deraf hibah.

Deraf hibah akan dipanjangkan kepada klien untuk semakan dan persetujuan.

Menandatangani Dokumen Surat Hibah

cara membuat surat hibah berkesan
Surat Hibah

Deraf hibah yang telah dipersetujui oleh pelanggan sudah boleh dicetak untuk ditandatangani.

Surat hibah itu akan ditandatangani pada hari, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh pelanggan dan syarikat amanah tersebut.

Penyerahan Surat Hibah Kepada Pelanggan

Surat hibah yang sudah ditandatangi akan diuruskan pendaftaran, perekodan dan penyimpanan suratcara asal.

Salinan surat wasiat akan diposkan kepada pelanggan untuk simpanan. Surat hibah asal akan disimpan oleh syarikat amanah.

Membuat Surat Hibah Yang Boleh diyakini

Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Adalah penting membuat surat hibah yang boleh dipercayai dan diyakini.

Surat hibah itu mestilah sah jika ada pertikaian mengenai jika ada ahli keluarga yang mempertikaikannya.

Ada beberapa penting mengenai amanah dalam surat hibah.

Pemilik harta menjadi pemegang amanah utama selepas menandatangani dokumen hibah; syarikat amanah yang dilantik akan menjadi pemegang amanah ganti apabila pemilik harta/pemegang amanah utama meninggal atau hilang upaya; syarikat amanah akan diamanahkan bagi menukar hak milik kepada penerima hibah pada umur 18 tahun atau umur yang ditetapkan oleh pemilik.

Pemilik juga memberi kuasa kepada syarikat amanah bagi menukar hak milik daripada nama pemilik kepada penerima hibah.

Oleh itu, sangatlah mustahak memilih pihak yang menyediakan dokumen hibah dan pihak yang melaksanakan hasrat hibah dengan penuh yakin bagi mengurangkan risiko kegagalan hajat membuat hibah kepada penerima hibah.

Kepakaran dan pengalaman lepas syarikat dalam membuat surat hibah dan perlaksanaan sangatlah penting kepada mereka yang nak membuat hibah.

Video Penerangan Cara Membuat Surat Hibah

Cara Membuat Surat Hibah

Mereka yang berhajat hendak membuat surat hibah atau pertanyaan buat hibah, sila hubungi Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Ada Sembilan Orang Buat Hibah Anda Patut Tahu

Rahsia Mendapatkan Harta Sepencarian Tanpa Turun-Naik Mahkamah

Macam Mana Nak Tahu Anak Itu Waris Faraid Yang Sah?

waris faraid yang sah boleh ditentukan dari tarikh kelahiran anak dengan tarikh perkahwinan ibu bapa meraka
Cara menentukan waris faraid

Hari ini saya nak syer pasal waris faraid yang sah, semoga pembaca mendapat kebaikan. Insya Allah.

Ustaz Mohd Nasir Abdullah ini sebulan sekali akan menyampaikan ceramah selepas solat Subuh di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak.

Beliau seorang Pendaftar Perkahwinan dari Jabatan Ugama Islam Wilayah Persekutuan.

Setiap kali berceramah, ustaz ini akan syer pengalaman menarik berkaitan isu perkahwinan, cerai dan rujuk bagi kes-kes keluarga di Wilayah Persekutuan. Dan biasa saya mengambil nota dengan telefon bimbit saya.

Saya minat mendengar ceramah beliau kerana ia berkaitan keturunan (nasab) dan harta pusaka. Sebagai perancang harta, saya wajib ambil tahu.

Pada kali ini saya nak syer dari ceramah beliau pada hari ini (16 Ogos 2020) mengenai waris yang sah.

Apa itu Waris Faraid?

Waris ada dua ketegori: waris melalui perkahwinan dan waris (anak) lahir dari perkahwinan yang sah.

Dalam Islam, anak itu dikira anak yang sah taraf sekiranya ia lahir 6 bulan (6 bulan Islam) selepas ibu bapanya berkahwin secara sah.

Jika anak itu lahir kurang dari 6 tarikh perkahwinan ibu bapanya, maka ia dikelaskan sebagai anak tidak sah taraf (anak luar nikah).

Oleh kerana beliau anak luar nikah, maka ia bukan waris yang sah dan tidak berhak mewarisi harta ibu bapa mereka.

Malah, jika anak ini perempuan, bapa ini tidak boleh menjadi wali mengahwinkan anak tidak sah taraf itu, dan kena menggunakan wali hakim.

Seseorang anak itu mengetahui boleh tahu status pewarisannya apabila ia menyemak tarikh perkahwinan ibu bapa mereka dengan tarikh kelahirannya.

Jika lahir 6 bulan selepas perkahwinan ibu bapa, anak ini tidak perlu risau apa-apa kerana ia beliau anak yang sah.

Jika anak ini lahir kurang dari 6 bulan dari perkahwinan ibu-bapa, anak ini boleh merujuk kepada Jabatan Ugama Islam bagi mendapatkan nasehat terbaik.

Rukun Pusaka dan Syarat Pusaka Mengenai Waris

Topik artikel ini ialah mengenai Rukun Pusaka dan Syarat Pusaka. Sekiranya bapanya meninggal, maka perlu tahu Rukun Pusaka ada tiga, iaitu adanya orang yang meninggal dunia, adanya waris dan adanya harta pusaka.

Bagi syarat sah pusaka pun ada tiga. Yang pertama, pemilik harta disahkan meninggal; kedua, waris hidup ketika pemilik harta meningal; dan ketiga hubungan si mati dengan waris mesti jelas.

Dalam contoh di atas, sudah dijelaskan anak yang tidak sah taraf bukan waris yang sah, maka anak ini tidak berhak mewarisi harta pusaka ibu bapanya.

Matlamat dan Tujuan Membuat Wasiat

Sebab Membuat Wasiat

Pertanyaan Mengenai Pewarisan Harta

Sekiranya tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai artikel ini dan cara pewarisan harta, sila join group Telegram saya. Klik di sini Abd Rahaman Rasid

Ebook Percuma – Ketahuilah Formula Faraid

Ebook menyenaraikan kadar pembahagian harta pusaka setiap waris yang berhak. Dapatkan Ebook dari pinned post di sini:

Kelab Faraid Wasiat Hibah

ebook percuma kadar faraid harta pusaka

Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Hibah Wasiat Faraid Harta Pusaka

Jelaskan Hutang Si Mati Sebelum Membahagi Harta Pusaka Kepada Waris

tanggungjawap waris ialah menjelaskan hutang si mati
hutang si mati

Kali ini saya nak cakap pasal hutang si mati sebab kesian rohnya tergantung di langit kerana kejahilan waris pasal proses pembahagian harta pusaka.

Petang tadi saya dan isteri ke Wangsa Maju kerana melawat kawan kami yang sedang mengidap saki kanser.

Teringat saya beberapa tahun lepas ada seorang kawan rapat duduk area tu.

Saya pernah menjualkan tanah getahnya di area Jerantut. Sebab saya juga agen hartanah.

Malangnya beliau enggan membayar komisyen lebih kurang RM6K. Saya pun tak tahu kenapa beliau enggan membayar komisyen saya itu.

Jadi sehingga ke hari ini dia berhutang dgn saya.

Dalam Islam, hutang wajib dibayar. Apalah guna amalan dan pahala yang banyak sedangkan roh tergantung kerana hutang dengan manusia.

Sebab itu apabila berlaku kematian, waris wajib membayar hutang arwah sebelum harta pusaka diagihkan kepada waris.

Jika si mati tiada tiada aset, waris tidak wajib membayarnya. Orang yang berhutang yang membayar. Tetapi, jika waris tolong menjelaskan hutang ia sunat bagi waris, dan waris akan mendapat pahala kerana ia telah memberi kebaikan kepada roh si mati.

Bagaimanapun, saya telah menghalalkan hutangnya itu.

Jelaskan Hutang Si Mati Sebelum Membahagi Harta Pusaka

Hutang arwah ada dua jenis. Hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Setakat yang saya tahu, hutang dengan Allah hendaklah dijelaskan. Hutang dengan Allah yang lazim ialah menunaikan haji.

Waris boleh mengambil sebahagian wang arwah bagi membuat haji badal kemudian hari.

Hutang dengan manusia termasuklah hutang dengan bank dan hutang dengan kawan-kawan.

Setelah hutang dibayar, dan jika ada tuntutan harta sepencarian oleh pasangan, ia juga hendaklah diselesaikan. Jika Unit Pusaka Kecil tahu, mereka akan menangguhkan perbicaraan harta pusaka. Tuntutan harta sepencarian pun kira hutang juga.

Selepas tuntutan harta sepencarian, wasiat si mati hendaklah disempurnakan. Wasiat di sini saya maksudkan wasiat bertulis si mati di mana beliau minta sejumlah hartanya di wakaf atau disedekah atau diberikan kepada pihak tertentu.

Wasiat kepada bukan waris wajib dilaksanakan tetapi setakat 1/3 daripada harta.

Baki harta barulah diagihkan kepada waris-waris yang berhak. Ada 23 waris yang layak tetapi bukan semuanya berhak.

Sebab Membuat Wasiat – Pastikan Hutang Si Mati Tidak Terlepas Pandang

Pertanyaan Mengenai Rencana dan Perancangan Harta

Sekiranya tuan memerlukan sebarangan penjelasan mengenai artikel ini atau mahu mendapatkan penjelasan mengenai perancang harta sila join group Telegram Abd Rahaman Rasid

23 Waris Yang Layak Orang Islam Wajib Tahu

Dapatkan ebook percuma 23 Waris Faraid di sini Kelab Faraid dan Hibah

waris pastikan hutang arwah dijelaskan dari hartanya

Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat Ramai Orang Islam Tak Tahu

Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd