Cara Membuat Surat Hibah Yang Menyakinkan

cara membuat surah hibah
cara membuat surat hibah

‘Macam mana cara nak membuat surat hibah?’, ini soalan yang biasa didengari oleh seorang perancang harta dari sebuah syarikat amanah.

Seorang perancang harta macam seorang doktor. Perancang harta kena tahu sakit yang sebenar dan cadangkan kemudahan yang sesuai. Sebab seorang yang call kita, tiba-tiba kata ‘saya nak buat hibah takut adik beradik berebut harta pusaka saya.’

Ada banyak pihak yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Dalam artikel ini, saya syer pengalaman saya dengan sebuah syarikat amanah.

Cari Masalah Pelanggan Dahulu

Seseorang yang berhajat nak buat surat hibah seharusnya call atau wasap agen atau perancang harta.

Sesorang pelanggan boleh wasap, panggilan telefon atau berjumpa. Semua bergantung kepada perancang harta dan pelanggan yang mana praktikal.

Biasanya perancang harta kena tahu isu dan masalah. Dari situ, beliau boleh berikan cadangan.

Bila dibincang dengan prospek, mungkin dia tidak memerlukan hibah tetapi memerlukan wasiat sahaja, atau perjanjian harta sepencarian atau hibah takaful.

Saya ada tulis satu artikel mengenai ada sembilan sebab orang nak buat hibah. Secara tak langsung, kita dah boleh tahu masalah prospek itu.

Boleh baca sini Sembilan Sebab Orang Buat Hibah. Jadi saya boleh rumuskan ada 9 sebab orang nak buat hibah.

  • Pemilik perniagaan yang mahu wariskan perniagaan kepada waris tertentu
  • Orang yang tidak berkahwin mahukan memberikan harta kepada seseorang
  • Orang yang mahu menguruskan keperluan kewangan anak istimewa
  • Pasangan yang ada anak di bawah umur dan mahukan harta diagihkan semasa pasangan ini hidup
  • Pasangan yang ada anak perempuan sahaja dan mahukan kadar pembahagian dibuat semasa pasangan ini hidup
  • Pasangan yang tiada anak dan mahukan pembahagian harta kepada seseorang dibuat semasa mereka hidup
  • Seseorang suami mahukan isteri mendapat bahagian harta yang lebih apabila beliau meninggal
  • Seseorang yang mahu memberi harta kepada seseorang samada waris dan bukan waris atau dasar kasih sayang, seperti anak angkat dan anak tiri.
  • Seseorang yang mahu memberikan harta ke Jalan Allah semasa mereka masih hidup.

Siapakah Waris Faraid dan Benefisiari Pelanggan

Setelah mengetahui masalah pelanggan, perancang kewangan wajib tahu waris faraid pelanggan. Kena tahu samada pelanggan masih mempunyai ibu-bapa. Jika tiada ibu-bapa adakah masih mempunyai datuk dan nenek.

Jika mempunyai anak, kena tahu berapa orang lelaki dan perempuan dan adakah mereka bawah umur atau mempunyai anak istimewa.

Apakah Harta Yang Mereka Miliki dan Hutang

Senarai harta alih dan tak alih serta hutang perlu diketahui bagi menentukan aset bersih yang mereka ada.

Sahkan Masalah Mereka Yang Hendak Diselesaikan

Setelah mendengar masalah pelanggan, mengetahui waris dan benefisiari pelanggan dan harta pelanggan – baru boleh disahkan masalah pelanggan.

Dari situ, seorang perancang harta sudah boleh mencadangkan solusinya berdasarkan produk yang boleh ditawarkan.

Pengumpulan Maklumat Pelanggan

Sekiranya didapati pelanggan itu memerlukan hibah, maka proses seterusnya ialah pengumpulan maklumat terperinci, antaranya,

  • Salinan IC pemberi dan penerima hibah, alamat dan nombor telefon/email
  • Salinan dokumen yang hendak dihibahkan

Penyediaan Deraf Surat Hibah

Seseorang perancang harta setelah mendapatkan semua dokumen dikehendaki akan memanjangkan kepada organisasi mereka bagi menyediakan deraf hibah.

Deraf hibah akan dipanjangkan kepada klien untuk semakan dan persetujuan.

Menandatangani Dokumen Surat Hibah

cara membuat surat hibah berkesan
Surat Hibah

Deraf hibah yang telah dipersetujui oleh pelanggan sudah boleh dicetak untuk ditandatangani.

Surat hibah itu akan ditandatangani pada hari, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh pelanggan dan syarikat amanah tersebut.

Penyerahan Surat Hibah Kepada Pelanggan

Surat hibah yang sudah ditandatangi akan diuruskan pendaftaran, perekodan dan penyimpanan suratcara asal.

Salinan surat wasiat akan diposkan kepada pelanggan untuk simpanan. Surat hibah asal akan disimpan oleh syarikat amanah.

Membuat Surat Hibah Yang Boleh diyakini

Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan kemudahan membuat surat hibah. Adalah penting membuat surat hibah yang boleh dipercayai dan diyakini.

Surat hibah itu mestilah sah jika ada pertikaian mengenai jika ada ahli keluarga yang mempertikaikannya.

Ada beberapa penting mengenai amanah dalam surat hibah.

Pemilik harta menjadi pemegang amanah utama selepas menandatangani dokumen hibah; syarikat amanah yang dilantik akan menjadi pemegang amanah ganti apabila pemilik harta/pemegang amanah utama meninggal atau hilang upaya; syarikat amanah akan diamanahkan bagi menukar hak milik kepada penerima hibah pada umur 18 tahun atau umur yang ditetapkan oleh pemilik.

Pemilik juga memberi kuasa kepada syarikat amanah bagi menukar hak milik daripada nama pemilik kepada penerima hibah.

Oleh itu, sangatlah mustahak memilih pihak yang menyediakan dokumen hibah dan pihak yang melaksanakan hasrat hibah dengan penuh yakin bagi mengurangkan risiko kegagalan hajat membuat hibah kepada penerima hibah.

Kepakaran dan pengalaman lepas syarikat dalam membuat surat hibah dan perlaksanaan sangatlah penting kepada mereka yang nak membuat hibah.

Cara Membuat Surat Hibah

Mereka yang berhajat hendak membuat surat hibah atau pertanyaan buat hibah, sila hubungi Rahaman 013 366 1242.

Pautan

Ada Sembilan Orang Buat Hibah Anda Patut Tahu

Rahsia Mendapatkan Harta Sepencarian Tanpa Turun-Naik Mahkamah

Hukum Hibah – Adakah Hibah Memerlukan Persetujuan Ahli Waris Yang Lain?

hukum memberi hibah
Sebuah masjid yang cantik

Soalan. Assalamualaikum saya nak tanya berkenaan hukum hibah. Emak saya sudah hibahkan tanah kepada salah seorang cucunya tanpa pengetahuan kami sekeluarga, ada antara kami yang tidak bersetuju. Apakah hukumnya tuan?

Jawapan

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.

Hibah ialah satu pemberian kepada seseorang untuk digunakan manfaatnya kepada penerima. Ia merupakan pemberian sesuatu ain (benda) miliknya kepada orang lain sewaktu hidupnya tanpa mengharapkan pembalasan. Syeikh Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan:

Hibah menurut istilah fiqh bermaksud pemberian hak milik kepada seseorang tanpa balasan (iwad) sewaktu hidupnya. Hibah, hadiah dan sedekah mempunyai makna yang hampir sama” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/175)

Di dalam al-Fiqh al-Manhaji:

Hibah merupakan satu kontrak perjanjian (akad) bertujuan kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gentian (iwad) ketika masih hidup dan ia dilakukan secara sukarela” (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 6/115)

Pensyariatan dan Hukum Hibah

Terdapat dalil al-Quran, Sunnah serta Ijma’ dalam galakan berhibah bagi membantu dan mengeratkan lagi tali silaturrahim.

Firman Allah SWT:

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

(Surah al-Nisa, 4)

Hukum Hibah

Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan, sekiranya seseorang isteri itu memberi (hibah) kepada suaminya sebahagian daripada maharnya maka harus bagi suaminya itu mengambilnya. Dan ia merupakan pemberian yang baik selagi mana ia meredhainya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/176)

Ijma’ para fuqaha’ bahawa sebarang bentuk hibah adalah disunatkan.

Namun ia akan berubah menjadi haram sekiranya tujuan hibah itu kerana kemaksiatan atau membantu kezaliman serta bertujuan untuk rasuah.

Begitu juga, hibah akan menjadi makruh sekiranya bertujuan untuk riak dan sombong. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/122).

Rukun dan Syarat Hibah

Hibah dikira sah sekiranya memenuhi syarat-syarat dan rukunnya. Syeikh Muhammad Zuhaili membahagikan rukun hibah tiga secara umum dan lima secara terperinci iaiatu:

  1. Dua pihak yang berakad, iaitu pemberi dan penerima.
  • Para fuqaha’ dalam mensyaratkan pemberi hibah mestilah orang yang mukallaf, berakal, baligh serta layak untuk menyumbang.
  • Oleh itu, kanak-kanak dan orang gila tidak layak untuk melakukan hibah
  • Harta atau barang yang hendak dihibahkan itu mestilah milik sepenuhnya daripada diri pemberi
  • Selain itu, disyaratkan kepada penerima hibah mestilah orang yang mukallaf. Namun sekiranya tidak mukallaf pihak wali boleh menerimanya.
  1. Akad Sighah
  • Di syaratkan untuk melakukan hibah mestilah ada ijab dan qabul dengan lafaz sama ada secara jelas (sorih) atau kiasan (kinayah). Maka sah akad perjanjian secara kinayah seperti akad perjanjian bertulis.
  • Lafaz ijab dan qabul itu mestilah berkesinambungan dan tidak terputus seperti akad jual beli.
  1. Barang yang hendak dihibah
  • Syarat barang untuk dihibah adalah setiap barang yang harus dijual beli. Ini kerana tujuan hibah adalah penukaran hak milik.
  • Barang yang hendak dihibah mestilah wujud. Oleh itu, tidak sah menghibahkan anak kambing yang berada di dalam kandungan.
  • Barangan itu mestilah bernilai dan memberi manfaat. Tidak sah sekiranya menghibah barang yang tidak bernilai di sisi syara’ seperti arak dan khinzir.
  • Pemberi mesti memiliki barang yang hendak dihibahkan.

(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 3/178, al-Fiqh al-Manhaji, 6/120)

Al-Qabd (Penerimaan Hibah)

Apabila sempurna akad hibah ijab dan qabul, akan tetapi belum menerima hibah tersebut maka ia masih lagi belum berpindah hak milik. Oleh itu, pemberi boleh menarik balik hibah tersebut selagi mana hibah tersebut tidak sampai ke tangan penerima. Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan:

Tidak dikira sebagai hak milik penerima selagi mana belum menerima hibah (qabd). Oleh itu, pemberi boleh menarik semula pemberiannya”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie’, 3/182)

Ini seperti hadis riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih menurutnya:

لَمَّا تزَوَّجَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أُمُّ سَلَمَةِ قَالَ لَهَا: إِنِّي أَهْدَيْتُ إِلِى النَّجَاشِي أَوَاقاً مِنْ مِسْكٍ، وَحُلَّةٌ، وَإِنِّي لاَ أَرَاهُ إِلاَّ قَدْ مَاتَ، وَلاَ أَرَى الَهِدِّيَةَ الَتِّي أَهْدَيْتُ إِلَيْهِ، إِلاَّ سَتَرُدُّ، فَإِذَا رُدَّتْ إِلَيَّ فَهُوَ لَكِ أَمْ لَكُمْ؟ فَكَانَ كَمَا قَالَ هَلَكَ النَّجَاشِي، فَلَمَّا رُدَّتْ إِلَيْهِ الهَدِيَّةُ، أَعْطَى كُلُّ امْرَأَةٍ مِنْ نِسَائِهِ أَوْقِيَّةِ مِنْ ذَلِكَ المِسْكِ، وَأَعْطَى سَائِرَهُ أُمُّ سَلَمَةِ وَأَعْطَاهَا الحُلَّة

Maksudnya: “Ketika Rasulullah SAW mengahwini Ummu Salamah R.Anha. Baginda bersabda kepadanya: “Aku hadiahkan kepada Najashi beberapa auns minyak kasturi dan perhiasan tetapi aku merasakan dia telah meninggal dunia. Aku juga merasakan hadiah yang aku berikan kepadanya ini akan dipulangkan. Apabila hadiah itu dipulangkan kepada aku, ia akan menjadi hak engkau atau hak kamu semua. Seperti mana yang dikatakan tentang kematian Najashi, apabila dikembalikan hadiah itu, maka dihadiahkan kepada semua isteri-isteri baginda SAW minyak wangi itu, dan diberikan baki selebihnya kepada Ummu Salamah, kemuan ia menerima sebelihnya daripada perhiasan “

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (2/188)

Oleh itu, sekiranya akad hibah berkuatkuasa sebelum penerimaannya, maka Nabi SAW tidak akan bersetuju untuk menerimanya semula. Dan Baginda SAW akan menyerahkan kepada waris Najashi kerana ia akan menjadi sebahagian daripada pusaka. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 6/126)

Kesimpulan Hukum Hibah

Berbalik kepada persoalan di atas, sekiranya cukup syarat dan rukun serta bukti dokumentasi pemberiannya, maka sah pemberian hibah tersebut semasa hidupnya. Pemberi hibah juga tidak memerlukan persetujuan orang lain untuk menghibahkannya. Ini kerana syarat pemberi dan penerima hibah tidak memerlukan kepadanya. dan barang yang telah dihibahkan, tidak boleh ditarik balik semula.

Selain itu, Hibah merupakan perkara yang disyariatkan di dalam islam. Malah, ia juga digalakkan untuk memberi kepada saudara-mara dan kerabat yang terdekat bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim. Firman Allah SWT:

وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ

Maksudnya: dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi

(Surah al-Baqarah, 177)

Hadis Nabi SAW:

تَهَادَوْا تَحَابُّوا

Maksudnya: “Bertukar-tukarlah hadiah nescaya kamu akan saling berkasih-sayang.”

Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ secara mursal (2/908)

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agamaNya mengamalkan syariahnya dengan sebaik mungkin. Amin.

WaAllahu a’lam.

Kredit Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel ini telah disunting sedikit (bagi tujuan search engine optimation (SEO) tanpa mengubah maksud. Pembaca boleh merujuk kepada artikel asal seperti pautan di bawah ini.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3680-al-kafi-1365-adakah-hibah-memerlukan-persetujuan-ahli-waris-yang-lain?fbclid=IwAR2VkzcfiNYVH618cQw0iHdzzOua4JXiXsDLkp2Fqf7alp1MIBDAtnstYyY

Pautan

Sembilan Sebab Orang Membuat Hibah

Rahsia Mendapat Harta Sepencarian Tanpa Turun Naik Mahkamah

Cara Membuat Wasiat Yang Berkesan Dengan as-Salihin Trustee Bhd