Macam Mana Nak Tahu Anak Itu Waris Faraid Yang Sah?

waris faraid yang sah boleh ditentukan dari tarikh kelahiran anak dengan tarikh perkahwinan ibu bapa meraka
Cara menentukan waris faraid

Hari ini saya nak syer pasal waris faraid yang sah, semoga pembaca mendapat kebaikan. Insya Allah.

Ustaz Mohd Nasir Abdullah ini sebulan sekali akan menyampaikan ceramah selepas solat Subuh di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak.

Beliau seorang Pendaftar Perkahwinan dari Jabatan Ugama Islam Wilayah Persekutuan.

Setiap kali berceramah, ustaz ini akan syer pengalaman menarik berkaitan isu perkahwinan, cerai dan rujuk bagi kes-kes keluarga di Wilayah Persekutuan. Dan biasa saya mengambil nota dengan telefon bimbit saya.

Saya minat mendengar ceramah beliau kerana ia berkaitan keturunan (nasab) dan harta pusaka. Sebagai perancang harta, saya wajib ambil tahu.

Pada kali ini saya nak syer dari ceramah beliau pada hari ini (16 Ogos 2020) mengenai waris yang sah.

Apa itu Waris Faraid?

Waris ada dua ketegori: waris melalui perkahwinan dan waris (anak) lahir dari perkahwinan yang sah.

Dalam Islam, anak itu dikira anak yang sah taraf sekiranya ia lahir 6 bulan (6 bulan Islam) selepas ibu bapanya berkahwin secara sah.

Jika anak itu lahir kurang dari 6 tarikh perkahwinan ibu bapanya, maka ia dikelaskan sebagai anak tidak sah taraf (anak luar nikah).

Oleh kerana beliau anak luar nikah, maka ia bukan waris yang sah dan tidak berhak mewarisi harta ibu bapa mereka.

Malah, jika anak ini perempuan, bapa ini tidak boleh menjadi wali mengahwinkan anak tidak sah taraf itu, dan kena menggunakan wali hakim.

Seseorang anak itu mengetahui boleh tahu status pewarisannya apabila ia menyemak tarikh perkahwinan ibu bapa mereka dengan tarikh kelahirannya.

Jika lahir 6 bulan selepas perkahwinan ibu bapa, anak ini tidak perlu risau apa-apa kerana ia beliau anak yang sah.

Jika anak ini lahir kurang dari 6 bulan dari perkahwinan ibu-bapa, anak ini boleh merujuk kepada Jabatan Ugama Islam bagi mendapatkan nasehat terbaik.

Rukun Pusaka dan Syarat Pusaka Mengenai Waris

Topik artikel ini ialah mengenai Rukun Pusaka dan Syarat Pusaka. Sekiranya bapanya meninggal, maka perlu tahu Rukun Pusaka ada tiga, iaitu adanya orang yang meninggal dunia, adanya waris dan adanya harta pusaka.

Bagi syarat sah pusaka pun ada tiga. Yang pertama, pemilik harta disahkan meninggal; kedua, waris hidup ketika pemilik harta meningal; dan ketiga hubungan si mati dengan waris mesti jelas.

Dalam contoh di atas, sudah dijelaskan anak yang tidak sah taraf bukan waris yang sah, maka anak ini tidak berhak mewarisi harta pusaka ibu bapanya.

Pertanyaan Mengenai Pewarisan Harta

Sekiranya tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai artikel ini dan cara pewarisan harta, sila join group Telegram saya. Klik di sini Abd Rahaman Rasid

Ebook Percuma – Ketahuilah Formula Faraid

Ebook menyenaraikan kadar pembahagian harta pusaka setiap waris yang berhak. Dapatkan Ebook dari pinned post di sini:

Kelab Faraid Wasiat Hibah

ebook percuma kadar faraid harta pusaka

Lima Sebab Orang Menulis Wasiat Walaupun Ada Hukum Faraid

Author: rahamanrasid

Konsultan dengan As-Salihin Trustee Bhd, blogger dan agen hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.