
Kali ini saya nak cakap pasal hutang si mati sebab kesian rohnya tergantung di langit kerana kejahilan waris pasal proses pembahagian harta pusaka.
Petang tadi saya dan isteri ke Wangsa Maju kerana melawat kawan kami yang sedang mengidap saki kanser.
Teringat saya beberapa tahun lepas ada seorang kawan rapat duduk area tu.
Saya pernah menjualkan tanah getahnya di area Jerantut. Sebab saya juga agen hartanah.
Malangnya beliau enggan membayar komisyen lebih kurang RM6K. Saya pun tak tahu kenapa beliau enggan membayar komisyen saya itu.
Jadi sehingga ke hari ini dia berhutang dgn saya.
Dalam Islam, hutang wajib dibayar. Apalah guna amalan dan pahala yang banyak sedangkan roh tergantung kerana hutang dengan manusia.
Sebab itu apabila berlaku kematian, waris wajib membayar hutang arwah sebelum harta pusaka diagihkan kepada waris.
Jika si mati tiada tiada aset, waris tidak wajib membayarnya. Orang yang berhutang yang membayar. Tetapi, jika waris tolong menjelaskan hutang ia sunat bagi waris, dan waris akan mendapat pahala kerana ia telah memberi kebaikan kepada roh si mati.
Bagaimanapun, saya telah menghalalkan hutangnya itu.
Jelaskan Hutang Si Mati Sebelum Membahagi Harta Pusaka
Hutang arwah ada dua jenis. Hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. Setakat yang saya tahu, hutang dengan Allah hendaklah dijelaskan. Hutang dengan Allah yang lazim ialah menunaikan haji.
Waris boleh mengambil sebahagian wang arwah bagi membuat haji badal kemudian hari.
Hutang dengan manusia termasuklah hutang dengan bank dan hutang dengan kawan-kawan.
Setelah hutang dibayar, dan jika ada tuntutan harta sepencarian oleh pasangan, ia juga hendaklah diselesaikan. Jika Unit Pusaka Kecil tahu, mereka akan menangguhkan perbicaraan harta pusaka. Tuntutan harta sepencarian pun kira hutang juga.
Selepas tuntutan harta sepencarian, wasiat si mati hendaklah disempurnakan. Wasiat di sini saya maksudkan wasiat bertulis si mati di mana beliau minta sejumlah hartanya di wakaf atau disedekah atau diberikan kepada pihak tertentu.
Wasiat kepada bukan waris wajib dilaksanakan tetapi setakat 1/3 daripada harta.
Baki harta barulah diagihkan kepada waris-waris yang berhak. Ada 23 waris yang layak tetapi bukan semuanya berhak.
Sebab Membuat Wasiat – Pastikan Hutang Si Mati Tidak Terlepas Pandang
Pertanyaan Mengenai Rencana dan Perancangan Harta
Sekiranya tuan memerlukan sebarangan penjelasan mengenai artikel ini atau mahu mendapatkan penjelasan mengenai perancang harta sila join group Telegram Abd Rahaman Rasid
23 Waris Yang Layak Orang Islam Wajib Tahu
Dapatkan ebook percuma 23 Waris Faraid di sini Kelab Faraid dan Hibah
