Penama KWSP Hanyalah Sebagai Pemegang Amanah Simpanan Si Mati

Mengapa KWSP tidak menyalurkan terus simpanan si mati kepada waris?

Ramai tak tahu penama KWSP hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja. Penama bukannya pemilik wang caruman KWSP.

Kita pernah dengan cerita ibu yang menerima wang simpanan KWSP anaknya yang meninggal dunia dan tidak membahagikan kepada waris yang berhak lain seperti isteri dan anak-anak si mati.

Ada juga isteri yang menerima wang simpanan KWSP arwah suami tetapi tidak membahagikan kepada waris si mati iaitu ibu dan bapa.

Penama KWSP ialah pemegang amanah si mati. Simpanan KWSP ialah harta pusaka.

Penama KWSP Hanya Pemegang Amanah Bukan Pewaris

Yang lebih bermasalah ialah pencarum KWSP tidak membuat penama dan ini lagi menyusahkan waris-waris menuntut simpanan si mati.

Sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 % yang membuat penamaan akaun KWSP. Ini menunjukkan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membubuh penama dalam mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka si mati itu.

Ada yang berpendapat, apabila penyimpan KWSP meninggal, maka wangnya secara automatik akan diagihkan kepada waris terdekat seperti ibu bapa atau isteri. Tetapi, ia tidak benar.

Apabila sesorang meninggal semua hartanya termasuk simpanan KWSP akan terbeku.

Waris tidak boleh mengeluarkan simpanan si mati tanpa Surat Kuasa dan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Lantaran itu pencairan wang KWSP akan menyusahkan waris kerana ia akan mengambil masa untuk menuntutnya.

Pencarum Hendaklah Melantik Penama KWSP

Penama simpanan KWSP hanya sebagai pemegang amanah atau pentadbir simpanan si mati dan hendaklah dibahagi kepada waris ikut hukum Faraid.
Penama KWSP ialah pentadbir harta bukannya pemilik wang simpanan si mati

Mereka yang menyimpan dengan KWSP hendaklah melantik penama. Penama ialah pemegang amanah atau pentadbir harta.

Apabila penyimpan meninggal, KWSP akan menyalurkan simpanan si mati kepada penama. Cara ini akan mempercepatkan proses pembahagian simpanan si mati kepada waris faraid yang biasanya ibu, bapa, isteri dan anak-anak si mati.

Maka tanggungjawap penama menyalurkan simpanan kepada waris-waris termasuk diri penama sendiri jika ia waris yang berhak.

Waris faraid harta pusaka si mati amat jelas, iaitu ibu dan ayah si mati di mana masing akan menerima 1/6, isteri 1/8; dan baki diagihkan kepada anak lelaki dan perempuan dengan nisbah 2:1.

Harta pusaka itu diagihkan kepada waris setelah ditolak hutang dan tanggungan si mati seperti upah mengerjakan haji (jika belum), kad kredit dan cukai pendapatan tertunggak.

Pencarum Letaklah Penama KWSP Yang Sepatutnya

Pencarum boleh meletakkan sesiapa sebagai penama. Bagaimanapun, apabila meletakkan penama biarlah mereka yang dipercayai. Apabila sudah berkahwin, pencarum KWSP boleh menukar penama atau menambah penama jika mahu.

Simpanan KWSP Tertakluk Kepada Hukum Faraid

Simpanan KWSP akan menjadi harta pusaka apabila pencarum meninggal.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-49 pada 19 September 2000 memutuskan, jika penyimpan meninggal, wang KWSP ialah pusaka mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Fatwa itu turut memutuskan penama KWSP ialah wasi atau pentadbir harta dan bertanggungjawap membahagikan harta kepada waris faraid.

Misalnya jika ibu diletakkan sebagai penama, dia perlu memegang amanah untuk membahagikan simpanan KWSP itu mengikut pembahagian hukum faraid.

Janganlah Kita Memakan Harta Yang Haram

Janganlah penama memakan wang haram milik si mati. Duit KWSP mesti dibahagi ikut faraid.
Wang simpanan KWSP ialah harta pusaka dan penama hendaklah membahagi kepada waris mengikut hukum Faraid

“Wahai orang-orang beriman, jangnlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesamu kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya kecuali…”

Al-Quran, Surah An-Nissa (4:29)

Jadi hukumnya berdosa kepada orang yang mengambil harta milik individu lain seperti hak anak (anak yatim)dan isteri si mati tanpa membahagikan secara Faraid. Ini jelas disebut dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka. Dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”

Al-Quran, Surah An-Nissa (4:10)

Simpanan KWSP Bukanlah Harta Sepencarian

Apabila isteri sebagai penama, janganlah ia pula membolot simpanan KWSP arwah suaminya kerana beranggapan ia harta sepencarian. Wang tersebut ialah harta pusaka berdasarkan kepada Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 pada 22 Feb 2005 telah memutuskan bahawa wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan ia sebagai harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Kuiz Rancang Harta

A atau B?

Penama KWSP orang Islam

Anda Mahu Membuat Wasiat dan Perjanjian Harta Sepencarian?

Jika anda mahu membuat wasiat dan Perjanjian Harta Sepencarian, sila hubungi saya:

Abd Rahaman A Rasid
Tel: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd


Hibah Amanah Cara Perniagaan Diwarisi Kepada Anak

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Buat Wasiat Anak Angkat – Dapatkan Panduan Yang Betul Dari Syarikat Amanah

Artikel mengenai panduan membuat wasiat anak angkat dengan syarikat amanah as-Salihin Trustee berhad
Wasiat terakhir untuk anak angkat

Anda sedang mencari panduan membuat wasiat untuk anak angkat?

Sebelum itu, elok juga tonton Video ini kenapa ibu bapa angkat kena membuat wasiat untuk anak angkat.

@lubukrezeki Anak angkat tersisih dan dihalau oleh waris bila kematian ibu-bapa angkat. Harta satu sen pun tak dapat. Sayangi anak angkat. Buat wasiat dan berikan harta untuk anak angkat. #anakangkat #hakanakangkat #buatwasiat #wasiat #hartapusaka ♬ original sound – rahaman

Membuat wasiat untuk anak angkat dengan as-Salihin Trustee Berhad bukanlah susah.

Yang susah, ibu bapa angkat tidak membuat wasiat sebelum mati.

Wasiat hanyalah satu dokumen yang menyatakan apa harta yang hendak diberikan oleh ibu bapa angkat kepada anak angkatnya.

Dokumen wasiat bukanlah persetujuan yang mutlak. Selagi pewasiat masih hidup, wasiat seperti juga insurans hayat – ia tidak ada nilainya di segi undang-undang. Wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian ibu bapa angkat sahaja.

Hak Anak Angkat Ke Atas Harta Pusaka Ibu Bapa Angkat

Anak angkat mempunyai hak ke atas harta pusaka ibu bapa kandung tetapi tidak ke atas harta ibu bapa angkatnya. Ini kerana anak angkat bukan waris kerana tidak mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa angkatnya.

Bagaimanapun, dengan wasiat, anak angkat berhak menerima maksimum 1/3 daripada ibu bapa angkatnya tanpa boleh ditentang oleh waris.

Wasiat harta melebihi 1/3 harta dibolehkan sekiranya semua waris bersetuju.

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat Dengan as-Salihin Trustee Bhd

Ibu bapa angkat yang mahu membuat wasiat untuk anak angkat boleh berhubung dengan perancang harta Islam dari pejabat as-Salihin Trustee berhad.

Ibu bapa boleh mencadangkan tarikh, masa dan lokasi untuk berjumpa. Berjumpa di pejabat as-Salihin pun boleh.

Berikut ialah panduan asasnya:

Harta Yang Hendak Diwasiatkan

Ibu bapa hendaklah menentukan secara spesifik harta yang nak diwasiatkan kepada anak angkatnya.

Contohnya, rumah di Jalan Bayam di Petaling Jaya diwasiatkan kepada anak angkat. Atau, wang sejumlah RM100,000 diwasiatkan kepada anak angkat.

Bagi memudahkan urusan pemberian harta pusaka kemudian hari, maka pewasiat hendaklah menyertakan dokumen hak milik harta itu dan akan dilampirkan bersama dengan wasiat.

Permohonan Membuat Wasiat Anak Angkat

As-Salihin ada menyediakan borang membuat wasiat. Dalam zaman online ini, borang membuat wasiat diisikan oleh Perancang harta atau agen as-Salihin.

Dalam borang permohonan wasiat itu, dokumen penting yang diperlukan ialah kad pengenalan wasiat, kad pengenalan anak angkat dan salinan hak milik harta yang hendak diwasiatkan.

Perlantikan Wasi Bagi Mentadbir Harta Pusaka

Membuat wasiat bukan sekadar pewasiat memberi arahan tetapi mesti ‘boleh bertindak’ bagi melaksanakan wasiat itu.

Pewasiat boleh mewasiatkan pewaris atau orang lain untuk menjadi wasi yang menguruskan harta pusakanya.

Dalam wasiat memberikan harta kepada anak angkat biasanya pewasiat akan melantik orang yang tidak ada kepentingan dengan harta pusaka iaitu contohnya syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad.

Perlantikan syarikat amanah sebagai wasi bagi memastikan harta pusaka ditadbirkan dengan cekap dan menunaikan hajat pewasiat.

Penyediaan Deraf Wasiat Anak Angkat

Apabila semua maklumat diterima daripada pewasiat, Perancang harta akan menyerahkan semua maklumat pewasiat kepada pejabat as-Salihin untuk disediakan deraf wasiat.

Biasanya tidak lebih seminggu, perancang harta akan menerima email bagi menyemak deraf pertama wasiat.

Perancang harta akan menyemak deraf wasiat dari segi arahan pewasiat. Sekiranya, ada kesilapan, deraf itu akan dikembalikan kepada as-Salihin.

Apabila Perancang harta berpuas hati dengan deraf wasiat, Perancang harta akan memanjangkannya kepada pewasiat untuk menyemak dan memberi persetujuan. Jika ada pindaan, perancang harta akan berhubung dengan pejabat as-Salihin untuk pembetulan.

Selepas dibetulkan deraf wasiat, as-Salihin akan menyediakan dokumen wasiat untuk ditandatangani.

Menandatangani Wasiat Dengan Dua Saksi

Wasiat boleh ditandatangani di pejabat as-Salihin atau di luar seperti di rumah pewasiat asalkan ada dua saksi lelaki Islam.

Biasanya pewasiat akan menjelaskan caj yang dikenakan oleh as-Salihin pada masa wasiat ditandatangani.

Wasiat yang lengkap ditandangi akan dibawa balik ke pajabat as-Salihin untuk daftar dan rekod.

Penyerahan Dokumen Wasiat

As-Salihin akan membuat salinan wasiat untuk diberikan kepada pewasiat. Salinan asal wasiat akan disimpan oleh as-Salihin untuk kegunaan masa depan.

Semasa penyerahan wasiat kepada pewasiat, as-Salihin akan memberikan dua Kad Wasiat.

Kad Wasiat yang mengandungi butiran wasiat ini boleh diberikan kepada waris terdekat bagi memudahkan waris berhubung dengan as-Salihin bila tiba masanya.

Pemindaan dan Pembatalan Wasiat

Pewasiat boleh meminda dan membatalkan wasiat pada bila-bila masa dengan memberitahu as-Salihin.

Mengapa Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan perancang harta, pewasian dan pentadbir harta pelanggannya.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
  • Institusi ini dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara. Beliau sangat mahir dalam pengurusan harta pusaka, harta sepencarian, hibah dan lain-lain produk perancangan Islam.
  • as-Salihin mempunyai Lembaga Syariahnya sendiri bagi memastikan dasar dan produk selari dengan prinsip syariah.

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Sebab Orang Membuat Wasiat

Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Sekiranya tuan puan memerlukan maklumat lanjut mengenai wasiat anak angkat, sila hubungi saya pada sebarang masa.

Abd Rahaman Rasid
Telefon: 013 366 1242 Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 2,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

KUIZ RANCANG HARTA -UJI KEFAHAMAN

Jawap A atau B

Ibu bapa angkat kena buat wasiat harta kepada anak angkat
Wasiat Anak Angkat

Pautan Berkaitan

Cara Membuat Wasiat Dengan Syarikat Amanah As-Salihin Trustee Bhd

Ada 5 Pilihan Pemberian Harta Kepada Anak Angkat Ibu Bapa Wajib Tahu!

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Bahagi Harta Kepada Anak Angkat – Ibu Bapa Angkat Ada Lima Pilihan

Pilihan hari ini akan menentukan masa depan anak angkat…

Ramai ibu bapa yang memiliki anak angkat tapi tak ada idea apakah pilihan terbaik cara nak bahagi harta kepada anak angkat. Nak bagi sekarang ke, nak buat wasiat ke atau nak buat hibah.

Di sini saya tunjukkan ada lima pilihan nak bahagi harta kepada anak angkat. Artikel ini dapat membantu ibu bapa membuat keputusan terbaik

Pilihan pemberian harta kepada anak angkat ibu bapa wajib tahu!
Ada lima pilihan nak bahagi harta kepada anak angkat

1. Bahagi Harta Terus Kepada Anak Angkat

Semasa hidup lagi ibu bapa membahagi harta kepada anak angkat. Ia juga dipanggil hibah mutlak.

Ibu bapa boleh pergi ke pejabat tanah dan memindahkan nama mereka kepada anak angkat.

Atau, pergi ke pejabat ASN atau bank memindahkan pelaburan dan simpanan kepada anak angkat mereka.

2. Buat Hibah Untuk Anak Angkat

Ibu bapa boleh memberikan harta kepada anak angkat dengan cara hibah. Hibah ini dipanggil hibah amanah.

Hibah dalam konteks artikel ini ialah satu dokumen perundangan yang menyatakan ibu bapa bersetuju memberi satu harta, contohnya rumah, kepada anak angkat apabila ibu bapa meninggal dunia.

Oleh kerana hibah ialah pemberian semasa hidup, maka ia tidak dikelaskan sebagai harta pusaka, jadi ia tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Oleh itu, waris-waris tidak boleh menghalang hibah ini kepada anak angkat.

Hibah ini ada fleksibilitinya. Sekiranya, anak angkat meninggal dahulu daripada ibu bapa angkatnya, maka harta itu boleh berpindah balik kepada ibu bapa angkatnya.

Tanpa klausa ini, harta yang dihibahkan itu akan menjadi harta pusaka anak angkat. Maka waris kepada anak angkat iaitu ibu bapa kandungnya berhak ke atas harta pusaka ini.

Hibah boleh juga dibatalkan dengan persetujuan ibu bapa dengan anak angkat itu, jika klausa ini dimasukkan ke dalam dokumen hibah.

3. Memberi Harta Kepada Anak Angkat Melalui Amanah Hayat (Living Trust)

cara memberi harta kepada anak angkat melalui amanah hayat
Syarikat amanah yang menguruskan pembahagian harta ibu bapa kepada anak angkatnya melalui surat ikatan amanah

Ibu bapa boleh membahagikan harta kepada anak angkat melalui Amanah Hayat. Bukan sahaja harta malah hasil-hasil yang diperolehi dari harta itu seperti sewaan dan keuntungan pelaburan pun boleh diberikan kepada anak angkat.

Konsep Amanah Hayat ialah bagaimana seseorang atau ibu bapa itu mengurus dan memindahkan harta dari satu generasi ke satu generasi dengan licin tanpa gangguan sebarang kematian pemilik harta atau waris-warisnya. Atau, Amanah Hayat ini dapat meminimumkan risiko perebutan harta pusaka ibu bapa.

Amanah Hayat biasanya melibatkan syarikat amanah selaku pemegang amanah kepada pemilik harta itu.

Dalam Amanah Hayat pemilik harta akan memindahkan secara legal sejumlah harta ibu bapa kepada syarikat amanah.

Dengan surat ikatan amanah (trust deed) antara ibu bapa dan syarikat amanah, ibu bapa menyatakan dengan jelas apa yang mereka mahu syarikat amanah itu lakukan.

Dalam konteks ini, melalui surat ikatan amanah, ibu bapa yang membuat Amanah Hayat boleh memindahkan sejumlah harta kepada anak angkatnya pada satu masa atau memberikan sebarang faedah kewangan daripada harta dan pelaburan.

4. Buat Wasiat Bahagi Harta Kepada Anak Angkat

wasiat bahagi harta untuk anak angkat
Dengan wasiat ibu bapa boleh membahagi 1/3 harta kepada anak angkat

Membuat wasiat ialah pilihan paling mudah nak bahagi harta kepada anak angkat.

Dengan berwasiat, hukum Islam membenarkan harta pusaka diberikan kepada bukan waris maksimum 1/3 daripada baki harta. Baki harta bermaksud ia harta setelah ditolak hutang-hutang si mati semasa hidup.

Oleh kerana anak angkat bukan waris, dengan wasiat ia berhak mendapat harta pusaka maksimum 1/3 yang tidak boleh ditentang oleh waris. Jika wasiat pembahagian harta melebih 1/3 ia memerlukan persetujuan semua waris.

1. Serahkan Kepada Takdir Bahagi Harta Kepada Anak Angkat

Ibu bapa angkat tidak membuat perancangan semasa hidup mengenai perancangan pembahagian harta kepada anak angkatnya – serahkan kepada takdir dan biarkan keadaan yang menentukan.

Apabila ibu bapa angkat meninggal, terpulanglah kepada waris nak bahagi harta atau tidak kepada adik angkatnya itu.

Apakah Pilihan Terbaik Ibu Bapa Untuk Anak Angkat?

Pilihan ibu bapa ialah bergantung kepada kehendaknya sendiri terhadap masa depan anak angkatnya. Ini kerana setiap pilihan di atas ada kekuatan dan kelemahannya setelah mengambil kira faktor waris yang ada dan jumlah aset yang ibu bapa ada.

Sekiranya ibu bapa atau anak angkat memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi saya:

Abd Rahaman Rasid
as-Salihin Trustee Berhad
Tel/wasap: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Mengapa Dengan as-Salihin Trustee Bhd?

  • as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat amanah Islam yang menyediakan kemudahan Perancangan harta Islam, pemegangan amanah dan pentadbir harta pelanggan.
  • Syarikat amanah ini telah berada di pasaran lebih 15 tahun, jadi kepakaran dan kebolehpercayaan dalam menguruskan harta orang Islam tidak diragukan. 
  • as-Salihin ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan Akta Syarikat Amanah dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Jadi kreditabiliti as-Salihin tidak perlu diragukan.
  • Ia dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, seorang yang pakar dalam bidang harta sepencarian, hibah dan bentuk pembahagian harta yang lain.

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Video Penerangan Sebab Orang Buat Wasiat

Sebab Orang Buat Wasiat

Pautan berkaitan:

Cara Buat Surat Hibah Dengan Syarikat Amanah

Bayangkan Jika Anda Meninggal Esok, Bagaimana Nasib Anak Angkat Tanpa Wasiat?

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat

Hak Anak Angkat Terhadap Harta Pusaka Melalui Wasiat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com

Nasib Malang Anak Angkat Tanpa Wasiat Harta Dari Ibu Bapa Angkat

Anak angkat pun macam anak kandung. Itulah perasaan dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada bayi lagi.

Ramai ibu bapa yang memerlihara kanak-kanak ini sejak umur sehari lagi.

Tentulah kasih sayang yang dicurahkan kepada kanak-kanak ini sama seperti anak kandung juga, lebih-lebih pasangan yang tidak dikurniakan anak.

Tetapi, adakah kasih sayang terhadap anak peliharaan itu berterusan hingga ke syurga? Itu yang mereka harapkan!

Anak angkat berhak mendapat harta pusaka dengan adanya wasiat
Anak ini biasanya diambil sebaik sahaja selepas bersalin – foto hiasan

Sejak kecil, anak ini hingga dewasa diberikan didikan ugama, disekolahkan, diberikan pakaian dan makanan yang cukup. Setiap bulan ibu bapa menabung untuk budak ini demi masa depannya.

Dan dari masa dibawa anak ini berjumpa dengan saudara mara supaya nampak ini seperti kaum keluarga sendiri.

Kanak-kanak ini seperti anak kandung akan menyayangi ibu bapa angkat mereka. Jika beliau seorang anak perempuan tentu banyak membantu ibunya di dapur. Jika anak lelaki tentu banyak membantu bapanya ke ladang, ke sawah dan ke pasar.

Bila anak ini sudah bekerja, mereka pasti berjasa kepada kedua ibu bapanya – membeli hadiah hari jadi bapanya itu dan kasih sayang.

Adakah Ibu Bapa Telah Merancang Masa Depan Anak Angkat Ini?

Kebanyakan ibu bapa mempunyai harta, sekurang-kurangnya sebiji rumah, ada simpanan di bank, dan ibu pula mempunyai seutas rantai emas.

Jika pasangan tidak mempunyai anak, ada yang telah memberikan harta kepada anak angkat mereka siang-siang lagi.

Ramai juga kanak peliharaan ini ‘dapat habuk’ selepas kematian ibu-bapa mereka.

Harta pusaka akan direbut oleh waris. Ini kerana semasa hidup, ibu-bapa tidak memberikan harta kepada anak angkat atau tidak membuat wasiat.

Ini tentu satu kesedihan kepada anak yang dipelihara sejak bayi lagi!

Anak Angkat Tiada Hak Terhadap Harta Pusaka Ibu Bapa

Dari segi Faraid, anak ini memang tidak layak mendapat harta pusaka ibu bapa kerana beliau bukannya waris.

Sekiraya ibu bapa ini tidak membuat wasiat, semua harta akan menjadi hak waris – biasanya adik beradik kedua ibu bapa ini.

Dengan Wasiat, Anak Angkat Berhak Dapat 1/3 Harta Pusaka

contoh wasiat as-salihin trustee berhad
Anak ini layak mendapat 1/3 harta pusaka jika ada wasiat

Ramai ibu bapa tak sedar mereka boleh membahagikan harta pusaka kepada anak angkat dengan syarat membuat wasiat.

Ikut Hukum Faraid, ibu bapa ini boleh membahagikan harta maksimum 1/3 kepada bukan waris – khususnya anak angkat dalam kes ini.

Malah, dari segi susunan, anak ini akan dapat dahulu 1/3 harta pusaka. Baki 2/3 akan dibahagikan waris ibu bapa, biasanya adik-beradik.

Wasiat Berkuatkuasa Selepas Kematian

Ada ibu bapa takut membuat wasiat kerana seolah-olah wasiat akan mengikat mereka.

Wasiat tidak ada nilainya semasa hidup, dan ia hanya berkuatkuasa selepas kematian. Malah, semasa hidup wasiat itu boleh dipinda atau dibatalkan.

Cara Membuat Wasiat Untuk Anak Angkat

Ibu bapa boleh membuat wasiat dengan mana-mana badan atau syarikat amanah yang berpengalaman dalam perancangan harta orang Islam.

Sekiranya, ibu-bapa mahu membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee berhad, sila hubungi saya selaku wakil as-Salihin Turstee Bhd.

As-Salihin Trustee Berhad – Ada Sediakan Kemudahan Membuat Wasiat

as-Salihin Trustee Berhad ada menyediakan kemudahan membuat wasiat
as-Salihin Trustee Berhad Turut Menyediakan Khidmat Membuat Wasiat

As-Salihin Trustee Berhad ialah sebuah syarikat amanah Islam yang telah berada di pasaran selama 15 tahun. Ia berfungsi menyediakan perkhidmatan perancangan harta orang Islam seperti dokumen wasiat, perjanjian harta sepencarian, hibah dan amanah hayat.

Syarikat ini juga mengurus dan mentadbir harta pusaka termasuk pengagihan harta kepada kanak-kanak peliharaan ini, tidak lebih 1/3 daripada harta pusaka.

Selain menguruskan harta pusaka, as-Salihin juga badan pemegang amanah terutama menjaga harta anak-anak yang di bawah 18 tahun.

Hubungi Perancangan Kewangan Anda

Abd Rahaman Rasid
Telefon/Wasap 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Khas untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.

Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-Wasiat

Video Penerangan Sebab Orang Membuat Wasiat

Sebab-Sebab Orang Buat Wasiat

Pautan berkaitan:

Surat Wasiat Untuk Anak Angkat

Ada 5 Pilihan Pemberian Harta Kepada Anak Angkat Ibu Bapa Wajib Tahu

Panduan Membuat Wasiat Anak Angkat

Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email abdrahaman@gmail.com