Kesan Wabak Covid-19 Keatas Pelancongan Perhotelan dan Penerbangan

Kesan wabak Covid-19 telah memelesetkan sektor pelancongan dan perhotelan negara dan dunia.

Sejak Januari 2020, koronavirus atau Covid-19 ibarat satu malapetaka yang melanda industri perhotelan dan pelancongan dunia dan tempatan.

Industri yang berkaitan dengan perhotelan seperti industri penerbangan dan pelancongan domestik turut menerima kesan dahsyat virus Covid-19.

Continue reading “Kesan Wabak Covid-19 Keatas Pelancongan Perhotelan dan Penerbangan”

Cara Buat Topeng Muka Sendiri Masa Wabak Coronavirus Covid-19

Buat topeng muka sendiri, ibarat tiada rotan akan pun berguna…

Cara buat topeng muka sendiri – ramai yang nak caranya terutama sejak wabak coronavirus Covid-19 melanda negara kita.

Masa ini memang sukar nak dapat topeng muka di kedai. Jika ada topeng muka ada, mahal pula -pekedai ambil peluang buat duit.

Kes Tipu Jual Online Topeng Muka

Dah lah topeng muka susah dapat, yang menjual online pun menipu. Order dan bayaran dibuat, tetapi topeng tidak dihantar.

Mereka yang tertipu ini terpedaya dengan iklan di media sosial terutama di Facebook dan Instagram atau laman web jualan.

Continue reading “Cara Buat Topeng Muka Sendiri Masa Wabak Coronavirus Covid-19”

Kesan Covid 19 Coronavirus Ke Atas Sosio Ekonomi Malaysia dan Dunia

Wabak Covid-19 telah menyebabkan pasaran saham dunia menjunam 21%, dan ia hampir menyamai kesan Perang Dunia Kedua, 1940, jatuh 25%.

Coronavirus Civid 19 Ialah Satu Bencana!

Kesan Covid 19 – apa impaknya ke atas ekonomi? Satu wabak yang telah membunuh tidak kurang 75,000 manusia di seluruh dunia.

Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, peperangan, halangan perdagangan dan penyakit boleh melumpuhkan sesebuah ekonomi.

Penyakit dan wabak corona virus atau dikenali dengan Covid-19 ternyata memang boleh melumpuhkan sesebuah ekonomi selagi ia gagal dikawal.

Kedudukan terkini Jangkitan wabak Covid-19 Satu Dunia. Klik link di bawah:

https://www.worldometers.info/coronavirus/

Rumusan – Hingga 14 Jun 2020

Jumlah Kes: 7,910,395
Kematian: 433,122
Berjaya dipulihkan: 4,066,225

Empat Negara Paling Banyak Kes (Dalam kurungan bilangan kematian)

  1. USA – 2,143,648 (117,555)
  2. Brazil – 851,321 (42,802)
  3. Russia –528,964 (6,948)
  4. India – 324,482 (9,247)

Bagaimana Coronavirus Covid-19 Sangat Bahaya dan Mudah Tersebar!

Video di bawah ini menunjukkan bagaimana virus Covid-19 tersebar dengan mudahnya.

Video menunjukkan bagaimana virus Covid-19 tersebar di kalangan manusia

Nasihat Tun Dr Mahathir Mengenai Wabak Virus Covid-19

Tun M menerangkan bahaya wabak ini yang telah menyerang banyak negara dan memberi nasihat bagaimana kita boleh mengelakkannya memandangkan belum ada ubat untuk mengubat penyakit Covid-19

Jika ada virus Covid-19 pada tangan, pakaian dan badan anda, ada kemungkinan anda adalah penyebar penyakit ini.

Ini kerana virus yang ada dalam badan anda akan keluar dari badan anda bila anda batuk atau terbersin. Orang yang dekat dengan anda kurang dari satu meter akan terkena virus Covid-19.

Bila anda batuk dan terbersin dan meletakkan tangan pada mulut, virus itu mungkin melekat pada muka dan badan anda pula.

Kota Mekah Lumpuh Setelah Serangan Virus Corona Covid-19

Dari video di atas (video youtube telah didelete oleh pemilik) jelas pemandangan kota Mekah mengerikan.

Ia macam kita menonton filem Barat di mana sesebuah pekan atau kampung kosong kerana ada serangan binatang, helang atau gangguan hantu.

Larangan memasuki kota Mekah adalah bagi mengawal wabak virus Covid 19. Ini kerana ada kemungkinan orang asing yang datang ke Mekah pembawa virus Covid-19.

Arab Saudi Rugi RM51.25 Bilion

Arab Saudi kerugian besar jika membatalkan ibadah haji pada 2020 kerana covid-19
Arab Saudi rugi RM51.25 bilion jika membatalkan haji pada 2020 (Sinar Ahad, 14 Jun 2020

Kerajaan akan rugi RM51.25 bilion atau AS$12 bilion pada tahun ini, 2020 sekiranya mereka membatalkan ibadat haji.

Satu cara memenuhkan masa zaman kemelesetan ekonomi ialah menulis
Rahsia bagaimana penulisan boleh menjana pendapatan lumayan