Kesan Wabak Covid-19 Keatas Pelancongan Perhotelan dan Penerbangan

Kesan wabak Covid-19 telah memelesetkan sektor pelancongan dan perhotelan negara dan dunia.

Sejak Januari 2020, koronavirus atau Covid-19 ibarat satu malapetaka yang melanda industri perhotelan dan pelancongan dunia dan tempatan.

Industri yang berkaitan dengan perhotelan seperti industri penerbangan dan pelancongan domestik turut menerima kesan dahsyat virus Covid-19.

Kesan wabak Covid-19 banyak hotel lumpuh kerana ketiadaan pelancong asing.
Akibat virus Covid-19 banyak hotel lumpuh kerana ketiadaan pelancong asing datang

Mr Yap Lip Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata, pada peringkat pertama, industri perhotelan menerima pembatalan tempahan bilik secara mendadak dan hingga kini ia telah mencecah 193,000 bilik dengan nilai kerugian lebih RM75 juta.

Katanya lagi, dalam tempoh 14 hari kawalan pergerakan, hampir semua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Dalam tempoh itu, dianggarkan kerugian pendapatan industri hotel lebih daripada RM500 juta.

Buat masa ini, objektif utama pengusaha hotel ialah untuk meneruskan operasi dalam keadaan kerugian yang paling rendah di mana kos upah dan gaji adalah antara yang paling besar kata Mr Yap.

bisnes makan deliveri untuk cari pendapatam akibat terjejas kesan wabak koronavirus
Peluang cari duit musim Covid-19

Pekerja Perhotelan Diberhenti Kesan Wabak Covid-19

Berdasarkan sumber MAH, setakat 20 Mac 2020, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan, dan anggaran kerugian pendapatan industri hotel berikutan Perintah Kawalan Pergerakan sebanyak RM560 juta.

Industri perhotelan di Kuala Lumpur paling terkesan dengan kerugian bernilai RM24 juta diikuti Sabah RM11 juta dan Selangor RM9 juta.

Mr Yap telah ditanya langkah-langkah yang diambil oleh MAH bagi meminimumkan kerugian dan pelan untuk menghidupkan sektor perhotelan. Beliau menjawab, pihak persatuan telah memberi maklum balas dan idea kepada kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

MAH yang mewakili industri perhotelan mengadakan rundingan diskaun dengan pembekal-pembekal servis kepada hotel-hotel bagi mengurangkan kos operasi hotel.

MAH berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih bantuan kewangan kepada industri dengan beban dan kekangan aliran tunai yang serius.

15,000 Kehilangan Pekerjaan Dalam Sektor Pelancongan dan Perhotelan

Mengikut wawancara bertajuk ‘650,000 Majikan Bagai Telur Dihujung Tanduk’, pada 19 April 2020 dengan Datuk Shamsudin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), beliau menyebut sehingga akhir Mac 2020, ada kira-kira 15,000 orang kehilangan pekerjaan terutama sektor pelancongan dan perhotelan.

Katanya, dalam sektor pelancongan sendiri, lebih 1,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan.

Kesan Covid-19 Ke Atas Sektor Penerbangan

Syarikat Penerbangan Malaysian Airline Mungkin Ditutup

syarikat penerbangan malaysia mungkin akan ditutup kerana wabak virus covid-19
Sinar Ahad 14 Jun 2020

Kerajaan PN telah mengumumkan yang tidak akan membantu syarikat penerbangan tempatan yang terjejas teruk akibat Covid-19. Ini kerana mereka adalah syarikat milik swasta.

Syarikat Penerbangan Akan Membuang 1,000 Pekerja

1,000 pekerja syarikat penerbangan akan dibuang kerja kerana kesan covid-19
Sinar Ahad 14 Jun 2020

Kira-kira 1,000 pekerja syarikat penerbangan negara akan dibuang kerja sekiranya Kerajaan tidak membantu menyelamatkan syarikat penerbangan negara yang terjejas teruk dengan Covid-19.

Sektor Pelancongan Terjejas Kerana Kawalan Pergerakan Seluruh Dunia

Sementara itu, Datuk Tan Kok Liang, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), berkata, sektor pelancongan amat terkesan dan mengalami kemerosotan teruk akibat wabak Covid-19.

Katanya, pada bulan Mac pendapatan sektor pelancongan merosot disebabkan oleh banyak pembatalan tempahan pelancongan dari dalam dan luar negara yang disebabkan oleh kawalan pergerakan di Malaysia dan juga di luar negara.

Untuk bulan April, Mei dan Jun kita harus tunggu dan lihat sama ada virus Covid-19 ini dapat dikawal, kata Datuk Tan. Sekiranya dapat dikawal, kita akan dapat melihat pemulihan perlahan-lahan bermula bulan Julai hingga Disember 2020. Ada kemungkinan Malaysia akan dapat kembali pulih tahun depan.

Menurut Datuk Tan, pihak MATTA akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung masalah utama iaitu aliran tunai yang teruj dan keputusan berkaitan para pekerja.

MATTA akan menulis kepada kerajaan sekiranya terdapat skim pengekalan pekerja. Di United Kingdom misalnya, 80% gaji ditanggung oleh kerajaan, dan MATTA mencadangkan 60 peratus gaji ditanggung kerajaan.

Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kesan Wabak Covid-19

Tahun Malaysia 2020 telah dibatalkan kesan wabak covid-19
Tahun Melawat Malaysia 2020 Dibatalkan Kerana Wabak Coronavirus Covi-19

Beliau berkata, keputusan oleh Kementerian Pelancongan untuk membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 adalah keputusan tepat kerana buat masa ini kempen tersebut tidak mampu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ditanya mampukah industri pelancongan dan perhotelan negara kembali pulih seperti sedia kala sekiranya virus Covid-19 berjaya dikawal, beliau menegaskan pelancongan dan pengembaraan merupakan satu gaya hidup.

Menurut Datuk Tan, sekiranya wabak Covid-19 berjaya diatasi, keyakinan untuk mengembara pasti akan pulih. Tetapi apa yang tidak pasti ialah bila wabak ini akan berakhir. Beliau harap suku akhir tahun (Oktober, November, Disember 2020) akan menyaksikan masyarakat dunia kembali berasa yakin dan selamat untuk melancong.

Turut berkongsi pandangan ialah Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang menegaskan situasi kini adalah yang paling teruk dan telah memberi kesan kepada industri pelancongan.

kata Uzaidi, kita tak boleh menerima seorang pelancong pun tetapi syarikat pelancongan masih perlu membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja dan sewa pejabat.

Menurut Uzaidi, MITA sentiasa berkomunikasi dengan kerajaan untuk berbincang bagaimana pihak kerajaan boleh membantu penggiat industri semasa krisis Covid-19 ini.

MITA berpuas hati dengan segala inisiatif kerajaan untuk membantu industri pelancongan.

MITA berharap Kerajaan boleh membantu pekerja-pekerja separuh masa seperti pemandu pelancong yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Mereka ini adalah kumpulan yang terkesan akibat Covid-19.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pihak MITA bersama dengan Malaysia Productivity Corp (MPC) turut menganjurkan seminar online dan menjemput penceramah khas untuk mengajar penggiat industri pelancongan.

Uzaidi menegaskan, industri pelancongan adalah antara industri yang penting dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia adalah antara negara popular yang di kalangan pelancong luar negara.

Artikel telah diadaptasi dari artikel asal:
Industri perhotelan makin nazak, 2,041 pekerja dihentikan


Kesan Wabak Coronavirus Covid-19 Ke Atas Ekonomi dan Perniagaan

Peninggalan Sejarah Yang Menjadi Tarikan Pelancong Luar Negara

Siri penjajahan di bumi Tanah Melayu selama lebih 500 tahun oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah peninggalan sejarah yang menjadi tarikan pelancong.

Keunikan binaan bangunan asli Melayu dan berunsurkan kolonial ini bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong tempatan malahan turut menarik pelancong luar ke kota-kota warisan berkenaan.

Bangunan Sultan Abdul Samad – Satu Peninggalan Sejarah Yang Popular

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah satu daripada peninggalan sejarah untuk tarikan pelancong.
Bangunan Sultan Abdul Samad di hadapan Dataran Merdeka ini dibina pada pada tahun 1893

Satu daripada peninggalan sejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad, ia tersergam indah di hadapan Dataran Merdeka ini dibina pada pada tahun 1893.

Ia memiliki reka bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam berdasarkan tiga buah kubahnya.

Bangunan ini dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan, dan apabila Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada 1948, Bangunan Sultan Abdul Samad telah dinamakan Sekretariat Persekutuan.

Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah dipindahkan ke Shah Alam. Kemudian, bangunan ini telah diberikan nama baru bersempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari tahun 1857 ke 1898 iaitu Sultan Abdul Samad.

Ia sebuah bangunan menjadi latar belakang Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan sambutan malam Tahun Baru setiap 1 Januari.

Kellie’s Castle – Peninggalan Sejarah Yang Menarik

Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah, satu peninggalan bangunan bersejarah yang dibina oleh seorang peladang getah dari Britain, William Kellie Smith.
Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah dibina oleh William Kellie Smith pada 1910.

Sebuah bangunan peninggalan sejarah, Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah ini telah dibina oleh seorang peladang getah terkenal dari Britain, William Kellie Smith pada 1910.

Beliau telah membeli sebidang tanah seluas 960 ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak untuk membina rumah.

Namun, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan serta-merta kerana Kellie meninggal dunia secara mengejut pada tahun 1926.

Walaupun tidak siap 100%, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia termasuklah terowong-terowong bawah tanah.

Bangunan tiga tingkat ini diilhamkan mengikut reka-bentuk istana Moghul di Agra, India dan jubin dindingnya diimport dari Itali.

Batu-bata dilekat menggunakan bancuhan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu, tiada besi atau paku digunakan.

Kubu Sejarah Fort Cornwallis, Pulau Pinang

Fort Cornwallis yang terletak dekat Padang Kota Lama ialah peninggalan bersejarah yang dibina pada 1786 oleh Francis Light.
Fort Cornwallis yang terletak bersebelahan Padang Kota Lama ini merupakan kubu bersejarah yang dibina pada 1786 oleh Francis Light

Fort Cornwallis yang terletak bersebelahan Padang Kota Lama ini merupakan sebuah kubu, satu peninggalan sejarah yang berusia lebih 200 tahun. Kubu ini telah dibina pada 1786 oleh Francis Light ketika menawan Pulau Pinang.

Kubu asal dibina dengan menggunakan batang nibung namun pada 1793 ia dibina semua menggunakan batu bata sebagai kubu pertahanan.

Walaupun berusia ratusan tahun, kota ini masih utuh dan merupakan kota lama di Malaysia yang masih dipelihara dengan baik.

Di dalam kota ini terdapat binaan bangunan, meriam, stor simpanan bahan letupan dan sebuah gereja kecil. Terdapat juga tugu peringatan Francis Light yang menjadi ikon kubu ini.

The Stadthuys – Peninggalan Belanda

The Stadthuys adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Bangunan sejarah ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda.
The Stadthuys adalah bangunan kerajaan Belanda dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda.

Mercu tanda yang berada di Bandar Hilir ini amat sinonim dengan Melaka. Binaan peninggalan sejarah ini ialah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara.

Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda.

The Stadthuys menjadi titik tumpuan beberapa kerajaan seperti Belanda, Portugis, Inggeris dan lain-lain selama lebih dari 300 tahun. Pada tahun 1982, Stadthuys diubah menjadi muzium.

Ia sebuah bangunan berwarna merah yang menjadi lokasi tumpuan di Melaka ini turut dipenuhi barisan beca yang penuh warna-warni dan berbunga-bunga sekitar luar bangunan.

Bangunan Sultan Ibrahim – Sejarah Pentadbiran Johor

Bangunan sejarah Sultan Ibrahim dibina pada tahun 1938 dan dijadikan sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor.
Bangunan Sultan Ibrahim dibina pada tahun 1938 sebagai pusat pentadbiran kerajaan

Terletak di atas Bukit Timbalan, Johor Bahru, Bangunan Sultan Ibrahim ini dibina pada tahun 1938 dan dijadikan sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor. Pelan Bangunan Sultan Ibrahim telah direka oleh firma seni bina terkenal British iaitu Palmer dan Turner pada tahun 1937.

Ia sebuah bangunan peninggalan sejarah yang setinggi 11 tingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1942 dan dikatakan sebagai lambang keagungan Johor yang pada ketika itu sedang membangun dan makmur sejahtera.

Seni bina bangunan ini menggabungkan reka bentuk kolonial dan Melayu manakala menara bangunan ini dijadikan mercu tanda di Johor Bahru.

Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan

Peninggalan banguanan sejarah Istana Seri Menanti di Kuala Pilah ini dibina pada 1902 dan mempunyai ciri-seni bina Minangkabau.
Istana Seri Menanti di Kuala Pilah ini dibina pada 1902 dan mempunyai ciri-ciri seni bina Minangkabau yang unik.

Ia dibina pada 1902, Istana Seri Menanti di Kuala Pilah ini mempunyai ciri-ciri seni bina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh.

Bangunan setinggi empat tingkat ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki.

Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa menggunakan sebarang paku besi. Mereka hanya menggunakan sambungan kayu yang dinamakan pasak.

Pada 14 Julai 1992, Istana Menanti telah diwartakan menjadi Muzium Diraja dan telah menjadi tumpuan pelancongan untuk menyaksikan pameran koleksi-koleksi keluarga Diraja Negeri Sembilan. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.

Rumah Api Bukit Malawati, Selangor

Rumah Api Bukit Malawati dibina pada tahun 1907 adalah satu lagi peninggalan dan mula beroperasi pada tahun 1910.
Rumah Api Bukit Malawati, Selangor

Ia terletak di Kuala Selangor, rumah api ini terletak di atas Bukit Malawati, juga dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg bersempena dengan nama Gabenor Jeneral Belanda yang memerintah semasa penawanan Kota Malawati.

Ia dibina pada tahun 1907 dan mula beroperasi pada tahun 1910. Menariknya, rumah api itu masih berfungsi sehingga hari ini sebagai panduan perjalanan kapal laut di Selat Melaka dan diuruskan Jabatan Laut Malaysia Selangor.

Selain daripada lokasi dan monumen bersejarah Bukit Malawati juga menjanjikan pemandangan yang menarik untuk bergambar.

Kota A Famosa – Sejarah Peninggalan Portugis

Kota A Famosa dibina pada tahun 1511 dan mercu sejarah tanda paling popular di Melaka. Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.
Kota A Famosa, Melaka dibina pada 1511

Sebuah mercu tanda paling di Melaka, Kota A Famosa telah dibina pada tahun 1511. Mengikut sejarah ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.

Bangunan yang berusia lebih 500 tahun ini mempunyai pintu gerbang yang turut dikenali sebagai pintu gerbang Santiago. Pintu gerbang ini merupakan struktur seni bina Eropah yang paling tua dan masih kekal di Asia.

Ia terletak di Bandar Hilir ini wajib dilawati jika anda bercuti ke Melaka kerana ia merupakan sebahagian daripada sejarah negara dan mercu tanda pelancongan negeri berkenaan.

Kubu Margherita – Ada Kaitan Dengan Sejarah Charles Brooke

Kubu Margherita terletak di Kuching, Sarawak ini telah siap dibina pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke.
Kubu Margherita, Kuching, Sarawak dibina pada 1879

Ia berwarna putih, kubu ini terletak di Kuching, Sarawak ini telah siap dibina dengan reka bentuk istana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena nama isterinya, Margaret Brooke.

Ia dibina untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan kekuatannya. Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang luas ke semua arah di kawasan sekitarnya.

Kubu ini merupakan monumen paling signifikan kepada bandaraya Kuching dari sudut sejarah, reka bentuk dan pelancongan.

Istana Balai Besar, Kelantan

Istana Balai Besar yang terletak di Kota Bharu ini adalah sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1840 oleh Sultan Muhammad II.
Istana Balai Besar, Kelantan

Bangunan Istana Balai Besar yang terletak di Kota Bharu ini adalah sebuah bangunan lama yang telah dibina pada tahun 1840 oleh Sultan Muhammad II bagi menggantikan pusat pentadbiran dari Kota Saba ke Kota Bharu.

Ia telah dijadikan tempat bersemayam beberapa Sultan lain dan sehingga ke hari ini, bangunan ini masih kekal digunakan untuk menjalankan sebarang majlis rasmi kerajaan.

Bangunan bersejarah ini ialah sebuah istana dua tingkat ini menjadi tempat berlangsungnya segala upacara seperti pertabalan, kemahkotaan dan lain-lain. Ia juga merupakan salah satu ikon pelancongan bagi negeri Kelantan.

Kredit: Sinar Harian – “Jom terokai monumen bersejarah di negara kita

Bagaimana Menjadi Jutawan Homestay Dengan Cara Copy Paste Kejayaan Jutawan Homestay Ini

Aduhai Bangsa Melayu ‘Tanah Melayu Tanah Airku’